.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Khamis, 30 April 2009

Analisis Kitab : Program Pengajian Intensif Pondok

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Doa'kan pemergian ana ke Baitul Qura' nanti dpt melahirkan individu yang memberi manfaat untuk dirinya juga untuk masyarakat. InsyaALLAH biarpun intensif tapi manfaatnya berpanjangan.



ALLAH, IS WATCHING OVER YOU

Analisis Kitab : KLIBF 2007 !!

assalamualaikum Pictures, Images and Photos



PWTC - 2 hari lagi bakal tamat. 25 dan 26 April 2009. KLIBF. Tahun demi tahun aku buru. Blh dikatakan tak pernah miss. Biarpun tidak membeli sekadar menatap sudah cukup puas hati. Tapi kali ini, berbekalkan duit yang telah aku kumpul, insyaALLAH di sinilah akan aku manfaatkannya!!

25 April 2009. Biarpun proses homeostasis masih perlu di beri ruang, tapi semangat kental dalam jiwa-jiwa anak2 muda menyebabkan aku dan beberapa lagi mudi melangkahkan kaki ke PWTC. Ukhuwah seaqidah!.
Argh, beg yang menemaniku selama lebih kurang 2 tahun ke sana ke sini patah pula rodanya kali ni. Besinya terkeluar, kalau Hamstring Muscle ( otot pd kaki manusia ) mmg kena hantar pergi Emergency Room (ER) dah ni. Tapi alhamdulillah Motor output arahkan aku untuk mendukung beg itu. Ini buku-buku yg telah aku miliki tanggal 25 April:




a) Travelog Seorang Daie
b) Kisah Cinta Yusuf & Zulaikha
c) Fiqah Berinteraksi Dengan Non - Muslim
d) Pemikiran Islam Liberal
e) Fiqh Sirah 2
f) Formula Solat Sempurna
g) Belajar Menjahit

Alhamdulillah ^_^.. Buku-buku ini antara buku2 yang telah aku buru.

Travelog Seorang Da'ie, Ustazah Sciences of Hadith ana yg tlh recommend.
Buku Kisah Cinta Yusuf n Zulaikha ni tak de sape rekemen, tapi mcm nak tahu.
Fiqah berinteraksi dgn Non-Muslim berkali2 Ust Zahazan rekomen dlm corong ikim.fm
Pemikiran Islam Liberal, mmg tlh aku buru tajuk ini
Fiqh Sirah 2, nak angkat martabat dari fiqh sirah 1 ^_^
Formula Slt Sempurna, kakakku yang rekemen
Belajar Menjahit, nilah targetku waktu cuti. Dah berkali2 tak lepas2.hehe

26 April 2009
- Jgn terkejut! Ana dtg lagi PWTC. Kali ini bw mad'u kesayangan ^_^...



.::Nor Raihan Binti Lam Ahmad, best fren ana semenjak sekolah rendah, sampai di bumi UIA kami agak kurang rapat tapi insyaALLAH aqidah yang sama, akan tetap hati kami bersatu ::.

Inilah buku yang tlh ku beli :


Antara buku yang ana beli ni atas nasihat K.Nurul ( www.srikandiharakah.blogspot.com ).. Syukran k.Nurul ^_^.
Buku Hidayatus Salikin beli atas tujuan untuk trus menerus ikut pengajian Ust Idris Ahmad kat madrasah rumah ana ni.
Hadith 40 ana beli khusus untuk ibu ana..
Buku Sultan Muhammad Al-Fateh ana beli untuk pasakkan jiwa dari mereka2 yang telah meminjamkan semangat mereka. Aku terlalu ingin mengenali ALFATEH.
Buku Men From Mars, Women from Venus n Buku Taqwa ada orang kirim. Kalau harga sebenar dia rm30, harga sahabat rm50.hehe.. Jgn lupe bayaq =D.

.::JANGAN BIARKAN SEHARI BERLALU TANPA ILMU!!::.

Sabtu, 25 April 2009

.::Terbangkitnya aku dari sebuah kematian::.

Assalamualaikum wrwb Pictures, Images and Photos

Diriku suka menganalisa sesuatu
Akhirnya mereka menjadikan kehidupanku sebagai satu eksperimen
Agenda mereka rupa-rupanya juga Agenda dari ALLAH

Aku makin mengenali mereka
Aku makin dikenali mereka

Aku dimatikan
dan
Kemudian ALLAH telah menghidupkan aku semula

Menggigil kesakitan aku
Tapi setelah Kalimah ALLAH dipacakkan berkali-kali dalam Hati
Aku semakin kenal erti Cinta
Tika saat tanganku calar balar
Hatiku ditoreh 'Alif Lam Lam Ha'

الله



Sabtu, 18 April 2009

Santai Berfikir Tegas Bercuti II

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini kali ke-2 Post ttg tajuk ini.
Bermakna kali ke-2 berpeluang cuti panjang
Bermakna, AKU dan DIRIKU bakal menempuh langkah baru.
AKU akan pergi sebentar
Dan AKU akan pulang
Pulang dgn istilah ISLAH
Bkn suatu revolusi. Tapi ..
Hanya AKU dan ALLAH yang tahu,
buat yang tahu, AKU dan KAMU mampu tersenyum



.:: SANTAI BERFIKIR TEGAS BERCUTI ::.

Al-Fatih ku buru mu

fatih

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


Ihsan :http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

Jumaat, 17 April 2009

Analisis Tazkirah : Kuliah Tafsir

Assalamualaikum wrwb Pictures, Images and Photos



وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu


وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفاً وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dngan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kpd-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Bismillahirrahmanirrahim~
Kuliah ust Zahazan Muhammad telah sampai kepada kupasan 2 ayat di atas, CUBA TEKA SURAH APA tu?? .. Waktu sekolah dlu kene hafal ayat ni ^_^.. Itulah dia, Surah Luqman, ayat 14 dan 15.

Dua ayat ini telah dihurai panjang oleh Ust Zahazan Muhammad. Ana upload disini sbb bersesuaian dgn analisis famili yang telah ana suratkan terhadap yang sering tersirat..

Ayat 14:

Dalam Kitab 'Tanbihul Ghafilin' ada disertakan 10 hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibubapanya:
1. Jika orang tua berhajat kpd makan harus diberi makan.
2. Jika berhajat kepada pakaian harus diberi pakaian.
3. Jika berhajat bantuan terus dibantu
4. Menyambut panggilannya.
5. Menta'ati semua perintahnya asalkan tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah.
6. Jika bicara kepada keduanya harus dlm keadaan lunak, lembut dan sopan, tidak kasar.
7. Tidak blh memanggil nama kecilnya.
8. Jika berjalan harus dibelakangnya.
9. Suka utk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri. dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri.
10. Mendoa'kan keduanya supaya mendapat pengampunan ALLAH dan rahmatNya

Selain itu, berhubung dengan ayat 14 ini ada kaitan dengan surah al-Isra' ayat 23. Rajen2 le sikit tgk qur'an ^_^..

Ayat 15:

Ada 2 sebab yang Ust Zahazan nyatakan berikutan dengan asbabun nuzul ayat ini.
1. Turunnya ayat ini berikutan dengan kisah Sa'ad bin Malik. Ketika ibunya marah waktu Sa'ad bin Malik memeluk Islam.
2. Pandangan Imam Qurtubi : Kisah ini adalah menjurus kpd Sa'ad b Abi Waqas.

Khulasah dr Ust Zahazan: Ayat ini khusus bagi mereka yang ibu bapa non-muslim..

Sirah yang berkaitan:
- Kisah Al-Qomah
-Kisah JURAIJ <-- pasti ada yang lum hadam kisah ni kan? wat assignment carilah ^_^..

"MANTAPKAN ILMU TINGKATKAN 'IZZAH ISLAM"

Isnin, 13 April 2009

Analisis Tazkirah : Kuliah Tafsir

"Bila hati menghadap Tuhan.. Baruku sedar ada kelemahan.. Terasa kerdil..."

....nantikan...

Analisis Famili : "Mama sihat?"


Bismillah Pictures, Images and Photos



Baru-baru ini hampir seminggu rasa resah dan gelisah berada di bumi mansoura UIA. Tak terasa selaku skuad al-gumbaki bila mana gerak kerja dan sekolah-sekolah pengajian telahpun diberi cuti. Yang ada hanyalah berada di dalam compartment sendiri dan turun ke kantin untuk makan.
"Herm kijo skoloh habih doh, pahgap, tingga pekso, kene baco buku ja loni..." - Monolog-ku

Saat-saat sebegini rasa seperti nak pulang ke rumah. Tapi mama dan abah, dua-dua tak ada.

Seminggu kemudian

Alhamdulillah, mama dan abah telah pulang dari urusan di kelantan. Mohon pada ALLAH urusan di Kelantan hampir selesai segalanya.............
Hari pertama sampai ke rumah, Allahurabbi, ku lihat jari-jari mama luka. Allahurabbi, tangan mama lebam. Allahurabbi, kaki mama.. Kenapa???? Kene Pukul ke ni??? Kenapa ni???..
"Makcik sakit?" "Makcik ok?"

Sbnrnya waktu mama balik kelantan dulu, mama ada pergi Terengganu, seketika dari sana kembali semula ke Kelantan mama dan abah memilih untuk menaiki Bas. Dikhabarkan oleh datuk sedara-ku yang disana banyak kecurian beg yang diletakkan di tempat bawah, jadi kebanyakkan barang mama dan abah bawa ke tmpt duduk atas..

"Mama jalan, nak turun tangga bas, mama nampak ada tangga lagi, tapi sebenarnya tak de, mama terjatuhlah dik...Banyak sangat pegang barang time tu, ada sorang ni tanya kat mama "Mokcik, ok mokcik?,mokcik sakit ko?.."

Itu versi mama

Jom dgr tambahan versi abah pula..


"Pahtu key dik, abah tgk warna meroh abih atas jale, ya ALLAH... terkejut abah, pahgap abah g dkt mama, Allah, igt key daroh, mujo bukey.. pecoh botol nicoh kepok.."

Dan ini pula versi adikmu..


Kadang-kadang... Kita berada jauh dari pandangan kedua ibu bapa kita...
Tapi sebenarnya di hati mereka kita sangat dekat...
Cuma bagaimanakah di sudut hati kita?
Cuma bagaimanakah di benak fikiran kita?
Kita mungkin boleh gunakan telefon sebagai asbab untuk mendekatkan antara kita..
Tapi sungguh hakikatnya kita benar-benar jauh..
"Ummi sihat?" "Abi sihat?" ... "Sihat nak.."
itu dialog yang biasa kita dengar...
Berdialog antara telinga dgn telinga itu berbeda dialog antara mata dengan mata..
Mereka bersaksi bahwa mereka sihat, tapi kitalah yang sepatutnya menyaksikan dengan alis mata kita..
Entah bagaimana ye untuk menjadi anak yang terbaik?...
Maka...................................................
dakaplah mereka dihadapan matamu..
sementara masih ada ruang.....


Sabtu, 11 April 2009

Analisis Politik : Cari Makan ke BN? ^_^

Jom kita tengok analisis BN - PAS

Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet
Johari Jaafar
Thu | Nov 13, 08 | 12:45:56 pm MYT

IPOH, 13 Nov (Hrkh) - Wakil Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah dua kali menyelitkan ayat al-Quran semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak sebentar tadi.

Wong Kar Woh mendapat perhatian daripada semua yang hadir bila beliau menyebut ayat ke-12 dari Surah Al-Hujurat.

Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.

Sekali lagi sebelum beliau menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 110. - Harakahdaily.net




Nga Kor Ming Mempermainkan Ayat Suci Al-Quran

Nga Kor Ming (Ahli Parlimen DAP Taiping) telah bertindak memberi salam dan membaca surah "Aura" yang tidak terdapat pun dalam Al-Quran. Sila lihat video ini. Persoalannya siapakah yang mengajar Nga untuk membaca ayat tersebut? Mengapa ajar Nga membaca ayat Al-Quran ini untuk tujuan ceramah politik sahaja?. Ajar pun tidak habis, malah bacaan pun salah. Seolah-olah mempermainkan Islam. Kalau PAS mahu benar-benar berdakwah, mengapa Nga tidak peluk pun Islam. Malah hudud pun DAP tentang.

Ini bukan kali pertama DAP membaca ayat Al-Quran. Pada 13 November, Wong Kar Woh (ADUN Canning, Bekas Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10) dalam Dewan Undangan Negeri ketika mengulas bajet negeri. Nizar memang tidak kisah ayat suci Al-Quran dipermainkan oleh kafir harbi ini? Orang PAS bangga? Hinggakan menyiarkan berita ini dalam Harakahdaily. PAS mengajar DAP untuk menjadi semakin kurang ajar dan biadap terhadap Islam. Mahukah orang-orang PAS membiarkan perkara ini berterusan?-http://anginperubahan.blogspot.com/2009/03/nga-kor-ming-mempermainkan-ayat-suci-al.html


Analisis dari diri yang hina dan dhaif ini:

Kenapa rasa nak check ttg ni yer???

Kerana firman ALLAH s.wt yang bermaksud :

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." al-Hujurat 49 :6

Jadi.. setelah kita lihat fenomena ini sehinggakan sibuk mengasak Mufti berhimpun supaya mengharamkan non-Muslim baca ayat Qur'an. ALLAHuRABBI, apa nak jadi, diharamkan benda yang tak haram kah? Mungkin ulama UMNO blh analisis surah at-Tahrim pula selepas ini ya, mungkin blh dijadikan sandaran walaupun surah ini sekitar teguran ketika Nabi ingin menceraikan isterinya Maria dan Zainab~..

Al-Quran ini digunakan dalam tujuan 2 perkara :
a) Untuk menaikkan ISLAM
b) Untuk Menjatuhkan ISLAM

Apakah Nga Kor Ming berniat untuk menghina Islam? Ini berbeda dengan tujuan dan niat pengarah kepada filem Fitna suatu ketika dahulu yang menganalisis Surah al-Anfal untuk menghina ISLAM..

Kita berbalik kepada peristiwa "11 September". Pada ketika ini, dunia sedang asyik mengutuk dan mengeji ISLAM, laungan
TERRORIST3x!!! menjadi gegar di telinga-telinga muslim. Lalu, orang Inggeris yang masing-masing beragama yang beda dari ISLAM mula membeli Al-Qur'an sehingga jualannya begitu laris dan habis semata-mata untuk mengkaji apakah benar ISLAM itu "begini dan begitu".. Pada saat dan ketika ini, ulama tlh bersependapat dan bersepakat atas detik-detik yang kritikal membenarkan orang bukan ISLAM memegang al-Qur'an dan yang dinyatakan suci itu merujuk kepada para malaikat. Fatwa ini dikeluarkan untuk membolehkan mereka mengkaji ISLAM itu sendiri. Akhirnya, mereka kembali kpd fitrah ISLAM.. Alhamdulillah..

Satu pula isu lain yang pernah ust Azhar Yaakob kongsikan, seorang wartawan berkulit putih menyamar sebagai wartawan Arab, mengikuti kronologi taliban, secara tiba-tiba dia ditangkap dan disumbat kedalam penjara, berikutan dengan itu, dia melihat seluruh warga penjara baik pekerja mahupun banduan yang soleh2 mengisi masa mereka dengan bacaan AL-QUR'An.. Sebaik keluar dari penjara, pulangnya ke Amerika, dia memeluk agama ISLAM kerana jatuh hati dengan senario tadi.. Allah~

Kita telah lihat bagaimana Saidina Umar al-Khattab tlh jatuh hati dengan Islam slps bacaan Surah Taha dialunkan padanya..

Analisis ku kali ini bukanlah berdasarkan "fikrah politik" yang mungkin ada padaku, tapi kerana

DAKWAH

Sebenarnya janganlah kita menjadi lebih jahil dengan mengatakan sesuatu yg kita tak yakin kebenarannya dan sebenarnya

ISLAM itu untuk semua
~




MUSYKIL MUSYKIL


Analisis Makanan : Bebola Ikan@Bebola Babyken (Babi + Ikan)



IDERIS Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelaK termakan benda haram.

Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.



IDERIS Mohamad menunjukkan daging dan perut khinzir yang disimpan bersama bahan mentah lain termasuk ikan di sebuah kilang di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.

"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah.

"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.

Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.

Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian. Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B



IDERIS berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas semalam.

Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.





P/s: Jaga pemakanan kita ye! Kerana apa ye? Kerana ianya akan jadi darah daging kita!! Ya ALLAH, berikanlah aku rezeki yang halal dan halalkanlah segala makan dan minumku..

Analisis Politik : Tahniah PIMPINAN!!



PRK : PARLIMEN BUKIT GANTANG (P59)

Ismail Saffian (BN) : 19071
Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) : 21860

Kamarul Ramizu Idris (Bebas) : 62

* Majoriti = 2789
Jumlah mengundi : 41626
Peratus mengundi : 75%
Undi rosak : 456
PRK : DEWAN UNDANGAN NEGERI BUKIT SELAMBAU ( N25)
1. R.Loganathan (Bebas) : 31

2. Tan Hock Huat (Bebas) : 78

3. Mohd. Radhi Mat Lazim (Bebas) : 25
4. S. Manikumar (PKR) : 12632

5. Mohd. Fadzil Wahab (Bebas) : 83

6. Abdul Rahim Abu (Bebas) : 60

7. L. Sarala (Bebas) : 49

8. Datuk S. Ganesan (BN) : 10229

9. A. Jayagopal (Bebas) : 35

10. S. Moganakumar (Bebas) : 46

11. Khamis Awang (Bebas) : 29

12. Husaini Yaacob (Bebas) : 257

13. Venason Micheal (Bebas) : 32

14. Mejar (B) Anuar Abdul Hamid (Bebas) : 528

15. T. Chandrarajan (Bebas) : 73

* Majoriti = 2403

Jumlah mengundi : 24597
Peratus mengundi : 70%
Undi rosak : 415

PRK : DEWAN UNDANGAN NEGERI BATANG AI (N29)

  • Jawah Gerang (PKR) : 2053
Malcom Mussen Lamoh (BN) : 3907
*Majoriti = 1854
Jumlah mengundi : 6019
Peratus mengundi : 75.32%
Undi rosak : 59

p/s: Perjuangan anda baru sahaja bermula,
laksanakan amanah!

Selasa, 7 April 2009

Pastikan MILIK kita!!



~ Ini gambar2 yang diambil dari Harakahdaily.net, Tahan Permit tapi kami2 ni celik IT ^_^, alhamdulillah~

Situasi TERKINI di Bukit Selambau

Situasi terkini di Bukit Selambau
Bashir Ishak, Izwan & Sabri
Tue | Apr 07, 09 | 11:22:40 am MYT

Terkini|BUKIT SELAMBAU, 7 April (Hrkh) - Semua pusat mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun N.25 Bukit Selambau mula dibuka jam 8.00 pagi tadi.

Iklan

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar membuang undi.

11.35 pagi: Keadaan lalulintas di sekitar pekan Sungai Petani, terutamanya Sungai Lalang dan Bukit Selambau mengalami kesesakan yang teruk.

11.22 pagi: Mafrel melaporkan FRU dikejarkan di SM Aman Jaya berikutan suasana tegang antara penyokong KeADILan dan BN.

Penyokong KeADILan tidak puas hati apabila BN cuba mengubah sebuah khemahnya agar diletakkan berdekatan dengan pusat pengundian. KeADILan hanya ada sebuah khemah di kawasan tersebut.

11.00 pagi: Harakahdaily dimaklumkan kira-kira 40 orang dipercayai pengundi hantu ditangkap dalam sebuah bas yang datang dari arah Perlis menuju ke Kuala Sin semalam.

Mereka ditahan oleh petugas Pakatan Rakyat kira-kira jam 3 pagi.Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Gurun.

10.25 pagi: Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga pukul 10 pagi,sebanyak 20 peratus telah keluar mengundi. Beliau berharap bilangan yang keluar mengundi akan mencacah 50 peratus menjelang pukul 1 tengah hari.

9.30 pagi: Harakahdaily dihubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman yang bertugas di pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pakan Bukit Selambau melaporkan berlakunya kekliruan apbila SPR membenarkan dua laluan digunakan untuk memasuki pusat mengundi.

Pertamanya laluan utama menuju ke sekolah tersebut dan laluan kedua merupakan sebuah lorong kecil yang terpaksa melalui khemas petugas BN. Menurut beliau setiap kali pengundi yang mahu masuk ke pusat mengundi, mereka ditarik untuk melalui laluan tersebut.

Bantahan telah dikemukakan kepada SPR, namun SPR tetap membiarkannya. Bagaimanapun, petugas Pakatan Rakyat telah menghubungi wakil calon untuk membuat bantahan rasmi kepada SPR.

8.10 pagi: Calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada jam 8.10 pagi.

Beliau membuang undi di saluran 6 kira-kira jam 8.25 pagi.

Beliau yang ditemui wartawan sebelum masuk ke pusat mengundi menyatakan keyakinan akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

"Saya rasa begitu bersemangat pagi ini walaupun sedikit keletihan kerana berkempen ke sana-kemari. Apapun saya yakin dengan sokongan semua, kemenangan berpihak kepada kita,"katanya.

PRK ini diadakan berikutan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam. - mks._

Berita Terkini PRK N25 Bukit Selambau

08.00 - Suasana kemeriahan pilihan raya kecil di Bukit Selambau kian terasa. Kedengaran laungan sorakkan di antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN. Keadaan semakin gawat dengan keadaan lalu lintas yang semakin sesak dengan penyokong dan pengundi-pengundi tempatan yang dalam perjalanan ke tempat mengundi masing-masing.

10.30 - Keadaan tegang di Taman Ria Jaya disebabkan Wanita dan Puteri UMNO mengejek dengan isyarat punggung ke arah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan para pengundi yang lalu di situ.

Lain pula suasana di Taman Ria Utara. Keadaan menjadi meriah apabila penyokong Pakatan Rakyat menyambut kedatangan Calon PKR S. Manikumar dengan sorakan "Reformasi". Para penyokong menjadi lebih bersemangat dengan kehadiran calon untuk meninjau keadaan pondok panas di Taman Ria Utara.

12.00 - Cuaca panas yang dirasakan pada saat ini, panas lagi keadaan di sekitar pusat mengundi IKM dan Sek Men Sains Sultan Mohamad Jiwa. Bilangan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir melebihi bilangan penyokong BN. Anggota polis juga tidak ketinggalan hadir untuk menjalankan tugas masing-masing dalam memastikan keselamatan dan keamanan terjamin.

Situasa TERKINI di Bukit Gantang

Intan Abdullah & Johari Jaafar
Tue | Apr 07, 09 | 11:25:37 am MYT

Terkini|BUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) - Proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi. Keadaan cuaca di Bukit Gantang adalah baik.

Iklan



1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.

Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal.

10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.

10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan.

Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN. 10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof

9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

7.35 pagi: Calon Pas, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian. - mks._

3 in 1

Ya ALLAH, dengan kekuasaan yang ada pada-Mu, pinjamkanlah kemenangan kepada ISLAM di Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau.

Hari demi hari, telefon bimbitku dipenuhi dengan amanah2 yang genting dan penting, dan baru hari ini sempat untuk 'disentuh' rapi laptop-ku, ini pesanan genting buat semua!!!


Pesanan Tok Guru Nik Aziz:

+ Banyakkan zikir dan doa untuk kemenangan ISLAM di Bkt Gantang&Btg Ai
+ Zikir disaat2 getir pd 7hb setiap kali selepas solat fardhu:
Lailahailla anta subhanaka inni kuntu mina zalimin 40x
Hasbunallah wani'mal wakil 130x

+ SELURUH PENDOKONG GERAKAN ISLAM diminta bangun bermunajat secara s
e
rentak pada 3am-7am:
- rakaat 1: al-fil 3x
-rakaat 2: an-nashr




p/s: Terlalu lama sungguh diri ini tak mengisi ruang-ruang blog ini dengan 'analisis' politik. Permit harakah digantung, isu DAP bc ayat qur'an, ada ajer perangkap dan peluru yang mereka nak beri. Takpe, mahkamah akhirat kan ada^_^..

Fatrah EXAM

BISMILLAH Pictures, Images and Photos


MAATTAUFIQ WANNAJAH
to all sisters and brothers
in IIUM

"Ya ALLAH, bantulah kami dalam menuntut ilmu-Mu ini..agar satu hari nanti, dgn bekalan ilmu-Mu ini, kami akan bangkitkan dan pacakkan kembali ISLAM setegak2nya di atas muka bumi ini!!"

4/4: Bahasa Melayu Lanjutan + Introduction to HISTORY
5/4: Sciences of HADITH
14/4: Sciences of QUR'AN
15/4: Revelation as A Source of Knowledge
16/4: Introduction to PSYCHOLOGY

~Buatmu kekanda2 dan adinda2 'seperjuangan', buatmu juga sayap kiri ku, buat teman-teman DnT Ma'ruf Club, ku utuskan doa' untukmu agar diberikan kekuatan oleh ALLAH dan dibantu olehNya ketika engkau menghadapi ujian dunia mahupun akhirat~

Buat mereka yang singgah di blog ni, tolong doa'kan supaya ana berjaya dalam imtihan kali ini. Fatrah exam kali ini benar2 mencabar, membuatkan diriku terfikir, lalu bagaimanakah ketika 'tunangku' yakni ajalku datang merisik...pasti lebih cabarannya..