.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Sabtu, 19 Disember 2009

UGC : Tentang Kucing

Assalamua'laikum warahmatullah.

"Camne ni. Teringin nak tau kucing demam tu camna?"

Sape tahu ? =)

Rabu, 2 Disember 2009

BM : Di Jalan Dakwah Aku Menikah


Mabruk 'alaik buat Ust Dzul, aktivis Muda 'daerah' Gamis dan Ukhti Raihanah yang cukup aktif dalam pentas Nisa' =)

Bukan nak cita pasai ust Dzul ngn u.Raihanah kt sini..hehe...
Tapi nak habaq kt suma ttg satu buku yang mana ana ingin syorkan buat kawan2 semua, baik yang belum, akan dan tlh menikah..


Bagaimana persepsi masyarakat dan sahabat2ku bila melihat buku ini ku baca dan riba ke hulu dan ke hilir?

Argh... pasti mereka merasakan aku smkn siap sedia untuk menerima pentaklifan/pentanggungjawaban sebagai seorang zaujah.. Ni yang malu ni - antara gemersik hati ku.

Siap atau belum itu hanyalah perencah kedua.
Menu utama-ku, ku pilih untuk menadah kitab ini sbg persediaan ISLAH NAFSAK WAD'U GHAIRAK
Baik buat diriku mahupun mad'u-ku nanti

Secara am-nya, ketika ingin belajar dari ummahatul mukminin dan Rasulullah s.a.w, buku ini baik untuk diri pengantin.
Secara khususnya, satu titik pertemuan fikr telah ku temui dan pingin ku kupas dari buku ini.
Inilah yang ku harapkan agar anak muda liar akan tatap, baca, dan hadam sebagai tuntas penyelesaian nafsu buas mereka.

Anak muda,
atas jalan apa kamu memilih untuk berpacaran,
Sedangkan ISLAM menyediakan akad untuk membolehkan kamu bersatu hati secara sah.

Anak muda,
Entah kenapa kamu memilih untuk syariatkan matamu pada aurat pecinta dunia hingga istilah 'dari mata turun ke hati' kau agungkan.
Sedang,
Proses nazhar (melihat dengan saksama dan teliti) terhadap calonnya Islam membutuhkan.
hatta, Imam Syafie mengharuskan

Wahai anak muda,

Jahil atau ingin bagaimana kamu yang tentukan,
Kerana ALLAH berjanji dalam surah ar-ra'd ayat 28, mafhum: nasibmu itu di tanganmu
Jahil mungkin pabila kamu memilih untuk menjadi penzina bbanding pengantin.

Kerana apa?

Pertama,
Kerana kamu lebih rela menerima ketakutan dan keresahan pendosa pada dirimu berbanding rasa kebahgiaan dan ketenangan

Kedua,
Kamu lebih suka melihat air mata darah ibu bapamu berbanding senyuman mereka dalam berita tentang zuriat mu

Ketiga,
kamu memilih untuk membingitkan telingamu dengan kutukan jiran tetanggamu berbanding ucapan tahmid dan tahniah dari komuniti kampungmu

Terakhirnya
Cukup "hebat". Kamu memang "hebat". Bahkan sangat "hebat" dengan caramu
apabila Kamu memutuskan untuk menerima hidangan api neraka
Sedangkan ad syurga seluas langit dan bumi bahkan lebih dari itu menantimu di akhirat kelak.

Kamu yang pilih
Ingat, kamu yang pilih.

As-Syaikh Ali Tantawi pernah berkata:
Nafsu syahwat itu laksana bom yang siap menghancurkan, Bila Pemantiknya tidak kau sentuh, engkau aman dari kedahsyatan ledakannya. Maka berhati-hatilah untuk tidak menyentuh agar engkau tidak dilumatkan olehnya.




Sabtu, 21 November 2009

FUTUR atau FUTURISTIC ?


Bismillahirrahmanirrahim
TRIBULASI merupakan satu daripada prasyarat yang perlu dipenuhi dalam rangka mencapai tahap mujahidin yang siddiqin. Firman ALLAH s.w.t dalam Surah al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".

Realitinya, penyakit yang paling dkt dengan abna' harakah hari ni ialah gejala FUTUR yang berleluasa.
ESCAPISM, MUTASAQITUN berada pada cabang yang sama.

Kupasan mengenai FUTUR:GEJALA YANG SERING MENIMPA ABNA' HARAKAH sempat dikupaskan bersama adik beradik usrah-ku di PJ khamis yang lepas.
Hakikatnya gejala ini bukan khusus untuk diperbentangkan pada mereka yang berada dalam tempoh rawatan 'Kempen Zero FUTUR
'. Akan tetapi perkara ini perlu menjadi bahan diskusi abnaul harakah yang masih lagi giat aktif. Risau, perjuangan yang ada hanya atas dasar semangat semata-mata. Kefahaman perlu diiringi dengan semangat.

FUTUR

Etimologi : Letih @ Lemah sesudah kuat
Fatara : Sikap berdiam diri setelah sebelumnya bergiat.

Istilah: Penyakit hati atau penyakit rohani yang sekurang-kurangnya menimbulkan rasa malas, putus asa dan sikap sambil lewa dalam melaksanakan suatu amal atau pekerjaan yang sebelumnya pernah dilakukan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Lebih parah lagi apabila penyakit rohani ini menjadikan seseorang terputus sama sekali dari ker
ja amal tersebut.

Ayat Qur'an yang turut menyebut "La yufturun" - al-Anbiya:19-20


SIRAH RASULULLAH
S.A.W

Antara peristiwa-peristiwa yang berkait rapat tentang Futur:
1. Perang Tabuk - Ka'ab B Malik, Murarah Ibn ar-Rabi', Hilal B Umaiyah
2. Hatib Bin Abi Balta'ah
3. Masjid Dhirar


MUTASAQITUN

Buku Al Mutasaqithun 'ala Tariq ad-Da'wah, ada disebut oleh ust. Fathi Yakan Musaqithun terbahagi kepada 3 golongan:

1. Tinggal DA'WAH, Tidak Tinggal ISLAM.
2. Tinggal DA'WAH, Tinggal ISLAM.
3. Tinggal JAMAAH dan asaskan JAMAAH Baru@gabung dgn JAMAAH yang dh sedia ada yang lain.

Kami turut membincangkan perbedaan MUTASAQITUN dan FUTUR. Dari segi istilahnya ada perbezaan. Futur ni hanyalah lemah sahaja. Tetapi Mutasaqitun, benar2 menjadi golongan tercicir, yakni berada di antara 3 golongan yang telah dibahagikan oleh ust Fathi Yakan. Hakikatnya ianya datang dari cabang yang sama.

Sahabat-sahabat bloggers yang dikasihi LillahiTaa'la, ter
ima kasih kerana singgah di blog ni, izinkan diri ini berkongsi satu modul tarbiyyah yang ana kira ramai telah tahu.

Bahan-bahan: Sehelai kertas A4 dan gunting.

1. Pada suatu hari, seorang pemuda ISLAM sedang tidur. Dia bermimpi bertemu dengan seorang Paderi.

P: Dimanakah kiblat orang ISLAM?
PI : Kaabah

Modul Tarbiyah: Sehelai kertas A4 tadi, ambil bucu sebelah kanan dilipat membentuk segitiga separuh seperti rajah di bawah


2. PI: Kemana kiblat orang kristian?
P : Bertentang dengan kiblat orang Islam.
Modul tarbiyah: Kertas yang sama, lipatkan pula bucu sebelah kiri kpd segi tiga separuh lagi.




3. P: Berapa tuhan orang ISLAM?
PI: Satu

Modul tarbiyah : Lipatkan kertas tadi bucu kanan bertemu bucu kiri.



4. PI: Berapa tuhan orang kristian?
P: 3

Modul tarbiyah: Ambil Gunting, kerat 3 bahagian. Keratan yang paling panjang disimpan dan jangan di buka lagi.



5. P: Apa Nama TUHAN Kamu?
PI: ALLAH

Modul Tarbiyah:
Susun keratan membentuk nama ALLAH



6. P: Tahukah kamu ke mana akhirnya umat Kristian?
PI: NERAKA

Modul Tarbiyah:
Susun keratan membentuk HELL

7. P: Ada satu bangsa yang akan menghancurkan umat Islam. Tahukah kamu apakah dia?

Apabila pemuda Islam itu terjaga dari tidur lalu dia melihat bawah bantalnya ada keratan paling panjang yang disimpan tadi.
Cuba kawan-kawan buat modul ni dan tengok apakah keratan yang paling panjang itu tadi?...


Lebih kurang begini kesimpulanku pd adik-adik:
"So adik-adik, modul ini bukan sekadar satu modul, mungkin satu kebetulan, tapi hakikatnya dakyah ini yang sedang berkembang hebat didunia kita sekarang ni. Adakah dengan tersebarnya dakyah ini, kita masih mampu untuk mendalami jiwa futur kita? Jiwa mutasaqit kita?.. Kita boleh di-guide atau meng-guide, tapi hidayah itu datang dari ALLAH, paling pntg kena ada usaha dan doa' dari kita."


Isnin, 16 November 2009

WEHDAH '09

Salam wehdah.
Sebarang maklumat lanjut sahabat-sahabat boleh rujuk disini

Kita jumpa di WEHDAH '09 =)


Salam imtihan kepada semua tenaga gerak kerja WEHDAH09. Tidak juga dilupakan kepada semua IPT yang turut bergelumang dengan musim peperiksaan. Moga kejayaan milik kita bersama. InsyaAllah. Sepohon kemaafan dari pihak jawatankuasa WEHDAH09 atas kekangan masa untuk mengupdate informasi terkini. InsyaAllah buat kalian yang sering berkunjung ke blog ini, kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan intipati yang terbaik buat anda!


(
PENGISIAN UTAMA DI DALAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2009

TEMPAT : KAMPUS USIM


TARIKH : 23 NOVEMBER 2009

MASA: 9.00 PAGI
SLOT : UCAPTAMA WEHDAH'09
TEMPAT : DKP 3 & 4
OLEH : DR. MOHD FARID B.MOHD SHAHRAN (TIMBALAN DEKAN, FAKULTI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU UIAM)

MASA: 11.00 PAGI
SLOT : WACANA 1
TEMA : SIKAP SOSIAL
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA :
1. KESEDARAN BERDAKWAH
2. CABARAN : MEHNAH & TRIBULASI BERDAKWAH
3. PERSIAPAN PARA PENDAKWAH MUDA

PEMBENTANG DI DKP3 :
1. DR. KAMIL IBRAHIM - PENGARAH KAMPUS UITM SEGAMAT
2. DR. AMINI AMIR – PENSYARAH UPM
3. IR. DR. MUHAMAD FUAD – TIMBALAN PRESIDEN MACMA

PEMBENTANG DI DKP4 :
1. UST. KAMARUL ZAMAN NOOR MOHAMED
2. PN. ROSMAWATI ZAINAL
3. UST. ANN WAN SENG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : WACANA 2
TEMA : STRATEGI DAKWAH
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA :
1. RASULULLAH SEBAGAI SURI TELADAN : MANHAJ & STRATEGI DAKWAH RASULULLAH
2. DAKWAH KONTEMPORARI / DAKWAH BIL HAL
3. KESATUAN DALAM USAHA GERAKAN

