.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Rabu, 3 Disember 2008

Bacalah dengan nama Tuhanmu!


Kemuncup Dalam Perjuangan - Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Harga : RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sabah / Sarawak)
Mukasurat : 228
Penerbit : Anbakri Publika Sdn Bhd

Ketika dalam perjalanan menuju ke kedai Buku 'Saujana' di kompleks membeli belah Care4, aku target untuk membeli buku Maza Ya'ni Intamai' Lil Islam. Ini kali kedua aku akan membeli buku yang sama. It means.. buku yang pertama mungkin telah selamat kat tangan makhluk ALLAH yang lain, tak ingat sungguh berada di mana.

Ketika sedang sibuk dikedai buku Saujana, YaALLAH, banyak sungguh buku-buku yang ingin ku capai.. Tekad dalam hati, cukuplah satu-dua buku sahaja. Mujur bukan musim pesta Buku Antarabangsa. Alhamdulillah.

Tiba-tiba, kaca mata ini terhenti pada suatu buku yang redup kulitnya. Warna kehijauan menjadi antara sentimen penting yang membuatkan mata ini terpana seketika, sekali lagi diriku ini kalih, penulisnya cukup membuatkan ilmu yang amat cetek ini 'berteriak' ingin membeli buku ini.. Ok, cukup dua! (Takat ni..)

Dalam usaha mencari imej buku ini di internet, ku temui komen Ust Hasrizal mengenai buku ini..

Politik semasa sungguh mengguris rasa.
Geloranya mendesak saya untuk lebih teliti dalam bicara, membanyakkan pendisiplinan diri dengan nilai TAQWA demi meraih al-Furqan, pembeda antara batil dan kebenaran. Saya lelah melihat proses pencerahan siasah Malaysia dilakukan tanpa sokongan pendidikan. Apa yang mendominasi insiden demi insiden adalah sentimen dan retorik. Malah tanpa rujukan moral.
Dalam segala beban yang membelenggu dada dan nafas jiwa, tangan saya terdorong untuk mencapai sebuah buku yang redup kulitnya hingga segera mendatangkan segar hati untuk membaca.
KEMUNCUP DALAM PERJUANGAN adalah sebuah karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang muncul sangat kena pada masanya.
Kesan kemuncup adalah ungkapan yang amat tepat dalam menterjemahkan perasaan saya semasa menekuni perkembangan politik semasa. Kekhuatiran saya terhadap PAS ialah pada keupayaan seluruh jentera PAS berkomunikasi dengan baik dalam proses memahamkan pendukung juga penyokong akan hakikat sebenar yang tersurat juga tersirat. Kekhuatiran saya juga berenang-renang di lubuk idea bahawa PAS seharusnya lebih dominan dalam menetapkan hala tujunya sendiri berbanding sekadar menjadi pelengkap kepada agenda 16 September 2008 yang penuh persoalan.
Tidak pernah di dalam sejarah, PAS bergerak sebagai penumpang.
Ia harus menentukan hala tuju untuk menghalatujukan survival Islam massa.
KEMUNCUP DALAM PERJUANGAN oleh sentuhan Tuan Guru mengajar saya untuk tidak menipu bahawa jalan ini memang penuh keresahan, namun perjuangan tidak harus kehilangan fokus dek miang kemuncup itu. Perjuangan yang matang harus bisa mencabut kemuncup itu sambil terus berjalan. Melangkah ke hadapan.
Buku ini juga tidak memaksa-maksakan idea Tuan Guru ke atas saya kerana ia terbahagi baik kepada tiga.
BAHAGIAN 1
Bahagian pertama buku ini adalah penerbitan semula sebuah buku kecil bertulis jawi karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dicetak 27 tahun lalu tatkala PAS berdepan dengan kemuncup pertembungan di antara Dato’ Asri Muda (Allahyarham) selaku Presiden PAS ketika itu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang merupakan Ketua Dewan Ulama’ .
Buku kecil itu adalah apa yang sering saya dambakan setiap kali berlakunya perubahan besar kepada PAS iaitu proses pendefinisian semula (re-definition). Ia telah membantu PAS menjelaskan hala tujunya yang tersamar di antara idea Nasionalisma dan Islamisma (Islam sebagai ideologi politik). Re-definition yang ditawarkan ketika itu berjaya mengubah cabaran kepada tawaran (peluang) untuk PAS berkembang.
Kucar kacir fikrah yang berlaku ke atas pendukung dan penyokong PAS pasca PRU12 banyak berlaku kesan daripada tiadanya kenyataan-kenyataan yang konstruktif untuk pendefinisian semula, tatkala PAS membuat perubahan besarnya pada 8 Mac 2008 yang lalu.
Kemuncup tumbuh semula!
Bahagian pertama buku ini adalah penimbang balas kepada pembacaan saya terhadap buku MEMOIR POLITIK ASRI: MENITI ARUS terbitan
Penerbit UKM (1993) dengan kata pengantar oleh Wan Hashim Wan Teh.
BAHAGIAN 2
Manakala Bab 2 buku ini pula adalah hands-on.
Ia menghimpunkan artikel, keratan akhbar dan majalah yang berkisar tentang isu muzakarah - muqabalah yang dibentang secara mentah. Pendekatan ini memberikan kebebasan berfikir dan menafsir kepada pembaca kerana himpunan material berkaitan, dibentang seperti asalnya, namun disusun hingga sangat membantu saya dan sesiapa jua pembaca, menyelesaikan jigsaw puzzle kepada suatu gambaran yang lebih besar.

BAHAGIAN 3
Bab yang ketiga pula menghimpunkan tulisan yang pelbagai dengan sifatnya yang satu, iaitu menyuluh bangkai gajah di bawah nyiru. Ia bersifat pendedahan dan sekali lagi pembentangannya adalah bersifat bebas. Setiap pembaca boleh menerima atau menolak satu demi satu artikel di bawah kompilasi ini, namun gabungan semuanya, amat menarik untuk menjadi lampu suluh dalam samar-samar tahun yang menipu ini.
Sesungguhnya selepas menelaah buku ini, saya berpuas hati untuk kembali kepada idea besar, bahawa sejauh mana sekali pun sebuah gerakan Islam bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkongsi titik temu, IA ADALAH SENTIASA SEBUAH ENTITI YANG TERSENDIRI.
Buku ini menyuntik kembali rukun TAJARRUD yang pudar oleh Siasah semasa.

Bacalah, dengan nama Tuhanmu…
***P/s: Target bila dh cukup duit nanti nak beli buku "Catatan Kanvas Kehidupan" - Ust Riduan Mohamad Nor. Ke ada sapa2 nk hadiahkan? =]

Sabtu, 22 November 2008

Ashabul Musolla

Photobucket
'Abidatul Huda Bt Abd Rahman
'Atikah Bt Abd Rahman
Wan Nurhayati Bt Md Anhar
Noorul Ellani Bt Hj Yahaya
Masturah Bt Mohamed Makki
Nurul Haini Bt Rasdi
Bintun Abdurrashid
Alhamdulillah ini muslimat yang konsisten menghidupkan musolla A-2-9(semenjak dari awal penubuhan). Teringat lagi kenangan 'turun naik tangga' bersama beberapa sahabat dalam usaha untuk 'mengadakan' musolla di bahagian blok A a.k.a A1..Musolla blok A? Pendek kata dulu tak ada. Pihak atasan kata tiada ruangan khas sbb bilik A-2-9 sebelum ini merupakan stor bagi menyimpan barang-barang. Alasan. Diterima tp tetap mahu usaha.Tak penting usaha siapa yang lebih tinggi, yang penting adalah kerjasama itu ada.
Dan alhamdulillah, berkat kesungguhan bersama dan doa' shbt2 ana yg mustajab, dapat jua lantai bilik a-2-9 di mop dan dihamparkan tikar. Bahagia sungguh segenap hati pihak hisbah Ummu Waraqah ^_^.. Jazakillahukhairan jaza' yang sgt2 tak terhingga jiddan2, pada Madam Badariah atas sokongan, dorongan dan bimbingan~ Buat presiden hisbah ummu waraqah: 'Abidatul Huda~. Tahniah dan takziah

smile Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah, di ambang akhir sem, kunjungan yang diterima semakin bertambah2. Sahabat-sahabat dari tingkat 3 dan 1 turun dan naik ke musolla, bahkan pernah juga menjadi singgahan daripada blok D dan E.
Kangan bangat, especially di ambang dan musim exam, ramai-ramai pakat berkampung di musolla. Study, bangun, qiyamullail, sahur, tido lewat, makan berjemaah, solat berjemaah, semuanya bersama. InsyaALLAH manisnya ukhuwah bila bertakhtakan ibadah~
Secara amnya,
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Kami ni saling segan dan menyilu, jadi semua pakat2 duk tolak antara satu sama lain supaya "Hampa la pi jadi imam, ilmu cheq cetek"..huhu.. wallahuTaa'la'alam~

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
Fardhu ain pada solat Jumaat;
Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Imam Muslim pernah meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid
Sehinggakan sebegitu sekali tuntutan kepada muslimin untuk solat berjemaah di masjid. Ada satu hadith yang intipatinya seingat ana, lebih afdhal kepada muslimat untuk solat dirumah, tapi kalau muslimat nak pergi kemasjid, benarkan, jangan di tegah. Jadi antara inisiatif kita sendiri untuk cuba hidupkan suasana masjid tapi 'dirumah' ialah dengan wujudnya musolla di asrama sendiri dan kene pergilah ^_^.. mungkin boleh bahagikan masa untuk solat di bilik bersama dorm-mate dan kadangkala di musolla sendiri~
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Analoginya, anda nak rm1 @ rm27. per person!
Hakikatnya, fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi.
Fawathkillahummarobithothaha~.. Semoga bertemu dan bertemu lagi wahai Ashabul Musolla a-2-9 ^_^...

Jumaat, 7 November 2008

.::Di sini ku temui ketenangan::.

* Posting kali ini, biarlah ringan sedikit ye*



Assalamualaikum.. Pictures, Images and Photos




Mak-K.Nany-K.Ngah-K.Chik-K.Su; inilah yang banyak mengikatku untuk tulus dalam perjuangan yang penuh liku ini. Hati aku; ada mereka.


Minggu yang berlalu ketika dalam tempoh sementara menunggu result, ujian demi ujian menimpa diri ini. Ku doa'kan moga ianya adalah 'hukuman' kepadaku atas kekhilafan yang telah aku lakukan selama ini.. ALLAH.. Lalu, aku gagahkan diri untuk mengajak sahabat-sahabat yang duk area SELANGOR untuk kami berkumpul. Moga-moga halaqah bersantai akan mengusik hati ini untuk memperbanyakkan mengingati ALLAH..


Programme Manager : Masturah Bt Mohamed Makki a.k.a Mak
Programme Coordinator : Noorul Ellani Bt Yahya a.k.a Kak Nany
Ajk Makanan : Mahirah Bt A Rashid a.k.a Kak Su
Ajk Pengangkutan dan Penempatan: 'Atikah Bt Abdul Rahman a.k.a Kak Chik
Ajk Modul & Sport : Nurun Najihah Bt Sairi a.k.a Kak Ngah


Bukankah Rasulullah s.a.w mendidik kita kalaupun permusafiran bertiga itu, satu di antaranya perlu ada Amirnya (ketua). ^_^.. Dan, sungguh, dalam kehidupan seharian kita, andai kita pratikkan sesuatunya yang telah dididik oleh ajaran ALLAH s.w.t dan Rasulnya, pasti segalanya akan menjadi indah..


Ini antara kesempatan interaksi antara kami :


Gambar kiri: Itu adalah sesi usrah. Kalau perasan, ada alQuran didalam pelukan kami.^_^

Gambar kanan: Itu adalah sesi makan di bawah pondok. Bukan 'pondok panas' deh. Hihi.

.:: Kak Ngah, Kak Su, Mak::.




Sungguh manisnya ukhuwah ini, Kak Ngah datang jauh daripada banting, saudari yang disayangi ini keluar rumah sedari jam 9 pagi lagi. Dan hanya tiba di lokasi KLCC menghampiri jam 12 tghari. Bersungguh hati kak ngah menyemai ukhuwah yang ringkas dan tampak mudah ini ^_^... "Nanti kita buwatlah pulak di Banting!" Itu antara dialogku pada tempoh hari..Kak Ngah menjadi nama pilihan~


Mak.. Jangan marah ek Kak Su bongkarkan identiti Mak as Mak..ehehe.. "Mak"..inilah panggilan yang seingatku adalah cadangan daripadaku ^_^.. Mana taknya, ingat lagi pada klimaks perkenalan kami semua, sering kami bersama, dan kadang-kadang berkongsi 'ilmu agama masing-masing, dalam erti kata lain Usrah@Halaqah@Study circle ^_^. Dan... Masturah Bt Mohamed Makki a.k.a Mak cukup ambil berat tentang setiap antara kami dan banyak mainkan peranan sebagai seorang yang lebih 'dewasa' dari kami ^_^.. Tampak 'huduh' ek panggilan 'Mak'...tapi itulah yang merapatkan kami.. Asalkan seseorang itu redha dan suka dengan cara kita memanggilnya ^_^..


Kak Su. Itu nama yang diri ini sendiri minta bila masing2 sibuk tanya, kita nak panggil Mahirah ape ek. Hehe.. Mane taknye, dah biasa di rumah dengan panggilan Adik@CikSu@UmiSu.. Yang tiada lagi; KAK SU!!






.:: U S R A H ::.

Majlis Usrah itu dimulakan dengan Ummu Furqan dan diakhiri dengan Tasbih Kafarah.



Eleh kak Chik, gamba awak pun adalah ^_^..

Gambar adalah ketika sesi pembentangan SALAHUDDIN AL-AYUBI. Itu tajuk yang diberikan oleh Kak Ngah pada Kak Chik.

Tajuk Kak Chik Pada Mak: Hati yang Bahagia

Tajuk Kak Su Pada Kak Ngah: Kusyuknya Solat dan 13 Rukunnya
Tajuk Kak Nany Pada Kak Su: Adab&Akhlak Berjemaah

Tajuk Mak Pada K.Nany: Peranan Wanita Dalam Perjuangan


Hmmmm..igt AJK Makanan untuk makanan Jasmani je ke? ^_^.. Ituah antara task yang diberi oleh AJK Makanan..

Sayang seribu kali sayang, Kak Nany tak dapat hadir dalam pertemuan pada hari ini.. Kerana kesihatannya yang menjadi antara asbab ALLAH tak mengizinkan kami bersama pada waktu itu.. "Syafakillah~"

Kenapa ye kami tak tukarkan Kak Nany pada panggilan Kak Long@Along? ^_^.. Takpe, sebabnya 'Biarlah Rahsia'..hehe..ye tak Mak?

Dan Kak Chik, seperti biasa, dari rumah adalah Kak Chik, dan antara kami, dia paling manja..alamak,identiti terbongkar.hehe.. tapi apepun, kak Su dah ada, jadi yang tinggal jadi kakak Kaksu ek ^_^..



Andai itu Majlis Usrah, maka dibawah adalah Usrah :








Nama: Yg spatutnya - Yg dibawa ^_^


Mak : Kek@kuih-muih - Kek Batik.Lulus!
Kak Nany : Mee - Ye tak datang cikgu! Hehe..
Kak Ngah: Makanan ringan, chikedes@kacang2 - Karipap wat sniri, kacang ngan yin, keropok sira, biskut bantal. Mantop2!
Kak Chik: Air - Bip bip,handphone ku berbunyi.."Shbt2,esok sila bawa 1 botol mineral setiap sorang ye" .. Hehe...kak chik jgn marah ek..hehe..
Kak Su: Sandwich - Bwk 2 jenis; Inti Telur + Inti Tuna


Hehe...tapi sebelum jam 5 pg Kak Nany msg tak dpt hadir..jadi jam 5 pg tu juga, " Kak Chik, blh x bwk mee" ^_^... Alhamdulillah, kak chik usahakan jg utk kami makanan berat untuk pagi tu~




.::Ngomelan shbt2ku::.


Sebenarnya, kami tidaklah terlalu serius. Tahu juga bergurau. Aii, tak thiqohnye Cik Mahirah ni.Cik Atikah?Cik Masturah?-P.. Antaranya:
- Ke Kedai Toys R Us dan byk juga aktiviti yg kami wat kat situ..
- Ke kedai accesories, pah gap mencuba byk accesories kt situ..




Sahabat ana Masturah Bt Mohamed Makki,


Jazakillahukhairan atas hadiah pemberian dari enti itu..sungguh, terkejut bila tengoknya.. Dan kak chik kata, mak tak tidur pada malam tu untuk sediakan hadiah ini...Apakah hadiahnya wahai sidang pembaca sekalian? Seperti biasa kami sangat sukakan sesuatu yang 'home-made' @ 'hand-made'..Sila rujuk permulaan posting ^_^...



RUGI TAK HARGAI UKHUWAH!!


.::janganlah jadikan ukhuwah itu asbab perjuangan kerana andai kata hilangnya ukhuwah, boleh jadi kamu akan lari dari medan perjuangan, tapi apabila kamu berada di dalam perjuangan, carilah ukhuwah.. Kerana disitu kamu akan merasa betapa manisnya hidup seorang perjuang. Uwais al-Qarni pernah berkata, Biar aku hilang teman kerana berjuang tapi jangan aku hilang teman seperjuangan~::.



Tahu tak sape Uwais Al-Qarni??.. kalau tak tahu takpe,sbb setiap antara kita akan bermula dengan Tidak tahu.. tapi rugi kalau baru tahu dan tak nak develop pengetahuan itu~..Beliaulah yang Terkenal di Langit Tak Terkenal Di Bumi..




.:: Memang hajat kali ni nak posting ringan. Pesan Nabi s.a.w: Balighu anni walau aa yah. So, pandai2 ambil msg. K. Wassalam::.

Jumaat, 31 Oktober 2008

.::'Izzah Islam::.

bismillah Pictures, Images and Photos


ASSALAMUA'LAIKUM~... seketika mataku celik bilamana 5 haribulan 11 semakin menghampiri. Kembali aku mengingati jadual2 dan hari2 peperiksaan yang telah aku lalui beberapa minggu yg lalu.

Herm~.. terasanya sejuk sangat bila terfikir-fikirkan kembali. Kadang-kadang berselang seli dengan pesanan Kak Nisa' yang if kita terlalu risaukan sesuatu, tandanya seolah-olah kita tak yakin pada ALLAH, astaghfirullahal'azim~... nau'zubillahuminzalik. Terus ku alihkan fikiran dgn "Lebih aku berdoa'!!..."FAIZA 'AZAMTA FATAWAKKAL 'ALALLAH ^_^"

USAHA - DOA' - TAWAKAL - REDHA
Usaha dah kan? Doa masih diteruskan kan? Tawakal masih tinggi kan? Perlu redha sentiasa ^_^
InsyaALLAH...aku akan redha apa jua keputusan yang bakal menanti.. Bagiku, penting untuk tunjukkan 'izzah ISLAM dalam segala aspek; akademik, perasaan Redha, ikhlas walaupun payah...dan banyak lagi~
" Ya ALLAH,
sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada ISLAM dan perjuangan,
maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara.
Dan sekiranya kejayaanku membuatkanku jauh dari ISLAM dan perjuangan,
maka KAU lebih berhak menentukan selayaknya untukku.
Kerana aku imani,
tiada apa yang KAU taqdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.."

Alhamdulillah... syukur kerana pernah menjadi Dean's List..moga ALLAH memberikan lagi kejayaan sebegini padaku..dan juga pada adik beradikku..dan juga pada sahabat2ku..


Inilah jam yang menemani ana semenjak daripada form 1 lagi ^_^.. Jarang dah pakai kat luar sekarang, ye la, igt lagi Pok Su Jo pernah kata " EEee, mari je ni ko poksu, je ore laki ni, ado pulok pki je gni~"..Hihi... tapi takpe, tetap Saaaaaaaaaaaaaayang Baby-G tuning ..hemo-hemo~


Spek mata yang latest ana pakai.. Sebelum ni dh pakai 4 spek mata, spek 1 abang ambil gara2 die nk bwk keta tempoh hari, tapi tertinggal spek,at last jadi hak milik pulak dah,hehe.. spek kedua hilang, dicuri barangkali (tamoo tuduh sapa2)..spek ketiga ada alkisahnya, tapi alhamdulillah msh ada lagi kat umah skrang ni =], n hopefully ni final spek sehinggalah graduate uia. if perlu tukar baru tukaq. k =]


KEMBALIKAN 'IZZAH ISLAM!!!

Rabu, 29 Oktober 2008

28 Oktober 2008

bismillah Pictures, Images and Photos



Tanggal 28 Oktober 1989, iqamah dilaungkan pada telinga kecilku ini, menandakan aku baru shj dilahirkan di bumi ini, pasti dalam hati ibuku, doanya agar aku bisa menjadi anak yang solehah, apakah aku mampu? Moga ALLAH memakbulkan akan rintihan ibuku itu, moga malaikat tetap mengaminkan sehingga ke hari ini..



Kini usiaku menjadi bertambah lagi, 19 tahun itu yang menjadi coretan. syukur yaALLAH, alhamdulillah. Rutin yg perlu, sujud syukur. Sedari 26 october dh ada yang wish awal2, barangkali risau wajahku ini tak akan ada lagi dimuka bumi..hihi... Kita akan tetap mati walau dimana cuma menunggu masa sahaja... Buat tatapan sahabat-sahabat, inilah antara hadiah-hadiah yang istimewa sempena ulangtahun hari lahirku tempoh hari.. Jazakallahukhairan jaza' buat antum =]











Ini dari sahabat terbaik ana : 'Atikah Binti Abdul Rahman~

Tangisan sanubari telah terhenti,
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdaus,
Menjadi zikir kasih yang suci.

Lukisan dua jiwa menjadi satu,
Terkenang detik bertemunya kau dan aku,
Santun berhikmah,
Mengingatkan diri,
Hidup dan mati hanya untuk ILAHi.

Menggengam janji cinta ini,
Bertemu kasih tanpa jasad,
Bicara tanpa suara,
Hanya tulisan bahasa indah,


Mengeratkan antara kita,Hinggalah ke akhirnya~...


Kau ku sanjung kerna pengorbanan..


Bagai puteri di kayangan,


Tika ku lesu, hadapi hidup..


Kau hembuskan nafas semangat,


Penawar hati....


* Pertama kali mendengar lagu ini,
rupa-rupanya bergenang air mataku... Menusuk ke qalbi rasanya.. Tak sangka ukhuwah itu begitu indah... Hinanya diri ini....

















.::Video tentang Kebakaran Rumah Adik-adik itu::.



Pagi 28 October, aku di 'bangun'kan dengan satu mesej yang menjemput untuk ke satu MISI, MISI KEBAJIKAN GAMIS. Tak pasti kali ke berapa aku menjadi sukarelawan (tapi masih boleh dibilang dengan jari..hemo-hemo), cuma kali ini agak berbeza daripada sebelum-sebelum ini. Pagi itu agak sibuk sedikit dirumah, tapi segala persiapan, baik fizikal, mental dan insyaALLAH rohani..tetap aku persiapkan untuk ke MISI KEBAJIKAN ini. Perjalanan dimulakan dari rumah selepas zohor, memandangkan untuk mengelakkan sebarang musyaqqoh dalam perjalanan. Sampai sahaja di lrt UNIVERSITI, ana dan 'atikah dijemput oleh sebuah kereta yg warnanya menjadi kesukaanku =]..warna ape?~ warna hijau..



Setibanya di masjid UIA, pj. Sedikit kaget, kerana kami agak terlewat walaupun beberapa minit sahaja daripada kampus uitm. Apepun, segan!.Aku menghulurkan sumbangan hasil kutipan daripada sahabat-sahabat seperjuanganku.



2 buah kereta, 1 van. Kami terus bergerak ke Sg. Penchala. Kelihatan figure-figure penting dalam GAMIS turut hadir. Ust Dzulkhairi, Ust Hilmi Qusairi, Ust Shaari dan juga Ust Yusri. Itu antara pimpinan GAMIS yang hadir.



Terusik sungguh di hati ini, bila dihadapan mataku setibanya di Sg. Penchala, kelihatan deretan rumah yang terbakar. ALLAH... dikhabarkan anak-anak yatim antara yang ada di dalam rumah itu. Kata Mak Long (penduduk di situ), 7 buah rumah kesemuanya, 70 anggota keluarga yang terlibat di dalam kejadian. Kata seorang lagi makcik di situ, 2 anak-anak yang terkorban, dan antaranya adalah anaknya... Ku rapati seorang adik kecil, Anis namanya, luka dikaki kiri dan kanannya, yang ada hanya bicara mata, tiada kata-kata dibibirnya, mungkin trauma darinya..

Masyitah baru berusia 7 tahun, tapi rumahnya telah ditaqdirkan oleh ALLAH untuk hangus rentung pada kejadian 10 malam itu.. Adik-adik akak.. sabar deh.. innallahamaa'na..



Teringat kata2 Ust Dzulkhairi, ketika hendak mengakhiri ucapannya, satu kata-kata yang terpaku di lubuk hati ini, " BUKAN SAMPAI DI SINI SAHAJA, KITA PERLU UNTUK MEMBANTU SEMUA YANG MEMERLUKAN BANTUAN, BAIK MUSLIM MAHUPUN BUKAN".



Buka mata hati, untuk hijab mata nafsu!

Selasa, 28 Oktober 2008

Student POWER!!



Pilihanraya Kampus (PRK) merupakan aktiviti tahunan yang wajib dilalui oleh setiap warga universiti yang bergelar ‘Mahasiswa’ kerana PRK adalah medan terbaik bagi mahasiswa untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka yang benar-benar berkualiti, berkredibiliti, berintergriti dan mengutamakan kebajikan pelajar.


Selain itu, PRK juga merupakan lapangan yang sesuai untuk melatih karektor dan kepimpinan mahasiswa kerana mereka inilah yang bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan Negara yang ada pada hari ini. Mahasiswa secara praktikalnya perlulah didedahkan dengan ilmu politik, pelaksanaan yang tulen dan diberi kebebasan untuk menentukan halatuju mereka tanpa ada sebarang sekatan dan ugutan selagi mana ia tidak bercanggah dengan Syari’at Islam.



Namun, mahasiswa Malaysia sejak tahun 1970-an hingga ke hari ini masih lagi dibelenggu oleh ‘kuasa-kuasa’ ghaib yang cuba memandulkan dan melemahkan idealisme mereka. Pelbagai usaha dilakukan oleh golongan ini untuk menakutkan mahasiswa daripada bergiat aktif dalam kancah politik kampus dan tanah air disamping bergiat aktif dalam masyarakat serta cakna kepada isu-isu semasa.Pelbagai sekatan berbentuk akta dan juga ugutan dihidangkan kepada mahasiswa seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), ugutan buang kolej, buang universiti, ditarik balik biasiswa dan juga pinjaman. Semua tindakan ini dibuat adalah demi untuk kepentingan ‘politik’, ‘pengaruh’ dan ‘kuasa’ pihak pemerintah semata-semata.Mereka tak nak kedudukan mereka tergugat dan digugat oleh mana-mana pihak termasuk mahasiswa walaupun terbukti merekalah pemerintah yang penipu, zalim dan gila kuasa. Menyekat hak mahasiswa untuk menikmati nilai demokrasi yang sebenar merupakan satu tindakan yang zalim dan pengecut.Seperti universiti-universiti lain di sekitar Lembah Klang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga tidak terkecuali daripada menerima tekanan daripada pihak pemerintah yang gila kuasa.


Sehingga ke hari ini, pihak pentadbiran UIAM masih lagi membisu seribu bahasa berkenaan isu pilihanraya kampus sesi 2008/09. Tiada sebarang notis pemberitahuan mengenai status PRK pada kali ini.Walaupun Pro-Mahasiswa UIAM (Pro-M) yang lebih dikenali dengan kumpulan ‘We Unite For Islam’ (WUFI) mendapat maklumat yang tidak rasmi secara verbal oleh seorang pensyarah kanan universiti bahawa Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Ust. Hamidon Abd Hamid ada memberitahunya tentang perjalanan PRK 08/09 yang akan dijalankan pada semester dua akan datang, januari 2009.Ust. Hamidon ada menyatakan bahawa pihak pentadbiran UIAM tidak akan sekali-kali tunduk kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) jika arahan yang dikeluarkan oleh mereka bercanggah dengan perlembagaan universiti. Bila ditanya bila PRK akan diadakan? Beliau berkata: “Itu KPT yang tentukan, kami hanya tunggu arahan.” Tapi, bila mahasiswa berpiket di KPT dan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mendapat jawapan rasmi daripada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin, apa dia jawab? “Kita serah kepada universiti yang tentukan tarikh PRK”. Apa semua ini?Untuk makluman semua, sebenarnya pihak pro-mahaiswa UIAM masih lagi tertanya-tanya adakah PRK 08/09 akan tetap diadakan atau dihazafkan terus? Maksudnya tiada lagi pilihanraya kampus di bumi UIAM. Yang ada hanyalah Forum bagi pemimpin-pemimpin pelajar yang dilantik diperingkat kuliyyah-kuliyyah (fakulti).


Sebelum ini memang ada desas-desus berkaitan isu ini.
Cumanya ia menjadi diam seketika setelah wakil-wakil MPP pro-m sesi lepas cuba membuat bantahan. Boleh jadi ia akan usaha jahat ini akan diteruskan memandangkan sikap pihak pentadbiran yang terus membisu dan buat-buat pekak. Sebenarnya, sejak zaman berzaman lagi pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pentadbiran yang pro-UMNO untuk melenyapkan pengaruh We Unite For Islam (WUFI) dilihat cenderong kepada pembangkang.Namun, usaha mereka tetap gagal, mahasiswa UIAM tetap bersama dengan pro-m atau wufi. Pro-Aspirasi hanya dapat membentuk kabinet mahasiswa pro-UMNO hanya sekali sahaja iaitu pada tahun 2005 setelah wufi memboikot pilihanraya pada ketika itu disebabkan oleh sistem dan peraturan baru yang diperkenalkan.


Biar apa pun yang terjadi, pro-m UIAM akan tetap memperjuangkan kebenaran dan hak-hak serta kebajikan mahasiswa. Mahasiswa UIAM perlu ingat, kita bukannya pak turut yang dicucuk hidunya untuk mengiakan apa yang tidak benar dan bersifat munkar.Justeru, pro-m UIAM menggesa agar pihak pentadbiran supaya tetap mengadakan pilihanraya kampus seperti sediakala tanpa ada sebarang sekatan dan penyelewengan. Berilah kebebasan kepada mahasiswa, laksanakan amanah dengan adil dan telus, jangan sekali-kali mempermainkan mahasiswa. Kami tidak akan berdiam diri, kaku dan layu, kami akan bangkit menentang sebarang bentuk kezaliman. Ingat! kami bukan budak-budak tadika yang masih berhingus.


Cukuplah sekali pihak pentadbiran memalukan universiti kepada dunia umum pada PRK yang lepas setelah penamaan calon kali kedua diadakan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia penamaan calon buat kali kedua dengan tujuan untuk melayakkan calon-calon pro-aspirasi yang terperangkap dalam jerangkap samar ciptaan mereka sendiri. Mereka telah gagal sebelum perlawanan bermula. Student Power!



Oleh:Ust Mohd Ridwan Bakar

Ahli MT GAMIS



Photobucket

~ Benarkah Pilihanraya Kampus UIAM akan dihapuskan?~

Sabtu, 25 Oktober 2008

Sambutan Tapi ada Manfaat

Photobucket







Bismillahirrahmanirrahim~


MERIAH keR awak??


sambut je, tak da maknanya..hehehe

Inilah antara detik-detik pertemuan sepanjang Syawal yang dapat ana kongsikan bersama sahabat-sahabat sempena menyambut 'Idul Fitri. Paling utamanya, tidak dapat ana besarkan gambar-gambar ini untuk tatapan umum memandangkan majoriti daripada sahabat-sahabat dalam gambar ini masih lagi muslimat yang tiada zauj lagi. Tidak perlu ana huraikan panjang.
InsyaALLAH setiap detik pertemuan bersama para mujahidah tidak akan dilupakan sama sekali melainkan telah ditaqdirkan oleh ALLAH untuk berlaku hal sedimikian. Hadirin yang dirahmati oleh ALLAH s.w.t, agak terlambat untuk ana mengucapkan Salam Lebaran, Salam Syawal, Salam 'Idul Fitri.
Terus, lebih molek andai kata ana memperingatkan kembali diri ini, akan apa etikanya pada 'Idul Fitri.
"Kembali Kepada Fitrah".
Itu ertinya, yang andai dihurai panjang, sang syaitan akan mula menusuk-nusuk supaya para pembaca merasa mengantuk, mulut mula menguap-guap. Pendek sahaja ulasannya. ALLAH hadiahkan 'Idul Fitri itu tanda kemenangan bagi yang berjaya merentasi bulan Ramadhan dengan baik. RAMADHAN KAREEM! Namun begitu. bagaimana dikatakan insan-insan mukmin ini berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan baik?
Nah, ini dalilnya!
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Kesimpulannya, muhasabah diri kembali. apakah diri ini, baik diri ana mahupun sahabat-sahabat ana dapat mencapai tahap "BERTAQWA" itu... bagaimana cara seseorang itu bertaqwa perlu dikoreksi kembali.
"Ya ALLAH ya Tuhanku, datangkanlah dalam hati ini rasa ketaqwaan pada Mu. Hambamu ini hamba yang hina, dan dipenuhi dengan debu dosa, maka sucikanlah hati ini ya ALLAH. Datangkanlah rasa taqwa dan hubbun pada dirimu ya ALLAH"



Melatah ke?

Tertarik ana untuk mencelah-celah ruangan alam maya ini. Pernah dulu dalam hati terutara keinginan untuk meneruskan bidang sains yang telah diwarisi selama lebih kurang 6 tahun. Yakni tingkatan satu sehingga peringkat matriks. Masih ingat bagaimana penyakit "downheadsindrom" ketika di dewan kuliah Matrikulasi negeri Sembilan. Huhu~.

Terus sekali lagi ana memperingatkan diri, walaupun sekarang ana memilih aliran sastera tak berma'na pengajian tentang sains itu terhenti begitu sahaja, cuma bknlah pengajian secara formal. Baru petang tadi, ada jamuan besar-besaran bersama sahabat-sahabat. Sengaja menggunakan stand "Majlis Hari Raya" walaupun syawal hampir sampai ke penghujungnya. Apa tujuan utama? Mengumpulkan semua sahabat-sahabat dan keturunan masing-masing. Hehe~
Dalam perjalanan pulang, tersentak ana apabila mulut ni secara tak langsung melatah "Ya ALLAH, sayang". Bukannya perlahan, tapi kuat. Mana tak melatah, pemandu kereta tak ada lesen, muncung kereta avanza hanya beberapa inchi sahaja daripada kereta depan. Kancil barangkali. Tapi yang membuatkan ana terasa merah padam seluruh muka, berderau darah seluruh badan, bagai nak menitis air mata, bilamana dalam kereta tu ada 2 muslimin, dan disaksikan hampir 5 muslimat. (itulah sebabnya muslimin yang tak ada lesen tu kena memandu). Kenapa melatah macam tu ye? Sekalipun tak berma'sud nk tujukan latahan tu pada sesiapa, akan tetapi pada sekolah lama ana. Saat itu, sahabat terbaik ana tunjukkan sekolah ana, katanya "Nilah sekolah Mahirah~". Saat yang sama, dalam hati ni bersuara sesuatu. So, ditakdirkan oleh ALLAH, apa yang ada dalam hati tu terhujah ke luar pula~..Allah...
So, cuba cari kaji, ape pe'el menyebabkan terlatah ni. Heh~
Tenaga tidak boleh dimusnahkan, tetapi ia mengalir dan berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Apabila kita bercakap, tenaga sebenarnya sedang dialirkan. Tenaga ini datangnya dari niat di dalam hati. Tenaga ini dialirkan daripada seseorang kepada seseorang yang lain dan membentuk kitaran tenaga yang saling menyeimbangi antara satu sama lain. Tenaga yang mengalir perlu seimbang ini digelar Hukum Keseimbangan. Niat yang berulang-ulang akan menghasilkan getaran dari hepar (Liver) yang akan dihantar ke laring yang boleh menghasilkan bunyi suara. Niat ini adalah seimbang dengan maksud, tujuan dan matlamat yang jelas dan berfaedah.






Gambar rajah di atas ialah ilustrasi getaran niat daripada hati ditukarkan kepada suara melalui larynx.


Gambar rajah di atas ialah ilustrasi bagaimana suara terhasil tanpa niat daripada hati atau hati gagal mengalirkan niat untuk ditukar dalam bentuk suara oleh larynx. Akibatnya tenaga dikeluarkan dengan banyak dan melemahkan tubuh.

Gambar rajah di atas ialah ilustrasi menunjukkan suara yang seimbang. Percakapan yang bermanfaat akan mendapat keseimbangan tenaga kembali.


Gambar rajah di atas ialah ilustrasi menunjukkan suara yang tidak seimbang. Suara yang dibebaskan dibazirkan bersama tenaga yang banyak dan tidak mendapat tenaga gantian sebagai keseimbangan. Percakapannya pula tidak memberikan sebarang hasil, diabaikan atau mudah dilupakan.


Gambar rajah di atas ialah ilustrsi menunjukkan suara yang ikhlas daripada hati menembusi apa sahaja kemudian memberikan manfaat keseimbangan tenaga kepada orang yang bercakap itu semula.

