.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Rabu, 31 Ogos 2011

Kembali Sudah Ke Fitrah Diri


Assalamua'laikum wbt...
Selamat Kembali Ke Fitrah Hamba Allah s.w.t
Madrasah Ramadhan akan terus menjadi tetamu yg dirindui..
Namun, akan ku rebut nilaian taqwa itu dgn hadiah Istiqomah setelah Syawal meminangku dgn Hamdallah~

Mohon ma'af yg amat dari diri ini di atas segala kesalahan&kesilapan yg dilakukan dan di atas hak2 kalian yg tidak diriku tunaikan baik yg tersembunyi mahupun yg nyata...

Ikhlas daripada sy,
Mahirah Binti A Rashid
asrar_001@yahoo.com

Selasa, 2 Ogos 2011

|R.A.M.A.D.H.A.N. K.A.R.E.E.M|


Inilah bulan ketika kamu diundang mjd tetamu Allah&dimuliakn olehNya. Dibulan ini...
* Nafas2mu mjd tasbih
* Tidurmu adlh ibadah
*Amal2mu diterima
...*Doa'2 mu dimakbulkn..
Mhn kpd Allah, Tuhanmu dgn niat yg tulus&suci agar Allah membimbingmu bg mlaksanakan puasa&mbaca kitabNya...

~Itulah antara petikan dpd khutbah Rasulullah s.a.w ketika mnymbut Ramadhan...~
SELAMAT MENIKMATI BULAN RAMADHAN 1432H...

Selasa, 19 Julai 2011

Deru Angin Haramain



Rindunya...
Rindunya.....
Ya Allah Rindunya pd Mu..
Pd syiar Islam yg ad di sana....
Rindunya pd udara syurga di sana...
Hatta udara bahang pun turut dirindui...
Rindunya pd ziarah di bumi Haramain; Madinah & Makkah destinasinya..

Ya Allah...
Kasihnya aku pd pujukan masyarakat Arab di sana..
Kasihnya aku pd tuan kedai yg menasihati..
Kashnya aku pd jamaah Masjid yg ibadah cuma seketika berhenti, bagi memenuhi keperluan diri...
Kasihny aku pd laungan azan Muazzin...seperti disyurga bersama bidadari...
Kasihnya aku pd alunan surah sang Imam...apatah lagi terjemahann
ya menggetarkan hati..
Kasihnya aku pd tazkirah sang Mutawif...sgt menjadi penyejuk hati..
Ya Allah...
Kasihnya aku pd rengekan manja anak2 kecil..masjid menjadi taman penyeri..
Kasihnya pd angkatan muda yg bertenaga..
Kasihnya pd semangat muda ibu dan bapa yg sudah berusia..
kasihnya pd jamaah umrah Malaysia...


Ya Allah...
Cintanya aku pd tunggangan di Jeddah..
Cintanya aku pd waktu dhuhaMu di Nabawi
Cintanya aku pd lirikan mata di pintu Raudhah...
Cintanya aku pd sujud di sejadah hijau...
Ya Allah cintanya aku pd ingatan di Makam Nabi Muhammad s.a.w..
Allahu...
Cintanya aku pd Quba, Bir Ali, Hudaibiyyah dan Tanaim tempat Miqat dn Niat berdetik,
Cintanya aku pd Tawaf di bawah rembulan sekalipun yg bwh terik mentari,
Cintanya aku pd pijakan kaki di Safa dan Marwah...
Cintanyalah aku pd kucupan Kaabah...
Ya Allah... cintanya aku pd kepungan di Hijr Ismail,
Cintanya aku pd tadahan dua' di Multazam,
Cintanya aku pd lambaian Hajarul Aswad...
Pada tawaf wada' tanda perpisahan turut aku cintai...
Betapanya aku kasih, rindu dan jatuh cinta...

~Ya Allah.. jgnlh kau taqdirkn sujudku di Raudhah ba'da isya' itu sbg sujudku yg terakhir di situ.. kiranya ya, maka gntiknlh ia dgn taman di syurgaMu kelak...
YaMuhaimin... janganlah Kau jadikan syuruk td sbg tawaf terakhirku di Masjidil Haram... Sekiranya ia adlh yg terakhir, maka gantiknlah ia dgn syurgaMu yaAllah...~

HambaMu,
Mahirah Binti A Rashid....

Isnin, 4 Julai 2011

Biji Remia rupanya :)


Dah berdebu mata sy tanpa novel menyinggah di mata.

Buku-buku haraki shj jd idaman hati semenjak mahu belajar menjadi da'ie.

Paling tidak pun, hnya kiasan kata-kata Habiburrahman shj yg menjadi penyuntik jiwa saya, itu shjlah novel2 yg akn sy baca. Karya beliau.

Kemudian, berakhir shj exam, ad org yg mintak sy baca karya tulisan K.Su ni :) ... Apa yg menarik perhatian sy adalah kerana Duha Hafa adalah gadis berpurdah...
Owh, sgt lama tk berkesempatan nk membaca novel2 K.su. Sy sgt menghormati beliau sbg kakak. Sedari sekolah menengah lagi kami berkenalan.. :)

K.su, terima kasih utk novel ni. Biji remia rupanya~

Jumaat, 29 April 2011

Baitussakeenah: Tetamu adalah Istimewa

Atok dah lama tak panggil kawan2nya datang umah. Pada tarikh yang sama sebenarnya sy ad program yg perlu dihadiri, tetapi setelah membuat pertimbangan Fiqh Aulawiyat, Maslahah dan Mafsadah, maka sy memilih utk meraikan kedatangan tetamu abah. Sy paling rindu utk menerima tetamu dirumah ni :)

Sehari sebelum, sy dan mama sy bertungkus lumus gotong royong menggembleng tenaga utk meraikan tetamu. Macam nak panggil orang takbir datang rumah malam raya tau, cuma takda rendang dan ketupat je. Hihi.

Pada hari kejadian, pagi-pagi lagi kakak kejut. "Adik, adik, bangun, bangun, jom cuci lantai.." Almaklumlah, rumah kami ni banyak kucing mucing, bulu mulu terbang merata2

Tetamu yang paling awal tiba

Golongan ibu yang menemani para suami



" Hai, sy salah seorang kawan pakcik rashid"





Ok, duduk sume....Eh... duduklahhhhhh.. (hihi)

Terbaiklah~!
Ini pula kawan2 k.yah yg baru pulang dari program yg sy maksudkan tu :)


Moral of the story:

1. Atok sebenarnye adalah abah kandung sy :)
2. Tetamu adalah pembawa rahmat - gembeleng tenaga utk mengemas umah & masak
3. Menjaga hubungan dengan kawan2 parents kt sekalipun kedua ibu bapa kita telah tiada.
4. Apabila kamu telah bernikah, maka shbt2 suami juga menjadi shbt2 mu (vice versa)
5. Bagaimana lapisan masyarakat sekalipun, kalau berkawan biarlah bersungguh. Percaya tak, kawan2 yg abah sy jemput ni adalah kawan2 sekolah rendahnya - SK TUMPAT :)
6. Apabila membuat pertimbangan sesuatu perkara. pertimbangkanlah dengan sebaiknya - Baina Maslahah wa mafsadah, Fiqh Aulawiyat dan Fiqh Muwazanat.
7. Jemputlah datang rumah sy, anytime. nak bawa rombongan meminang pun boleh sebenarnye.heh. tapi text @ call dlu ya ;)

Rabu, 27 April 2011

SRC: Satu tanggungan utk dipersoaljawab kelak


Assalamua'laikum w.b.t

Bismillahi walhamdulillah

1. Tanggal 24 Mac 2011 - Selesai Baiah Session bersama dengan Rector. Baiah bukanlah suatu perkara yg remeh temeh wahai dunia.

2. Dalil aqli

Firman Allah s.w.t :
{إن الذين يبايعون الله يد الله فوق أيديهم، فمن نكث فإنما ينكث على نفسه، ومن أوفى بما عاهد عليه الله فسيؤتيه أجرا عظيما}

Maksudnya :
Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.Tangan allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri, dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya ganjaran pahala yang besar.
Al-fath 10

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg30prvMcULbxc8lgdphSrfPwK-Q3zXXWP0NU69Dlkxa0VS8VaSO0ro40EhBlXnZ0SydH8MgsT4xmfTgHmFAkEf5tviWpRONzIPVwS5an6oJzL4p64nWPNBPTkEijOtm7QMqeecPqDGYUk/s320/Bai'ah.jpg


3. Apa itu Baiah? Terlalu berat utk dituturkan dengan lidah yang basah. Apa yang pasti saya teringat pada baiah itu sendiri ada rukun-rukunnya. 10 kesemuanya:

F - Faham
I - Ikhlas
A - Amal
J - Jihad
T - Tadhiyyah (Pengorbanan)
T - Taat
T - Thabat (Tetap)
T - Tajarrud (Bebas daripada perkara-perkara yg bertentangan dgn Islam)
U - Ukhuwah
T - Thiqoh (Percaya)

Rukun-rukun ini sy berpeluang utk ketahui sekitar tamat alam persekolahan, melalui pembacaan. Pada hemat sy, jelas semakin lama semakin tegar memahami rukun baiah ini melalui pelaksanaan amanah yg ad ini.

4. Nilai integriti dapat saya soroti melalui sirah perjuangan Saidina Umar al-Khattab. Ketika berkecamuk Masyarakat Qibti dengan nilai khurafat. Saidina Umar hadir menulis Surat kepada Sungai Nil.

Lalu Sayidina Umar al-Khattab r.a menulis Surat "Buat Sungai Nil"
"Dari hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji buat Allah, selawat dan salam ke atas Rasullullah s.a.w, jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika kamu mengalir kerana Allah maka alirkan semula!"

Maha Suci Allah. Dengan karamah Sayidina Umar r.a, dengan izin Allah s.w.t, pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan syirik itu, Sungai Nil yang telah di campakkan surat dari Saidina Umar Al-Khatab r.a telah meningkat paras airnya dengan lebih banyak air dan lebih luas sungainya.

5. Saya tertarik pada kata-kata Syed Qutb. Hikam yang utuh bermakna.
http://i648.photobucket.com/albums/uu203/umm_rumaysa/islamic/syahadah.jpg
"Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. "

6. Sebulan berada di proksi SRC ini saya semakin mampu melihat siapa yang benar-benar mahu menang, ataupun mahu mengisi kemenangan. Dan siapa yg mahu mengisi kekalahan itu dengan penuh hikmah. Maka dengan penuh takzimnya, sy mengucapkan tahniah kepada para pengundi, kerana sy secara peribadi, sedar dan yaqin bahawa pilihan anda adalah tepat sekali, shbt2 sy yg berada di saff kepimpinan SRC ini merupakan susuk tubuh yg mengimplementasi tema "Walk the Talk". Dan tahniah jua buat adinda Sakinah Sulaiman, yg mengisi kekalahan itu dengan penuh hikmah. Maka adindalah yg memiliki kemenangan itu :)

7. Susuk tubuh bernama Mahirah Binti A Rashid ini hanyalah mahu mengisi ruang kosong sebagai Khalifatullah fil ardh. Mohon teguran atas kekurangan, mohon dokongan atas ketempangan.


Rujukan:

1- Fahmu Usulul Islam
(Dr. Ali Abd Halim Mahmud)

2- Fiqh Da’wah
(Mustaffa Masyhur)

3- Buku huraian Arkanul Baiah
(oleh : Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi)

Seimbas Kenangan

Assalamua'laikum w.b.t

Bismillahi walhamdulillah

http://www.abatasa.com/dirmember/00002/triz/album/61989/album-61989-l.jpg


1. Mohon ma'af atas penangguhan dalam arena penulisan. Sy kira cukup 'adil sebenarnya kerana penulisan saya perlu ditumpahkan pada arena yg sedikit berbeza, alam realiti - berkhidmat sebagai Secretary General Students' Representative Council 2010/2011

2. Apapun, Kupu-kupu Solehah (nama pena blogger) ini masih tetap insan yg sama :)

3. Idea adalah sesuatu yg diilhamkan oleh Allah s.w.t. Dan tiap kali ilham itu hadir, akan tetapi andaikata sy gagal mengekstrak ia dari minda agar diluahkan dalam bentuk penulisan, maka ap yang berlaku seakan binaan demi binaan yang terbentuk. Syukur alhamduliLLAH, kini berkesempatan utk menulis. Gembira :)

4. Manhaj penulisan - pendek kata dalam masa yg agak suntuk dan minat yg mendalam, maka manhaj penulisan sy akan berubah sedikit. Pakat2 manfaatkan deh ;)

Isnin, 21 Februari 2011

Kepimpinan atau Kepemimpinan yg dicari?


Cikgu bertanya kepada dia, "Kalau bunga, kamu mahu umpamakan diri kamu seperti ap?" ... Lama dia berfikir.. tiba-tiba, "Saya mahu umpama teratai!"... dia tahu mawar berduri ialah jawapan rutin seorang gadis, lantas dia mahukan sesuatu yg sebenar2nya adalah dia. Lalu dia menjawab teratai... Kenapa ya? (nantikan sambungannya ^_^)


Atas permintaan beberapa pihak, maka sy kongsikan siapa diri saya ketika di zaman persekolahan dan apa kejayaan yg mampu sy kecapi:

Sekolah Kebangsaan Taman Setia

* Tempat pertama, Kejohanan merentas desa (peringkat sekolah)
* Pingat Gangsa, Kejohanan merentas desa daerah gombak
*Wakil rumah sukan 400meter secara individu
* Wakil rumah sukan 4x100meter

* AJK Persatuan Bulan Sabit Merah
* Pengawas (1999 - 2001)
* Acap kali bertugas sebagai pengerusi majlis di majlis perhimpunan

* Johan pertandingan tulisan khat
* Naib johan pertandingan tilawah al-Quran
*Johan membuat buku skrap kajian tempatan
*Pertandingan pidato peringkat zon
*Pertandingan bahas zon gombak
*Johan pertandingan berbalas pantun peringkat zon
*Pemantun terbaik pertandingan berbalas pantun peringkat daerah

Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia

*Pengerusi Persatuan Puteri Islam Malaysia (2006)
*Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia (2005)
*Naib Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia (2004)
* AJK Puteri Islam Malaysia (2002)
*Setiausaha Kelab Pendidikan Agama Islam (2006)
*Setiausaha Kelab Taranum (2004)
*Setiausaha 2 Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
*mendapat kelulusan Puteri Sulong (tingkatan tertinggi dlm Puteri Islam)

*Pembimbing Rakan Sebaya selama 5 tahun dan banyak terlibat dengan program motivasi

*Johan kuiz teknik & vokasional (peringkat sekolah)
*Johan pertandingan kawad kaki badan beruniform (ops terlupa peringkat apa...hehe)
*Peserta pertandingan pidato

*Penerima Anugerah Budi Bahasa 2005
*Peserta Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam (mewakili Daerah)

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

* Naib Exco Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
* Naqibah (dikelolai Exco Kerohanian JPP)


Kemudian mendapat tawaran ke UIA, lantas sambung pengajian ke uia... alhamdulillah sempat 2 semester di nilai ^_^....




p/s: Bukanlah tertulisnya kejayaan2 di atas sebagai suatu kebanggaan, sekadar mengisi ruang2 yg ada untuk kalian mengenali siapa saya... Mudah-mudahan ad ruang dan peluang utk berkenalan dgn lebih baik dan sy mhn ma'af kalau2 dgn kehadiran posting kali ni, mengganggu teman2 sekalian..

Sabtu, 29 Januari 2011

Persembahan Satu Cinta


Suatu hari Allah pertemukan kita dengan dugaan, lalu mungkin pernah kita bertanya, "Oh Tuhan, mengapakah aku diuji begini? apakah dosa yg tlah aku lakukan?"... Tahukah wahai diri, jawapan yg terbaik tlah Allah persembahkan buat kita..

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Do men think that they will be left alone on saying "We believe" and that they will not be tested?

Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Tika diuji.. cuba latih diri utk berkata... "Allah, aku bukanlah siapa-siapa tanpa-Mu Ya ALLAH, lalu berilah Aku kekuatan dalam setiap langkahku mendekatiMu, biarpun ad ujian dan cubaan di hadapanku. Mudah-mudahan itulah jalan yg akan membawaku ke syurga, sebagai tanda bahawa Kau cintaku sebagai hambaMu dan sbg tanda aku mencintaiMu Pemilik diriku..."

Kalau seseorang mampu menzahirkan rasa cinta pd sang kekasihnya. Lalu, bagaimanakah persembahan cinta kita buat NYA?...

Pejam mata, dan fikir sedalamnya~

EDCOUSTIC-Aku Ingin Mencintai-MU

Tuhan betapa aku malu

atas semua yang Kau beri

padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa

Entah mungkin karna ku terlena

sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

agar aku kembali

dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba KAMU

betapa tak ada apa-apanya

aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU

setulusnya

sebenar-benar aku cinta

dalam doa

dalam ucapan

dalam setiap langkahku

aku ingin mendekati-Mu

selamanya

sehina apapun diriku

kuberharap

untuk bertemu dengan-MU

ya Rabbi.....

Jumaat, 21 Januari 2011

Wanita seperti inikah?...


Ketika Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1) Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu.”

3) Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah :
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Wahai diri dan teman, Boleh jadi gambar di atas bukan sekadar gambar hiasan... Punya ma'na debu-debu yg penuh dosa. Kejilah, pabila seorang wanita yg buruk akhlaqnya cuba memakai 'baju' seorang mukminah. Atau lebih tepat bermuka-muka.. Akan tetapi mulia-lah seorang yg cuba mengislahkan dirinya....

ALLAH, pelihara kami~...

Rabu, 19 Januari 2011

PUTUS. PAKSA. PASRAH

Bismillah walhamdulillah
Semester ini aku banyak berada di sekitar kata-kata PUTUS.
~ Memutuskan

~ Diputuskan
~ Terputus

~ Putus


Semester ini jg aku banyak berada di sekita kata-kata PAKSA.

~ Memaksa

~ Dipaksa

~ Terpaksa
~ Paksa

Semestar ini lebih tepat aku meng-empatikan diri aku dgn kalimah PASRAH.
Atau lebih sinonim dgn seorang muslim, REDHA


~ Meredhai
~ Diredhai

~ Redha

Syukur takde istilah ter-redha. Musykil apa definisinya nanti ^_^

Berikan kalian satu contoh?

Semenjak tingkatan 3, beg hijau jenama NIKE itu menemani aku. Ketika di menengah atas.

Sekolah, Latihan Kawad, Latihan Pantun, Program Pembimbing Rakan Sebaya, Program Puteri Islam, Camping, Latihan Badminton, Rehlah Persatuan Islam.


Ketika di Matr
ikulasi Negeri Sembilan. Dia menemani aku ke kelas tutorial. Dewan kuliah. Bilik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Perkhemahan Kelab Badminton.

Beralih seketika di Matriks UIA, Nilai. Di berada di medan kuliah sepenuhnya. Mungkin kurang kenal dengan persatuan yg ada, maka mode study menjadi keutamaan.


Semenjak berada di Kampus IIUM, Gombak. garden of knowledge & virtue. Beg nike ini bertemu teman baru. Jadi teman baru itu yg lebih banyak aku manfaatkan. Biarpun TERPAKSA..Bila difikirkan usia beg nike yg makin uzur, aku letak tepi rasa empati. Sayang bukan kepalang pada beg nike, biarpun PUTUS, aku jahit satu persatu pada 'lengannya' menggunakan jahitan jelujur halus..
Beg nike makin uzur, warna hijaunnya makin luntur, jahitannya makin tertetas. Sedih, namun aku PASRAH dan REDHA andai kata itulah pertemuan kami. Namun ketahuilah, kamu tetap di hati... Terima qaseh kerana banyak berjasa....

"Ya Allah, andai yg terbaik utk kami adalah berpisah, maka pisahknlah kami dlm keadaan yg tdk menyakitkn..."

Tiap ap yg berlaku dlm hidup, banyaklah bertadabbur dgn Qur'an, wahai diri...cuba rujuk ayat yg diatas tadi, buka terjemahan dan adaptasi dalam kehidupan harian......Koreksi ap hikmah yg akan hadir nanti....