.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Sabtu, 29 Januari 2011

Persembahan Satu Cinta


Suatu hari Allah pertemukan kita dengan dugaan, lalu mungkin pernah kita bertanya, "Oh Tuhan, mengapakah aku diuji begini? apakah dosa yg tlah aku lakukan?"... Tahukah wahai diri, jawapan yg terbaik tlah Allah persembahkan buat kita..

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Do men think that they will be left alone on saying "We believe" and that they will not be tested?

Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Tika diuji.. cuba latih diri utk berkata... "Allah, aku bukanlah siapa-siapa tanpa-Mu Ya ALLAH, lalu berilah Aku kekuatan dalam setiap langkahku mendekatiMu, biarpun ad ujian dan cubaan di hadapanku. Mudah-mudahan itulah jalan yg akan membawaku ke syurga, sebagai tanda bahawa Kau cintaku sebagai hambaMu dan sbg tanda aku mencintaiMu Pemilik diriku..."

Kalau seseorang mampu menzahirkan rasa cinta pd sang kekasihnya. Lalu, bagaimanakah persembahan cinta kita buat NYA?...

Pejam mata, dan fikir sedalamnya~

EDCOUSTIC-Aku Ingin Mencintai-MU

Tuhan betapa aku malu

atas semua yang Kau beri

padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa

Entah mungkin karna ku terlena

sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

agar aku kembali

dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba KAMU

betapa tak ada apa-apanya

aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU

setulusnya

sebenar-benar aku cinta

dalam doa

dalam ucapan

dalam setiap langkahku

aku ingin mendekati-Mu

selamanya

sehina apapun diriku

kuberharap

untuk bertemu dengan-MU

ya Rabbi.....

Jumaat, 21 Januari 2011

Wanita seperti inikah?...


Ketika Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1) Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu.”

3) Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah :
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Wahai diri dan teman, Boleh jadi gambar di atas bukan sekadar gambar hiasan... Punya ma'na debu-debu yg penuh dosa. Kejilah, pabila seorang wanita yg buruk akhlaqnya cuba memakai 'baju' seorang mukminah. Atau lebih tepat bermuka-muka.. Akan tetapi mulia-lah seorang yg cuba mengislahkan dirinya....

ALLAH, pelihara kami~...

Rabu, 19 Januari 2011

PUTUS. PAKSA. PASRAH

Bismillah walhamdulillah
Semester ini aku banyak berada di sekitar kata-kata PUTUS.
~ Memutuskan

~ Diputuskan
~ Terputus

~ Putus


Semester ini jg aku banyak berada di sekita kata-kata PAKSA.

~ Memaksa

~ Dipaksa

~ Terpaksa
~ Paksa

Semestar ini lebih tepat aku meng-empatikan diri aku dgn kalimah PASRAH.
Atau lebih sinonim dgn seorang muslim, REDHA


~ Meredhai
~ Diredhai

~ Redha

Syukur takde istilah ter-redha. Musykil apa definisinya nanti ^_^

Berikan kalian satu contoh?

Semenjak tingkatan 3, beg hijau jenama NIKE itu menemani aku. Ketika di menengah atas.

Sekolah, Latihan Kawad, Latihan Pantun, Program Pembimbing Rakan Sebaya, Program Puteri Islam, Camping, Latihan Badminton, Rehlah Persatuan Islam.


Ketika di Matr
ikulasi Negeri Sembilan. Dia menemani aku ke kelas tutorial. Dewan kuliah. Bilik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Perkhemahan Kelab Badminton.

Beralih seketika di Matriks UIA, Nilai. Di berada di medan kuliah sepenuhnya. Mungkin kurang kenal dengan persatuan yg ada, maka mode study menjadi keutamaan.


Semenjak berada di Kampus IIUM, Gombak. garden of knowledge & virtue. Beg nike ini bertemu teman baru. Jadi teman baru itu yg lebih banyak aku manfaatkan. Biarpun TERPAKSA..Bila difikirkan usia beg nike yg makin uzur, aku letak tepi rasa empati. Sayang bukan kepalang pada beg nike, biarpun PUTUS, aku jahit satu persatu pada 'lengannya' menggunakan jahitan jelujur halus..
Beg nike makin uzur, warna hijaunnya makin luntur, jahitannya makin tertetas. Sedih, namun aku PASRAH dan REDHA andai kata itulah pertemuan kami. Namun ketahuilah, kamu tetap di hati... Terima qaseh kerana banyak berjasa....

"Ya Allah, andai yg terbaik utk kami adalah berpisah, maka pisahknlah kami dlm keadaan yg tdk menyakitkn..."

Tiap ap yg berlaku dlm hidup, banyaklah bertadabbur dgn Qur'an, wahai diri...cuba rujuk ayat yg diatas tadi, buka terjemahan dan adaptasi dalam kehidupan harian......Koreksi ap hikmah yg akan hadir nanti....