.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Khamis, 12 Jun 2008

.::Pesanan Buat PIMPINAN::.

Assalamua’laikum warahmatullah~
Salam pertemuan buat para daie’ yang ada di seluruh dunia.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


(Albaqarah : 30 )


Dengan keizinan daripada ALLAH s.w.t pada hari kita masih lagi dikurniakan ni’mat islam dan iman. Rata-rata masyarakat pada hari ini masih lagi dikurniakan ni’mat ISLAM, tapi sungguh kecil bilangan yang beriman, dan kita pohon, kita pohon pada ALLAH agar pada hari ini, kita masih lagi dimantapkan imannya dari hari ke hari. Kita perlu hargai nilai islam dan iman yang masih ada pada diri kita. Hatta sekalipun, masih ada yang menganggap islam ini sekadar label bagi meluluskan kewarganegaraan dan hak keistimewaan buat seseorang. Tidak untunglah a.k.a rugi benarlah akan insan yang tidak menghargai nilaian islam apatah lagi iman.
Sungguh takut sekali diri ini mengeluarkan ‘amaran’ sedemikian…

Sidang pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,


Berbalik kepada ayat yang telah ana sebutkan di atas, kita perlu sentiasa sedar akan posisi kita di atas muka bumi ini; Khalifah ALLAH s.w.t
Merujuk kepada ilmu yang pernah ana dapat melalui “Basic Themes of ALQURAN” , khalifah itu sendiri terbahagi kepada 2:


- Khalifah al-Ammah
- Khalifah al-Khassah

Khalifah al-Ammah itu adalah khusus untuk muslim yang ada di atas muka bumi ini.
Manakala Khalifah al-Khassah pula adalah khusus untuk pemimpin2 yang memainkan peranan untuk kerajaan kita.


Di sini, elok sgt kiranya ana ingin memuatkan satu pesanan daripada salah seorang pemimpin di Negara kita ini.. Yakni

…Sekiranya anda seorang pimpinan..terdapat 5 perkara yang perlu anda buat:

1) Solat Tahajud
2) Solat Dhuha
3) Solat Sunat Rawatib
4) Membaca AlQuran selalu
5) Berpuasa Sunat selalu

… Begitulah 5 perkara yang ditekankan oleh seorang pimpinan kepada para pimpinan yang lain..

bagi ana sendiri, payah untuk completekan kelima2 task di atas, lalu ana cukup tahu bahawa tidak layak ke atas ana untuk menjadi pimpinan… tapi ana masih teringat akan pesanan sahabat ana, if kita tak pegang satu jawatan ni, dan di ambil alih oleh seseorang yang kurang faqih tentang agama, dan jawatan itu disalahgunakannya, maka berdosalah ke atas kita..

Lalu atas kefahaman dan kesedaran ini, kita perlu pikul sesuatu amanah dengan sebaik yang kita mampu, malahan kadangkala dengan bantuan daripada ALLAH s.w.t, kita sebenarnya mampu untuk menjadi 'luar biasa'

Kadang kala, menjadi pemimpin ini, ada masanya kita perlu berpura-pura; yakni, yang sunat itu seolah-olah menjadi wajib ke atas diri kita; adakalanya 5 perkara di atas menjadi wajib bagi sesetengah pemimpin ISLAM.

Ana masih teringat lagi, TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT pernah menyatakan kekesalannya apabila pernah tertinggal semalam solat tahajud... MasyaALLAHTabarakallah..Alangkah hebat pemimpim pilihan ana ini... Entah berapa kali ana tertinggal tahajud, bahkan pernah ana terjaga dan sengaja tidur semula.. Teruknye ana..

Sidang muslimin dan muslimat yg dirahmati ALLAH sekalian,

Seandainya kita tak mampu menjadi seorang pemimpin
Lalu perlulah kita memilih dengan baik
Akhir kalam, majulah ISLAM kerana ALLAH =]

Tiada ulasan: