.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Jumaat, 1 Ogos 2008

Anak-anak itu comey~








Bismillahirrahmanirrahim =]

Salam juang, salam jihad, salam penuh kerinduan pada teratak Ta'liful Qulb.. Rindu sungguh untuk titipkan kata-kata pada medan blog ini.

Sedikit pengalaman indah untuk dikongsikan bersama =].. Saat2 indah yang aku lalui, bilamana senyuman adik-adik, anak-anak kecil, tangisan yang dipujuk, gurauan yang kadang terlampau berhimpun dibawah satu langit~

ALLAHUAKBAR..diberiNYA aku peluang untuk nikmati peranan selaku sukarelawan untuk sukan PASTI. It was held at SMK Sungai Pusu, Batu 6. Just near my house =]. Rasa2nya sesuai sungguh peranan aku waktu tu dengan research yang sedang aku lakukan, yakni My Future Job =]

ALLAH, comel sungguh adik2 ni, izzah Islam juga mampu ditonjolkan, anak kecik yang dididik untuk bertudung litup, berlengan panjang, dan berseluar yang jaga aurat seseorang.

Tarbiyyah yang paling berkesan adalah bermula daripada rumah sendiri, andai kata daripada 'tunjang' nya tidak sihat, maka batang, daun, buahnya juga tidak subur. Maka ibu bapa yang dirahmati oleh ALLAH s.w.t sekalian, silaplah andaikata anda didik anak anda dengan kemewahan dan keseronokan dunia hingga mereka terlampau cintakan ia. Penyakit alwahan yang melekat susah nak dibuang. Jangan diberi, jangan diminta penyakit itu, nanti bila ALLAH beri, merana nanti...

Oleh yang demikian,

sidang ibubapa yang dikasihi kerana ALLAH, ambillah peluang hidup didunia ini untuk mendidik anakmu dengan penuh kasih sayang dan cinta ALLAH.

Wassalam.

Tiada ulasan: