Suatu hari teman ku bertanya padaku. Seandainya di beri pilihan, yang manakah kamu akan pilih? Yang terbaik atau yang sepadan dengan kamu? Senyum. Sambil hatiku mengungkap kata-kata yang tersendiri.
Lalu ku katakan kembali pada temanku.
Ada jawapannya.
Jawapannya menurut aku.
Mungkin orang lain berbeza.
Tapi adalah aku, dengan jawapanku.
Ku katakan:
Kalau ana, jawapannya ada pada istikharah ana, jawapannya ada pada deraian doa' istikharah ana, doa yang bukan sebarangan, tapi doa' yang Rasulullah s.a.w ajarkan. Iaitu, Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui dia yang terbaik untukku, agamaku, perjuanganku dan dalam setiap akhir perkaraku buat masa kini dan akan datang, maka taqdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku..
Maka jawapan ana, adalah ana memilih yang sepadan dengan ana. Ana bukanlah siapa-siapa untuk memilih yang terbaik. Tetapi ana yaqin ana layak untuk meminta supaya Allah kirimkan yang terbaik untuk ana...kerana itu di tadahan doa tadi diungkapkan yang terbaik untukku, agamaku, perjuanganku dan dalam setiap akhir perkaraku.
Ya, barangkali insan itu sangat baik dan insan yang terbaik pernah ana jumpa, kan tetapi belum tentu dia yang terbaik untuk diri kita dan dalam setiap akhir perkara kita.
Maka, ana lebih cenderung untuk menurut jawapan pilihlah yang sepadan.
Kemudian, beberapa soalan lagi, hingga dia bertanya, apa tanda kita berlapang dada?
Barangkali di sini ada skema jawapan yang berbeza.
Dia juga bertanya dalam ketika aku tiada apa di benak fikiranku,
yang hanya mampu ku ukirkan hasil dpd gerak hatiku.
Jawapanku:
Kalau ana, tanda berlapang dada ialah ana boleh menerima dia dengan apa yang sedia ada pada dirinya. Umpama kata Fatimah Syarha yang boleh ana conclude-kan, adalah lebih baik kita memilih seorang lelaki yang 50% berilmu dan 50% lagi kita redha dengan akhlaqnya berbanding kita memilih seseorang lelaki yang mempunyai 100% ilmu tetapi belum ada redha dengan akhlaqnya.
Ku menyambung lagi dalam hatiku...
Redha itu kita tenang di luar dan juga tenang di dalam.
Menerima apa yang ada padanya baik dari sudut tutur kata dan gerak geri kita dan juga rasa tenang dari lubuk hati kita. Kemuliaan dan kebaikan dia sesuatu yang dihargai sedang kelemahan diri dia sesuatu yang kita sedia terima dan ingin lengkapi.
Kalau aku berbicara banyak soal hati, maka orang mungkin akan sampai terpikir bahawa aku sedang jatuh hati. Akan tetapi, yang aku pasti adalah aku hanya berkongsi.