Gambar rajah di atas ialah ilustrai menunjukkan suara yang tidak ikhlas, percakapan dengan hawa nafsu yang akan melemahkan orang yang bercakap. Tidak ada tenaga yang menyeimbangkan percakapan yang dilafazkan.
الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram Hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah Hati manusia. Surah Ar-R'ad, Ayat 28


Dan sedikit tambahan daripada http://www.rawatankesihatan.com. Melatah, mengeluh, merungut, berdengus atau mengeluarkan bunyi suara sepontan seperti ah! aduh! oh! dan sebagainya. Malah melatah ini secara jelas telah melanggar Hukum Keseimbangan. Mudah berkata "aduh!" ialah zahir kepada sikap kurang redho. Mudah berkata "ah!" ialah zahir kepada sikap kurang ikhlas. Melatah boleh melahirkan sifat-sifat tidak redho, tidak ikhlas, tidak sabar dan tidak hening.
ALLAH, lindungilah diri ini daripada gangguan syaithon yang direjam~

Rabu, 22 Oktober 2008

Perlu lihat dan analisa

Melaporkan dari METRO Kampus - Lihat, bukan perhatian dari Malaysia sahaja, bahkan dari negara Jiran.

Lihat video ini, analisa dan tinggalkan komentar anda!

Selasa, 21 Oktober 2008

Kebetulan @ Suratan?

Assalamua'laikum:

If tgk video ni, orang kedah akan kata, isyh, biaq betui?

Orang selangor akan mula tambah, kebetulan ke? ke kebenaran?

Ore qlate oyak, yolo la tu, mugo filem ni hok lepah doh

Orang sabah mula bersuara, mau tau atau tak ya lihat sekarang bah!

Muslimin muslimat yang dirahmati oleh ALLAH s.w.t sekalian. Tempoh pada hari ini, kita sendiri mampu melihat dengan mata kasar apa itu yang digelar kerajaan ISLAM. sendiri tahu apa priority yang perlu sama sekali dipertuntutkan. Teruja ana membaca artikel2 yang ditulis oleh Ustaz Wan Ji (www.one-g.blogspot.com). Tak sia2 RM3.60 untuk 3 artikel yang menerangkan tentang kerajaan ISLAM. InsyaALLAH t ana akan uploadkan artikel2 nya untuk bacaan shbt2 yg singgah di blog ana.

Ana tak mahu komen panjang, cuma satu perkara perlu ingat, setiap undian itu amat berma'na, tak kesah dalam undian apa-apa sekalipun, seperti mana ana pernah terlibat dalam pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (alhamdulillah..), seperti itu ana pernah merasa betapa hebatnya akibat, natijah, dan kesan negatif yang akan dirasai bila tersalah pilih puncak pimpinan. Sistem yang sama, pangkah mana pilihan anda, nampak remeh tapi semuanya terpulang pada anda selaku yang berhak mengundi. Apapun:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

Surah A-li 'Imraan, Ayat 54

Cuma sekali lagi ana tekankan, hakikat = dunia adalah ladang persinggahan, hakikat = ramai tak sedar hal ni, hakikat = akhirat adalah negara yang kekal abadi, hakikat = ramai tahu wat2 tak tahu.

Jadi, sahabat2 sekalian, bukalah mata, celikkan minda kita.. Tanya iman dengan sebaiknya.. wallahu'alam

Kenapa masih ada yang susah bersuara?

Inilah 'suara' hati muslimat berjiwa muda!

al-Jenderami~










Bismillahirrahmanirrahim,
Bukan kali pertama, tapi merupakan kali kedua, menghirup udara di bumi Yayasan al-Jenderami.
Pertama kali datang ke sini, terasa sungguh seperti berada di bumi Saudi, Makkatul Mukarramah. Sememangnya tidak setanding, kerana itu ana menggunakan istilah 'seperti'.
Namun begitu, bukan itu fokus utama yang ana nak kongsikan disini.
"PERLU ADA DALAM JIWA SETIAP ORANG MUKMIN INI, ADA AZAM UNTUK MENDIRIKAN SEBUAH PONDOK"
Ini bukan kata-kata ana, itu yang pasti. Ilmu yang cetek membuatkan ana mengambil kembali kata2 ini yang asalnya daripada seorang ustaz, yang pada ketika itu pertama kali membawa ana dan seorang sahabat ana bersama-sama isterinya ke yayasan alJenderami ini. Ternyata sampai kapan pun, kata2 ini masih terngiang2 di sudut pemikiran ana.
Terus kembali sahaja ke destinasi - UIA, ana mula memikirkan istilah pondok yang dimaksudkan oleh Ustaz itu. Lalu istilah itu banyak cabangnya. Mg2 ALLAH akan makbulkan impian ana yang satu ni - NURSERY
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Jujurnya, ayat inilah yang banyak aku pegang semenjak dari zaman sekolah dulu. Itulah dikatakan 'novel' yang paling TERBAIK adalah ALQURAN!





















Ahad, 5 Oktober 2008

Halusinasi atau Realiti?

MEMORI DI IIUM


Sedari awal jam 7.45 pagi, aku telah meminta abah menghantarku ke perkarangan UIAM, atas niat insyaALLAH hari ini aku akan sempat:
- Study di Library
- ‘Itikaf di masjid
- Lunch sambil bermuzakarah dengan kakak2
- Ambil spek mata pada Kak Fas
- Liqa’ bersama sahabat ISIS
- AGENDA UTAMA : Bertemu k.hajar~

Terasa suasana syahdu bilamana ramai yang menunaikan dhuha di Masjid, ku melihat setiap gerak geri muslimat yang ku kira walaupun mempunyai banyak kuliah pada hari tersebut. Alangkah indahnya kalau yang ku hirup udara pada pagi itu adalah udara Makkah.. Halusnya senibina yang digunakan dalam masjid itu. Masih aku terkenang akan udara Madinah dan Makkah yang melalui ruang rusukku dahulu.

“Maka ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Ku hentikan ni’at untuk belajar di library, kerana ku yakin, masjid ini lebih sesuai dan penuh barakahnya.

Tafakkur aku seketika, memikirkan bagaimana detik pertemuan bersama ukhti Hajar nanti ya. Text!
“Assalamua’laikum k.Hajar, bile kite leh jumpa ek?”
…..
“Waa’laikumussalam. Dik, k.hajar habis kelas awal hari ini, igtkan nak balik rumah dik. X jadilah jumpa dik ye”
…..
“Ala K.hajar!, adik kat UIA dah ni, tapi nak tunggu ‘Atikah ngan K.Elani dulu, kita jumpalah ek, kejap pun jadik~!”
….
“Owh… k”
….

Mengambil masa sehingga tengahari, sempatku khatamkan satu subject walaupun tak sempat untuk ku hadamkannya, bukan ape, fikiran ini melayang kepada agenda utama hari ini.

Ambillah peluang bilamana kau berada bersama mereka yang lebih matang darimu. Ku ambil kesempatan makan tengahari bersama akhowat sambil bermuzakarah tentang beberapa isu. Tahulah aku kondisi mahasiswa. Akan hangatnya isu pakaian untuk graduation. Akan bahangnya isu Pilihanraya Kampus. Dan juga beberapa perkara induk UIA. Syukur segenap hati bilamana ALLAH pilih aku untuk berada di UIA ini, kerana susur galurnya mudah difahami walaupun kadangkala sukar difahami.
Demonstrasi di sini mudah untuk di atur. Ramai yang tersalah anggap bahawa demonstrasi itu boleh diambil tindakan, sedangkan tidak. Itulah suara mahasiswa. Bukan sahaja perlu masuk telinga kanan, tapi perlu ‘dibengkelkan’.
Sempat juga ku ejaskan supaya k.hajar dapat join pertemuan itu sekali. Namun baru ku sedar, mahallah Asiah jauh daripada tempat ini. Café ni berhampiran dengan Econss department, atau mungkin mmg di Econss department. Yang ku dapat imbau, daripada Masjid, perlu lalu Library, di situ..ada jambatan yang perlu dilalui.

Setelah selesai makan, ‘Atikah dan K.elani pun sampai. Jelaslah masih perlu untuk ku tunggu. Seketika pula, ku alihkan perbincangan bersama K.Fas, banyak ilmu yang diperturunkan gadis kecil molek ini.

Forward to the moment we met..

K.Fas yang perjelaskan direction yang nak ke bus stop, tempat K.Hajar sedang menunggu kami. Kami bertiga redah sahaja lubuk perjalanan tempoh hari sambil mengingati akan penjelasan kak Fas. Bila hampir dengan klinik

“Adik kat mana ni?” – K.Fas
“Alhamdulillah dah dekat dah ni K.Fas, terima kasih ye!”
“Dik, tolong dik, akak kat masjid ni, ada sister ni sesak nafas, tlg bagitahu pihak klinik untuk datang sini dik. Adik cpt sikit ye” – K.Fas

Ketika itu, dua debaran ku rasai, debaran yang K.Fas rasai, dan debaran aku untuk bertemu srikandi yang ku nanti2.

“Cik, ada sis sesak nafas dkt masjid, dh biru dah muka dia, tlg hantar ambulans cik”
“Nama sis tu siape?,nanti kita hantar ambulans dik, sekarang ni driver keluar sekejap”

Ku hulurkan handphoneku pada nurse itu supaya dia dapat berkomunikasi dengan K.Fas yang lebih ‘arif dengan situasi. Kelihatan nurse tersebut sedang mengajar cara-cara yang patut mereka lakukan sementara menunggu ambulans sampai ke lokasi.

“Adik..lambat lagi ke?k.hajar penat la dik…” – K.hajar

“JOM~!” - ajakan sahabat2 untuk bertemu k.hajar
“Jum!”

***
Seketika di stesen bas, tangan2 kian bersulam, syahdu suasana ketika senyuman saling bertukar walaupun terpalit kepenatan diwajahnya..ku hulurkan 2 bungkus gula2 berangin yang k.hajar kirim untukku belikan seketika tadi. Ku hulurkan bungkusan biskut yang ku bawa dari rumah. Kelihatan K.Elani pun turut mengeluarkan sesuatu buat K.hajar. Seketika kami berbual, dalam 5 baris ayat..Kalau ana 3, k.hajar 2.

“Adik, ambulans tak sampai lagi ni, lambat lagi ke?” – Masih riuh lagi suasana di masjid tadi

“Kenapa kalut sangat ni”- K.Hajar

Aku minta untuk undur diri sebentar, bagiku urusan untuk membantu sahabat di masjid adalah lebih penting.

Seketika ku pulang dari klinik.. K.Hajar telahpun menaiki bas awam. Menuju ke rumahnya. Sayu. Yang ku sempat lihat hanyalah tubuh sebuah bas yang sedang melambai lembut..

Biarpun pertemuan yang jam minit tak sempat bergerak 10 kali, aku tetap bersyukur. Sujud syukur, itulah rutin harian kami. Kalau ‘atikah dan k.elani sempat berjumpa 8 minit, aku mungkin 5 minit shj. Bukankah itu masih ni’mat?

*** Posting ini sekadar suatu kenangan yang dipinta terpalit kemas di memori.

NAFAS SYUHADA’


Ku sangkakan air mata ini tahu untuk berhenti,
Namun ada ketikanya sahaja…

Aku terlalu merindui belaian seorang srikandi,
Dulu,
Ku impikan ukhuwah antara kami jauh lebih mendalam..
Apatah lagi sekarang, yang ku doakan mg syurga tempat pertemuan kami..

Kalau hari ini muslimin masih mampu terasa syahdu,
Tapi hari ini muslimat masih mampu teresak..

ALLAH..
Aku telahpun redha akan pemergian dia..
Cuma ku harap Kau tambahkan akan redhaku ini..
Biar ku sedar,
Agar perjuangan bersama si dia di alam reality ini telah tiada..

Sahabat yang dicintai kerana ALLAH,
Di bumi yang merekah ini,
Tidak akan putus2 ku kirimkan kuntuman doa dan tangkaian ummul furqan buatmu..
Halusinasinya, perjuangan ini masih memerlukanmu..
Namun hakikatnya, ALLAH terlalu menyayangimu…

Aku sendiri melihat…
Bagaimana kau diuji dengan penyakitmu..
Aku sendiri..
Sempat berkongsi akan bagaimana kesabaranmu atas ujianmu…
Aku sendiri…
Sempat menjadi orang yang dirimu sayangi..

“Maka ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Wahai diri,
Perlu ada rasa syukur dalam dirimu itu..

Wahai insan,
Perjuangan ini masih beribu batu jauhnya,
Perlu diteruskan oleh mata-mata rantai perjuangannya,
Andai permata telah tinggalkan kita,
Tak bermakna kilauannya akan terus terpadam,
Kerana kitalah yang akan terus menggilapnya sehingga kita mampu berkilau sendiri..

Wahai ukhti serikandi ILAHI,
Masih terkenang akan semua situasi yang kita berkongsi..
Namun, yang lepas, biar ku palitkan ia sebagai memori..

Rabbul Izzati…tempatkanlah Ukhti Siti Hajar Bt Izham bersama para syuhada~…