.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Sabtu, 29 September 2012

Oh IIUM!


Assalamua'laikum w.b.t

Buat semua warga IIUM,
Semoga semuanya dalam keadaan sihat & saya mendoa'kan agar kalian bersabar dengan apa yang berlaku

PERKARA (1)
Fakta:  Malam tadi, setelah hampir 4 jam di experimental hall, pihak pentadbiran mengumumkan bahawa RE-ELECTION akan di lakukan atas sebab masalah teknikal pada sistem.

Pandangan saya: Terimalah dengan hati yang terbuka daripada PIHAK PENTADBIRAN kerana hakikatnya sistem manusia ada kesilapan. Ada hikmah yang perlu dicari.

 الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها

Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana, di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya

PERKARA (2)
Fakta: Agak, sekali lagi saya ulang, "agak". Agak kelihatan kelemahan Datuk Dr.Mizan Bin Hitam dalam berinteraksi dengan para mahasiswa malam tadi

Pandangan saya: Manusia dan emosi adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Sekalipun beliau adalah orang atasan, tetapi beliau juga ada kecenderungan emosi. Maka, ma'afkanlah kelemahan beliau itu.

PERKARA (3)
Fakta: Datuk Dr.Mizan memulakan pengumuman dengan selawat. Kerana beliau berkata, apa yang bakal diumumkan mungkin sangat mengejutkan.

Pandangan saya: Saya cukup memuji cara sedemikian, yakni untuk menenangkan hati. Inilah antara akhlaq orang Arab, yakni untuk meredakan kemarahan, kembali ingat pada kekasih kita, Rasulullah s.a.w.

PERKARA (4)
Fakta: Para mahasiswa diberi peluang untuk berkata-kata dalam sesi soal jawab malam tadi. Turut kelihatan, salah seorang mahasiswa yang menegur Datuk Dr.Mizan kerana terlalu banyak menggunakan ayat qur'an dalam menjelaskan sesuatu.

Pandangan saya: Dengarkanlah pada setiap teguran. Saya kira teguran semalam tidak kasar bahkan ada benarnya, kerana dalam mana-mana pertandingan perbahasan di peringkat sekolah pun, ayat quran ditegah sama sekali untuk digunakan. Itu antara pengalaman saya semasa di sekolah, tidak pastilah pula bagaimana sekarang. Dan saya memohon, dengan rendah hati, supaya pihak pentadbiran TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN pada mana-mana batang tubuh mahasiswa yang bersuara pada malam tadi. Kami hanya bersuara berbanding berkata di belakang.

PERKARA (5)
Fakta: Para mahasiswa IIUM perlu mengulang kembali proses pengundian, tetapi secara manual.

Pandangan saya:
Tahniah! Inilah hikmah yang kita perlu ambil. Semoga tahun yang mendatang, kaedah ini akan diteruskan!

PERKARA (5)
Fakta: Imej WUFI semakin hari semakin di rosakkan. Sebagai contoh penyebaran sistem pesanan ringkas yang mengatakan itu ini begitu begini.

Pandangan saya:
Jangan kotorkan politik dengan benda yang mazmumah. Asalnya ia tidak kotor tetapi tangan-tangan manusia yang mengotorkannya.

Wallahua'lam.