Assalamua'laikum Warahmatullah.
Bicara demi bicara cuba di susun supaya sesuai untuk dipaparkan dalam blog-ku ini. Bukan apa, sekian lama bertapa dari dunia melayari blogspot, alhamdulillah, tangan ini dilancarkan juga oleh ALLAH s.w.t utk menaip kata-kata sendiri berbanding 'Copy' dan 'Paste'
22 Januari 2009, lebih dan kurang sekitar jam 6.30 petang, air mata jundullah kian menitis mengamit rasa kebahgiaan dan kesyukuran pada Yang Maha Esa.
Experimental Hall di UIA Gombak, terletak di bangunan Admin, jadi sedikit terlindung dan agak tersorok berbanding Main Auditorium yang hanya seberang jalan berhadapan dengan Pejabat Pos. Akan tetapi, alhamdulillah gelombang-gelombang askar2 Islam kian bertapak.
USAHA ~ DOA ~ TAWAKAL ~ REDHA
Itulah yang membuatkan hari ini aku masih ingin bergelar hamba ALLAH. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Dunia kampus membuktikan ada 3 golongan ketika musim prk;
1) golongan yang mengambil catna hal Pilihan Raya Kampus (PRK).
2)golongan yang tahu PRK dan hanya tahu shj.
3)golongan yang langsung tidak tahu, menahu.
kalau golongan yang ketiga bersekang mata kerana belajar, namun golongan pertama pandai membahagikan masa antara belajar, dan tugas sebagai da'ie mahupun mad'u. PRK merupakan antara titik perjuangan yang sangat penting dalam melayari bahtera kampus. Inilah detik-detik yang menandakan peluh dan keringat mula menitis, 'pedang' kembali disediakan.
Tadhiyyah PRK. Sa'at ini mula kenal siapa kawan, siapa teman dan siapa sahabat.
Hasilnya apa wahai golongan/ saff pertama? =) . InsyaALLAH manis..Hadiah dari ILAHI setelah bertarung dalam medan perjuangan.
Sedikit kronologi:
12 Januari - Tarikh asal penamaan calon (ditunda)
15 Januari - Tarikh asal PRK (ditunda)
16 Januari - Tarikh kedua untuk penamaan calon (ditunda lagi)
19 Januari - Tarikh kedua untuk PRK (ditunda lagi)
19 Januari - Tarikh terakhir untuk penamaan calon (^_^)
22 Januari - Tarikh terakhir utk PRK (^_^)
Kuasa di tangan ALLAH, seinfiniti HIKMAH yang terkandung daripada insiden ini! Terima kasih ya ALLAH..
Akhirnya Di Bumi 'Mansoura', Al-Gumbaki ini,*Aspirasi yang diwakili oleh GPMS berjaya memenangi sebuah kerusi di Kuliyah of Architecture
*PKPIM di Kuliyah of Economics.
Dan selebihnya.... =)
KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS
KULLIYYAH OF ENGINEERING
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
ZATIL ARIFAH – 2060 VOTES (WON)
KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN
KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
MOHD AZIZAT – 257 VOTES
Fakta Nombor : 10/12 kerusi dimenangi Pro Mahasiswa di Gombak
8/10 kerusi dimenangi Pro Mahasiswa di Kuantan
Wahai para pejuang SRC, anda bukanlah berada di pengakhiran, tapi perjuangan anda baru sahaja bermula. Ucapan tahniah dan takziah dikirimkan khususan buat antum. Laksanakan amanah dengan baik, dan paling penting seringlah mengemis Redha Yang Maha Esa. Amanah, berat bagaimanapun tetap amanah, itulah yang ditaklifkan buat mukallaf sekalian. Wahai para pejuang Al-Gumbaki, marilah kita bersama-sama membantu pemimpin kita menyempurnakan taklifat mereka. Salam mujahadah fillah!
~WE LOVE IIUM~
P/S: Hari ini kita bukan ingin melihat agenda manusia. Apa yang penting adalah agenda ALLAH! Tidak dpt tidak, kemenangan ini tetap satu ujian. Ya aiyyuhal mukminun... Moga2 kita tidak tercampak dalam golongan yang lalai.
" Ya ALLAH, moga-moga apa yang aku sampai-kan ini benar-benar belaka, apa yang baik itu dari Engkau Ya ALLAH dan yang tidak baik itu juga dariMU akan tetapi disandarkan pd kelemahan diri yang hina ini..Maka ampunilah aku Ya ALLAH"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan