.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Isnin, 6 Julai 2009

Nota London 4: Otak anak kecil


2 Jun 2009 (Selasa)

"Bus forty-two!"
Aku semakin asyik melihat kepetahan anak kecil yang bernama Muhammad Umar Mukhtar ini.

Konsep yang menarik utk aku aplikasi dalam Psikologi Kanak-kanak Secara amnya, anak-kanak berusia tiga tahun sudah pandai menghafal dengan baik.
Faktanya begitu, praktikalnya, Umar sendiri baru berusia 3 tahun.
Tapi otaknya boleh menghafal banyak patah perkataan.

Hebatnya Sang Pencipta, bilamana menciptakan fungsi otak ini yang boleh menterjemahkan sesuatu pabila dilihat.
Ku melihat awan, automatik diriku mengenali akan awan itu.
Tandanya insyaALLAH aku faham apa yang sedang aku lihat

Aku cuba selidik serba sedikit daripada tempoh perbualan aku dengan k.su untuk mengkaji bagaimana otak seorang anak berfungsi dengan baik.
Umar sekadar menghafal nombor 1-2-3-4-5-6-7-8-9-10 kemudian 20-30-40-50 dan sehingga puluhan keberapa aku tidak pasti.
Hebatnya kuasa ALLAH bila nombor 42 dia sendiri analisis.
Tahu juga dia nombor tu nombor forty two. =)

Teringat kaedah "HOME SCHOOL" yang diterapkan oleh kebanyakkan para ibu yang mempunyai masa yang lebih dengan anak2 atau lebih tepat suri rumah.
Aku pernah difahamkan kaedah ini telah melahirkan ramai genius pabila ibu@bapa meluangkan masa untuk mengajar anak2 sedari usia 3 tahun.
Cumanya, pasti juga ad kekurangan dalam setiap kaedah yang manusia cipta, HOME SCHOOLING biiznillah ad potensi untuk melahirkan pemikir2 yang berfikir secara kritis dan kreatif tetapi anak2 ini akan kurang mahir untuk bersosial atau berinteraksi dengan dunia luar.
Pendapat dari diri yang hina ini, air tangan seorang ibu itu adalah lebih manfaatnya dan seimbangkan juga urusan duniawi dan ukhrawi, mungkin juga sbb itu timbul istilah "Rumahku Syugraku"=)

Seketika aku menaip Nota London 4 ini, aku baru selesai membaca satu artikel di dalam Majalah SOLUSI edisi ke-7. Satu ruangan yang memberi informasi hebat bahawa Ibu bapa khususnya dan penjaga kanak-kanak amnya perlu memberitahu cerita yang benar pada kanak2. bukan sekadar kata-kata, tapi cerita.
Kanak2 zaman sekarang lebih mengenali NARUTO berbanding Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Hamzah, Saidina Ali dan sebagainya.
Manakala adik2 perempuan pula lebih asyik main masak-masak dengan barbie berbanding menghayati menjadi surirumah seperti Saidatina Fatimah Azzahra.
Pada tahap usia kanak-kanak mereka sudah layak di bacakan kisah-kisah para Sahabat dan tabi'in.
Sungguh, banyak kisah2 menarik yang terbaik untuk kita terapkan pada anak-anak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
""Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu dalam keadaan fitrah yang baik, maka kedua ibubapa merekalah yang akan menjadikan anak-anak ini samada Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR Bukhari)

Terlupa di mana, tapi ketika membincangkan hadis ini, ustaz pernah memberitahu kenapa Rasulullah menyebut YAHUDI, NASRANI dan MAJUSI dan tidak includekan ISLAM, jawapan ustaz, kerana setiap yang lahir itu suci bersih dan sememangnya dilahirkan dalam keadaan ISLAM..
Blh baca artikelku yang sebelum ini mengenai kenapa ad yang golongan non-MUSLIM.

Wallahutaa'la 'alam.

Fakta menarik: Bas-bas yang terdapat di bandar Sheffield kesemuanya mesra pengguna OKU, begitu juga pemandunya. Bas-nya tidak memerlukan tangga untuk dinaiki dari pondok bus. Bahkan ada alat yang boleh dibuka untuk memastikan pengguna OKU boleh menggunakannya.

Tiada ulasan: