.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Rabu, 1 Disember 2010

Cinta Antara Benua



Hamdallah. Selesai 2 buku novel di baca semasa fatrah exam. 3 hari diperuntukkan utk khatam Bumi Cinta. Hampir seminggu untuk sy fahami dan selami novel Melakar Cinta Firdausi. Mungkin disebabkan sedikit meleret. Sejujurnya terlalu lama sy tidak sempat 'menyentuh' bahan bacaan bernama novel. Tersangkut dgn kesibukan pada sem lepas, akhirnya saya membaca muqaddimah shj pada mulanya. Dan syukur pd Allah s.w.t diberi kesempatan utk disambung pada fatrah exam.

RUSIA Vs. PALESTIN

Kagum. Itu yg mampu sy utarakan pd mulanya membaca watak Ayyas. Apatah lagi udara Rusia seakan dekat dengan saya. Berani sungguh Kang Abik membawakan sy ke alam novelnya. Terasa benar2 dekat dengan Allah s.w.t pabila sy menadah novel ini. Kembali tersenyum dgn setiap plot yg sebenarnya agak rumit untuk sy rumuskn di dlm post kali ini. Sy yaqin sy tiada hak utk berbuat demikian. Anda pasti akan kagum bagaimana Kang Abik mencipta watak2 di dlm novelnya; Mas Abdullah Khairul Azzam, Muhammad Ayyas dan Fahri. Istimewanya mereka ini kerana hasil tadabbur ayat suci Al-Qur'an. Selebihnya anda blh layari ia di dlm novel BUMI CINTA~

Apa benar novel Melakar Cinta Firdausi ini istimewa pd mata sy? Sy cuba utarakan ia seumpama sy adalah pengkritik dikalangan pembaca. Setelah tamat membaca BUMI CINTA, sy terus mencari novel yg seterusnya. MELAKAR CINTA FIRDAUSI menjadi pilihan. Allah,Allah. Permulaan cerita yg sungguh keanak-anakkan. Sy mula membandingkan dgn penulisan Kang Abik. Membuatkan sy berhenti sebentar dan beri penumpuan pada bahan bacaan utk peperiksaan.

Selang beberapa hari, lalu sy berfikir sejenak,
apakah layak sy menghukum novel itu, sedang penulisnya baru memulakan penulisannya utk menjadi tatapan umum. Bahkan penulisnya ada 2 individu. Pasti ada terselit keistimewaan didalamnya.
Pada 2 insan bernama Aima Insyirah & Naufal Mustaqim psti ada semangat yg ingin dikongsi. Sy meneruskan pembacaan dan memberi peluang kepada penulisnya. Rupa-rupanya sy sbnrnye sdg memberi peluang kepada diri sy utk didakwah dan diislah oleh 2 individu ini. Lalu sy percaya, tidak adil kalau sy membandingkn novel ini dgn novel2 penulisan Kang Abik. Sy meneruskan lagi pembacaan. Watak-watak wanita Palestin itu sedikit sebanyak meingatkan sy pada Kisah Allahyarhamah Zainab Al-Ghazali. Lalu terdengar teriakan anak2 Palestin di hujung telingaku. Setitis air mata yg jatuh aku tahu tak pernah sama dengan setitis air mata darah yg benar2 pedih. Akhirnya sy mula tahu, keistimewaan novel ini kerana ianya memberikan sy satu cita-cita. Tahniah K.aimi (seniorku jua) & temannya K.aini~

PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Apa yg bakal sy kongsikan ini hanyalah pandangan individu bernama Mahirah Abd Rashid, bukan merujuk pd mana2 bhn bacaan yg sebenarnya lebih 'arif. Menyebut tentang novel, maka menjadi kebiasaan sy utk menapis novel mengikut:

Penerbit > Tajuk Novel > Penulis > Sinopsis
atau
Penulis > Tajuk Novel

Dan setelah itu barulah sy akan beli/pinjam/baca ^_^

"What you read is what you are~!"