Realitinya, penyakit yang paling dkt dengan abna' harakah hari ni ialah gejala FUTUR yang berleluasa.
ESCAPISM, MUTASAQITUN berada pada cabang yang sama.
Kupasan mengenai FUTUR:GEJALA YANG SERING MENIMPA ABNA' HARAKAH sempat dikupaskan bersama adik beradik usrah-ku di PJ khamis yang lepas.
Hakikatnya gejala ini bukan khusus untuk diperbentangkan pada mereka yang berada dalam tempoh rawatan 'Kempen Zero FUTUR'. Akan tetapi perkara ini perlu menjadi bahan diskusi abnaul harakah yang masih lagi giat aktif. Risau, perjuangan yang ada hanya atas dasar semangat semata-mata. Kefahaman perlu diiringi dengan semangat.
Etimologi : Letih @ Lemah sesudah kuat
Fatara : Sikap berdiam diri setelah sebelumnya bergiat.
Istilah: Penyakit hati atau penyakit rohani yang sekurang-kurangnya menimbulkan rasa malas, putus asa dan sikap sambil lewa dalam melaksanakan suatu amal atau pekerjaan yang sebelumnya pernah dilakukan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Lebih parah lagi apabila penyakit rohani ini menjadikan seseorang terputus sama sekali dari kerja amal tersebut.
Ayat Qur'an yang turut menyebut "La yufturun" - al-Anbiya:19-20
SIRAH RASULULLAH S.A.W
Antara peristiwa-peristiwa yang berkait rapat tentang Futur:
1. Perang Tabuk - Ka'ab B Malik, Murarah Ibn ar-Rabi', Hilal B Umaiyah
2. Hatib Bin Abi Balta'ah
3. Masjid Dhirar
MUTASAQITUN
Buku Al Mutasaqithun 'ala Tariq ad-Da'wah, ada disebut oleh ust. Fathi Yakan Musaqithun terbahagi kepada 3 golongan:
1. Tinggal DA'WAH, Tidak Tinggal ISLAM.
2. Tinggal DA'WAH, Tinggal ISLAM.
3. Tinggal JAMAAH dan asaskan JAMAAH Baru@gabung dgn JAMAAH yang dh sedia ada yang lain.
Kami turut membincangkan perbedaan MUTASAQITUN dan FUTUR. Dari segi istilahnya ada perbezaan. Futur ni hanyalah lemah sahaja. Tetapi Mutasaqitun, benar2 menjadi golongan tercicir, yakni berada di antara 3 golongan yang telah dibahagikan oleh ust Fathi Yakan. Hakikatnya ianya datang dari cabang yang sama.
Sahabat-sahabat bloggers yang dikasihi LillahiTaa'la, terima kasih kerana singgah di blog ni, izinkan diri ini berkongsi satu modul tarbiyyah yang ana kira ramai telah tahu.
Bahan-bahan: Sehelai kertas A4 dan gunting.
1. Pada suatu hari, seorang pemuda ISLAM sedang tidur. Dia bermimpi bertemu dengan seorang Paderi.
P: Dimanakah kiblat orang ISLAM?
PI : Kaabah
Modul Tarbiyah: Sehelai kertas A4 tadi, ambil bucu sebelah kanan dilipat membentuk segitiga separuh seperti rajah di bawah
2. PI: Kemana kiblat orang kristian?
P : Bertentang dengan kiblat orang Islam.
Modul tarbiyah: Kertas yang sama, lipatkan pula bucu sebelah kiri kpd segi tiga separuh lagi.
PI: Satu
Modul tarbiyah : Lipatkan kertas tadi bucu kanan bertemu bucu kiri.
4. PI: Berapa tuhan orang kristian?
P: 3
Modul tarbiyah: Ambil Gunting, kerat 3 bahagian. Keratan yang paling panjang disimpan dan jangan di buka lagi.
5. P: Apa Nama TUHAN Kamu?
PI: ALLAH
Modul Tarbiyah:
Susun keratan membentuk nama ALLAH
6. P: Tahukah kamu ke mana akhirnya umat Kristian?
PI: NERAKA
Modul Tarbiyah:
Susun keratan membentuk HELL
7. P: Ada satu bangsa yang akan menghancurkan umat Islam. Tahukah kamu apakah dia?
Apabila pemuda Islam itu terjaga dari tidur lalu dia melihat bawah bantalnya ada keratan paling panjang yang disimpan tadi.
Cuba kawan-kawan buat modul ni dan tengok apakah keratan yang paling panjang itu tadi?...
Lebih kurang begini kesimpulanku pd adik-adik:
"So adik-adik, modul ini bukan sekadar satu modul, mungkin satu kebetulan, tapi hakikatnya dakyah ini yang sedang berkembang hebat didunia kita sekarang ni. Adakah dengan tersebarnya dakyah ini, kita masih mampu untuk mendalami jiwa futur kita? Jiwa mutasaqit kita?.. Kita boleh di-guide atau meng-guide, tapi hidayah itu datang dari ALLAH, paling pntg kena ada usaha dan doa' dari kita."