Suatu hari teman ku bertanya padaku. Seandainya di beri pilihan, yang manakah kamu akan pilih? Yang terbaik atau yang sepadan dengan kamu? Senyum. Sambil hatiku mengungkap kata-kata yang tersendiri.
Lalu ku katakan kembali pada temanku.
Ada jawapannya.
Jawapannya menurut aku.
Mungkin orang lain berbeza.
Tapi adalah aku, dengan jawapanku.
Ku katakan:
Kalau ana, jawapannya ada pada istikharah ana, jawapannya ada pada deraian doa' istikharah ana, doa yang bukan sebarangan, tapi doa' yang Rasulullah s.a.w ajarkan. Iaitu, Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui dia yang terbaik untukku, agamaku, perjuanganku dan dalam setiap akhir perkaraku buat masa kini dan akan datang, maka taqdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku..
Maka jawapan ana, adalah ana memilih yang sepadan dengan ana. Ana bukanlah siapa-siapa untuk memilih yang terbaik. Tetapi ana yaqin ana layak untuk meminta supaya Allah kirimkan yang terbaik untuk ana...kerana itu di tadahan doa tadi diungkapkan yang terbaik untukku, agamaku, perjuanganku dan dalam setiap akhir perkaraku.
Ya, barangkali insan itu sangat baik dan insan yang terbaik pernah ana jumpa, kan tetapi belum tentu dia yang terbaik untuk diri kita dan dalam setiap akhir perkara kita.
Maka, ana lebih cenderung untuk menurut jawapan pilihlah yang sepadan.
Kemudian, beberapa soalan lagi, hingga dia bertanya, apa tanda kita berlapang dada?
Barangkali di sini ada skema jawapan yang berbeza.
Dia juga bertanya dalam ketika aku tiada apa di benak fikiranku,
yang hanya mampu ku ukirkan hasil dpd gerak hatiku.
Jawapanku:
Kalau ana, tanda berlapang dada ialah ana boleh menerima dia dengan apa yang sedia ada pada dirinya. Umpama kata Fatimah Syarha yang boleh ana conclude-kan, adalah lebih baik kita memilih seorang lelaki yang 50% berilmu dan 50% lagi kita redha dengan akhlaqnya berbanding kita memilih seseorang lelaki yang mempunyai 100% ilmu tetapi belum ada redha dengan akhlaqnya.
Ku menyambung lagi dalam hatiku...
Redha itu kita tenang di luar dan juga tenang di dalam.
Menerima apa yang ada padanya baik dari sudut tutur kata dan gerak geri kita dan juga rasa tenang dari lubuk hati kita. Kemuliaan dan kebaikan dia sesuatu yang dihargai sedang kelemahan diri dia sesuatu yang kita sedia terima dan ingin lengkapi.
Kalau aku berbicara banyak soal hati, maka orang mungkin akan sampai terpikir bahawa aku sedang jatuh hati. Akan tetapi, yang aku pasti adalah aku hanya berkongsi.
Buat semua warga IIUM,
Semoga semuanya dalam keadaan sihat & saya mendoa'kan agar kalian bersabar dengan apa yang berlaku
PERKARA (1)
Fakta: Malam tadi, setelah hampir 4 jam di experimental hall, pihak pentadbiran mengumumkan bahawa RE-ELECTION akan di lakukan atas sebab masalah teknikal pada sistem.
Pandangan saya: Terimalah dengan hati yang terbuka daripada PIHAK PENTADBIRAN kerana hakikatnya sistem manusia ada kesilapan. Ada hikmah yang perlu dicari.
الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها
Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana, di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya
PERKARA (2)
Fakta: Agak, sekali lagi saya ulang, "agak". Agak kelihatan kelemahan Datuk Dr.Mizan Bin Hitam dalam berinteraksi dengan para mahasiswa malam tadi
Pandangan saya: Manusia dan emosi adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Sekalipun beliau adalah orang atasan, tetapi beliau juga ada kecenderungan emosi. Maka, ma'afkanlah kelemahan beliau itu.
PERKARA (3)
Fakta: Datuk Dr.Mizan memulakan pengumuman dengan selawat. Kerana beliau berkata, apa yang bakal diumumkan mungkin sangat mengejutkan.
Pandangan saya: Saya cukup memuji cara sedemikian, yakni untuk menenangkan hati. Inilah antara akhlaq orang Arab, yakni untuk meredakan kemarahan, kembali ingat pada kekasih kita, Rasulullah s.a.w.
PERKARA (4)
Fakta: Para mahasiswa diberi peluang untuk berkata-kata dalam sesi soal jawab malam tadi. Turut kelihatan, salah seorang mahasiswa yang menegur Datuk Dr.Mizan kerana terlalu banyak menggunakan ayat qur'an dalam menjelaskan sesuatu.
Pandangan saya: Dengarkanlah pada setiap teguran. Saya kira teguran semalam tidak kasar bahkan ada benarnya, kerana dalam mana-mana pertandingan perbahasan di peringkat sekolah pun, ayat quran ditegah sama sekali untuk digunakan. Itu antara pengalaman saya semasa di sekolah, tidak pastilah pula bagaimana sekarang. Dan saya memohon, dengan rendah hati, supaya pihak pentadbiran TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN pada mana-mana batang tubuh mahasiswa yang bersuara pada malam tadi. Kami hanya bersuara berbanding berkata di belakang.
PERKARA (5)
Fakta: Para mahasiswa IIUM perlu mengulang kembali proses pengundian, tetapi secara manual.
Pandangan saya:
Tahniah! Inilah hikmah yang kita perlu ambil. Semoga tahun yang mendatang, kaedah ini akan diteruskan!
PERKARA (5)
Fakta: Imej WUFI semakin hari semakin di rosakkan. Sebagai contoh penyebaran sistem pesanan ringkas yang mengatakan itu ini begitu begini.
Pandangan saya:
Jangan kotorkan politik dengan benda yang mazmumah. Asalnya ia tidak kotor tetapi tangan-tangan manusia yang mengotorkannya.
Orang kata, pabila ada kita kurang hargai, pabila tiada kita akan mengenang dengan sebenar-benar perasaan. Barangkali benar kata-kata orang itu :)
Jumaat lalu mereka nyanyikan lagu "Allah, selamatkan kamu" buat beberapa antara kami, antaranya untuk diriku, ditambah dengan hidangan kek. Sedang hari lahir saya dah lama yang amat, atau lebih tepat tahun lepas.
Saya pun bertanya kpd Ateh sy, Mimi Nor Syahudda Setapani.. "Knapa?" ... atau lebih tepat kenapa disambut hari lahir saya walaupun dah lama berlalu... Lalu dia bercerita...Dan saya jadi teringat dengan sebenar-benarnya.. tatkala azan maghrib berbunyi menandakan telah masuk tarikh 28 Oktober 2011, dan ketika itu juga air mata yang menemani saya, dihadapan Achik saya, lidah saya hanya diam, tapi mata menitis tanpa henti, ada bebanan sebenarnya waktu tu, dua ujian terbesar dalam hidup saya waktu itu, tapi lidah kelu, maka mata yang mula berkata...saya memang begitu, hatta sampai hari ini Achik tidak tahu punca kedua yang menyebabkan mulut saya terkunci tapi mata shj yang berbicara.
kata Ateh, hari lahir along yang lepas, along sambut dengan air mata... jadi sebab itulah kami sambut hari lahir along semula hari ni...
Saya tak pernah menyangka ukhuwah ini akan seindah itu. Saya akan terus membiarkan ukhuwah ini terus membunga. Dengan memohon akan senantiasa dibawah Naungan Allah s.w.t, dengan memohon bahawa ukhuwah ini akan menjadi ukhuwah terindah yang akan terus dibawa ke syurga...
"Perjalanan ini Trasa sangat menyedihkan Sayang engkau tak duduk Disampingku kawan
Banyak cerita Yang mestinya kau saksikan Di tanah kering bebatuan Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan Hati tergetar menatap kering rerumputan Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi Gembala kecil Menangis sedih ...
Kawan coba dengar apa jawabnya Ketika di kutanya mengapa Bapak ibunya tlah lama mati Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut Kukabarkan semuanya Kepada karang kepada ombak Kepada matahari
Tetapi semua diam Tetapi semua bisu Tinggal aku sendiri Terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya Mengapa di tanahku terjadi bencana Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita Coba kita bertanya pada Rumput yang bergoyang"
P/s: Banyak perkara yang saya tak menyangka, terlalu banyak. Antaranya, dari seorang yang lembut menjadi tegas dengan pendirian, dari hati kering menjadi mudah menangis dan macam2 lagi. Dan saya jua tak pernah menyangka akan jatuh hati dgn lagu ni. :)
1. Berakhirnya Annual General Meeting menandakan berakhirnya kepimpinan diri ini sebagai Secretary General SRC 2010/2011. Apapun selagi notis Pilihan Raya Kampus (PRK) belum naik, saya akan cuba manfaatkan posisi wakil Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Bukanlah kerana mahukan pangkat, tidak, tidak sama sekali, sekadar ingin melaksanakan amanah ini sebaik mungkin. Kerana saya beriman pada sebuah hadith yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
[2] Saya secara peribadi mengucapkan ribuan terima qaseh atas kepercayaan dan sokongan kalian yang telah mengundi saya. Kepada yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang saya bergelar exco SRC, saya mendoa'kan semoga kalian dianugerahkan hikmah & barakah oleh Allah s.w.t di atas usaha-usaha kalian - KBS, MRC, COREL dll. Khusus kepada yang menemani sepanjang jalan perjuangan ini, tiada kata yang mampu utk saya ungkapkan melainkan ada kiriman doa' khusus buat kalian terutamanya buat teman seperjuangan di dalam SRC - exco & komiti dan Manifesto Team.
[3] Sedikit perkongsian, sebenarnya saya telah lama memutuskan utk bertanding sebagai SRC. Keputusan ini juga didorong atas pengalaman saya sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ketika di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), dua entiti yang 'zahir'nya seumpama tetapi 'batin'nya cukup berbeda. Perbedaan itu sedikit sebanyak benar menguji diri saya, tapi cukup banyak hikmah dan pahit manis yang takkan pernah gugur daripada memori ini. Terutama ketika Al-Qur'an menjadi teman setia sepanjang suka dan duka saya. Ketika Surah An-nasr, surah Muhammad dan surah al-Fath menjadi pilihan sepanjang tempoh itu. Saya berdoa' semoga ruh kepemimpinan (ingin memimpin dan sedia dipimpin) akan terus meniup dalam diri tiap umat Islam.
[4] Kepada yang telah memikirkan untuk memikul beban amanah sebagai exco SRC akan datang saya ucapkan sekalung Tahniah& Takziah
Tahniah - Mula meletakkan azam sbg Khalifah Allah s.w.t dan telah memikirkan jalan utk memanifestasikannya.Takziah - Barangkali akan ada halangan dan rintangan menanti di sana. Itu sudah pasti. Sebab dalam padang yang lapang itu, biasanya akan tumbuh KEMUNCUP. Yang pasti TERUSKAN PERJALANAN hingga ke akhirnya.
Pepatah Turki ada mengatakan 'Gunesta Yanmayan Golgenin Kiymetini Bilmez' yang bermaksud 'Orang Yang Tidak Pernah Dibakar Panas Mentari, Mustahil Menghargai Rimbun Berteduh'
[5] Amanah utk pengundi akan datang. Kekalkanlah 2 nilai sebelum menekan butang 'tick' ketika e-undi; Al-Qawiyy dan Al-Aaminn. Sedang pun sampai khabar buruk tentang peribadi calon tersebut pada kamu, selidikilah dengan betul kerana belum tentu maklumat yang disampaikan benar semuanya. Rujuk Surah al-hujurat:6
Dengan rendah diri, saya memohon ma'af utk setiap hak yang tidak mampu saya tunaikan. Kerana hakikatnya batang tubuh ini adalah kudrat seorang manusia biasa. Baki setahun di kampus ini insyaALLAH saya akan cuba optimumkan kudrat yang ada untuk manfaat seisi 'alam, sekalipun sekiranya saya akan memutuskan utk sekadar menjadi komiti di bawah sekretariat SRC. semoga Allah s.w.t akan senantiasa kirimkan kekuatan itu.
