.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Jumaat, 29 April 2011

Baitussakeenah: Tetamu adalah Istimewa

Atok dah lama tak panggil kawan2nya datang umah. Pada tarikh yang sama sebenarnya sy ad program yg perlu dihadiri, tetapi setelah membuat pertimbangan Fiqh Aulawiyat, Maslahah dan Mafsadah, maka sy memilih utk meraikan kedatangan tetamu abah. Sy paling rindu utk menerima tetamu dirumah ni :)

Sehari sebelum, sy dan mama sy bertungkus lumus gotong royong menggembleng tenaga utk meraikan tetamu. Macam nak panggil orang takbir datang rumah malam raya tau, cuma takda rendang dan ketupat je. Hihi.

Pada hari kejadian, pagi-pagi lagi kakak kejut. "Adik, adik, bangun, bangun, jom cuci lantai.." Almaklumlah, rumah kami ni banyak kucing mucing, bulu mulu terbang merata2

Tetamu yang paling awal tiba

Golongan ibu yang menemani para suami



" Hai, sy salah seorang kawan pakcik rashid"





Ok, duduk sume....Eh... duduklahhhhhh.. (hihi)

Terbaiklah~!
Ini pula kawan2 k.yah yg baru pulang dari program yg sy maksudkan tu :)


Moral of the story:

1. Atok sebenarnye adalah abah kandung sy :)
2. Tetamu adalah pembawa rahmat - gembeleng tenaga utk mengemas umah & masak
3. Menjaga hubungan dengan kawan2 parents kt sekalipun kedua ibu bapa kita telah tiada.
4. Apabila kamu telah bernikah, maka shbt2 suami juga menjadi shbt2 mu (vice versa)
5. Bagaimana lapisan masyarakat sekalipun, kalau berkawan biarlah bersungguh. Percaya tak, kawan2 yg abah sy jemput ni adalah kawan2 sekolah rendahnya - SK TUMPAT :)
6. Apabila membuat pertimbangan sesuatu perkara. pertimbangkanlah dengan sebaiknya - Baina Maslahah wa mafsadah, Fiqh Aulawiyat dan Fiqh Muwazanat.
7. Jemputlah datang rumah sy, anytime. nak bawa rombongan meminang pun boleh sebenarnye.heh. tapi text @ call dlu ya ;)

Rabu, 27 April 2011

SRC: Satu tanggungan utk dipersoaljawab kelak


Assalamua'laikum w.b.t

Bismillahi walhamdulillah

1. Tanggal 24 Mac 2011 - Selesai Baiah Session bersama dengan Rector. Baiah bukanlah suatu perkara yg remeh temeh wahai dunia.

2. Dalil aqli

Firman Allah s.w.t :
{إن الذين يبايعون الله يد الله فوق أيديهم، فمن نكث فإنما ينكث على نفسه، ومن أوفى بما عاهد عليه الله فسيؤتيه أجرا عظيما}

Maksudnya :
Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.Tangan allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri, dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya ganjaran pahala yang besar.
Al-fath 10

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg30prvMcULbxc8lgdphSrfPwK-Q3zXXWP0NU69Dlkxa0VS8VaSO0ro40EhBlXnZ0SydH8MgsT4xmfTgHmFAkEf5tviWpRONzIPVwS5an6oJzL4p64nWPNBPTkEijOtm7QMqeecPqDGYUk/s320/Bai'ah.jpg


3. Apa itu Baiah? Terlalu berat utk dituturkan dengan lidah yang basah. Apa yang pasti saya teringat pada baiah itu sendiri ada rukun-rukunnya. 10 kesemuanya:

F - Faham
I - Ikhlas
A - Amal
J - Jihad
T - Tadhiyyah (Pengorbanan)
T - Taat
T - Thabat (Tetap)
T - Tajarrud (Bebas daripada perkara-perkara yg bertentangan dgn Islam)
U - Ukhuwah
T - Thiqoh (Percaya)

Rukun-rukun ini sy berpeluang utk ketahui sekitar tamat alam persekolahan, melalui pembacaan. Pada hemat sy, jelas semakin lama semakin tegar memahami rukun baiah ini melalui pelaksanaan amanah yg ad ini.

4. Nilai integriti dapat saya soroti melalui sirah perjuangan Saidina Umar al-Khattab. Ketika berkecamuk Masyarakat Qibti dengan nilai khurafat. Saidina Umar hadir menulis Surat kepada Sungai Nil.

Lalu Sayidina Umar al-Khattab r.a menulis Surat "Buat Sungai Nil"
"Dari hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji buat Allah, selawat dan salam ke atas Rasullullah s.a.w, jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika kamu mengalir kerana Allah maka alirkan semula!"

Maha Suci Allah. Dengan karamah Sayidina Umar r.a, dengan izin Allah s.w.t, pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan syirik itu, Sungai Nil yang telah di campakkan surat dari Saidina Umar Al-Khatab r.a telah meningkat paras airnya dengan lebih banyak air dan lebih luas sungainya.

5. Saya tertarik pada kata-kata Syed Qutb. Hikam yang utuh bermakna.
http://i648.photobucket.com/albums/uu203/umm_rumaysa/islamic/syahadah.jpg
"Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. "

6. Sebulan berada di proksi SRC ini saya semakin mampu melihat siapa yang benar-benar mahu menang, ataupun mahu mengisi kemenangan. Dan siapa yg mahu mengisi kekalahan itu dengan penuh hikmah. Maka dengan penuh takzimnya, sy mengucapkan tahniah kepada para pengundi, kerana sy secara peribadi, sedar dan yaqin bahawa pilihan anda adalah tepat sekali, shbt2 sy yg berada di saff kepimpinan SRC ini merupakan susuk tubuh yg mengimplementasi tema "Walk the Talk". Dan tahniah jua buat adinda Sakinah Sulaiman, yg mengisi kekalahan itu dengan penuh hikmah. Maka adindalah yg memiliki kemenangan itu :)

7. Susuk tubuh bernama Mahirah Binti A Rashid ini hanyalah mahu mengisi ruang kosong sebagai Khalifatullah fil ardh. Mohon teguran atas kekurangan, mohon dokongan atas ketempangan.


Rujukan:

1- Fahmu Usulul Islam
(Dr. Ali Abd Halim Mahmud)

2- Fiqh Da’wah
(Mustaffa Masyhur)

3- Buku huraian Arkanul Baiah
(oleh : Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi)

Seimbas Kenangan

Assalamua'laikum w.b.t

Bismillahi walhamdulillah

http://www.abatasa.com/dirmember/00002/triz/album/61989/album-61989-l.jpg


1. Mohon ma'af atas penangguhan dalam arena penulisan. Sy kira cukup 'adil sebenarnya kerana penulisan saya perlu ditumpahkan pada arena yg sedikit berbeza, alam realiti - berkhidmat sebagai Secretary General Students' Representative Council 2010/2011

2. Apapun, Kupu-kupu Solehah (nama pena blogger) ini masih tetap insan yg sama :)

3. Idea adalah sesuatu yg diilhamkan oleh Allah s.w.t. Dan tiap kali ilham itu hadir, akan tetapi andaikata sy gagal mengekstrak ia dari minda agar diluahkan dalam bentuk penulisan, maka ap yang berlaku seakan binaan demi binaan yang terbentuk. Syukur alhamduliLLAH, kini berkesempatan utk menulis. Gembira :)

4. Manhaj penulisan - pendek kata dalam masa yg agak suntuk dan minat yg mendalam, maka manhaj penulisan sy akan berubah sedikit. Pakat2 manfaatkan deh ;)

Isnin, 21 Februari 2011

Kepimpinan atau Kepemimpinan yg dicari?


Cikgu bertanya kepada dia, "Kalau bunga, kamu mahu umpamakan diri kamu seperti ap?" ... Lama dia berfikir.. tiba-tiba, "Saya mahu umpama teratai!"... dia tahu mawar berduri ialah jawapan rutin seorang gadis, lantas dia mahukan sesuatu yg sebenar2nya adalah dia. Lalu dia menjawab teratai... Kenapa ya? (nantikan sambungannya ^_^)


Atas permintaan beberapa pihak, maka sy kongsikan siapa diri saya ketika di zaman persekolahan dan apa kejayaan yg mampu sy kecapi:

Sekolah Kebangsaan Taman Setia

* Tempat pertama, Kejohanan merentas desa (peringkat sekolah)
* Pingat Gangsa, Kejohanan merentas desa daerah gombak
*Wakil rumah sukan 400meter secara individu
* Wakil rumah sukan 4x100meter

* AJK Persatuan Bulan Sabit Merah
* Pengawas (1999 - 2001)
* Acap kali bertugas sebagai pengerusi majlis di majlis perhimpunan

* Johan pertandingan tulisan khat
* Naib johan pertandingan tilawah al-Quran
*Johan membuat buku skrap kajian tempatan
*Pertandingan pidato peringkat zon
*Pertandingan bahas zon gombak
*Johan pertandingan berbalas pantun peringkat zon
*Pemantun terbaik pertandingan berbalas pantun peringkat daerah

Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia

*Pengerusi Persatuan Puteri Islam Malaysia (2006)
*Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia (2005)
*Naib Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia (2004)
* AJK Puteri Islam Malaysia (2002)
*Setiausaha Kelab Pendidikan Agama Islam (2006)
*Setiausaha Kelab Taranum (2004)
*Setiausaha 2 Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
*mendapat kelulusan Puteri Sulong (tingkatan tertinggi dlm Puteri Islam)

*Pembimbing Rakan Sebaya selama 5 tahun dan banyak terlibat dengan program motivasi

*Johan kuiz teknik & vokasional (peringkat sekolah)
*Johan pertandingan kawad kaki badan beruniform (ops terlupa peringkat apa...hehe)
*Peserta pertandingan pidato

*Penerima Anugerah Budi Bahasa 2005
*Peserta Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam (mewakili Daerah)

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

* Naib Exco Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
* Naqibah (dikelolai Exco Kerohanian JPP)


Kemudian mendapat tawaran ke UIA, lantas sambung pengajian ke uia... alhamdulillah sempat 2 semester di nilai ^_^....




p/s: Bukanlah tertulisnya kejayaan2 di atas sebagai suatu kebanggaan, sekadar mengisi ruang2 yg ada untuk kalian mengenali siapa saya... Mudah-mudahan ad ruang dan peluang utk berkenalan dgn lebih baik dan sy mhn ma'af kalau2 dgn kehadiran posting kali ni, mengganggu teman2 sekalian..

Sabtu, 29 Januari 2011

Persembahan Satu Cinta


Suatu hari Allah pertemukan kita dengan dugaan, lalu mungkin pernah kita bertanya, "Oh Tuhan, mengapakah aku diuji begini? apakah dosa yg tlah aku lakukan?"... Tahukah wahai diri, jawapan yg terbaik tlah Allah persembahkan buat kita..

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Do men think that they will be left alone on saying "We believe" and that they will not be tested?

Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Tika diuji.. cuba latih diri utk berkata... "Allah, aku bukanlah siapa-siapa tanpa-Mu Ya ALLAH, lalu berilah Aku kekuatan dalam setiap langkahku mendekatiMu, biarpun ad ujian dan cubaan di hadapanku. Mudah-mudahan itulah jalan yg akan membawaku ke syurga, sebagai tanda bahawa Kau cintaku sebagai hambaMu dan sbg tanda aku mencintaiMu Pemilik diriku..."

Kalau seseorang mampu menzahirkan rasa cinta pd sang kekasihnya. Lalu, bagaimanakah persembahan cinta kita buat NYA?...

Pejam mata, dan fikir sedalamnya~

EDCOUSTIC-Aku Ingin Mencintai-MU

Tuhan betapa aku malu

atas semua yang Kau beri

padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa

Entah mungkin karna ku terlena

sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

agar aku kembali

dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba KAMU

betapa tak ada apa-apanya

aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU

setulusnya

sebenar-benar aku cinta

dalam doa

dalam ucapan

dalam setiap langkahku

aku ingin mendekati-Mu

selamanya

sehina apapun diriku

kuberharap

untuk bertemu dengan-MU

ya Rabbi.....

Jumaat, 21 Januari 2011

Wanita seperti inikah?...


Ketika Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1) Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu.”

3) Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah :
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Wahai diri dan teman, Boleh jadi gambar di atas bukan sekadar gambar hiasan... Punya ma'na debu-debu yg penuh dosa. Kejilah, pabila seorang wanita yg buruk akhlaqnya cuba memakai 'baju' seorang mukminah. Atau lebih tepat bermuka-muka.. Akan tetapi mulia-lah seorang yg cuba mengislahkan dirinya....

ALLAH, pelihara kami~...

Rabu, 19 Januari 2011

PUTUS. PAKSA. PASRAH

Bismillah walhamdulillah
Semester ini aku banyak berada di sekitar kata-kata PUTUS.
~ Memutuskan

~ Diputuskan
~ Terputus

~ Putus


Semester ini jg aku banyak berada di sekita kata-kata PAKSA.

~ Memaksa

~ Dipaksa

~ Terpaksa
~ Paksa

Semestar ini lebih tepat aku meng-empatikan diri aku dgn kalimah PASRAH.
Atau lebih sinonim dgn seorang muslim, REDHA


~ Meredhai
~ Diredhai

~ Redha

Syukur takde istilah ter-redha. Musykil apa definisinya nanti ^_^

Berikan kalian satu contoh?

Semenjak tingkatan 3, beg hijau jenama NIKE itu menemani aku. Ketika di menengah atas.

Sekolah, Latihan Kawad, Latihan Pantun, Program Pembimbing Rakan Sebaya, Program Puteri Islam, Camping, Latihan Badminton, Rehlah Persatuan Islam.


Ketika di Matr
ikulasi Negeri Sembilan. Dia menemani aku ke kelas tutorial. Dewan kuliah. Bilik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Perkhemahan Kelab Badminton.

Beralih seketika di Matriks UIA, Nilai. Di berada di medan kuliah sepenuhnya. Mungkin kurang kenal dengan persatuan yg ada, maka mode study menjadi keutamaan.


Semenjak berada di Kampus IIUM, Gombak. garden of knowledge & virtue. Beg nike ini bertemu teman baru. Jadi teman baru itu yg lebih banyak aku manfaatkan. Biarpun TERPAKSA..Bila difikirkan usia beg nike yg makin uzur, aku letak tepi rasa empati. Sayang bukan kepalang pada beg nike, biarpun PUTUS, aku jahit satu persatu pada 'lengannya' menggunakan jahitan jelujur halus..
Beg nike makin uzur, warna hijaunnya makin luntur, jahitannya makin tertetas. Sedih, namun aku PASRAH dan REDHA andai kata itulah pertemuan kami. Namun ketahuilah, kamu tetap di hati... Terima qaseh kerana banyak berjasa....

"Ya Allah, andai yg terbaik utk kami adalah berpisah, maka pisahknlah kami dlm keadaan yg tdk menyakitkn..."

Tiap ap yg berlaku dlm hidup, banyaklah bertadabbur dgn Qur'an, wahai diri...cuba rujuk ayat yg diatas tadi, buka terjemahan dan adaptasi dalam kehidupan harian......Koreksi ap hikmah yg akan hadir nanti....




Rabu, 1 Disember 2010

Cinta Antara Benua



Hamdallah. Selesai 2 buku novel di baca semasa fatrah exam. 3 hari diperuntukkan utk khatam Bumi Cinta. Hampir seminggu untuk sy fahami dan selami novel Melakar Cinta Firdausi. Mungkin disebabkan sedikit meleret. Sejujurnya terlalu lama sy tidak sempat 'menyentuh' bahan bacaan bernama novel. Tersangkut dgn kesibukan pada sem lepas, akhirnya saya membaca muqaddimah shj pada mulanya. Dan syukur pd Allah s.w.t diberi kesempatan utk disambung pada fatrah exam.

RUSIA Vs. PALESTIN

Kagum. Itu yg mampu sy utarakan pd mulanya membaca watak Ayyas. Apatah lagi udara Rusia seakan dekat dengan saya. Berani sungguh Kang Abik membawakan sy ke alam novelnya. Terasa benar2 dekat dengan Allah s.w.t pabila sy menadah novel ini. Kembali tersenyum dgn setiap plot yg sebenarnya agak rumit untuk sy rumuskn di dlm post kali ini. Sy yaqin sy tiada hak utk berbuat demikian. Anda pasti akan kagum bagaimana Kang Abik mencipta watak2 di dlm novelnya; Mas Abdullah Khairul Azzam, Muhammad Ayyas dan Fahri. Istimewanya mereka ini kerana hasil tadabbur ayat suci Al-Qur'an. Selebihnya anda blh layari ia di dlm novel BUMI CINTA~

Apa benar novel Melakar Cinta Firdausi ini istimewa pd mata sy? Sy cuba utarakan ia seumpama sy adalah pengkritik dikalangan pembaca. Setelah tamat membaca BUMI CINTA, sy terus mencari novel yg seterusnya. MELAKAR CINTA FIRDAUSI menjadi pilihan. Allah,Allah. Permulaan cerita yg sungguh keanak-anakkan. Sy mula membandingkan dgn penulisan Kang Abik. Membuatkan sy berhenti sebentar dan beri penumpuan pada bahan bacaan utk peperiksaan.

Selang beberapa hari, lalu sy berfikir sejenak,
apakah layak sy menghukum novel itu, sedang penulisnya baru memulakan penulisannya utk menjadi tatapan umum. Bahkan penulisnya ada 2 individu. Pasti ada terselit keistimewaan didalamnya.
Pada 2 insan bernama Aima Insyirah & Naufal Mustaqim psti ada semangat yg ingin dikongsi. Sy meneruskan pembacaan dan memberi peluang kepada penulisnya. Rupa-rupanya sy sbnrnye sdg memberi peluang kepada diri sy utk didakwah dan diislah oleh 2 individu ini. Lalu sy percaya, tidak adil kalau sy membandingkn novel ini dgn novel2 penulisan Kang Abik. Sy meneruskan lagi pembacaan. Watak-watak wanita Palestin itu sedikit sebanyak meingatkan sy pada Kisah Allahyarhamah Zainab Al-Ghazali. Lalu terdengar teriakan anak2 Palestin di hujung telingaku. Setitis air mata yg jatuh aku tahu tak pernah sama dengan setitis air mata darah yg benar2 pedih. Akhirnya sy mula tahu, keistimewaan novel ini kerana ianya memberikan sy satu cita-cita. Tahniah K.aimi (seniorku jua) & temannya K.aini~

PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Apa yg bakal sy kongsikan ini hanyalah pandangan individu bernama Mahirah Abd Rashid, bukan merujuk pd mana2 bhn bacaan yg sebenarnya lebih 'arif. Menyebut tentang novel, maka menjadi kebiasaan sy utk menapis novel mengikut:

Penerbit > Tajuk Novel > Penulis > Sinopsis
atau
Penulis > Tajuk Novel

Dan setelah itu barulah sy akan beli/pinjam/baca ^_^

"What you read is what you are~!"

Jumaat, 19 November 2010

Lembu ke-7

Bismillahirrahmanirrahim

Mata saya melirik pada 2 anak muda itu. Tapi kabur. Mestilah, spek mata tidak disarung. Apatah lagi tujuan lirikan mata tadi bukan kerana ingin melihat siapa mereka&bagaimana rupa mereka. Sekadar kagum dalam ramai2 yg beruban itu, mereka berdua masih hitam rambutnya. Lafaz tahmid sy ungkapkan.

Dgn lafaz tasmiyyah sy sarungkan spek mata yg ada.
Eiii... jgn slh fhm, kali ni bukan nak tgk 2 anak muda tu, tapi nk tgk 13 ekor lembu ^_^

KULIAH SUBUH


Sy tertarik pd kuliah subuh yg sy ikuti pd hujung minggu yg lalu. Ust Azhar Yaakob pernah b'kata, dibolehkan daging qurban utk diagihkan pd orang kafir tetapi dgn bbrp syarat (yg disebutny 2);

a) Kpd kafir zimmi shj - bkn kafir harbi
b) Dikategorikan sbg zakat

Lalu sy cuba tingkatkan pembacaan sy melalui laman2 sesawang. Dahulu pernah di ceritakan oleh abah dlm tazkirah setiap kali selepas solat ketika bedah buku "Kitab Fekah Mazhab Syafie", cuma sy t'lupa. Kpd para pbaca blog ni, blh cuba tingkatkn pembacaan kalian melalui sumber yg lbh sohih. ANTARANYA

LEMBU KE-7


Teristimewa utk Abe Eng, Abe Pih, Abe We, Abe Di, K.yah, K.isey, K.kin, K.Su & K.Sarah. Terutamany orang jauh NUN DISANA. Hehe.. Msti kowang sume rindu ngn mama & abah kan?..



Figure 1: Model Antarabangsa

Terima qaseh utk semua calling2 dpd Beeng, Bepih, Bedi & Bewe utk wish raya. Raya sblum ni pnh beeng tefon dan nyanyi lagi "Dihari raya, terkenang daku pada sidia.." Huhu.. Tahun ni pla abe we tefon dan tibe2 je nyanyi "Selamat Hari Raya, selamat hari raya" dgn menggunakan compose lagu Birthday. Teringat plak suara umar mengilai ketawa. Hehe...

Ni perutusan dpd Teratak Baitussakeenah. Masa hari kejadian,sebelum subuh, jam 5 lebih camtu mama ketuk pintu kejutkan anak2. Penat btul sehari suntuk sblum tu infaqkan diri utk jwtn pembantu mama. Alhamdulillah kakyah ada. Tambahan pula, malam tu memang adik tak boleh tido sbb minum air kopi hitam yg mama bwatkan utk orang dtg takbir. Mcm biasa, kalau ad makanan@minuman tk habis, adik la jadi tukang pelicin. Hehe. Pasni bewe balik cnfirm la abah umar a.k.a bewe ganti jwtn pelicin tu.

Pagi tu, teringat pesan korang sume, jgn lupa bwat amalan2 sunat - cthnya ni'at mandi sunat. Isyrak tiba; pakat bersidang di dewan makan (sejak bile ad dewan makan. Hehe).. Walaupun berempat - mama, abah, k.yah & adik, tapi alhamduliLLAH kemeriahan ttp ada. Tapi tak acilah korang lg meriah sbb ramai T_T. "Akan Ku Tuntut Di Medan Pengadilan" <--- ayat lazim zaman muda2. Hihi. Tahun ni solat sunat idul adha di Madrasah Al-Ittihad. Surau dpn rumah kt ni dah byk perubahan. AlhamduliLLAH makin btambah aktiviti & makin cantik berseri. Cuma tenaga muda tu masih kurang. Sambutan pakcik dan makcik ramai jg. Khutbah raya Pakcik Aziz yg baca kali ni, teringin pula nak dgr suara anak muda m'baca khutbah - beeng ke? bepih pun boleh. Takpun bedi. Nak tunggu bewe jglah ^_^

ALLAHUAKBAR-ALLAHUAKBAR-ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD

Lembu yg ada depan mata ad 13 ekor. Sampai2 shj sekor dh ditumbangkn. Ala sedih. Sbb tk bpeluang nk tgk detik2 darah mengalir pd lembu yg pertama. Adik & k.yah duduk port yg sama mcm tahun lepas. Alhamdulillah posisi yg baik.

Nama mama&abah dipanggil utk berada dikwsn penyembelihan. No 7 pilihan hati. Antara favourite number ni ^_^. Abah turut sama membantu merebahkan lembu itu. AlhamduliLLAH selesai. Abah bantu melapah dagingnya juga. K.yah, mama & adik pulang ke rumah setelah selesai 13 ekor lembu ditumbangkan dan abah masih setia b'sama teman2 seperjuangan di medan penyembelihan. Hehe... Bersama di sini kiriman gambar2:



Figure 2: "Aaa, rayer, sy nk masuk gambar same~!"


Figure 3: "Yey~! Dpt naik krusi!!.. Aaaa, gayat, nk turun3"


Figure 4: "Yeyey, duduk bawah krusi, cnfirm2 dpt masuk gmbar~!!"

Figure 5: Tempat penyembelihan


Figure 6 & 7: Abah membantu tumbangkan lembu.
Figure 8: Anak muda harapan bangsa setia menunggu lembu2 ditumbangkn. Pahni depa plak duk dlm ^_^


Figure 9: Sebelum abah bertukar menjadi PETUGAS. Sedang menuju kekawasan penyembelihan

Okay, dh tamatlah utk korang =)

KHUTBAH RAYA


Alhamdullillah, berpeluang mendengar khutbah raya pada pagi ni. Diselit kisah pengorbanan Nabi Ibrahim& Nabi Ismail. Pengorbanan ibundanya Siti Hajar. Lalu diselit peristiwa2 akhir zaman yg 'dilanggan' anak2 remaja. Penghayatan demi penghayatan sy teladani. Terasa syahdu pada bacaan doa' - kesejahteraan Malaysia, pemimpin2nya dan lebih2 lagi pada doa' agar diampunkan dosa2 diri.

Sy jg turut mengambil peluang utk membaca teks khutbah dpd JAKIM

Telah sy katakan sebentar tadi. Dan jauh disudut hati sy ad pharapan agar anak2 muda akn menjadi front liner dn dlm ms yg sama menjadikan golongan yg lebih matang (b'usia) sbg panel.

Pepatah Arab pernah menyebut:

"Bukanlah seorang pemuda itu mengatakn inilah bapaku, tetapi seorang pemuda itu akn mengatakan inilah aku"

Selasa, 16 November 2010

Ada Selumbar tapi Dimana?


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, dengan penuh rahmat Ilahi, akhirnya mampu sy utk update blog. Ma'af kerana mgkin 'terjebak' dgn semester yg penuh mengejar masa. Semester yg berlalu, terdapat byk detik yg membuatkan air mata kami tumpah sekalipun peristiwa itu suka dan duka. Asalkan menyentuh hati. Apapun, sebagai student of Psychology Department, perlu tahu mengawal Amygdala utk berhadapan dgn individu lain ^_^.
Ini antara memori yg pasti menjadi kenangan buat kami; Lawatan ke National Autism Society Of Malaysia (NASOM)

Pertemuan Dengan Guru Pra-Vokasional

Membuatkan aku begitu bsyukur krn punya Mama dan Abah yg begitu mengerti bahasa esak, tangis dan senyum. Teringat benar kt Cikgu disitu (Allah, lupa pla nama cikgu, cikgu Helmi rsnya, ma'af na).. bahawa, yg perlu mengerti dan kebergantungan adik2 yg menghidap autism adalah kedua ibu bapa mereka. Andai mereka menerima punya anak yg menghidap autism, maka dunia adik2 ini masih punya warna. Sama seperti yg ust Hasrizal pernah bagitau di blognya pada tajuk Menuturkan Lima Bahasa Kasih Sayang , ada 5 bahasa dalam mendidik anak2:

  1. Sentuhan fizikal
  2. Perkataan
  3. Masa berkualiti
  4. Hadiah
  5. Khidmat bakti
Bahagiakan anak2 dgn melihat, bahasa qaseh sayang yg mana satukah sesuai utk anak2 kita. Ibu bapa jg blh jg taqdim buku Tarbiyatul Awlad sbg rujukan utk didik anak2

Cikgu Helmi turut b'kongsi, kenapa satu kelas ada sekitar 6-8 orang shj?.. Kerana tiap adik2 yg mhidap autism ni, seorang adalah 3 orang. Bermakna, tiap seorang ada 3 watak. malahan, ketika kami bjumpa dgn adik2 ni, ada yg senyum dan tiba2 menangis dengan esakan yg tersedu2..


Figure 1.0 : Cikgu Helmi, Tenaga Pengajar di NASOM bahagian Pra-Vokasional

Figure 1.1: Ini antara hasil kerja tgn adik2 yg mghidap autism, dgn guideline tenaga pengajar


Menyempurnakan Laporan

Alhamdulillah, selesai shj lawatan bermula sesi menyempurnakan laporan daripada bahan2 kajian yg tlh kami temui. Lalu bertemulah aku jwpn2 yg turut menjadi tanda tanya. Siapa sangka, adik2 yg mhidap autism ini sebenarnya ditimpa dgn tiba2. Ia boleh tjadi sekalipun bkn disebabkan faktor genetik. Allah uji tanda Allah sayang. Punca utama kpd autism adalah disbbkan beberapa kerosakan pada otak (Kajian Prof. Fred Volkmar, Yale Child Study Centre, Yale University):

a) Prefontal Cerebral Cortex - fungsi asal: pemikiran sosial
b) Hypothalamus - fgsi asal: learning dan behaviour attachment
c) Amygdala - fgsi asal: emosi
d) fusiform Gyros - fungsi asal: mengenal wajah
e) Middle temporal gyrus - fungsi asal : mengenal ekspresi wajah
f) Pulvinar - fungsi asal: relevansi emosi


Namun tdpt juga faktor2 lain. Dan ibu bapa perlu sedar, sekiranya emosi anak2 mereka yg mhidap autism ini tidak diambil cakna, maka penyakit autism mereka akan
BERTAMBAH KRONIK


Adakalanya Kita Serupa

Mereka menerima ap yang kita bicarakan, mereka dengar dan teliti. Namun derita yg mereka alami adalah mereka tidak mampu memberi reaksi yg sepatutnya terhadap komunikasi itu.
Diantara mereka ada wajahnya biasa sahaja, seperti kita. Barangkali, kt tidak akan perasan derita yg mereka alami...


Sepanjang fatrah itu, jauh di hati sy, sy sering b'doa mg Allah jauhkan sy dpd mempunyai anak2 yg menghidap autism. Risau tidak betah menghadapi ujian itu. Mhn pd Allah s.w.t agar sy dikurnikan zuriat yg soleh, solehah dan sihat2 belaka. Paling penting disisi seorang isteri, punya suami yg memahami situasi dan kondisi. Trust. Apapun, sy tidak akan pernah2 sesekali membenci pesakit yg menghidap autism.


Allah s.w.t said in Surah Al-Baqarah: 214
" Or do yo think that we shall enter the Garden (of bliss) without such (trials) as came to those who passed away before you. Verily, the help of Allah is (always) near!"