.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Sabtu, 30 Januari 2010

Apa guna blog?

~Assalamua'laikum warahmatullah~

Sementalah menadah kertas research Psychology, jadi terfikir untuk mengupdate blog. Saat ramai insan menjadikan fitnah sebagai sumber makanan utama medan blog, aku jadi terfikir pada hadith Rasulullah s.a.w:

Laa yadhulul jannata qattaatun!

(Muttafaqun 'alaih)

"Tidak akan masuk syurga orang yang suka memfitnah".

Bila disebut muttafaqun 'alaih, maka tidak boleh diragui kesahihan hadith ini. Ertinya ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Jelas sahihnya disitu, biiznillah.

Imam Shan'ani menjelaskan, kata "qattat" itu dengan huruf qaf, huruf ta' dan sesudah alif huruf ta' lagi, yang bererti pemfitnah.

Ada ulama berkata, ada perbezaan antara "qattaat" dan "nammaam". Dimana, nammaam ialah orang yang mencari berita untuk menyampaikannya kepada orang lain ( untuk menebar fitnah ). Sedangkan qattaat adalah orang yang hanya mendengar berita sedang ia tidak mengetahui pasti kebenaran berita itu, kemudian ia menceritakan apa yang ia dengar itu (kpd orang lain untuk memfitnah).

Hakikat fitnah itu adalah fasa perbicaraan seseorang kepada orang lain atas tujuan yang tidak baik. Janganlah ad diantara kita ini yang menempah title qattaat mahupun nammaam.

Al Hafidzh al Mundziri mengatakan Ummat Islam sudah sepakat bahawa fitnah itu diharamkan dan fitnah itu termasuk dalam dosa besar..

Cuma, mengambil kata-kata Ust Faisal dikelas pengajian Hadith-ku. Lebih kurang begini intipatinya, kita tidak boleh beriman pada bait-bait hadith itu semata-mata. Contohnya dalam hadith yang aku kongsikan sebelum ini. Seandainya pemfitnah itu telah bertaubat memohon keampunan dari ALLAH dan dari mereka yang difitnah, maka mudah-mudahan ALLAH terima taubatnya dan mungkin juga syurga buatnya, wallahua'lam..

Masih teringat situasi dalam Bengkel Penulisan bersama Ust. Mior Isfandy:

Aku : Ustaz, realiti zaman sekarang, ramai yang terjebak dengan kes mahkamah berikutan dengan penulisan blog yang bermula dengan analisa politik. Serba sedikit perkara ini melemahkan semangat ana untuk mengupdate blog dalam bentuk penganalisaan. Minta komen ustaz.

Ust : ...... Dan inilah sebenarnya perkara yang paling sy tidak gemar, menjadikan blog sebagai medan fitnah. Elakkan penulisan yg berbaur fitnah (dan seangkatan dengannya).


Aku kira Prevention is better than cure. Turut aku teringat pabila Ust. Dzulkhairi turut menjadikan dalam catatannya bahawa dia tidak berniat untuk menjadikan blog-nya sebagai medan analisa politik. Terus, kita tahu sebenarnya bagaimana keligatan minda anak muda itu.


Konklusiku secara positifnya, terpulang pd individu. Andai ad keupayaan untuk atur bicara, silakan. Andai yang ad hanya kerasukan "fikrah" membuak, maka bacalah penghulu istighfar, mudah-mudahan yang terbaik dari ALLAH untuk kita. Wallahutaa'la'alam.

MUHASABAH DIRI PEMBANGUN JIWA

Tiada ulasan: