.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Khamis, 19 Jun 2008

Santai Berfikir Tegas Bercuti


Bismillahirahmanirrahim

Ikhwah wa akhowat sekalian, asiff jiddan kerana dh lama ana tak hidupkan blog ni, kesempatan masa agak terbatas, ana cukup lemah bab pengurusan masa ni,,, tapi insyaALLAH akan ku sampaikan walaupun satu ayat..

Terkenang kembali kenangan2 pabila mendengar lagu "Janji Tuhan Pasti Berlaku" berulang-ulang kali..

Bermulanya perjalanan cuti pada tempoh yang lepas cukup banyak yang telah aku lalui, mehnah, suka duka, tersenyum menangis, bangga kecewa, air mata lesung pipit... semua ada..
Asam garam kehidupan semua itu harus dilalui..

Alhamdulillah, di penghujung cuti tempoh hari, ana sempat join program anjuran GAMIS, alangkah kagum isi hati ini akan intipati, motif dan segala yang dicurahkan daripada program tersebut. Pengarah yang mantap dan urusetia merangkap ahli yang memberi komitmen =]

(akan bersambung)

Rabu, 18 Jun 2008

Extend sem boleh tak?






Assalamua'laikum warahmatullah....

Ku dapati hari yang ku lalui hari ini penuh liku,,,
kadang-kadang seperti ada noktah...
ku kuatkan diri, patahkan segala yang mampu untuk selingkuh semangat ini...
ALLAH... tidak banyak yang ku minta... sekadar bimbinglah diri ini yang hina

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Ayat feberet ana nih.... surah albaqarah ayat 216...

~dunia nilai tak sama dengan dunia luar, disini aku diperlukan dan memerlukan, tapi kadang-kadang aku terlepas pandang akan dunia luar,mahu atau tidak telah sampai masanya untuk aku belajar apa itu dunia~

.::Perpustakaan CFSIIUM Nilai::.

Jumaat, 13 Jun 2008

Nak gi tak? =]

FORUM PERDANAN 'AUKU' SEMPENA SAMBUTAN HARI HAK MAHASISWA

Hari: Jumaat
Tarikh: 13 Jun 2008
Waktu: 3 PM
Tempat: Chinese Assembley Hall, KL
PANELIST:
1) Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim
2) Prof. Dr Abdul Aziz Bari (UIAM)
3) Sdr. Zainulfaqar Yaakob (PMN)
SEMUA MAHASISWA DAN AHLI AKADEMIK SELURUH NEGARA DI JEMPUT HADIR!"KUASA MAHASISWA KUASA PERUBAHAN"- STUDENT POWER -

Khamis, 12 Jun 2008

.::Pesanan Buat PIMPINAN::.

Assalamua’laikum warahmatullah~
Salam pertemuan buat para daie’ yang ada di seluruh dunia.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


(Albaqarah : 30 )


Dengan keizinan daripada ALLAH s.w.t pada hari kita masih lagi dikurniakan ni’mat islam dan iman. Rata-rata masyarakat pada hari ini masih lagi dikurniakan ni’mat ISLAM, tapi sungguh kecil bilangan yang beriman, dan kita pohon, kita pohon pada ALLAH agar pada hari ini, kita masih lagi dimantapkan imannya dari hari ke hari. Kita perlu hargai nilai islam dan iman yang masih ada pada diri kita. Hatta sekalipun, masih ada yang menganggap islam ini sekadar label bagi meluluskan kewarganegaraan dan hak keistimewaan buat seseorang. Tidak untunglah a.k.a rugi benarlah akan insan yang tidak menghargai nilaian islam apatah lagi iman.
Sungguh takut sekali diri ini mengeluarkan ‘amaran’ sedemikian…

Sidang pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,


Berbalik kepada ayat yang telah ana sebutkan di atas, kita perlu sentiasa sedar akan posisi kita di atas muka bumi ini; Khalifah ALLAH s.w.t
Merujuk kepada ilmu yang pernah ana dapat melalui “Basic Themes of ALQURAN” , khalifah itu sendiri terbahagi kepada 2:


- Khalifah al-Ammah
- Khalifah al-Khassah

Khalifah al-Ammah itu adalah khusus untuk muslim yang ada di atas muka bumi ini.
Manakala Khalifah al-Khassah pula adalah khusus untuk pemimpin2 yang memainkan peranan untuk kerajaan kita.


Di sini, elok sgt kiranya ana ingin memuatkan satu pesanan daripada salah seorang pemimpin di Negara kita ini.. Yakni

…Sekiranya anda seorang pimpinan..terdapat 5 perkara yang perlu anda buat:

1) Solat Tahajud
2) Solat Dhuha
3) Solat Sunat Rawatib
4) Membaca AlQuran selalu
5) Berpuasa Sunat selalu

… Begitulah 5 perkara yang ditekankan oleh seorang pimpinan kepada para pimpinan yang lain..

bagi ana sendiri, payah untuk completekan kelima2 task di atas, lalu ana cukup tahu bahawa tidak layak ke atas ana untuk menjadi pimpinan… tapi ana masih teringat akan pesanan sahabat ana, if kita tak pegang satu jawatan ni, dan di ambil alih oleh seseorang yang kurang faqih tentang agama, dan jawatan itu disalahgunakannya, maka berdosalah ke atas kita..

Lalu atas kefahaman dan kesedaran ini, kita perlu pikul sesuatu amanah dengan sebaik yang kita mampu, malahan kadangkala dengan bantuan daripada ALLAH s.w.t, kita sebenarnya mampu untuk menjadi 'luar biasa'

Kadang kala, menjadi pemimpin ini, ada masanya kita perlu berpura-pura; yakni, yang sunat itu seolah-olah menjadi wajib ke atas diri kita; adakalanya 5 perkara di atas menjadi wajib bagi sesetengah pemimpin ISLAM.

Ana masih teringat lagi, TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT pernah menyatakan kekesalannya apabila pernah tertinggal semalam solat tahajud... MasyaALLAHTabarakallah..Alangkah hebat pemimpim pilihan ana ini... Entah berapa kali ana tertinggal tahajud, bahkan pernah ana terjaga dan sengaja tidur semula.. Teruknye ana..

Sidang muslimin dan muslimat yg dirahmati ALLAH sekalian,

Seandainya kita tak mampu menjadi seorang pemimpin
Lalu perlulah kita memilih dengan baik
Akhir kalam, majulah ISLAM kerana ALLAH =]

Rabu, 11 Jun 2008

Buat Enti.. Nur Asyura Binti Jumat



Salam menempuh imtihan dan mehnah kehidupan…


Air mata takkan selamanye sunyi

Senyuman takkan selamanya berteman
Ketawa takkan selamanya girang…


Aku menjadi rindu zahir dan batin pada sahabat lama ku, Nur Asyura Bt Jumat…segala yang kami tempuhi selama di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, cukup lumat dalam ingatan, aku hadam setiap saat dan tempoh perkenalan


“Kita sebenarnye dah lama sgt nak berkenalan ngan awak, 1st day register kt sini, kite dh Nampak awak, time tu sbnanye kite dh nak kenal awk”


“Ye ke? tak sangka sgt =]… kt tak prasan sgt”


“Mane taknye, awak jalan tunduk je..hihi”


“Awak, kite takut nk join JPP walaupun JPP bayangan”


“Kenape?”


“Kat sklh dulu, adela join society, tp plg aktif ngn puteri islam… cmne pun takut sgt bile ade ramai lelaki, mcm tadi…”


disambung lagi… “Kite takut sgt nk kerja ngan muslimin, tak biase rasanye, risau kalau2 ada masalah hati, tak ikhlas, benci, n ape2 yg mungkin…”


“ =)”


Itulah our first conversation yang dari hati ke hati… Berlaku di Dewan Serbaguna, selepas tazkirah Solat Zohor bersamaan dengan hari Jumaat, masih lagi dalam minggu orientasi…. semuanye sgt segar diingatan..


Asyura,
Angkatlah telefon ana…
Asyura,
Balaslah msg ana…
Asyura….
Jangan wat ginih..
Sungguh ana sygkan persahabatan kita..
Kita 3 serangkai Ana-Enti-Saidah…
Nur Asyura Binti Jumat
Ana akan cari nti…………………


Ya ALLAH... Kuatkanlah rabitah hati kami ini.. Sucikanlah niat di hati kami.. Ku pohon padaMu pertemukanlah kami di dunia ini kembali dan persatukanlah kami dengan IzinMu di syurgaMu jua...

Sabtu, 7 Jun 2008

.::Seni blog::.



Assalamua’laikum warahmatullah…

Wadah penulisan takkan sama dengan wadah berkata-kata,
Wadah berkata-kata takkan sama dengan wadah perjuangan yang sebenarnya..

Sebab tu, ana memilih ‘juadah’ ini untuk mengisi ruangan yang ada dalam alam maya ni..
Ana cuba yakinkan hati untuk menerima kelemahan ana dalam berkata-kata, tapi sama sekali ana tidaklah hebat dalam penulisan.
Tapi bila terlajak perahu boleh berundur semula, terlajak kata-kata someone terasa, terlajak typing boleh backspace semula =]

Orang kata, penulis novel, penulis blog dan seangkatan dengannya terdiri daripada kalangan mereka yang berjiwa sastera, dan anak remaja sekarang menafsir berjiwa sastera itu sebagai ‘jiwang’.
Kebetulan atau tidak, kedua-duanya adalah pengisian buat masa lapang ana. Setakat mana ‘jiwang’ itu memainkan peranan ana tidak perlu perhatikan. Bagi ana, cukuplah masa yang ada ini digunakan untuk ISLAM..walaupun ketika di ‘alam maya’; internet =]
Tempoh hari, sehari suntuk duduk dalam kereta bersama dengan abang ana, sempat juga berbahas mengenai method berda'wah. Pesanan abang ana, nak wat blog bulih tapi jangan yakin dengan method da'wah ni... Bagi ana sendiri, usaha-usaha-usaha, doa, tawakal, redha, yakin yer! =]

.::Selamat Bermujahadah Muslimin dan Muslimat Ana!::.



Salam mujahadah fillah…
Gano exam sek2 brothers nge sisters uia ? =]
Mesti sedak dok, make teringat ko buku, tido pun nge buku, muju duk dale tandas tokleh wak masuk buku =]

Sero maso hok berlalu, kejak jah… tup tup doh 2 bule..

Wahai pemuda, wahai pemudi,
Wahai putera, wahai puteri….
Masa yang ada terlalu singkat untuk diselami…
Singkatnya masa, perlulah pantasnya kerja..


AsSyahid Imam Hasan Al-Banna :
.::Tanggungjawab kita melebihi masa yang ada::.

Ya, kita bukanlah boleh duduk2 berehat2 sahaja, mungkin kita takkan pernah sempat nak berpangku tangan sekalipun.

“ Mengharungi samudera kehidupan,
Kita ibarat para pengembara,
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa untuk berpangku tangan…”

Bangkitlah,sucikan hati dengan niat yang ikhlas, Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirrabbil ‘alamin..

Ana yakin, sek ntum mesti lebih suka untuk hidup ‘busy’ berbanding untuk mempunyai waktu yang terlalu terluang.
Last sem, seronok sangat rasanya bila selalu bertemankan buku, 7 subjek dalam masa lebih kurang 4 bulan, this short sem 2 subjek dalam masa lebih kurang 2 bulan, so, masa dengan buku tu, jadi kurang.. Pelik pula rasanya..
Kadang2 bila fikir semula, banyaknya masa ana terbuang, sepatutnya ana grab peluang ni untuk hadam ilmu-ilmu agama yang boleh di hadamkan, sepatutnya dihafaz ayat quran yang masih blum di hafaz…

Apakah ana telah mezalimi diri?

K. Soalan ni kita tujukan untuk diri bersama ye. Muhasabah everyday..
Salam Setinggi Ukhuwah, Sekencang Da’wah.