.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Sabtu, 25 Oktober 2008

Melatah ke?

Tertarik ana untuk mencelah-celah ruangan alam maya ini. Pernah dulu dalam hati terutara keinginan untuk meneruskan bidang sains yang telah diwarisi selama lebih kurang 6 tahun. Yakni tingkatan satu sehingga peringkat matriks. Masih ingat bagaimana penyakit "downheadsindrom" ketika di dewan kuliah Matrikulasi negeri Sembilan. Huhu~.

Terus sekali lagi ana memperingatkan diri, walaupun sekarang ana memilih aliran sastera tak berma'na pengajian tentang sains itu terhenti begitu sahaja, cuma bknlah pengajian secara formal. Baru petang tadi, ada jamuan besar-besaran bersama sahabat-sahabat. Sengaja menggunakan stand "Majlis Hari Raya" walaupun syawal hampir sampai ke penghujungnya. Apa tujuan utama? Mengumpulkan semua sahabat-sahabat dan keturunan masing-masing. Hehe~
Dalam perjalanan pulang, tersentak ana apabila mulut ni secara tak langsung melatah "Ya ALLAH, sayang". Bukannya perlahan, tapi kuat. Mana tak melatah, pemandu kereta tak ada lesen, muncung kereta avanza hanya beberapa inchi sahaja daripada kereta depan. Kancil barangkali. Tapi yang membuatkan ana terasa merah padam seluruh muka, berderau darah seluruh badan, bagai nak menitis air mata, bilamana dalam kereta tu ada 2 muslimin, dan disaksikan hampir 5 muslimat. (itulah sebabnya muslimin yang tak ada lesen tu kena memandu). Kenapa melatah macam tu ye? Sekalipun tak berma'sud nk tujukan latahan tu pada sesiapa, akan tetapi pada sekolah lama ana. Saat itu, sahabat terbaik ana tunjukkan sekolah ana, katanya "Nilah sekolah Mahirah~". Saat yang sama, dalam hati ni bersuara sesuatu. So, ditakdirkan oleh ALLAH, apa yang ada dalam hati tu terhujah ke luar pula~..Allah...
So, cuba cari kaji, ape pe'el menyebabkan terlatah ni. Heh~
Tenaga tidak boleh dimusnahkan, tetapi ia mengalir dan berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Apabila kita bercakap, tenaga sebenarnya sedang dialirkan. Tenaga ini datangnya dari niat di dalam hati. Tenaga ini dialirkan daripada seseorang kepada seseorang yang lain dan membentuk kitaran tenaga yang saling menyeimbangi antara satu sama lain. Tenaga yang mengalir perlu seimbang ini digelar Hukum Keseimbangan. Niat yang berulang-ulang akan menghasilkan getaran dari hepar (Liver) yang akan dihantar ke laring yang boleh menghasilkan bunyi suara. Niat ini adalah seimbang dengan maksud, tujuan dan matlamat yang jelas dan berfaedah.






Gambar rajah di atas ialah ilustrasi getaran niat daripada hati ditukarkan kepada suara melalui larynx.


Gambar rajah di atas ialah ilustrasi bagaimana suara terhasil tanpa niat daripada hati atau hati gagal mengalirkan niat untuk ditukar dalam bentuk suara oleh larynx. Akibatnya tenaga dikeluarkan dengan banyak dan melemahkan tubuh.

Gambar rajah di atas ialah ilustrasi menunjukkan suara yang seimbang. Percakapan yang bermanfaat akan mendapat keseimbangan tenaga kembali.


Gambar rajah di atas ialah ilustrasi menunjukkan suara yang tidak seimbang. Suara yang dibebaskan dibazirkan bersama tenaga yang banyak dan tidak mendapat tenaga gantian sebagai keseimbangan. Percakapannya pula tidak memberikan sebarang hasil, diabaikan atau mudah dilupakan.


Gambar rajah di atas ialah ilustrsi menunjukkan suara yang ikhlas daripada hati menembusi apa sahaja kemudian memberikan manfaat keseimbangan tenaga kepada orang yang bercakap itu semula.

Gambar rajah di atas ialah ilustrai menunjukkan suara yang tidak ikhlas, percakapan dengan hawa nafsu yang akan melemahkan orang yang bercakap. Tidak ada tenaga yang menyeimbangkan percakapan yang dilafazkan.
الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram Hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah Hati manusia. Surah Ar-R'ad, Ayat 28


Dan sedikit tambahan daripada http://www.rawatankesihatan.com. Melatah, mengeluh, merungut, berdengus atau mengeluarkan bunyi suara sepontan seperti ah! aduh! oh! dan sebagainya. Malah melatah ini secara jelas telah melanggar Hukum Keseimbangan. Mudah berkata "aduh!" ialah zahir kepada sikap kurang redho. Mudah berkata "ah!" ialah zahir kepada sikap kurang ikhlas. Melatah boleh melahirkan sifat-sifat tidak redho, tidak ikhlas, tidak sabar dan tidak hening.
ALLAH, lindungilah diri ini daripada gangguan syaithon yang direjam~

Rabu, 22 Oktober 2008

Perlu lihat dan analisa

Melaporkan dari METRO Kampus - Lihat, bukan perhatian dari Malaysia sahaja, bahkan dari negara Jiran.

Lihat video ini, analisa dan tinggalkan komentar anda!

Selasa, 21 Oktober 2008

Kebetulan @ Suratan?

Assalamua'laikum:

If tgk video ni, orang kedah akan kata, isyh, biaq betui?

Orang selangor akan mula tambah, kebetulan ke? ke kebenaran?

Ore qlate oyak, yolo la tu, mugo filem ni hok lepah doh

Orang sabah mula bersuara, mau tau atau tak ya lihat sekarang bah!

Muslimin muslimat yang dirahmati oleh ALLAH s.w.t sekalian. Tempoh pada hari ini, kita sendiri mampu melihat dengan mata kasar apa itu yang digelar kerajaan ISLAM. sendiri tahu apa priority yang perlu sama sekali dipertuntutkan. Teruja ana membaca artikel2 yang ditulis oleh Ustaz Wan Ji (www.one-g.blogspot.com). Tak sia2 RM3.60 untuk 3 artikel yang menerangkan tentang kerajaan ISLAM. InsyaALLAH t ana akan uploadkan artikel2 nya untuk bacaan shbt2 yg singgah di blog ana.

Ana tak mahu komen panjang, cuma satu perkara perlu ingat, setiap undian itu amat berma'na, tak kesah dalam undian apa-apa sekalipun, seperti mana ana pernah terlibat dalam pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (alhamdulillah..), seperti itu ana pernah merasa betapa hebatnya akibat, natijah, dan kesan negatif yang akan dirasai bila tersalah pilih puncak pimpinan. Sistem yang sama, pangkah mana pilihan anda, nampak remeh tapi semuanya terpulang pada anda selaku yang berhak mengundi. Apapun:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

Surah A-li 'Imraan, Ayat 54

Cuma sekali lagi ana tekankan, hakikat = dunia adalah ladang persinggahan, hakikat = ramai tak sedar hal ni, hakikat = akhirat adalah negara yang kekal abadi, hakikat = ramai tahu wat2 tak tahu.

Jadi, sahabat2 sekalian, bukalah mata, celikkan minda kita.. Tanya iman dengan sebaiknya.. wallahu'alam

Kenapa masih ada yang susah bersuara?

Inilah 'suara' hati muslimat berjiwa muda!

al-Jenderami~










Bismillahirrahmanirrahim,
Bukan kali pertama, tapi merupakan kali kedua, menghirup udara di bumi Yayasan al-Jenderami.
Pertama kali datang ke sini, terasa sungguh seperti berada di bumi Saudi, Makkatul Mukarramah. Sememangnya tidak setanding, kerana itu ana menggunakan istilah 'seperti'.
Namun begitu, bukan itu fokus utama yang ana nak kongsikan disini.
"PERLU ADA DALAM JIWA SETIAP ORANG MUKMIN INI, ADA AZAM UNTUK MENDIRIKAN SEBUAH PONDOK"
Ini bukan kata-kata ana, itu yang pasti. Ilmu yang cetek membuatkan ana mengambil kembali kata2 ini yang asalnya daripada seorang ustaz, yang pada ketika itu pertama kali membawa ana dan seorang sahabat ana bersama-sama isterinya ke yayasan alJenderami ini. Ternyata sampai kapan pun, kata2 ini masih terngiang2 di sudut pemikiran ana.
Terus kembali sahaja ke destinasi - UIA, ana mula memikirkan istilah pondok yang dimaksudkan oleh Ustaz itu. Lalu istilah itu banyak cabangnya. Mg2 ALLAH akan makbulkan impian ana yang satu ni - NURSERY
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Jujurnya, ayat inilah yang banyak aku pegang semenjak dari zaman sekolah dulu. Itulah dikatakan 'novel' yang paling TERBAIK adalah ALQURAN!





















Ahad, 5 Oktober 2008

Halusinasi atau Realiti?

MEMORI DI IIUM


Sedari awal jam 7.45 pagi, aku telah meminta abah menghantarku ke perkarangan UIAM, atas niat insyaALLAH hari ini aku akan sempat:
- Study di Library
- ‘Itikaf di masjid
- Lunch sambil bermuzakarah dengan kakak2
- Ambil spek mata pada Kak Fas
- Liqa’ bersama sahabat ISIS
- AGENDA UTAMA : Bertemu k.hajar~

Terasa suasana syahdu bilamana ramai yang menunaikan dhuha di Masjid, ku melihat setiap gerak geri muslimat yang ku kira walaupun mempunyai banyak kuliah pada hari tersebut. Alangkah indahnya kalau yang ku hirup udara pada pagi itu adalah udara Makkah.. Halusnya senibina yang digunakan dalam masjid itu. Masih aku terkenang akan udara Madinah dan Makkah yang melalui ruang rusukku dahulu.

“Maka ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Ku hentikan ni’at untuk belajar di library, kerana ku yakin, masjid ini lebih sesuai dan penuh barakahnya.

Tafakkur aku seketika, memikirkan bagaimana detik pertemuan bersama ukhti Hajar nanti ya. Text!
“Assalamua’laikum k.Hajar, bile kite leh jumpa ek?”
…..
“Waa’laikumussalam. Dik, k.hajar habis kelas awal hari ini, igtkan nak balik rumah dik. X jadilah jumpa dik ye”
…..
“Ala K.hajar!, adik kat UIA dah ni, tapi nak tunggu ‘Atikah ngan K.Elani dulu, kita jumpalah ek, kejap pun jadik~!”
….
“Owh… k”
….

Mengambil masa sehingga tengahari, sempatku khatamkan satu subject walaupun tak sempat untuk ku hadamkannya, bukan ape, fikiran ini melayang kepada agenda utama hari ini.

Ambillah peluang bilamana kau berada bersama mereka yang lebih matang darimu. Ku ambil kesempatan makan tengahari bersama akhowat sambil bermuzakarah tentang beberapa isu. Tahulah aku kondisi mahasiswa. Akan hangatnya isu pakaian untuk graduation. Akan bahangnya isu Pilihanraya Kampus. Dan juga beberapa perkara induk UIA. Syukur segenap hati bilamana ALLAH pilih aku untuk berada di UIA ini, kerana susur galurnya mudah difahami walaupun kadangkala sukar difahami.
Demonstrasi di sini mudah untuk di atur. Ramai yang tersalah anggap bahawa demonstrasi itu boleh diambil tindakan, sedangkan tidak. Itulah suara mahasiswa. Bukan sahaja perlu masuk telinga kanan, tapi perlu ‘dibengkelkan’.
Sempat juga ku ejaskan supaya k.hajar dapat join pertemuan itu sekali. Namun baru ku sedar, mahallah Asiah jauh daripada tempat ini. Café ni berhampiran dengan Econss department, atau mungkin mmg di Econss department. Yang ku dapat imbau, daripada Masjid, perlu lalu Library, di situ..ada jambatan yang perlu dilalui.

Setelah selesai makan, ‘Atikah dan K.elani pun sampai. Jelaslah masih perlu untuk ku tunggu. Seketika pula, ku alihkan perbincangan bersama K.Fas, banyak ilmu yang diperturunkan gadis kecil molek ini.

Forward to the moment we met..

K.Fas yang perjelaskan direction yang nak ke bus stop, tempat K.Hajar sedang menunggu kami. Kami bertiga redah sahaja lubuk perjalanan tempoh hari sambil mengingati akan penjelasan kak Fas. Bila hampir dengan klinik

“Adik kat mana ni?” – K.Fas
“Alhamdulillah dah dekat dah ni K.Fas, terima kasih ye!”
“Dik, tolong dik, akak kat masjid ni, ada sister ni sesak nafas, tlg bagitahu pihak klinik untuk datang sini dik. Adik cpt sikit ye” – K.Fas

Ketika itu, dua debaran ku rasai, debaran yang K.Fas rasai, dan debaran aku untuk bertemu srikandi yang ku nanti2.

“Cik, ada sis sesak nafas dkt masjid, dh biru dah muka dia, tlg hantar ambulans cik”
“Nama sis tu siape?,nanti kita hantar ambulans dik, sekarang ni driver keluar sekejap”

Ku hulurkan handphoneku pada nurse itu supaya dia dapat berkomunikasi dengan K.Fas yang lebih ‘arif dengan situasi. Kelihatan nurse tersebut sedang mengajar cara-cara yang patut mereka lakukan sementara menunggu ambulans sampai ke lokasi.

“Adik..lambat lagi ke?k.hajar penat la dik…” – K.hajar

“JOM~!” - ajakan sahabat2 untuk bertemu k.hajar
“Jum!”

***
Seketika di stesen bas, tangan2 kian bersulam, syahdu suasana ketika senyuman saling bertukar walaupun terpalit kepenatan diwajahnya..ku hulurkan 2 bungkus gula2 berangin yang k.hajar kirim untukku belikan seketika tadi. Ku hulurkan bungkusan biskut yang ku bawa dari rumah. Kelihatan K.Elani pun turut mengeluarkan sesuatu buat K.hajar. Seketika kami berbual, dalam 5 baris ayat..Kalau ana 3, k.hajar 2.

“Adik, ambulans tak sampai lagi ni, lambat lagi ke?” – Masih riuh lagi suasana di masjid tadi

“Kenapa kalut sangat ni”- K.Hajar

Aku minta untuk undur diri sebentar, bagiku urusan untuk membantu sahabat di masjid adalah lebih penting.

Seketika ku pulang dari klinik.. K.Hajar telahpun menaiki bas awam. Menuju ke rumahnya. Sayu. Yang ku sempat lihat hanyalah tubuh sebuah bas yang sedang melambai lembut..

Biarpun pertemuan yang jam minit tak sempat bergerak 10 kali, aku tetap bersyukur. Sujud syukur, itulah rutin harian kami. Kalau ‘atikah dan k.elani sempat berjumpa 8 minit, aku mungkin 5 minit shj. Bukankah itu masih ni’mat?

*** Posting ini sekadar suatu kenangan yang dipinta terpalit kemas di memori.

NAFAS SYUHADA’


Ku sangkakan air mata ini tahu untuk berhenti,
Namun ada ketikanya sahaja…

Aku terlalu merindui belaian seorang srikandi,
Dulu,
Ku impikan ukhuwah antara kami jauh lebih mendalam..
Apatah lagi sekarang, yang ku doakan mg syurga tempat pertemuan kami..

Kalau hari ini muslimin masih mampu terasa syahdu,
Tapi hari ini muslimat masih mampu teresak..

ALLAH..
Aku telahpun redha akan pemergian dia..
Cuma ku harap Kau tambahkan akan redhaku ini..
Biar ku sedar,
Agar perjuangan bersama si dia di alam reality ini telah tiada..

Sahabat yang dicintai kerana ALLAH,
Di bumi yang merekah ini,
Tidak akan putus2 ku kirimkan kuntuman doa dan tangkaian ummul furqan buatmu..
Halusinasinya, perjuangan ini masih memerlukanmu..
Namun hakikatnya, ALLAH terlalu menyayangimu…

Aku sendiri melihat…
Bagaimana kau diuji dengan penyakitmu..
Aku sendiri..
Sempat berkongsi akan bagaimana kesabaranmu atas ujianmu…
Aku sendiri…
Sempat menjadi orang yang dirimu sayangi..

“Maka ni’mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Wahai diri,
Perlu ada rasa syukur dalam dirimu itu..

Wahai insan,
Perjuangan ini masih beribu batu jauhnya,
Perlu diteruskan oleh mata-mata rantai perjuangannya,
Andai permata telah tinggalkan kita,
Tak bermakna kilauannya akan terus terpadam,
Kerana kitalah yang akan terus menggilapnya sehingga kita mampu berkilau sendiri..

Wahai ukhti serikandi ILAHI,
Masih terkenang akan semua situasi yang kita berkongsi..
Namun, yang lepas, biar ku palitkan ia sebagai memori..

Rabbul Izzati…tempatkanlah Ukhti Siti Hajar Bt Izham bersama para syuhada~…

Rabu, 1 Oktober 2008

Baitul Muslim di Eid Mubarak~

~ Wan Nor Khadeejah Binti Ahmad Rafaei~
~ Nor Ihsan Bt Awang Ali & Ahmad Rafaei Bin A Rashid~

Khamis, 18 September 2008

Hazaf-terhazaf-menghazaf

Assalamua'laikum warahmatullah
Analisis ni ana ambil daripada www.pemikir21.blogspot.com
Berjalan dan persinggahan yang cukup lama di blog Pemikir 21.

Seperti yang telah diwar-warkan, kes hazaf-terhazaf-menghazaf satu2nya badan yang cukup disayangi warga ISLAM di Kisas, BADAR. Entah masih belum celik ataupun perlu dicelikkan semula mata-mata yang masih belum nampak akan rosaknya generasi zaman sekarang. Warga dewan yang di rahmati ALLAH sekalian, institusi pendidikan merupakan antara tarbiyyah utama yang perlu dipermantapkan kerana bermula dari sini tarbiyyah untuk hati2 yang sedang membentuk.

Minta sahabat2 hayati analisis yang ana ambil dari blog pemikir21 yang dibawah ni.

(1) Muktamar Sanawi BADAR kali ke-27 berjalan dengan lancar sehingga tamat.
(2) Tidak ada pengumuman pengisytiharan Exco untuk penggal seterusnya.
(3) Muktamar kali ini merupakan muktamar BADAR buat kali yang terakhir.

Perkara (2) dan (3) boleh difahami dengan penjelasan berikut;
(a) Penukaran organisasi tanzim BADAR yang sedia ada (dengan kepimpinanpelajar berdasarkan majlis syura) dengan sistem pemilihan kepimpinan pelajar secara demokrasi ala parlimen.

