.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Khamis, 15 April 2010

Jom Menghafaz =)



Satu hari menemani Abidatul Huda ke Carefour, Wangsa Maju. Saja je, nak teman sahabatku ni membeli hadiah untuk adiknya =). Singgah di kedai Saujana, tempat tadahan kitab yang pasti aku kunjungi tatkala menemani Mama Abah ke Carefour, tgk shj dh cukup, tak payah beli pun =)

Tiba-tiba mataku terpana pada Qur'an terjemahan edisi baru. Baru. ALLAH, hatiku cukup teruji, rasa meluap-luap nak beli. Bukan apa, dari dulu mengidam nak beli qur'an terjemahan yang ada tajwid. Merah, kuning, biru, HIJAU. Isyh.. Cam mana ni? Dekat rumah, qur'an ku dah ada satu, dalam kereta pun dah ada satu, di UIA pun dah ada satu. Nak letak dekat pejabat, pejabat tak ada. Aisey, tangguh dlu niat, mungkin ad kesempatan, qur'an kesayangan di rumah boleh di waqafkan. Kumpul duit dl-lah =)..

Teringat kata-kata sahabatku bila dia ad menyebut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai 3 qur'an; rumah, pejabat, dalam kereta. Cukuplah dulu aku ada 3 setakat ni.

Bukan tu point utamaku disini. Rasa amanat dihujung bahu untuk menghafaz al-qur'an hari demi hari. Jadi, sekadar nak berkongsi sedikit kaedah untuk menghafaz Qur'an:

Kalau kita tgk mashaf Qur'an rasm Uthmani, satu muka, ada 15 baris. Bahagikanlah kepada 3, dalam erti kata lain, menghafal 5 baris dalam satu masa. Jangan pindah pada ayat baru selagi belum menguasai ayat-ayat yang sedang dihafal.

Inilah petua yang diberikan oleh seorang graduan al-Azhar, ustaz Ashraff Ayub Al-Hafiz. Sedikit tambahan dari ku:

1. Selepas Subuh - 5 baris 2. Selepas Dhuha-Zohor - 5 baris 3. Selepas Maghrib-Isya'-5 baris

Seperti kita sedia ma'lum, qaedah Jibril.
5 kali baca dan lihat pada ayat dan 5 kali hafaz tanpa melihat pada ayat dan cuba hayati maksudnya.

Sebenarnya banyak lagi qaedah lain, tapi insyaALLAH bermula dari zero, cuba melangkah ke satu, kemudian qaedah lain pun ada keyakinan untuk di cuba. Wallahutaa'la 'Alam.

Khamis, 1 April 2010

Iman Is an Independent Variable



Ilmu Psikologi semakin tertonggak dalam kehidupan seharian-ku. Aku memilih untuk abadikan ilmu ini untuk di aplikasikan dari sudut Islamik perspektif. Hakikatnya, jarang sama sekali untuk menemui usul psikologi yang selari dengan Islam yang hakiki. Itu secara usul. Cuma yang cerdik dan luar biasa ‘aqalnya mampu untuk meneroka ilmu ini sebagai mungkin. Moga-moga wajah-wajah mukminin dan mukminat mampu adaptasi ilmu ini dengan penuh manfaat.

Sedikit perkongsian tentang konsep threshold yang telah aku pelajari. Konsep ini menyatakan bahawa ada ketikanya otak kita tidak akan memproses signal-signal yang lemah. Contohnya, dalam kelas waktu pembelajaran, kita mungkin tidak sedar bahawa alat penghawa dingin sedang berbunyi “kriok kriak”.

Islam sebenarnya dah lama tahu tentang konsep ini.

Apa islam kata? Akan ad ketika kita kusyuk dalam berbuat ‘ibadah, maka kita akan mengalihkan tumpuan kita daripada keadaan sekeliling, contohnya ketika kusyuk dalam menunaikan solat.

Seterusnya “All or none law” yang mana mengatakan bahawa nervous system boleh respon dengan kadar yang cepat pada satu ketika.

Apa Islam lihat tentang konsep ini? Dalam pada lena tidur atas tilam yang empuk jenama IKEA, azan subuh berbunyi, iman yang tinggi akan terus bangkit biarpun katil kata mari, bangun kata jangan lagi.

Hebat sangat ke ilmu psikologi?

Ya.

Semakin aku belajar, semakin aku kenal apa istimewanya Islam, biiznillah. Syukur pada ALLAH, Alhamdulillah.

More than thousands that i would love to share but let start with IMAN first =)

Yet, iman is an independent variable. Based from the issues and debates about human nature, i may proceed with two examples that i have learnt throughout this semester.

1. Nature vs Nurture

- Some psychologists do believe that nature is a major factor that leads our behaviour. Well, in terms of nature; biological, instinctual unconscious and spiritual factors are those among it.

- Like in Islam, nature does believe that all things are created in biological pairs and lineage is important for the next generation. Cari-cari, carilah, pasangan hidup betul-betul oh kawan =)

How Islam does contribute in this issue?

- Islam said that iman factor is most important, as if iman is an independent variable.

- Contohnya; Kisah Nabi Nuh. Menurut hukum nature, anak-anak nabi nuh sepatutnya baik. Tapi menurut Islam “ Iman tak dapat diwarisi”. Hakikatnya iman lah lebih utama

How about nurture?

- Environment or biah is more important that may mould our behaviour.

- Its against nature issue

- Islamically, every human have potential to be good. As an example, perhaps our family is not a good example but we may have akhlaq karimah by choosing good friends. Menurut Islam juga, if kita berkawan dengan penjual minyak wangi, insyaALLAH bau wanginya juga akan tersebar pada kita.. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kawan.

How Iman plays its role in this issue?

- Again, iman is an independent variable, no matter how the environment. Contoh yang paling dekat adalah kisah Asiah permaisuri Fir’aun. Kelilingi oleh kejahatan dan kezaliman tapi hakikat kehidupan peribadinya, dia benar-benar mencintai Rabbul Izzati

Hakikat, hakikat, hakikat. Usul psikologi tidak standing dengan Usul Ad-din =)

Selasa, 2 Mac 2010

Koboi pula yang bersalah?

Assalamua'laikum,
Hangat di pasaran board UIAM, isu nikah koboi di highlight sana sini. Baca tajuk, NIKAH KOBOI, sekali dengar, lucu pun ada, 2 kali dengar, fikiran pun jadi bercelaru, cuba teka apa intipati tajuk ni. Berfikir sendiri. Bila di baca intipati, rupanya memang aku gagal mentafsir tajuk tadi.
Hina dan dina, apa juga yang telah berlaku kepada sebuah "IPTA dipinggir ibu kota", em, pinggir ibu kota? Fikir2, kat mana? Entah. Entah. Tahu bwat2 tak tahu.
Ye ke 7 pasangan? atau sebenarnya mungkin lebih?
Nak tahu lanjut?
Wallahutaa'la 'alam..
~"Ya Ilahi, Anta Maqsudi Wa ridhoka Matlubi"~

Sabtu, 30 Januari 2010

Mas Afzal, selamat kembali...

~Assalamua'laikum warahmatullah~

Aku memulakan kalam-ku ini dengan bicara diantara kalam-kalam Pemilik nyawaku..

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

"Ya Tuhan kami,

limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan muslim yakni berserah diri kepadaMu" al-A'raf 7: 126

Setelah Faiq selesai membaca surah an-Nuur, dia tetap berdiri dan meneruskan dengan membaca surah al-Furqan. Ayat demi ayat ia baca. Sesekali terdengar isak tangisnya. Niyala yang berjamaah di belakangnya ikut menangis. Sampailah ia pada ayat 65 dan 66

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan

إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk


Ia mengulang-ulang ayat itu dan menangis tersedu-sedu. Niyala juga terisak-isak. Ayat itu sungguh menggetarkan hati. Faiq meneruskan bacaannya. Huruf demi huruf. Ia baca dengan tartil. Sehingga pada ayat 74


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Faiq membacanya dengan penuh penghayatan dan mengulangnya dengan penuh perasaan. Lagunya terkadang seperti merayu pada Tuhan. Ayat itu begitu dasyat mengambil seluruh perasaanya.. Lalu ia sujud dengan air mata berderai.. ( El-Shirazy, H: 2005)

Itu adalah cebisan dari novel Pudarnya Pesona Cleopatra bingkisan Habiburrahman El-Shirazy.



"When people asked me
how am I taking the news,
I'd be a complete liar to claim that I am unperturbed. Natural it is for a mere mortal, blessed with heart and emotions to feel sad with such a difficult predicament.
What I currently feel inside can probably be best described by what was said by our Beloved Prophet on the day he mourned for the loss of his son, Ibrahim;


The Eyes Tear,
The Heart is in Pain,
But (with my tongue) I will only say that which is pleasing to Allah.

O Allah, to you I leave all matters."

Insan ini mungkin tidak akan pernah tahu, bahawa didalam pola kehidupannya ada individu yang menjadikan klimaks laman sesawangnya tentang dia. Pengunjung pasti tidak terasa air mata yang mengalir, pekung dada yang sebak, tangisan dan esakan yang mula gugur pada detik menadah wacana di blognya


Aku menjadi kuat saat cekalnya Mas Afzal. Saat usia dan usaha dakwahnya adalah seiringan. Bukan bererti jalan dakwahku adalah berniatkan kepada individu, sekadar bererti Mas Afzal menjadi antara sumber inspirasiku. Kalau dipasak nama tokoh dalam penghidupanku, Mas Afzal akan berada dalam ranking utama. Akan ketababahannya, aku kagumi. Akan erti tawakalnya, aku segani...

Ketika Imam al-Ghazali ditanya oleh anak muridnya ttg erti tawakal.Maka madahnya, tawakal itu bahawa engkau memantapkan i'tiqadmu dengan janji-janji ALLAH iaitu engkau mengi'tiqadkan bahawasanya segala ap yang tlh ditaqdirkan bagimu itu pasti akan sampai kepadamu, tidak blh tidak walaupun sluruh makhluk yg ad di alam ini berusaha menghalangnya drpdmu dan sebalikny ap2 yang tlh ditaqdirkan bhw ia bkn untuk engkau sudah pasti ia tdk akn smpai kepada engkau walaupun sekalian makhluk berusaha untuk menyampaikannya kpd engkau.. (Ayyuhal Walad)
Biiznillah, kepulangan Mas Afzal akan disambut indah oleh keluarganya. Entah apa pula entry yang akan dimuatkan dalam blognya lepas ni. Pasti akan sampai juga pada tatapanku, dengan izinNya..

ALLAH, akan kepulangan insan ini, ku panjatkan doa' kepada Mu... detik-detik doa dhuhaku ku mohon dikabulkan... Berikanlah apa jua yang terbaik untuk penghidupan Mas Afzal, untuk agamanya dan dalam setiap akhir perkaranya..

Titipanku disini tak lain tak bukan adalah untuk motivasi diriku sendiri jua. Dalam kelesuan aku ingin cari sumber kekuatan. Dalam keletihan, aku ingin cari kata-kata yang mampu 'mendakap-ku' . Dalam tasbih,tahmid, istighfar ada tawakal.. Dalam sujudku, aku ingin kukuhkan keyakinanku..



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ILAHI....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Apa guna blog?

~Assalamua'laikum warahmatullah~

Sementalah menadah kertas research Psychology, jadi terfikir untuk mengupdate blog. Saat ramai insan menjadikan fitnah sebagai sumber makanan utama medan blog, aku jadi terfikir pada hadith Rasulullah s.a.w:

Laa yadhulul jannata qattaatun!

(Muttafaqun 'alaih)

"Tidak akan masuk syurga orang yang suka memfitnah".

Bila disebut muttafaqun 'alaih, maka tidak boleh diragui kesahihan hadith ini. Ertinya ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Jelas sahihnya disitu, biiznillah.

Imam Shan'ani menjelaskan, kata "qattat" itu dengan huruf qaf, huruf ta' dan sesudah alif huruf ta' lagi, yang bererti pemfitnah.

Ada ulama berkata, ada perbezaan antara "qattaat" dan "nammaam". Dimana, nammaam ialah orang yang mencari berita untuk menyampaikannya kepada orang lain ( untuk menebar fitnah ). Sedangkan qattaat adalah orang yang hanya mendengar berita sedang ia tidak mengetahui pasti kebenaran berita itu, kemudian ia menceritakan apa yang ia dengar itu (kpd orang lain untuk memfitnah).

Hakikat fitnah itu adalah fasa perbicaraan seseorang kepada orang lain atas tujuan yang tidak baik. Janganlah ad diantara kita ini yang menempah title qattaat mahupun nammaam.

Al Hafidzh al Mundziri mengatakan Ummat Islam sudah sepakat bahawa fitnah itu diharamkan dan fitnah itu termasuk dalam dosa besar..

Cuma, mengambil kata-kata Ust Faisal dikelas pengajian Hadith-ku. Lebih kurang begini intipatinya, kita tidak boleh beriman pada bait-bait hadith itu semata-mata. Contohnya dalam hadith yang aku kongsikan sebelum ini. Seandainya pemfitnah itu telah bertaubat memohon keampunan dari ALLAH dan dari mereka yang difitnah, maka mudah-mudahan ALLAH terima taubatnya dan mungkin juga syurga buatnya, wallahua'lam..

Masih teringat situasi dalam Bengkel Penulisan bersama Ust. Mior Isfandy:

Aku : Ustaz, realiti zaman sekarang, ramai yang terjebak dengan kes mahkamah berikutan dengan penulisan blog yang bermula dengan analisa politik. Serba sedikit perkara ini melemahkan semangat ana untuk mengupdate blog dalam bentuk penganalisaan. Minta komen ustaz.

Ust : ...... Dan inilah sebenarnya perkara yang paling sy tidak gemar, menjadikan blog sebagai medan fitnah. Elakkan penulisan yg berbaur fitnah (dan seangkatan dengannya).


Aku kira Prevention is better than cure. Turut aku teringat pabila Ust. Dzulkhairi turut menjadikan dalam catatannya bahawa dia tidak berniat untuk menjadikan blog-nya sebagai medan analisa politik. Terus, kita tahu sebenarnya bagaimana keligatan minda anak muda itu.


Konklusiku secara positifnya, terpulang pd individu. Andai ad keupayaan untuk atur bicara, silakan. Andai yang ad hanya kerasukan "fikrah" membuak, maka bacalah penghulu istighfar, mudah-mudahan yang terbaik dari ALLAH untuk kita. Wallahutaa'la'alam.

MUHASABAH DIRI PEMBANGUN JIWA

Isnin, 11 Januari 2010

UGC: Jawaban Kucing Yang Demam

Assalamua'laikum warahmatullah~

Lucu juga bila terdetik untuk masukkan tajuk ni dalam blog. Mana tidaknya, di saat aktivitis kampus sedang berjijak pada tanah, aku mengutarakan isu yang mungkin remeh dipandang mata.

Remeh atau tidak, isunya sekadar ingin bersantai shj =)

Ini jawapannya,
"Telinga kucing akan sejuk yang amat"

Maha Hebat ciptaan ALLAH bila makhluk bergelar kucing ini lebih tahu untuk bermanja dengan tuannya. Kadang kala tahu pula ia merajuk; tak mahu makan. Bila demam, tahu pula dia berselindung di sebalik tubuh tuannya. Entah kenapa, dalam kesibukan kampus, terasa ketenangan yang amat ketika duduk bersama Pe'ah (Nama kucingku). Kerana apa rupanya? Kerana berbudi pada makhluk ALLAH juga adalah 'ibadah~

Pesanan buat aktivis kampus,
Dalam kesibukan carilah ketenangan
{]=)

Sabtu, 19 Disember 2009

UGC : Tentang Kucing

Assalamua'laikum warahmatullah.

"Camne ni. Teringin nak tau kucing demam tu camna?"

Sape tahu ? =)

Rabu, 2 Disember 2009

BM : Di Jalan Dakwah Aku Menikah


Mabruk 'alaik buat Ust Dzul, aktivis Muda 'daerah' Gamis dan Ukhti Raihanah yang cukup aktif dalam pentas Nisa' =)

Bukan nak cita pasai ust Dzul ngn u.Raihanah kt sini..hehe...
Tapi nak habaq kt suma ttg satu buku yang mana ana ingin syorkan buat kawan2 semua, baik yang belum, akan dan tlh menikah..


Bagaimana persepsi masyarakat dan sahabat2ku bila melihat buku ini ku baca dan riba ke hulu dan ke hilir?

Argh... pasti mereka merasakan aku smkn siap sedia untuk menerima pentaklifan/pentanggungjawaban sebagai seorang zaujah.. Ni yang malu ni - antara gemersik hati ku.

Siap atau belum itu hanyalah perencah kedua.
Menu utama-ku, ku pilih untuk menadah kitab ini sbg persediaan ISLAH NAFSAK WAD'U GHAIRAK
Baik buat diriku mahupun mad'u-ku nanti

Secara am-nya, ketika ingin belajar dari ummahatul mukminin dan Rasulullah s.a.w, buku ini baik untuk diri pengantin.
Secara khususnya, satu titik pertemuan fikr telah ku temui dan pingin ku kupas dari buku ini.
Inilah yang ku harapkan agar anak muda liar akan tatap, baca, dan hadam sebagai tuntas penyelesaian nafsu buas mereka.

Anak muda,
atas jalan apa kamu memilih untuk berpacaran,
Sedangkan ISLAM menyediakan akad untuk membolehkan kamu bersatu hati secara sah.

Anak muda,
Entah kenapa kamu memilih untuk syariatkan matamu pada aurat pecinta dunia hingga istilah 'dari mata turun ke hati' kau agungkan.
Sedang,
Proses nazhar (melihat dengan saksama dan teliti) terhadap calonnya Islam membutuhkan.
hatta, Imam Syafie mengharuskan

Wahai anak muda,

Jahil atau ingin bagaimana kamu yang tentukan,
Kerana ALLAH berjanji dalam surah ar-ra'd ayat 28, mafhum: nasibmu itu di tanganmu
Jahil mungkin pabila kamu memilih untuk menjadi penzina bbanding pengantin.

Kerana apa?

Pertama,
Kerana kamu lebih rela menerima ketakutan dan keresahan pendosa pada dirimu berbanding rasa kebahgiaan dan ketenangan

Kedua,
Kamu lebih suka melihat air mata darah ibu bapamu berbanding senyuman mereka dalam berita tentang zuriat mu

Ketiga,
kamu memilih untuk membingitkan telingamu dengan kutukan jiran tetanggamu berbanding ucapan tahmid dan tahniah dari komuniti kampungmu

Terakhirnya
Cukup "hebat". Kamu memang "hebat". Bahkan sangat "hebat" dengan caramu
apabila Kamu memutuskan untuk menerima hidangan api neraka
Sedangkan ad syurga seluas langit dan bumi bahkan lebih dari itu menantimu di akhirat kelak.

Kamu yang pilih
Ingat, kamu yang pilih.

As-Syaikh Ali Tantawi pernah berkata:
Nafsu syahwat itu laksana bom yang siap menghancurkan, Bila Pemantiknya tidak kau sentuh, engkau aman dari kedahsyatan ledakannya. Maka berhati-hatilah untuk tidak menyentuh agar engkau tidak dilumatkan olehnya.




Sabtu, 21 November 2009

FUTUR atau FUTURISTIC ?


Bismillahirrahmanirrahim
TRIBULASI merupakan satu daripada prasyarat yang perlu dipenuhi dalam rangka mencapai tahap mujahidin yang siddiqin. Firman ALLAH s.w.t dalam Surah al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".

Realitinya, penyakit yang paling dkt dengan abna' harakah hari ni ialah gejala FUTUR yang berleluasa.
ESCAPISM, MUTASAQITUN berada pada cabang yang sama.

Kupasan mengenai FUTUR:GEJALA YANG SERING MENIMPA ABNA' HARAKAH sempat dikupaskan bersama adik beradik usrah-ku di PJ khamis yang lepas.
Hakikatnya gejala ini bukan khusus untuk diperbentangkan pada mereka yang berada dalam tempoh rawatan 'Kempen Zero FUTUR
'. Akan tetapi perkara ini perlu menjadi bahan diskusi abnaul harakah yang masih lagi giat aktif. Risau, perjuangan yang ada hanya atas dasar semangat semata-mata. Kefahaman perlu diiringi dengan semangat.

FUTUR

Etimologi : Letih @ Lemah sesudah kuat
Fatara : Sikap berdiam diri setelah sebelumnya bergiat.

Istilah: Penyakit hati atau penyakit rohani yang sekurang-kurangnya menimbulkan rasa malas, putus asa dan sikap sambil lewa dalam melaksanakan suatu amal atau pekerjaan yang sebelumnya pernah dilakukan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Lebih parah lagi apabila penyakit rohani ini menjadikan seseorang terputus sama sekali dari ker
ja amal tersebut.

Ayat Qur'an yang turut menyebut "La yufturun" - al-Anbiya:19-20


SIRAH RASULULLAH
S.A.W

Antara peristiwa-peristiwa yang berkait rapat tentang Futur:
1. Perang Tabuk - Ka'ab B Malik, Murarah Ibn ar-Rabi', Hilal B Umaiyah
2. Hatib Bin Abi Balta'ah
3. Masjid Dhirar


MUTASAQITUN

Buku Al Mutasaqithun 'ala Tariq ad-Da'wah, ada disebut oleh ust. Fathi Yakan Musaqithun terbahagi kepada 3 golongan:

1. Tinggal DA'WAH, Tidak Tinggal ISLAM.
2. Tinggal DA'WAH, Tinggal ISLAM.
3. Tinggal JAMAAH dan asaskan JAMAAH Baru@gabung dgn JAMAAH yang dh sedia ada yang lain.

Kami turut membincangkan perbedaan MUTASAQITUN dan FUTUR. Dari segi istilahnya ada perbezaan. Futur ni hanyalah lemah sahaja. Tetapi Mutasaqitun, benar2 menjadi golongan tercicir, yakni berada di antara 3 golongan yang telah dibahagikan oleh ust Fathi Yakan. Hakikatnya ianya datang dari cabang yang sama.

Sahabat-sahabat bloggers yang dikasihi LillahiTaa'la, ter
ima kasih kerana singgah di blog ni, izinkan diri ini berkongsi satu modul tarbiyyah yang ana kira ramai telah tahu.

Bahan-bahan: Sehelai kertas A4 dan gunting.

1. Pada suatu hari, seorang pemuda ISLAM sedang tidur. Dia bermimpi bertemu dengan seorang Paderi.

P: Dimanakah kiblat orang ISLAM?
PI : Kaabah

Modul Tarbiyah: Sehelai kertas A4 tadi, ambil bucu sebelah kanan dilipat membentuk segitiga separuh seperti rajah di bawah


2. PI: Kemana kiblat orang kristian?
P : Bertentang dengan kiblat orang Islam.
Modul tarbiyah: Kertas yang sama, lipatkan pula bucu sebelah kiri kpd segi tiga separuh lagi.




3. P: Berapa tuhan orang ISLAM?
PI: Satu

Modul tarbiyah : Lipatkan kertas tadi bucu kanan bertemu bucu kiri.



4. PI: Berapa tuhan orang kristian?
P: 3

Modul tarbiyah: Ambil Gunting, kerat 3 bahagian. Keratan yang paling panjang disimpan dan jangan di buka lagi.



5. P: Apa Nama TUHAN Kamu?
PI: ALLAH

Modul Tarbiyah:
Susun keratan membentuk nama ALLAH



6. P: Tahukah kamu ke mana akhirnya umat Kristian?
PI: NERAKA

Modul Tarbiyah:
Susun keratan membentuk HELL

7. P: Ada satu bangsa yang akan menghancurkan umat Islam. Tahukah kamu apakah dia?

Apabila pemuda Islam itu terjaga dari tidur lalu dia melihat bawah bantalnya ada keratan paling panjang yang disimpan tadi.
Cuba kawan-kawan buat modul ni dan tengok apakah keratan yang paling panjang itu tadi?...


Lebih kurang begini kesimpulanku pd adik-adik:
"So adik-adik, modul ini bukan sekadar satu modul, mungkin satu kebetulan, tapi hakikatnya dakyah ini yang sedang berkembang hebat didunia kita sekarang ni. Adakah dengan tersebarnya dakyah ini, kita masih mampu untuk mendalami jiwa futur kita? Jiwa mutasaqit kita?.. Kita boleh di-guide atau meng-guide, tapi hidayah itu datang dari ALLAH, paling pntg kena ada usaha dan doa' dari kita."


Isnin, 16 November 2009

WEHDAH '09

Salam wehdah.
Sebarang maklumat lanjut sahabat-sahabat boleh rujuk disini