PEMBENTANG DI DKP3 :
1. UST. ABDUL NASIR ABDUL WAHAB
2. UST. PAHROL MOHAMAD JUOI
3. DR. MOHAMAD RUSHDAN JAILANI

PEMBENTANG DI DKP4
1. UST. ZAKARIA OTHMAN
2. SDR. MOHD FAIZAL MUSA (FAISAL TEHRANI)
3. UST. NIK MOHD NIZAM NASIR

MASA: 8.30 MALAM
SLOT : FORUM
TAJUK : GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
TEMPAT : DKP 3 & 4
AHLI PANEL :
1. DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE AHMAD
2. DR. HARLINA HJ.SIRAJ
3. UST. HARIRI DAUD


TARIKH : 24 NOVEMBER 2009

MASA : 9.00 PAGI
SLOT : ESQ PREVIEW TRAINING
TEMPAT : DKP 3 & 4

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : BENGKEL 1 (DISKUSI TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH UNDANG-UNDANG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : BENGKEL 2 (PEMBENTANGAN TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : DEWAN KULIYAH SEDERHANA FSU

MASA : 5.00 PETANG
SLOT : MESYUARAT PERWAKILAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR [PENUBUHAN URUSETIA SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)]
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN

MASA : 8.30 MALAM
SLOT : PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH & RESOLUSI
TAJUK : PERKONGSIAN DAKWAH KAMPUS
TEMPAT : DKP 3 & 4


TARIKH : 25 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI
SLOT : RUMUSAN / PEMBENTANGAN RESOLUSI KESELURUHAN WEHDAH’09
TEMPAT : DKP 3 & 4

MASA : 9.00 PAGI
SLOT : WACANA KHAS
TAJUK : CABARAN MISSIONARY KRISTIAN DI MALAYSIA
PENCERAMAH : BRO. SHAHKIRIT KALKULAL GOVINDJI

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH'09
OLEH : YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI


TENTATIF PROGRAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

MASA : 22-25 NOVEMBER 2009 (AHAD-RABU)

ANJURAN SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)
&
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPTM)


22 NOVEMBER 09 (AHAD)
12.00-6.30 PETANG - KETIBAAN PARA PESERTA WEHDAH’09 & PENDAFTARAN (SUTERA & ACACIA)
6.30-8.00 MALAM - MAKAN MALAM
8.00 - 12.00 MALAM -TAKLIMAT URUSETIA & PESERTA WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)

23 NOVEMBER 09 (ISNIN)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - UCAPTAMA WEHDAH’09 (DKP3)
11.00-1.00 TGHRI - WACANA 1 (DKP3 & DKP4)
1.00-2.00 PTG -MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZUHUR
2.30-4.30 PTG - WACANA 2(DKP3&4)
4.30-5.00 PTG - MINUM PTG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 PTG - REHAT
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM - FORUM WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)
11..00-12.00 MLM - REHAT

24 NOVEMBER 09 (SELASA)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - ESQ PREVIEW TRAINING (DKP3&4)
11.00-1.00 PTG - BENGKEL 1 (BTS & BKS FSU)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ASAR
2.30-4.30 PTG - BENGKEL 2 (DKS FSU)
4.30 - 5.00 PTG - MINUM PETANG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 - SIDANG SPMM (FKP)
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM- PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH DI KAMPUS & RESOLUSI (DKP3 & DKP4)
11.00-12.00 MLM - REHAT

25 NOVEMBER 09 (RABU)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG -RESOLUSI & WACANA KHAS (DKP3 & 4)
11.00-1.00 PTG - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH’09 (DKP3)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR
2.30 PTG - BERSURAI (SALAM WEHDAH'09!)


* Tertakluk kepada perubahan & pindaan dari semasa ke semasa.

PETUNJUK :

TEMPAT PENGINAPAN PESERTA : KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH & ACACIA AVENUE

DKP 3 & 4 : DEWAN KULIYAH PUSAT 3 & 4

BTS & BKS FSU : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH & UNDANG-UNDANG

FKP : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN


Untuk penyertaan sila hubungi : Izwan (013-323 3780) @ Mira (013-334 6542)

Isnin, 9 November 2009

Kasihan Buroq-ku..

1. Ahad, 18 Oktober 2009



Hampir 2 sem aku membawa "Buroq". Di jaga rapi dalam pemerhatianku,biiznillah. Kuota kereta di penuhi. 3 dibelakang, 2 dihadapan. Sedang dalam perjalanan nak ambil K.jie, ALLAH takdirkan dihadapan bangunan C.A.C, buroq ku ditempuh. Aku hanya terkejut dengan ap yang berlaku. Terdiam. Syukur pada ALLAH pemilik kereta kancil itu mengaku salahnya dan sudi menanggung. Syukur pada ALLAH tiada ap sgt 'luka' pada buroq-ku. Biarpun 'buroq' tlh cedera, aku, adiela, kak atikah, adik kak atikah dan seorang shbt yg baru ku kenali tetap meneruskan perjuangan pada hari itu =)..

2. Sabtu, 31 Oktober 2009

ALLAH gembirakan segenap hatiku pabila hari ini merupakan hari pendaftaran-ku di UM. Aku telah jatuh cinta pada usuluddin. Seisi dunia ini yang utama ingin dikenali adalah ALLAH dan Rasul.
Pulang dari UM ke Gombak agak lewat, maghrib berada dalam perkiraan. Dengan jalan yang sesak, kereta berderet, tersalah jalan. Akhirnya azan berkumandang.
Berhenti di masjid yang berada di tepi jalan di ampang. Seusai salam dan wirid.
"Dik, kita kena rompak"
Luluh hati ku. Teringat akan bagaimana buroq.

Cermin pemandu dipecahkan. ALLAH memang ingin selamatkanku, pabila beg-ku tidak dicuri. Yang sempat dia capai hanyalah beg kakakku yang hanya berisi buku-buku usuluddin. Malam ni sepatutnya ad kupasan Bajet. Urusan fiqh aulawiyat ku fahami. Akhirnya, dengan tangan menggeletar, aku kembali ke rumah.

3 Perkara ingin ku sampaikan.

1. Mana milik kita?

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada,
ALLAH yang punya...
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
ALLAH sudah sediakannya

Kita, ALLAH punya
Bumi langit ciptaanNya
Pilihlah apa sahaja
Tidak terlepas dari ciptaannya
Mana kita punya?
Tidak ad kepunyaan kita
Kita hnya mengusahakan
Apa yang telah ada..

by: Rabbani

2. Aku dan pencuri, bagaimanakah sepatutnya?

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku. "Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi. "Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri. "Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah. Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar.

Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.


Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."


3. Buroq

Takkan pernah setanding WKQ 39 untuk dinamakan Buroq sebenarnya. Sekadar dinamakannya kerana dia terlalu banyak menemani perjuanganku. Kemana aku jelajahi, insyaALLAH selagi mampu dia akan temani. Terima kasih buroq-ku..

Lalu siapakah buroq yang sebenar? Inilah kenderaan yang Rasulullah s.a.w telah gunakan pada peristiwa Isra' Mikraj..

Didalam hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim disebutkan,”...kemudian aku diberikan seekor binatang yang bukan begal (peranakan kuda dengan keldai) namun melebihi keldai putih.” Al Jaruud mengatakan kepadanya,”Itu adalah buraq wahai Abu Hamzah.” Anas mengatakan,”Betul. Dia (binatang) itu meletakkan langkahnya sejauh pandangan mata...”

Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahwa “bukan begal dan melebihi keledai putih” demikianlah disebutkan kerana ia adalah binatang tunggangan atau dengan melihat lafaz “buraq”. Hikmah pensifatan itu adalah sebagai isyarat bahwa orang yang menungganginya adalah dalam keadaan nyaman bukan dalam keadaan perang atau ketakutan. Atau pula untuk menampakkan mu’jizat yang terjadi karena kecepatannya yang sangat cepat dengan menunggangi seekor binatang yang tidak pernah disifatkan dengan sifat seperti itu jika menurut keadaan normal. (Fathul Bari )

Didalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Hudzaifah bin al Yaman mengatakan bahawa Rasulullah saw telah diberikan seekor binatang yang punggungnya panjang dan langkahnya adalah sepanjang mata memandang. Mereka berdua (Rasulullah saw dan Jibril as, pen) tidaklah terpisahkan diatas punggung buraq sehingga mereka meyaksikan surga dan neraka ... kemudian mereka berdua kembali pulang ke tempat semula (ketika berangkat)...” (Abu Isa mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan shahih, wallahua'lam)

Imam Nawawi menyebutkan bahwa para ahli bahasa mengatakan,”Buraq adalah nama binatang yang ditunggangi Rasulullah saw di malam isra'.” Az Zubaidiy didalam “al Mukhtashar al ‘Ain” dan pemilik kitab “at Tahrir” mengatakan,”Buraq adalah binatang yang ditunggangi oleh para Nabi as.” Yang dikatakan oleh kedua orang itu dengan menyertakan semua nabi didalam hal ini memerlukan dalil yang shahih.

Ibnu Duraid mengatakan bahwa “buraq” berasal dari kata al barqi (kilat) insyaALLAHu ta’ala karena kecepatannya. Ada yang mengatakan,”Dinamakan buraq kerana terlalu bersih, mengkilat dan sangat cepatnya.” Ada yang mengatakan,”Karena warna putihnya.” Al Qodhi mengatakan,”Kemungkinan dinamakan buraq karena dia memiliki dua warna, dikatakan ‘syaatun barqoo’ (kambing kilat) apabila disela-sela bulunya yang berwarna putih terdapat bercak-bercak hitam” Dia berkata,”didalam hadits itu disifatkan bahwa buraq itu berwarna putih. Boleh jadi ia dari jenis kambing kilat dan dia terbatasi dengan warna putih.” (Shahih Muslim bi Syarhin Nawawi al israa bi Rasulillah ...)

Dengan demikian bagaimana hakikat dari bintang buraq itu? seperti apakah dia? Apakah dia memiliki sayap? Berapakah kecepatannya sekali dia melangkah? Bagaimana mungkin mereka boleh selamat melintasi atmosfera bumi? Maka itu semua adalah termasuk didalam perkara-perkara ghaib yang kita tidak boleh mengatakannya melebihi dari nash-nash shahih yang telah menceritakan tentang hal itu. Kita tidak dituntut untuk mena’wilkannya namun dituntut untuk mengimaninya saja. Dan apabila hal-hal itu ada manfaatnya bagi kehidupan manusia pastilah Rasulullah saw menjelaskannya kepada kita.


Semoga apa yang kusampaikan ini benar2 belaka dan mohon ma'af andai ad kesilapan. Please correct me if i'm wrong =).


Isnin, 2 November 2009

Awas, jangan langgar sunnatullah: STUDY itu mesti!!



1/11 - Halaqah 2
3/11 - Bahasa Arab

4/11 - Bahasa Melayu
5/11 - Political Sc

6/11 - Mass Comm

15/11 - Fiqh Sirah

16/11 - Sociology


Doa'kan diri ini ye =)!!

Jumaat, 23 Oktober 2009

Mai Jangan Tak Mai!!

Aku pernah berdegar-degar mengatakan bahawa pimpinan Ma'ruf Club adalah LUAR BIASA!. =). Dan tanaman yang baik datang dari benih yang baik. Jom nantikan siapakah yang bakal meneruskan perjuangan kepimpinan Ma'ruf Club! =)

Isnin, 28 September 2009

"1 keluarga 1 Hafiz"




Ramadhan, malam-malam terakhir-ku di habiskan bersama keluarga-ku.
Syukur pada ALLAH, juzu' 30 sempat dibaca bersama 2 imam. Pertama, surau al-Ittihad, Taman Setia. Kedua, Shah's Mosque UIAM =) ...

Malam ke-27, berimamkan Al-Fadhil Ustaz Uwais al-Qorni Abd Latif beliau sempat menyeru beberapa perkara sebelum menunaikan solat tarawih. Kagum diriku pabila seruan beliau akhirnya membuatkan kesemua jamaah ketika itu menunaikan 20 rakaat slt snt tarawih~

Ini madahnya yang paling terkesan di hati-ku..

''kalau kerajaan dulu pernah kempen satu rumah satu komputer...skrg saya nak kempen dgn tuan tuan dan puan puan ...." ustaz...ustaz. apa pasal cerita pasal kerajaan ni malam akhir khatam AlQuran ni. adehhh... .

".....saya nak kempen...satu keluarga satu hafiz. penting di akhir zaman ni ada di kalangan keluarga kita ni penghafaz alQuran yang betul2 hafal alQuran dan amalkan isi kandungan alQuran serta menyampaikan ilmu yang dia ada. bukan hanya hafal alQuran semata-mata sahaja"
khusyuk aku mendengar... ..

Bahkan dengan keprihatinannya yang ada, beliau turut menyeru pihak AJK masjid supaya mengusahakan Pusat Tarbiyyah Tahfiz di kawasan perumahan kami ini. ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR walillahilhamd~

Ust Zahazan Mohamed

Baru-baru ini didalam kuliah tafsirnya, ustaz ada menyebut tentang kelekaan masyarakat zaman sekarang yang menganggap hafazan itu perkara remeh. Tanggapan, "hanya dengan satu click anda boleh menjelajah ke satu dunia" yang ada pada internet makin berleluasa. Lalu hadith-hadith dan kalam ALLAH mudah di copy dan di paste-kan dalam blog dan sebagainya seolah-olah ianya telah dihafaz sedangkan tidak pun sebenarnya. Ustaz menyarankan agar isu hafazan ini di highlight-kan semula dikalangan umat Nabi Muhammad s.a.w~

Akhir kalam, semoga tema "1 keluarga 1 hafiz" dapat diterapkan dalam keluarga-ku khususnya, amnya keluarga anda semua. AMEEN ~ =)



Sabtu, 26 September 2009

Syawal: Berjayakah Kita?

Rasulullah S.A.W. bersabda ;

Ù…َÙ†ْ صَامَ رَÙ…َضَانَ Ø«ُÙ…َّ Ø£َتْبَعَÙ‡ُ سِتًّا Ù…ِÙ†ْ Ø´َÙˆَّالٍ Ùƒَانَ ÙƒَصِÙŠَامِ الدَّÙ‡ْرِ

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian mengirinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (Hadith Riwayat Muslim)

* SELAMAT BERPUASA *

Jumaat, 25 September 2009

ALLAH, ajarkan aku menjadi graduan terbaik..

Bismillah Pictures, Images and Photos
Mahu atau tidak. Tetamu yang dirindui kerana ALLAH ini pasti akan berlalu, dari hari pertama sudah tahu bahawa pasti akan ada perpisahan dengan si dia..

Sungguh berbeda


Setiap umat yang melangkahkan kaki ke universiti Ramadhan pasti akan ungkapkan ini.


BUT!!

Mahu menjadi insan Rabbani-kah atau Ramadhani-kah?

ÙˆَÙ„َÙƒِÙ†ْ Ùƒُونُوا رَبَّانِÙŠِّينَ بِÙ…َا ÙƒُÙ†ْتُÙ…ْ تُعَÙ„ِّÙ…ُونَ الْÙƒِتَابَ ÙˆَبِÙ…َا ÙƒُÙ†ْتُÙ…ْ تَدْرُسُونَ...

“…namun jadilah kalian hamba Rabbani, terhadap apa yang telah kalian pelajari daripada Al-Quran dan daripada apa yang telah dikaji”. (Ali Imran:79)

Sidang blog yang dikasihi sekalian,
Ramadhan datang dan pergi, usahlah diri kita menjadi hamba kepada Ramadhan (Ramadhaniyyan) di mana 'amal kebaikan hanya kita laksanakan pada bulan ramadhan sahaja. Contoh, ghoddul basor di ramadhan sahaja. Contoh, solat sunat rawatib di ramadhan faqad. Contoh, zikir sepanjang masa fi Ramadhan faqad.
Ini dia hamba bulan Ramadhan.

Pilihlah untuk menjadi Rabbaniyyan. Atas urusan apa sekalipun kerana ALLAH. Solat sunat kerana ALLAH, zikir kerana ALLAH. Dan bukan atas asbab Ramadhan semata-mata. Atas itu, biiznillah, kita sama-sama dapat intima' dengan amal ibadat pada 11 bulan yang mendatang sementara menanti Ramadhan.

Luahan rasa-ku:
Fitnah melilau-lilau..
lebih derita fitnah agama
lebih sakit fitnah politik
lebih parah fitnatunnisa'

Aku melihat dunia makin parah dengan daki maksiat
Isu semasa bila isteri ditangkap khalwat, oleh siapa? suaminya sendiri
Isu kampus pabila siswi sembunyi setelah muka tebal seinci
Isu jiran pabila sang islam, 2 anjing dibiar menjadi pengawal peribadi

Kejinya graduan yang salahguna universiti Ramadhan
segulung ijazah untuk mengkaburi mata dunia kah?
cukup setakat dunia, kerana golongan yang fujur akan gagal di mahkamah akhirat.

ALLAH,
Pabila aku berbicara tentang masyarakat,
Lidahku pasti petah,
Namun bagaimana-kah diriku?
Apa-kah aku telah menjadi graduan yang baik dari universitiMu itu?
ALLAH... ajarkan aku menjadi graduan terbaik..


Kiriman,
~Insan yang merindui tetamunya~

Khamis, 24 September 2009

Teratak BaitusSakeenah =)

Assalamua'laikum w.b.t.
Adik Beradikku, adik gunakan wadah blog ni untuk beberapa gambar yang tak larat nak di upload dalam emel.. hehe..
Semoga teratak BaitusSakeenah akan terus berseri-seri dengan senyuman dan 'salam' dalam usrah kita =)..

Align Center
Kiri : PokCik Pih, Cik Kin, Amir, 'Aisyah Kanan: Pok Cik Di, Cik Sarah, 'baby AL =)'


Nenek Sharipah Wan Ismail, Amir Hamzah Fitri Bucukk


Sama seperti Mama, Abah pun pakai baju raya yang adik bagi. Jgn jeles =P...


Ketekunan abah, abe di, abe pih ketika sesi mencabut alat-alat kamera. Tahun depan abe eng dengan abe we pula yang bantu eh =), Biiznillah~


Sama-sama doa'kan baby AL dapat dilahirkan dengan selamat dan sihat. Begitu juga dengan baby K.isey n Abe eng yang bakal dilahirkan hari ni... Amiin =)...

Surat Cinta Syawal



Jubir Bin Nufayr dan Muhammad Bin Ziryad berkata:
Apabila sahabat Nabi Muhammad s.a.w bertemu pada hari raya, mereka akan ucapkan TAQABBALALLAHU MINNAA WA MINKA (semoga ALLAH terima 'amal kami dan amal kamu) ~Riwayat Ahmad~

Assalamua'laikum WBT..
Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah
Institusi Bloggers yang dikasihi k
erana ALLAH..

* Semoga madrasah Ramadhan kali ini benar-benar dapat mentarbiyyah diri kita.. melahirkan insan yang sebenar2nya hamba kepada ALLAH..

* Semoga 'amalan-'amalan yang kita hadirkan dibulan Ramadhan diteruskan pada bulan-bulan2 yang seterusnya..

* Dari kami keluarga BaitusSakeenah, dengan serendah-rendah hati kami, memohon seinfiniti kema'afan atas segala tanggungjawab silaturrahim yang yang terabai, segala janji-janji yang tidak tertunai,hutang-hutang yg terlupa dibyr dan
atas segala kekhilafan yang telah kami lakukan sama ada dalam sedar mahupun tidak..

Ma'af Zahir dan Batin
dari kami warga BaitusSakeenah

~Taqabballallahumin naawaminkum~


"Li kulli zamaanin fursaan"
"Likulli madinaanin rijaal"

~Setiap Perjuangan ada Pemimpinnya~
~Setiap Pertempuran ada Panglimanya~

Rabu, 23 September 2009

Nota London : Edisi Khas =)

Assalamua'laikum w.b.t

Pernah meluat membaca kisah hidup insan-insan di alam maya seperti blog. Siapa? aku-lah tu.
Pernah rasa cam tak nak taip langsung tentang kisah hidup sndiri di blog. Siapa? aku-lah tu.

Lalu ku dekati.

Ingin menjadi da'ie. Siapa?angkat tgn.... AKU!!!

Aku memilih untuk kongsikan kisah hidupku di sini walaupun secara lisannya kadang2 payah untuk ku utarkan pada rakan-rakan mahupun sahabat-sahabat.
Kenapa ya aku tetap memilih untuk melakukn begini walaupun rasa meluat itu ada?

Sekali lagi.
menjadi DAIE.

Warga blog yang dikasihi sekalian.
Hasil usrah yang pernah aku lalui dahulu.
Kami kupaskan tentang isu dakwah. Lalu sempat kami kategorikan tahap mad'u.

Ada 3 kategori

1 : Paling tinggi, faqih tentang islam. ilmunya sangat tinggi, ayat qur'an menjadi teman setiap hari.
2 : Sederhana, ada fikrah islam namun kurang penghayatan.
3 : Rendah, kurang atau boleh dikatakan tiada langsung 'ilmu tentang Islam.

Kemudian, kami 'terjah' bagaimana cara terbaik untuk berhadapan dengan 3 jenis mad'u ini.

1 : Adinnu nasihah, jadi tak salah kita tegur golongan ini pabila nampak ad kesilapan yang dilakukannya. Cuma cara berhadapan dengan mereka. Selayaknya ayat qur'an dan hadith boleh kita kongsikan. Nasihat dengan sirah dsbgnya. Kalau mampu maksimum yang boleh. Biiznillah, hati yang baik pasti akan mendapat rabitah hati walaupun dengan kaedah teguran.

2 : Boleh manfaatkan ayat qur'an dan hadith cuma kurangkan,mungkin dgn kuantiti satu. Lebih banyakkan berkongsi sirah, cerita dan analogi.

3: Kalau boleh, elakkan penggunaan ayat qur'an dan hadith. Cuma boleh re-state "ha, tentang menda ni ALLAH ada sebut dalam qur'an." ... "Menda ni pun ALLAH ad state dlm qur'an"..
Dan banyakkan berkongsi pengalaman hidup diri dan orang lain.
Dari situ mudah-mudahan Hati yang baik dapat menghidupkan hati yang mati~=)

Sekadar perkongsian buat pemerhati blog-ku. Jazakumullahukhairan jaza`.

Salam'alaik.

