.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Ahad, 11 Mac 2012

NOTA APRESIASI

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


إِنَّ الْحَمْدَ للهِ نَحْمَدُهُ وَ نَسْتَعِيْنُهُ وَ نَسْتَغْفِرُهُ وَ نَتُوْبُ إِلَيْهِ وَ نَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَ مِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِناَ مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَ مَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ باَرِكْ عَلى نَبِيِّناَ وَ حَبِيْبِناَ مُحَمَّدٍ وَ عَلى الِهِ وَ صَحْبِهِ . أَمَّا بَعْدُ


1. Berakhirnya Annual General Meeting menandakan berakhirnya kepimpinan diri ini sebagai Secretary General SRC 2010/2011. Apapun selagi notis Pilihan Raya Kampus (PRK) belum naik, saya akan cuba manfaatkan posisi wakil Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Bukanlah kerana mahukan pangkat, tidak, tidak sama sekali, sekadar ingin melaksanakan amanah ini sebaik mungkin. Kerana saya beriman pada sebuah hadith yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

[2] Saya secara peribadi mengucapkan ribuan terima qaseh atas kepercayaan dan sokongan kalian yang telah mengundi saya. Kepada yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang saya bergelar exco SRC, saya mendoa'kan semoga kalian dianugerahkan hikmah & barakah oleh Allah s.w.t di atas usaha-usaha kalian - KBS, MRC, COREL dll. Khusus kepada yang menemani sepanjang jalan perjuangan ini, tiada kata yang mampu utk saya ungkapkan melainkan ada kiriman doa' khusus buat kalian terutamanya buat teman seperjuangan di dalam SRC - exco & komiti dan Manifesto Team.

[3] Sedikit perkongsian, sebenarnya saya telah lama memutuskan utk bertanding sebagai SRC. Keputusan ini juga didorong atas pengalaman saya sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ketika di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), dua entiti yang 'zahir'nya seumpama tetapi 'batin'nya cukup berbeda. Perbedaan itu sedikit sebanyak benar menguji diri saya, tapi cukup banyak hikmah dan pahit manis yang takkan pernah gugur daripada memori ini. Terutama ketika Al-Qur'an menjadi teman setia sepanjang suka dan duka saya. Ketika Surah An-nasr, surah Muhammad dan surah al-Fath menjadi pilihan sepanjang tempoh itu. Saya berdoa' semoga ruh kepemimpinan (ingin memimpin dan sedia dipimpin) akan terus meniup dalam diri tiap umat Islam.



[4] Kepada yang telah memikirkan untuk memikul beban amanah sebagai exco SRC akan datang saya ucapkan sekalung Tahniah& Takziah

Tahniah - Mula meletakkan azam sbg Khalifah Allah s.w.t dan telah memikirkan jalan utk memanifestasikannya.Takziah - Barangkali akan ada halangan dan rintangan menanti di sana. Itu sudah pasti. Sebab dalam padang yang lapang itu, biasanya akan tumbuh KEMUNCUP. Yang pasti TERUSKAN PERJALANAN hingga ke akhirnya.

Pepatah Turki ada mengatakan 'Gunesta Yanmayan Golgenin Kiymetini Bilmez' yang bermaksud 'Orang Yang Tidak Pernah Dibakar Panas Mentari, Mustahil Menghargai Rimbun Berteduh'

[5] Amanah utk pengundi akan datang. Kekalkanlah 2 nilai sebelum menekan butang 'tick' ketika e-undi; Al-Qawiyy dan Al-Aaminn. Sedang pun sampai khabar buruk tentang peribadi calon tersebut pada kamu, selidikilah dengan betul kerana belum tentu maklumat yang disampaikan benar semuanya. Rujuk Surah al-hujurat:6


Dengan rendah diri, saya memohon ma'af utk setiap hak yang tidak mampu saya tunaikan. Kerana hakikatnya batang tubuh ini adalah kudrat seorang manusia biasa. Baki setahun di kampus ini insyaALLAH saya akan cuba optimumkan kudrat yang ada untuk manfaat seisi 'alam, sekalipun sekiranya saya akan memutuskan utk sekadar menjadi komiti di bawah sekretariat SRC. semoga Allah s.w.t akan senantiasa kirimkan kekuatan itu.



" Senyum dan Salam Buat Semua :) "

Sekian. T.qaseh. وسلام


Yang Ikhlas,
Al-Faqirah Ilalillah,
Mahirah Binti A Rashid
Mantan Setiausaha Agung
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011
Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tiada ulasan: