


| Bashir Ishak, Izwan & Sabri Tue | Apr 07, 09 | 11:22:40 am MYT | |||||||
|
Terkini|BUKIT SELAMBAU, 7 April (Hrkh) - Semua pusat mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun N.25 Bukit Selambau mula dibuka jam 8.00 pagi tadi.
12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar membuang undi. 11.35 pagi: Keadaan lalulintas di sekitar pekan Sungai Petani, terutamanya Sungai Lalang dan Bukit Selambau mengalami kesesakan yang teruk. 11.22 pagi: Mafrel melaporkan FRU dikejarkan di SM Aman Jaya berikutan suasana tegang antara penyokong KeADILan dan BN. Penyokong KeADILan tidak puas hati apabila BN cuba mengubah sebuah khemahnya agar diletakkan berdekatan dengan pusat pengundian. KeADILan hanya ada sebuah khemah di kawasan tersebut.
11.00 pagi: Harakahdaily dimaklumkan kira-kira 40 orang dipercayai pengundi hantu ditangkap dalam sebuah bas yang datang dari arah Perlis menuju ke Kuala Sin semalam. Mereka ditahan oleh petugas Pakatan Rakyat kira-kira jam 3 pagi.Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Gurun. 10.25 pagi: Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga pukul 10 pagi,sebanyak 20 peratus telah keluar mengundi. Beliau berharap bilangan yang keluar mengundi akan mencacah 50 peratus menjelang pukul 1 tengah hari. 9.30 pagi: Harakahdaily dihubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman yang bertugas di pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pakan Bukit Selambau melaporkan berlakunya kekliruan apbila SPR membenarkan dua laluan digunakan untuk memasuki pusat mengundi. Pertamanya laluan utama menuju ke sekolah tersebut dan laluan kedua merupakan sebuah lorong kecil yang terpaksa melalui khemas petugas BN. Menurut beliau setiap kali pengundi yang mahu masuk ke pusat mengundi, mereka ditarik untuk melalui laluan tersebut. Bantahan telah dikemukakan kepada SPR, namun SPR tetap membiarkannya. Bagaimanapun, petugas Pakatan Rakyat telah menghubungi wakil calon untuk membuat bantahan rasmi kepada SPR. 8.10 pagi: Calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada jam 8.10 pagi. Beliau membuang undi di saluran 6 kira-kira jam 8.25 pagi. Beliau yang ditemui wartawan sebelum masuk ke pusat mengundi menyatakan keyakinan akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding pilihan raya umum tahun lalu. "Saya rasa begitu bersemangat pagi ini walaupun sedikit keletihan kerana berkempen ke sana-kemari. Apapun saya yakin dengan sokongan semua, kemenangan berpihak kepada kita,"katanya. PRK ini diadakan berikutan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam. - mks._ | |||||||
| Intan Abdullah & Johari Jaafar Tue | Apr 07, 09 | 11:25:37 am MYT | |||||
|
Terkini|BUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) - Proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi. Keadaan cuaca di Bukit Gantang adalah baik.
1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk. Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini. 12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi. 11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal. 10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN. Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh. Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.
10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka. Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan. Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN. 10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof 9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang. 7.35 pagi: Calon Pas, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian. - mks._ | |||||

Ya ALLAH, dengan kekuasaan yang ada pada-Mu, pinjamkanlah kemenangan kepada ISLAM di Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau.
p/s: Terlalu lama sungguh diri ini tak mengisi ruang-ruang blog ini dengan 'analisis' politik. Permit harakah digantung, isu DAP bc ayat qur'an, ada ajer perangkap dan peluru yang mereka nak beri. Takpe, mahkamah akhirat kan ada^_^..



Semangat atau tidak, sehinggakan pada suatu ketika di rumah Muslimat K.Fishah melaung-laungkan "HANCUR2" (ala-ala laungan ketika himpunan 1000 Mahasiswa). Pastilah semangat!. Kerana pada waktu itu, K.Fishah cuma berada di dapur bersama satu mangkuk yang berisi daging untuk dihancurkan.

Apakah salah kalau kita ringankan tangan kita ini untuk kita mendoa'kan insan ini?...Hari ini aku terpanggil untuk mendoa'kan insan ini kerana aku terkenang akan usaha dakwahnya suatu ketika dahulu... Bermula daripada SMAP Kajang insan ini antara yang memulakan method da'wah melalui medan suara..
Baru hari ini, aku cuba mendalami isu insan ini..
Penjelasan Isu Dr Izu
Sesiapa sahaja pasti terkejut mendengarkan berita menyaksikan kisah yang terpapar di media mengenai sahabat kita, Khairul Idzwan Baharin. Kalau anda sedih, bayangkan apa pula perasaan sahabat-sahabat Saujana, ahli keluarga, malah guru-guru di SMAP Kajang. Bukan kepalang.
Kami dihujani komen dan panggilan bertanyakan reaksi dan respon. Wartawan, teman, peminat, keluarga. Tapi jawapan kami terbatas. Kami sendiri sudah hampir tiga tahun tidak bertemu Izu. Kalaupun berjumpa, hanya di talian atau SMS. Berita yang kami dapat pun melalui kawan-kawan yang tidak ketahuan kebenaran khabarnya. Jadi, mungkin Izu ada alasan tersendiri mengapa begitu jadinya. Kami mohon maaf sekiranya Izu telah melukakan hati kalian. Apapun, marilah kita sama-sama doakan semoga Allah sentiasa di sisi untuk membantu dan memberi hidayah. Janganlah menghitung, kerana Allah itu sebaik-baik penghitung. Janganlah mengeji, kerana Allah jualah yang membalas nanti. Kerana doa itu senjata mukmin, maka doa jualah penawarnya.
Saujana takkan berhenti... - www.saujana.net.my
Bahkan ramai umat Islam diluar sana memohon supaya kita semua mendoa'kan hamba ALLAH ini.. Ana mhn ma'af tak dapatkan link -kan buktinya kerana baru sebentar tadi komputer riba-ku terminate seketika.. Jujurlah keegoan-ku yang ada terlerai bila air mata ku mengalir terkenangkan umat akhir zaman yang dicintai Rasulullah.. "ummati..ummati..ummati....." Apakah sebenarnya hadiah kita buat Rasulullah sempena 12 Rabiul awal yang lepas?...
Justeru... buat pihak yang mampu untuk menyedarkan insan bernama Khairul Idzwan ini dari jarak dekat, manfaatkanlah peranan anda.. dan kita, atas dasar Umat Islam... doa'kanlah biarpun dari jarak jauh..
Inilah adalah nasyid yang pernah dialunkan oleh Saudara Khairul Idzwan...
Pada Mu Selamanya
Sejenak ..
ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya .. Ohh
Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku
Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali
Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi
Terasakan … terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cintaMilik-Mu Yang Esa
Selamanya…
Pada-Mu selamanya .. oh…
Apa yang lebih terkesan di sekeping hatiku ini, nasyid ini sendiri adalah antara usaha...
Komposer: Khairul Idzwan
Lirik: Khairul Idzwan
Penerbit: Mujahid Abdul Wahab
Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat... 49:10