" Senyum dan Salam Buat Semua :) "
Sekian. T.qaseh. وسلام
Yang Ikhlas, Al-Faqirah Ilalillah, Mahirah Binti A Rashid Mantan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011 Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia
Madrasah Ramadhan akan terus menjadi tetamu yg dirindui..
Namun, akan ku rebut nilaian taqwa itu dgn hadiah Istiqomah setelah Syawal meminangku dgn Hamdallah~
Mohon ma'af yg amat dari diri ini di atas segala kesalahan&kesilapan yg dilakukan dan di atas hak2 kalian yg tidak diriku tunaikan baik yg tersembunyi mahupun yg nyata...
Rindunya... Rindunya..... Ya Allah Rindunya pd Mu.. Pd syiar Islam yg ad di sana.... Rindunya pd udara syurga di sana... Hatta udara bahang pun turut dirindui... Rindunya pd ziarah di bumi Haramain; Madinah & Makkah destinasinya..
Ya Allah... Kasihnya aku pd pujukan masyarakat Arab di sana.. Kasihnya aku pd tuan kedai yg menasihati.. Kashnya aku pd jamaah Masjid yg ibadah cuma seketika berhenti, bagi memenuhi keperluan diri... Kasihny aku pd laungan azan Muazzin...seperti disyurga bersama bidadari... Kasihnya aku pd alunan surah sang Imam...apatah lagi terjemahannya menggetarkan hati.. Kasihnya aku pd tazkirah sang Mutawif...sgt menjadi penyejuk hati.. Ya Allah... Kasihnya aku pd rengekan manja anak2 kecil..masjid menjadi taman penyeri.. Kasihnya pd angkatan muda yg bertenaga.. Kasihnya pd semangat muda ibu dan bapa yg sudah berusia.. kasihnya pd jamaah umrah Malaysia...
Ya Allah... Cintanya aku pd tunggangan di Jeddah.. Cintanya aku pd waktu dhuhaMu di Nabawi Cintanya aku pd lirikan mata di pintu Raudhah... Cintanya aku pd sujud di sejadah hijau... Ya Allah cintanya aku pd ingatan di Makam Nabi Muhammad s.a.w.. Allahu... Cintanya aku pd Quba, Bir Ali, Hudaibiyyah dan Tanaim tempat Miqat dn Niat berdetik, Cintanya aku pd Tawaf di bawah rembulan sekalipun yg bwh terik mentari, Cintanya aku pd pijakan kaki di Safa dan Marwah... Cintanyalah aku pd kucupan Kaabah... Ya Allah... cintanya aku pd kepungan di Hijr Ismail, Cintanya aku pd tadahan dua' di Multazam, Cintanya aku pd lambaian Hajarul Aswad... Pada tawaf wada' tanda perpisahan turut aku cintai... Betapanya aku kasih, rindu dan jatuh cinta...
~Ya Allah.. jgnlh kau taqdirkn sujudku di Raudhah ba'da isya' itu sbg sujudku yg terakhir di situ.. kiranya ya, maka gntiknlh ia dgn taman di syurgaMu kelak... YaMuhaimin... janganlah Kau jadikan syuruk td sbg tawaf terakhirku di Masjidil Haram... Sekiranya ia adlh yg terakhir, maka gantiknlah ia dgn syurgaMu yaAllah...~
Dah berdebu mata sy tanpa novel menyinggah di mata.
Buku-buku haraki shj jd idaman hati semenjak mahu belajar menjadi da'ie.
Paling tidak pun, hnya kiasan kata-kata Habiburrahman shj yg menjadi penyuntik jiwa saya, itu shjlah novel2 yg akn sy baca. Karya beliau.
Kemudian, berakhir shj exam, ad org yg mintak sy baca karya tulisan K.Su ni :) ... Apa yg menarik perhatian sy adalah kerana Duha Hafa adalah gadis berpurdah... Owh, sgt lama tk berkesempatan nk membaca novel2 K.su. Sy sgt menghormati beliau sbg kakak. Sedari sekolah menengah lagi kami berkenalan.. :)
K.su, terima kasih utk novel ni. Biji remia rupanya~