Selasa, 22 September 2009

Nota London 15 : Episod akhir




20 Jun (Sabtu) : Melawat St. James Park dan Buckingham Palace. Bersama abe we dan k.su dan si kecil berdua dan si besaq cek yah =)..
Perjalanan anak muda di teruskan dengan kenderaan awam yang begitu terhad. Di khabarkan hari ini ada demonstransi, maka, kereta
polis berada di banyak perhentian dan jalanan. Jalan kereta api banyak sekali di tutup. Hanya satu jenis kereta api shj yang dibuka. Seronok turun naik lif bila silap kereta api. <<>> =P

Syukur pada ALLAH.. Nikmat terasa, bila manfaatkan masa bersama-sama abg dan kak iparku..
Penat hanya pada tubuh. Segar pada nafas dan kasih sayang.

Masa berlalu sangat pantas dan hari ini abah, mama, k.yah dan diriku bakal berangkat pulang ke tanah air. K.su tak dapat menahan sebak dan air mata sewaktu mengiringi kepulangan mereka semua di Heathrow Airport.. Dan hari ini aku telah melihat air mata abangku sendiri, mahal sama sekali..... aRrr+aiii+ennn+diii+yuuu... = ??



.:Doa Rabitah:.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini kerana mengasihi-MU;
bertemu untuk memenuhi perintah-Mu;
bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.
Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya,
Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya,
Maka eratkanlah ya ALLAH atas ikatannya..
dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini.
Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq.
Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam.
Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu.
Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu.
Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

With LOVE,
Cek Su
~ Bertemu dan Berpisah kerana ALLAH~




Nota London 14 : Malaikat

19 Jun (Jumaat) : Kami melawat Madame Thussaud's. Dapat lihat patung lilin para pelakon dan penyanyi hollywood dan bollywood, ahli politik, ahli sukan, ahli sains dll. Selepas itu, kami bersolat Jumaat di Regent's Park Mosque. Kemudian jalan-jalan di Oxford Street, Hyde Park dan Regent's Park. Kami dapat menikmati keindahan bunga-bunga ros pelbagai warna dan rupa. SubhanAllah.

* to be updated


Nota London 13 : Kami insan bercita-cita tinggi

16 Jun (Selasa) : Membeli-belah di ASDA.


17 Jun (Rabu) : Yah dan adik ikut abang pergi makmal universiti.

Bilik solat yang ada. Asif jiddan minni, beberapa gambar 'dikuarantin' kan atas faktor hakcipta terpelihara =). Dan bermula dari makmal abe we, kami (aku dan kakyah) pacakkan azam yang amat tinggi untuk cita-cita kami =)..

18 Jun (Khamis) : Hari ini merupakan hari lahir kekanda Nadiah yang ke-24. Umar gemar dengan bas bernombor 42.

Premis 1: 24 for Kakyah
Premis 2: 42 for Umar
Premis 3: Mak sedara borek anak sedara rintik. (Ape ek makna borek dan rintik, sejenis kueh, saya pun tak tahu..hehe)

K.su sempat membuat kek keju untuk K.Yah. Pada asalnya nak blajaq dari k.su, tapi aku memilih untuk mengumpan kakyah ke tempat lain. Tapi umpan tak menjadi, bocor juga rahsia.Hehe. Selepas memotong kek dan bersarapan kami bertolak ke London dengan menyewa sebuah bas mini. Kami menyewa di rumah tumpangan yang dimiliki oleh
En. Mahfuz. Tak sangka rupanya En. Mahfuz adalah bekas anak murid mama. Kecil sungguh dunia ni. Sebelah petang kami melawat sekitar Houses of Parliament, Big Ben. dan London Eye. Kami juga berjalan menyusuri Thames River daripada Wesminter Bridge sehingga ke Tower Bridge.


Isnin, 21 September 2009

Nota London 12 : Kemuncak Permusafiran




12 Jun (Jumaat) : Bertolak ke Glasgow, Scotland. Singgah solat jumaat di Masjid Darlington. Kami menginap di Hotel Premier Inn, Glasgow.



"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (al-An'aam [6]: 99) Warga blog yang di kasihi sekalian, Gambar yang di upload hanyalah sedikit shj gambar yang membuatkan jantung-ku berdegup kencang. Terlalu nikmat rasanya pabila setiap inci bumi ALLAH ini penuh dengan keindahan yang semulajadi; tanam-tanaman, angin, matahari, langit, awan.. segala-galanya..
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? " -55:13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77..




Abah menyuap mama makan setelah selesai menunaikan solat Jumaat di masjid Darlington =)

13 Jun (Sabtu) : Melawat Museum of Transport dan Uni of Glasgow. Abah mengimbau semula kenangan lamanya sewaktu belajar di Uni of Glasgow kira-kira 30 tahun dahulu. Kami tiba di Edinburgh agak lewat petang. Tak sempat nak melawat castle dll. Kemudian kami pergi ziarah dan makan malam di rumah Kak Fuada dan Abg Saidi.



Seperti biasa, subuh sekitar waktu tahajjud malaysia. Seringkali aku jadi syahid selepas subuh gara-gara waktu tidur yang amat pendek. Ketika jam 7 pagi baru boleh bangkit untuk sediakan sarapan.

Gambar: Abe We melayan telatah Muhammad Umar Mukhtar menikmati sarapan pagi. Syukur pada ALLAH, alhamdulillah kerana aku mempunyai 4 orang abang yang amat-amat bertanggungjawab. Aku dan kakyah sering kali memuji-muji abang-abang kami di belakang mereka, kerana terlalu kagum dengan sifat dan peribadi mereka. Alhamdulillah =)...



Seperti biasa, abe we telah menyediakan jadual perjalanan yang bermanfaat buat kami. Bermula daripada menyewa 2 buah kereta untuk perjalanan dari bandar Sheffield ke Glasgow. Abe we telah memuliakan insan bernama abah dengan membawa abah menziarahi kembali ke Universiti lama yang dirindui abah, University of Glasgow. Seorang anak muda dari daerah Tumpat, Kelantan yang menyambung pengajiannya di kota asing United Kingdom. Selaku anak sulong, insan yang kupanggil abah ini ingin menjadi qudwah hasanah buat adik2nya..

Tahniah abe we =)

Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: "Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya saya lagi." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."


Gambar di bawah ni, yang sempat dirakamkan ketika di museum of transport:





14 Jun (Ahad) : Makan tengah hari di rumah Kak Jas dan Azril. Ziarah Hazimin dan Isma yang baru bersalin di hospital. Melawat Kelvingrove Museum and Art Gallery. Kami masuk lewat dan tak sempat nak lihat banyak pameran. Bertolak balik ke Sheffield.

~Allahuakbar-allahuakbar-allahuakbar walillahilhamd~
Banyak yang aku pelajari ketika dalam perjalanan pulang ke sheffield. Antara perkara yang sempat untuk aku ingat utk dikongsikan:

* Menjaga umar & uwais sepanjang perjalanan, dengan peristiwa umar buang botol ke arah luar tingkap, lalu merengek beberapa ketika untuk mendapatkannya semula. Peristiwa istilah "penat" yang umar lontarkan rupa-rupanya dia ingin muntah, syukur alhamdulillah tindakan pantas di lunaskan oleh tangan pemberian ALLAH ini

* Perasaan cemas untuk meneruskan perjalanan ke Lake District memandangkan lewat bergerak dari Edinburgh castle, tetapi kami gagahkan diri untuk memenuhi hajat abah. Sungguh, jiwa-ku menjadi seram sejuk pabila melalui jalan yang berliku-liku. Tetapi ketenangan berjaya di capai pabila ALLAH makbulkan doa'-ku untuk melihat keindahannya dari dekat.. kambing biri-biri dari dekat, melihat petak-petak ladang yang dahulunya dilihat dari highway sahaja. Lebih tenang pabila ku temui pekan kecil, rumah-rumah desa yang indah pada mata dan juga hati-ku. Terkenang pada jiwaku yang dahulu ingin menjadi seorang interior designer..

* Pada saat kereta berhenti di pekan kecil itu, lubuk hati berkata, alangkah indah andai mata ini sempat menatap cahaya matahari terbit dari celah-celah tasik itu. Ingin sekali mengamati keindahan ALLAH s.w.t. itu..

* Hati gembira, teruja untuk menunaikan solat isya' dan maghrib ketika dalam permusafiran (kereta).. Kami berhenti di service atau di malaysia RnR. Malam dan gelap. Aku jadi tahu, bahawa kami akan solat di atas jalan raya. Sampai di service, kami melihat beberapa buah kereta sahaja di situ. Akan tetapi, setelah selesai berwuduk di baby changing room kereta polis ada di situ, dengan beberapa buah kereta dan motosikal yang pemiliknya bertindik sana sini, bertatu kanan dan kiri. Abe we pesan supaya banyakkan zikrullah. Sempat dia memberitahu fi hazal bilad, maujud peristiwa seorang yang selesai sahaja menunaikan solat, lalu mengebom kawasan tersebut. Memandangkan polis ada di kawasan itu, kami meletakkan sepenuh keyakinan kami hanya pada ALLAH s.w.t..

* Malam semakin gelap. Abah memberikan isyarat dengan membuat high beam dari belakang. Abe we seakan tidak dan masih belum mengerti apa mesej yang abah ingin sampaikan. Akhirnya dalam kegelapan malam, abe we memberhentikan kereta di tepi jalan. Kekalutan kami pendamkan pabila sebuah lori tiba-tiba turut berhenti. Dalam fikiranku, adakah mereka ingin berbuat sesuatu yang tidak baik pada ahli keluargaku? ALLAHU.......ALLAHU... Peliharalah Keluargaku dan diriku ini.. Lama kami berhenti. Pintu dikunci. Lama setelah itu, baru perasaan, abah pasang lampu hazard. Konsep di UK, hazard adalah benar-benar perlukan pertolongan. Jadi barulah aku faham bahawa lori tadi sebenarnya ingin menghulurkan pertolongan. Lalu aku keluar dari kereta untuk meminta abah padamkan hazard. Zikir ku dahulukan.
Jiwaku masih bergetar pabila umar tiba-tiba merengek dan menangis sekuat-kuatnya. Taa'wuz seakan tidak mampu ku lafazkan pabila kepalaku menjadi berat sama sekali. Umar ku dakap, seerat mungkin. Kepala-ku menjadi berat sekali dan ku serahkan umar ke pangkuan ibunya. Tanpa membuang masa, k.su membacakan ayat kursi ke telinga umar. Tangisan, rengekan hilang pada kalamullah itu.. Begitulah hebatnya ALLAH.. Terima kasih Tuhanku...

* Walaubagaimanapun, seorang perempuan, hatiku menjadi semakin risau, mata semakin ingin ku rapatkan walaupun tiada rasa untuk melelapkannya, telinga seakan ingin ku 'pekak'kan sebentar... Kalau dikatakan perjalanan melalui Gua Musang sudah terlalu gelap, akan tetapi Deru angin malam itu lebih gelap.. Amat dan terlalu gelap.. bahkan likunya amat tajam, lebih tajam daripada perjalanan ke bukit fraser. Azam-ku, ingin menemani abe we sehingga sampai ke bandar sheffield. Risau dia pun akan terlelap. Itu pada asalnya.. hakikatnya tubuhku teramat penat sehingga mata sendiri tertutup rapat, terlena..