Alasan pihak sekolah (secara spesifiknya Tn. Pengetua) ialah:
(i) Perlaksanaan sistem baru ini memperkemas lagi struktur organisasibarisan kepimpinan kerana BADAR yang bakal di re-branding kan itudiletakkan terus di bawah pentadbiran sekolah (HEM).
Kelebihannya:
- Tiada lagi pertindihan aktiviti BADAR dengan aktiviti pihak sekolah.
- Kelebihan dan kepakaran guru-guru selain ustaz/ustazah dapat dimanfaatkan apabila diserapkan menjadi guru penasihat BADAR.
- Mengelakkan perpecahan dikalangan pelajar apabila selepas ini tidak timbul lagi isu budak KP vs budak BADAR
- Mengangkat imej dan reputasi KISAS sebagai antara sekolah kluster Malaysia

Beberapa keraguan dan persoalan:
(1) Apakah metod sebenar pemilihan pelajar dalam ‘kabinet’ baru kelak.
(2) Adakah kabinet baru itu merupakan penjenamaan semula BADAR (dengan menteri-menteri dalam kabinet memegang portfolio yang sama, seperti yang terdapat dalam tanzim BADAR. Contohnya: Exco Tamrin digantikan dengan Menteri Aktiviti & Kegiatan Luar ) ATAU BADAR memang telah dimansuhkan/dihazafkan secara total apabila kabinet baru berkuatkuasa dengan portfolio menteri ditentukan pihak sekolah dan skop BADAR itu sendiri dikecilkan dengan diwujudkan satu menteri untuk unit kerohanian.
(3) Apakah perbezaan bidang kuasa antara KP dan kabinet yang bakal dibentuk.
(4) Mengapakah pihak sekolah (khususnya Tn. Pengetua) melakukan ‘reformasi BADAR’ ini secara tergesa-gesa? Apakah sistem yang sedia ada (syura) telah dibuktikan gagal dalam mengangkat kepimpinan pelajar dalam usaha untuk memikul amanah amar maaruf nahi mungkar di sekolah?

Dikatakan pengetua memaklumkan Presiden BADAR berkenaan perubahan yang berlaku ini pada Jumaat yang lalu (2 hari sebelum berlangsungnya muktamar).
Dan semasa sesi soal jawab tadi, pengetua juga nampaknya tidak memberi jawapan yang konstruktif apabila diajukan persoalan berkaitan idea beliau mengenai pembentukan Kabinet yang baru.

Jawapan untuk (i) tadi:

- Aktiviti BADAR selama ini memang mengikut takwim sekolah, dengan takwim BADAR disediakan secepat mungkin supaya tidak berlaku pertindihan program antara program BADAR dan program sekolah.
- Perkara itu boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Bukan hal itu sahaja tetapi segala kekurangan lain boleh di ‘adjust’ kan. Tidak perlu kepada penghazafan BADAR.
- Tidak timbul masalah yang demikian kerana ramai juga Exco BADAR memegang jawatan sebagai KP dalam masa yang sama.
- Perlu diingat kelebihan KISAS berbanding SBP yang lain selama ini adalah kerana aspek pentarbiyahannya yang begitu unik. BADAR KISAS juga selama ini menjadi rujukan kepada SBP/SMKA yang lain. Apakah dengan mengekalkan BADAR, imej KISAS akan tercalit hina dan kredibilitinya selama ini akan tercalar?Mungkin sebahagian dari kita berpendapat seperti yang berikut:
Tidak perlu bising-bising dengan pembaharuan ini kerana apa je yang boleh pelajar lakukan di dalam sekolah untuk menyekat pembaharuan yang berlaku?
Lagipun lebih baik kita menumpukan gerak kerja dakwah di luar sekolah umpamanya di kampus-kampus yang seperti yang sedia maklum masalah yang berlaku adalah lebih serius berbanding di sekolah.
Selain itu, budaya tarbiyah di KISAS memang makin lama makin terhapus. Hal ini disebabkan banyak guru veteran telah meninggalkan sekolah dan digantikan dengan guru baru, yang memang tradisinya tidak mengetahui selok belok budaya di KISAS dengan baik.

Respon:
Ya. Memang kuasa pelajar di sekolah terhad. Kita juga tidak menafikan gerak kerja dakwah di kampus-kampus dan turun ke lapangan bertemu masyarakat adalah sangat penting dan perlu diberi tumpuan sepenuhnya. Tiada kompromi untuk itu. Namun, bila lagi kita mahu mempersiapkan generasi seterusnya untuk perkara ini kalau bukan memulakannya di sekolah? Di sekolahlah medan utama untuk proses ‘pengkaderan’ atau penyediaan remaja-remaja/ jundi/ askar muda sebelum mereka berjuang di medan sebenar. Ya. Kita juga mengakui hakikat makin tersirnanya tarbiyah, makin kurangnya tsaqofah (kefahaman) , dan makin lunturnya akhlak pelajar-pelajar sekarang, bukan sahaja di KISAS tapi fenomena ini berlaku hampir di semua sekolah agama yang lain. Namun begitu, adakah kita membiarkan sahaja hal ini berlaku? Setidak-tidaknya apa yang ada dipelihara, dan itu lebih baik dari melihat ia terhapus terus dari bumi waqafan!

Dan sebagai nota tambahan:
(1) Tn. Pengetua KISAS sekarang baru memulakan perkhidmatan awal tahun ini, menggantikan Ustaz Mohamad B. Awang yang bersara.
(2) Secara tradisinya, Pengetua KISAS merupakan bekas pelajar Kolej Islam Malaya/ Kolej Islam Kelang. Namun tradisi itu nampaknya tidak dapat dikekalkan untuk tahun ini.
(3) Semasa persembahan multimedia, pelajar dipertontonkan dengan gambar-gambar kenangan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh BADAR. Antaranya ialah lawatan Exco-exco ke rumah Ustaz Mohamad (pengetua sebelum ini) di Kelantan (selain melawat Tok Guru dan lawatan sambil belajar di SMKA Falahiyah). Kalaulah kalian tahu betapa gemuruhnya tepukan ketika itu……warga KISAS merindukan ayahanda!Analisis yang agak lemah dari saya. Wallahua’lam.

Jumaat, 12 September 2008

Pen berdakwat putih..


Mahirah : Kak Hajar.... =]... akak suka lagu ape
K.Hajar : Mahirah,akakkan b4 tidur suka dengar lagu DETIK KEMATIAN
Mahirah : Saya pulak suke dengar lagu Menanti Di alam Barzakh~

Redup ramadhan 9, jam 2.15 ptg... jenazah beliau telah selamat dikuburkan di pengkuburan Shah Alam.. Suasana turut memahami akan kesedihan dan redha di hati, tiada hujan, tiada panas mentari, yang ada hanya redup menusuk ke dalam hati...

Sayu ramadhan 9, jam 7 pg - 10.30 pg... aku dan beberapa sahabat ku melangkahkan kaki ke rumah almarhumah Siti Hajar Bt Izham.. Tak siapa sangka.. dulu aku pernah datang ke rumah ni.. dan ketika dalam kereta...

K.Hajar : Mahirah, nanti akak nak bawak korang ramai-ramai datang rumah akak. Takyahlah makan-makan.huhu...
Mahirah: Boleh2.bile tu kak.. tak sabar!...
K.Hajar : Nantilah, akak tak tanye mak ayah akak lagi pun..tapi tak lehlah bawa semua, nanti tak muat =]...

Seakan hari ini, aku fahami akan dialog ini... 'Takyahlah makan-makan'...'taklah bawa semua'....
Surah yasin telah selesai ku sedekahkan... saat yang dinanti-nanti... ku kucup pipi naqibah kesayanganku ini.. sejuk...sejuk...sayu...wajah itu kutatap, tapi belum sempat puas.. aku istighfar dan selawat.. mg hati kan tetap terus terima apa yang ALLAH dah takdirkan...

Teringat kenangan sem lepas...duduk di bangku di mahallah kami..

Mahirah : Kak Hajar.. saya rindu dengan matrik lama saya..rindu dgn sahabat-sahabat kat sana..saya tak rasa mendalam dengan sahabt2 kat sini...
K.Hajar : Kau jangan gini.. kau tak rasa lagi.. kau pun baru lagi kan kat sini...
Mahirah : Saya rindu nak solat jemaah bersama2 tiap2 hari ...kak hajar..
Menitik juga air mata ni...
Jauh dalam sudut hati ni waktu tu.. k.hajar yang aku cari kerana nikmat ukhuwah di uia ni dapat aku rasa tiap kali bersama dengan k.hajar...
Lama juga kami berbicara dari hati ke hati...
K.hajar : K.hajar teringin nak bawak mahirah jumpa dgn ustaz akak.. (k.hajar selalu ceritakan tentang ustaznya pada aku)... Nanti next sem, kite pegi ramai2.. akak bawak kereta, kite pegi kedah ye =]...

Ramadhan 8,
Saat ni aku sedang menggosok baju di study room.. entah kenapa seperti mahu tinggalkan handphone atas katil.. Entah, entah..

Huda : Mahirah, jangan terkejut tau...
Mahirah : Huda, kenapa ni??..
Huda : K.hajar dah takde.
Mahirah : Huda. ape ni?... ..
Air mata ku tahan, namun gugur juga..

Bila ku masuk bilik.. ku tatap handphone ku.. panggilan telephone daripada sahabat2ku.. panggilan daripada rumah k.hajar.. Sekadar miscal, tidak berangkat.
Malam itu.. aku gagahkan diri.. kumpulkan semua sahabt2.. halaqah Yasin kami laksanakan.. sedikit doa dihadiahkan.. air mata beguguran...
"Sahabat... hargailah nilai ukhuwah.. andai kata ukhuwah di nilai ini tidak mantap, mengapa tidak kita yang mencarinya?.. Kitalah yang kene cari.. Hargailah wajah2 sahabat2 kita yang masih ada..."

Tempoh satu sem.. sudah terlalu cukup untuk membuatkan aku jatuh hati akan insan bernama Siti Hajar Bt Izham.. benar2 sayang...

Ya ALLAH, aku redha andai kata masa kami didunia ini telahpun ada noktahnya. Realiti..Kau lebih menyayangi akan dirinya.. Ingin terus ku pinta, tempatkanlah almarhumah bersama para salihin... Dan aku minta.. berilah aku peluang untuk menyambung ukhuwah kami disyurga sana.. Amin ya ALLAH...
Ya ALLAH, berilah kekuatan pada diri ini.. sahabat-sahabatku.. biarlah hati kami sentiasa redha akan taqdir yang telah Kau susun.. Biarlah pemergian k.hajar ni menjadi sumber kekuatan dan ilham kepada semangat kami. Ya ALLAH, fawathikillahummarobithotaha...........




DETIK KEMATIAN

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dah kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhéla lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?


S A H A B A T
Kite kene kuat, pasti itu yang k.hajar nak bukan?
Bukankah kita patut kagum akan kasihnya ALLAH pada serikandi ini?. Sayangnya ALLAH pada dia, diambil dia di bulan yang penuh rahmah ini, dijaganya dia supaya serikandi ini tidak terlalu lama merasai kesakitan penyakitnya, sungguh nampak redhanya ALLAH pada serikandi ini...

Masih teringat akan suatu hadis yang intipatinya... Sekiranya kita-kita ni, ada niat untuk mati syahid, maka taraf kita akan sampai tahap syuhada sekalipun kita mati di ranjang. Maka, harus ada, wajib ada dalam hati setiap orang mukmin bahawa mati syahid itu adalah targetnya

ALLAHUGHOYATUNA
ARRASUL QUDWATUNA
ALQURAN DUSTURUNA
ALJIHADU SABILILUNA
ALMAUTUFI SABILILLAH
ASMA' AMALINA