.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Selasa, 14 September 2010

Kebetulan Atau Penipuan?

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI: http://aulakalimah.blogspot.com/2010/09/kebenaran-di-sebalik-penipuan-dan.html

Jumaat, 10 September 2010

Hukum Solat Jumaat Jika Jatuh Pada Hari Raya

Dipetik daripada blog Ust Ahmad Irfan Ikmal Hisyam:

Terdapat beberapa hadith marfu’ dan juga athar mauquf mengenai isu ini. Antaranya seperti berikut:
حديث زيد بن أرقم رضي الله عنه أن معاوية بن أبي سفيان رضي الله عنه سأله: هل شهدت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم عيدين اجتمعا في يوم واحد؟ قال: نعم، قال: كيف صنع؟ قال: صلى العيد ثم رخص في الجمعة، فقال: (من شاء أن يصلي فليصل). رواه أحمد وأبو داود والنسائي وابن ماجه والدارمي والحاكم في “المستدرك” وقال: هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه، وله شاهد على شرط مسلم. ووافقه الذهبي، وقال النووي في “المجموع”: إسناده جيد

Hadith Zaid bin Arqam RA sesungguhnya Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA bertanya kepadanya: “Adakah anda pernah menyaksikan bersama Rasulullah dua Eid dalam satu hari (Jumaat dan Eidul Fitri/Adha)?”. Jawabnya, “Ya.” Soal beliau lagi, “Apa yang Rasulullah lakukan?” “Baginda solat Eid dan mengambil rukhsah tidak menunaikan solat Jumaat, lalu berkata barang siapa yang ingin solat, maka solatlah.” – Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Al-Nasai’e. Dikategorikan sahih mengikut syarat Imam Muslim, sementara di dalam al-Majmu’, Imam al-Nawawi menyatakan hadith ini mempunyai sanad jayyid.

وفي صحيح البخاري رحمه الله تعالى وموطأ الإمام مالك رحمه الله تعالى عن أبي عبيد مولى ابن أزهر قال أبو عبيد: شهدت العيدين مع عثمان بن عفان، وكان ذلك يوم الجمعة، فصلى قبل الخطبة ثم خطب، فقال: يا أيها الناس إن هذا يوم قد اجتمع لكم فيه عيدان، فمن أحب أن ينتظر الجمعة من أهل العوالي فلينتظر، ومن أحب أن يرجع فقد أذنت له

Dalam sahih al-Bukhari dan Muwatta’ Imam Malik, daripada Abi Ubaid Maula bin Azhar, berkata Abu Ubaid, “Aku menyaksikan dua eid bersama Uthman bin Affan pada hari Jumaat, beliau solat (Eid) sebelum berkhutbah kemudian berkhutbah, katanya, “Wahai manusia, sesungguhnya pada hari ini telah terhimpun dua eid, barang siapa yang ingin menunggu untuk solat Jumaat khususnya orang tempatan (ada yang menyatakan penduduk Timur Madinah) maka tunggulah sebentar, barang siapa yang ingin pulang maka aku benarkan.”

Terdapat khilaf ulamak di dalam isu ini, seperti berikut:

1. Mazhab Hanafi berpandangan yang umat Islam disunatkan solat Eid dan difardhukan solat Jumaat seperti biasa sekiranya raya jatuh pada hari Jumaat. Ini termaktub di dalam kitab al-Jami’ al-Saghir karangan Imam Muhammad, dengan hujjah antara lain ialah solat sunat tidak menggugurkan solat fardhu.

2. Mazhab Shafie berpandangan bagi penduduk kampung yang tidak cukup bilangan makmum solat Jumaat, maka solat sunat Eid adalah memadai bagi mereka, dan tidak perlulah keluar ke masjid di tempat lain untuk menunaikan solat Jumaat. Tunaikan solat zohor sahaja. Ini berdasarkan hadtih Uthman bin Affan seperti di atas. Pendapat ini termaktub di dalam kitab al-Majmum Imam al-Nawawi.

3. Mazhab Hanbali pula berpandangan solat Eid menyebabkan berlakunya rukhsah untuk tidak solat Jumaat, sebaliknya perlu solat Zohor sahaja. Ini termaktub di dalam kitab al-Mughni karangan Ibn Qudamah. Akan tetapi, Imam masjid perlu mendirikan solat Jumaat di masjid bagi membolehkan muslim yang memilih untuk solat Jumaat, melakukan ibadah tersebut.

KESIMPULAN

Berdasarkan hadith dan juga pandangan ulamak seperti di atas, saya lebih cenderung untuk menyatakan, Allahua’lam:

1. Adalah lebih selamat untuk menunaikan solat Jumaat, kerana keluar dari khilaf adalah lebih utama.

2. Akan tetapi sekiranya ada halangan, seperti lokasi masjid tempat himpunan Jumaat jauh, atau waktu siang yang pendek, maka memadailah solat Eid sahaja, dan dituruti dengan solat Zohor. Ini rukhsah yang dibenarkan.

3. Bagi yang tidak menunaikan solat sunat Eid, maka tiada baginya rukhsah untuk tidak menunaikan solat Jumaat.

4. Imam wajib mendirikan solat Jumaat bagi meraikan pandangan dan pilihan makmum lain.

5. Walaupun ramai ulamak moden seperti Syeikh Atiyyah Saqar dan Sayyid Sabiq mentarjihkan pandangan mazhab Hanbali dengan menyatakan tidak perlu untuk solat Jumaat, akan tetapi adalah kurang tepat jika dikatakan solat Eid itu menggugurkan hukum wajib solat Jumaat. Ianya hanyalah rukhsah yang dibenarkan atas sebab tertentu.

Khamis, 9 September 2010

Kebun Cinta Ramadhan


Mataku terkaku dari berkelip
Bibirku terkunci diam tanpa berkata
Tanganku diam bersenang
Telingaku menghadam tiap bait dari lagu the zikr...

Ramadhan satu nasib tak serupa

Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

Mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Detik terakhir bersahur di dalam kebun Ramadhan bakal tiba sebentar lagi... Penuh dengan kenangan Ramadhan kali ini...
Benih yg baik untuk Kebun Ramadhan.. Cuma risau kalau-kalau benih itu akan dicampak ke tanah yang gersang...
Wahai Sang Pencipta, peliharalah diri ini..

Cintakan ALLAH kekal utk selamanya~...........

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan
bermaksud:
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)


Rugikah saya?... Anda bagaimana?....

Rabu, 14 Julai 2010

Original Classic

Assalamua'laikum warahmatuLLAH~

ALLAH swt telah berbicara didalam Qur'anul karim...
"Wahai orang-orang yg beriman! bertakwalah kepada ALLAH dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNYA, agar kamu beruntung"

.

Sabtu, 19 Jun 2010

Usia Emas; Basikal Usang


Namakan sahaja basikalnya, tapi gimanapun tetap usang seusia mentari pada ufuk senja. Pakcik itu berbangsa India, alangkah kecewa juga rasa di hati. Masih teringat, ketika usiaku menjangkau 15tahun, aku berbasikal ke sekolah ketika jam 6.40 pagi, gelap dan sunyi. Pakcik ini seringkali melintas dihadapan mataku, rutinnya biasa, dalam basikal usangnya ada botol air, berseluar pendek, baju putih, tali pinggangnya agak besar, ada sesuatu di tepi tali pinggangnya tapi tak pasti apa.

Menjangkau sedikit matang, SPM-ku telah tamat. Dulu, suka menghabiskan usia-usia pada ketika itu di kawasan laman. Jadi, sekitar jam 8pagi bertemu mata dengan basikal usang ini. Pakcik ini dimana-mana pun ada, yang pasti bersama dengan basikalnya. Ketika ada muslim yang lelah di hujung katil pada selesai Solat Subuh. Sekalipun setelah Rasulullah bersabda, "Tidur selepas subuh itu akan mewarisi kepapaan". Fuqaha' turut memutuskan makruh hukumnya tidur selepas subuh, wallahutaa'la'alam.
Pakcik ini rutin dia adalah pagi-pagi telah keluar melihat 'alam. Tapi dia berbangsa India, ku usap hatiku agar hilang rasa hiba.


Seketika, siswi adalah nama manja-ku. Kondisi itu membuatkan aku kerap ke hulur ke hilir dengan Perodua Kembara Abah. Keluar jauh sedikit dari kawasan perumahan, kaget. Kaget kerana bertemu senyuman dengan Pakcik ni lagi, apatah lagi, kadang-kala aku memberanikan diri mengangkat tangan tanda Muqaddirin pada seorang Usia Emas. Kalau dalam Islam, kita akan bicara, mulianya akhlak seseorang fardhu Muslim, tetapi pakcik itu India, entah kenapa sedih pula.

Kini, abnaul harakah merupakan institusi-ku. Senja tiba, aku dan sahabat karibku baru pulang dari membeli barang-barang keperluan kami. Memandu di belakang basikal usang itu. Ku renung mendalam, kenal benar pada pengayuhnya. Akhirnya, suatu yang ku rasakan dulu; kecewa, hiba dan sedih bertukar menjadi.. "Ya ALLAH, berikanlah hidayah kepada pakcik ini...."
Lahir secara zahir pada bibirku...

Istifadah penting yang boleh kita petik dari kejadian ini ialah bahawa Islam tidak melarang secara mutlak seorang muslim mendoakan kaum kafir non-muslim. Namun sudah tentu ada syaratnya. Syaratnya ada dua: pertama, hendaknya isi doa seorang muslim untuk orang kafir hanya berisi satu permohonan saja kepada Allah ta’aala. Yaitu permohonan agar si kafir mendapat hidayah iman dan Islam. Dan kedua, hendaknya seorang muslim mendoakan orang kafir hanya ketika mereka masih hidup. Jangan berfikir untuk mendoakan seorang manusia yang telah meninggal dalam kekafiran. Sumber

Wallahutaa'ala 'alam.

Khamis, 3 Jun 2010

Air Mata Gaza


" A rose to the tears of Palestine"

"Ad-Dua' Li Falastin"

Ahad, 23 Mei 2010

Memori SUKPA bersama adik2 =)


Gombak - Sukan Tahunan PASTI anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak yang telah melibatkan 14 buah pasti dengan kehadiran seramai 816 orang pelajar.

Majlis tersebut telah disempurnakan bacaan Ikrar PASTI yang dibawa oleh Adik Muhammad Hafizuddin Suhaimi dan Bacaan Syahadah pula dibaca oleh Adik Mohd Thaqif Effendi telah disambut dengan begitu sayu kerana setiap bacaan anak-anak kecil ini terasa menyusuk jiwa pada hati-hati yang mendengarnya.

Sokongan padu diberikan oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsa dan agama malahan kehadiran ibubapa/penjaga untuk memberi sokongan kepada anak-anak amat membanggakan.

Majlis tersebut telah berlangsung di Padang Tmn Permata Hulu Klang baru-baru ini yang telah disempurnakan oleh En. Khairul Fahmi Matsom selaku Setiausaha Dewan PAS Negeri Selangor.

Turut menghadirkan diri Dif-Dif terhormat daripada Ahli-Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor , Tn Hj Abd Rahman Bin Limat Pengerusi PASTI Al-Badar .

Sebanyak 15 acara disediakan yang melibatkan pelajar 4thn-6thn yang mewakili hampir kesemua PASTI dalam kawasan Gombak.

Pengarah Program Habibuallah, berkata Sukan PASTI setiap tahun yang diadakan memang begitu meriah apabila kehadiran ibubapa / penjaga dan kehadiran rakyat daripada berbagai lapisan masyarakat untuk memberi sokongan dalam menjayakan sukan pasti.

“Insya Allah kita akan mengadakan sukan tahunan ini dengan lebih baik tahun depan memandangkan ianya amat penting demi untuk mendekatkan PASTI dengan masyarakat serta mengeratkan silaturrahim ibubapa pelajar dengan PAS” kata beliau.

Kemeriahan sukan pasti secara keseluruhan di kawasan gombak telah dijuarai oleh Pasukan PASTI Ibnusina Tmn Berjaya, Greenwood yang telah berturut-turut 2 thn menjadi juara dengan jumlah mata 37 markah.

Tempat ke 2 jatuh pada Pasukan PASTI Ehsan 35 markah dengan memenangi Kategori Johan perbarisan dan tempat ketiga Pasukan ILMI Permata sebanyak 31 markah.

Pihak pengurusan juga tidak ketinggalan menyediakan acara Sukan untuk Ibubapa/penajga yang hadir. Bagi Acara kaum Ibu iaitu cucuk benang dengan jarum, jahit butang, mengambil bola pingpong dengan menggunakan “chopstick” dan makan buah epal. Bagi acara bapa pula terdiri daripada acara tarik tali dan bola 7 tiang.

Terasa amat meriah sekali apabila Acara tersebut mendapat sorakan gimik-gimik daripada penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan dan ahli keluarga. Dengan adanya acara ini maka terjalin ukhwah antara satu sama lain, katanya.

Ukhti Khaulah, Mantan Pegawai Pentadbiran PASTI Pusat Seluruh M’sia berkata, semenjak saya berkhidmat di Pasti Pusat, didapati beberapa buah pasti telah diganggu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini amat mendukacitakan pihak pengurusan kami.

Walaubagaimanapun semua dapat diatasi oleh Pengarah Pasti Negeri dan Pengarah Pasti Pusat dengan baik.

Amat malang bagi pihak yang mengaku Islam dan kononnya memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama cuba mengganggu institusi pendidikan Islam yang amat berjaya di seluruh negara iaitu PASTI.


“Kita hairan mengapa pihak-pihak terbabit cuba menganggu PASTI sedangkan PASTI terbukti menjadi sebuah institusi pra-sekolah terunggul di negara kita malah terbukti ianya bukan sahaja diterima oleh orang Islam tetapi orang bukan Islam juga turut sama menghantar anak-anak mereka belajar di PASTI”.

“Jika pihak terbabit tidak berpuashati dalam segala hal berkenaan PASTI sila tampil ke berjumpa kami Dewan Pemuda PAS dan Jabatan PASTI PUSAT, tetapi bukannya menyaman dan membawa kes ini ke mahkamah seperti yang dilakukan sejak bertahun-tahun dahulu sehingga menganggu pihak pengurusan PASTI untuk menguruskan PASTI.” kata beliau dengan nada kesal.

Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor merangkap Pengarah PASTI PASTI Kawasan Gombak, Ustaz Hasbuallah Ridzuan menggesa pihak yang mengemukakan saman kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di negeri Melaka dan beberapa PASTI yang terlibat supaya menggugurkan semua saman tersebut jika mereka benar-benar cintakan ilmu ISLAM.

Hasbuallah yang merupakan Pengarah Pasti PAS Kaw.Gombak menurutnya, pihak Kerajaan Pusat dan Negeri serta agensi-agensnya patut mengucapkan terima kasih kepada PASTI kerana berjaya melahirkan anak-anak kecil yang berakhlaq mulia dan faham asas-asas agama. Ini berlainan dengan Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan yang kurikulum lebih menjurus kepada nyanyian dan permainan semata-mata.

Beliau mengharapkan kerajaan Negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Selangor yang memberikan bantuan RM50.00 sebulan kepada seorang pelajar Tadika di Selangor bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik di peringkat Pra-Sekolah.

Hasbuallah berkata, demikian ketika mengulas tindakan mahkamah yang dikemukakan kepada PASTI yang sudah berlanjutan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Yb. Dato’ Hassan B. Mohammed Ali, Exco Kerajaan Negeri, telah memberi sokongan padu dalam Majlis Sukan PASTI yang telah berjaya dilaksanakan.

Beliau berpandangan bahawa, Institut pengajian Pra Sekolah ini haruslah diteruskan kerana apa yang kita lihat beberapa buah pasti tidak mengira tempat telah menerima berbagai bangsa & agama walaupun pada dahulunya hanya menerima pelajar-pelajar ISLAM namun atas permintaan Ibubapa/penjaga agar dibuka kepada pelajar Non Muslim.

Ini bermakna Ibubapa/penjaga dan rakyat telah menerima kehadiran isntitiut pengajian Pusat Asuhan Tunas ISLAM (PASTI) pra sekolah ini dengan baik.

Saya juga ingin menyeru dan membuka minda masyarakat untuk berfikir sejenak, Andai rakyat Non Muslim boleh menerima Institiut Pengajian ISLAM mengapa kita yang sebagai orang ISLAM telah memberi ugutan dan menggugat ketenteraman pengurusan pasti. Seolah-olah kita ingin memadamkan Kalam ISLAM dan untuk menghapuskan generasi Ummah untuk bersama-sama membangun dengan ISLAM.

Lihatlah betapa kesungguhan pihak pengurusan pentadbiran pasti pusat untuk mengembangkan pusat asuhan ini walaupun telah diberi berbagai ugutan.

Pengorbanan mereka dan keikhlasan hati guru-guru untuk memberi didikan sempurna kepada anak-anak kecil ini sehingga masyarakat non muslim boleh menilai dengan baik untuk meletakkan anak-anak mereka ke pasti. Jika tidak masakan mereka hendak menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan ini.

Harapan saya agar pasti terus bercambah dipelosok dunia dengan mendapat kerjasama semua pihak pengurusan pasti negeri untuk membantu pasti pusat. Selain daripada itu bagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar berfikir secara waras sekiranya anak-anak kecil ini tidak diberi pendidikan secara sempurna daripada kecil dengan mengenali tuhan penciptanya maka besar kemungkinan anak-anak ini tidak akan merasakan kewujudan tuhan dihati-hati mereka maka mereka akan membuat apa sahaja diluar pengetahuan kita semua.

Ibubapa / penjaga pula haruslah menempatkan anak-anak ke tempat pengajian yang baik dan sempurna agar anak-anak ini kelak menjadi penyejuk mata kita malahan anak-anak ini juga akan mendoakan kita apabila kita tiada lagi suatu hari nanti. Apabila kesempurnaan iman, mengenali tuhan dan tahu adab-adab pergaulan insya-ALLAH mereka harapan kita dalam mentadbir negara berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah yang menjadi pegangan bagi orang-orang yang beriman untuk membentuk negara ISLAM yang aman dan damai.

Beliau berkata lagi, apabila ibubapa/penjaga terlalu sibuk sehingga mereka tidak dapat memberi didikan sempurna pada anak-anak daripada rohani dan jasmaninya maka saya fikir tempat yang sesuai adalah di PASTI yang tiada tandingi, kerana kita lihat “silivers-silivers” yang diberikan amat bermakna dan mudah difahami oleh anak-anak, ujarnya.

KOLEKSI FOTO

Gelagat permata-permata hati mencuit hati.. Jangan sekali berundur walaupun kalian digertak..

Kesibukan Urusetia untuk menyusun hadiah

Bukan semudah itu untuk mengawal anak-anak kecil ini untuk mentarbiyahkan mereka dalam semua aspek.

Majlis perasmian oleh Akhie Khairul Fahmi dengan berbagai gimik-gimik menyemarakkan semangat kesukanan kepada para pelajar.

Gelagat permata-permata hati generasi ummah bersatu hati dalam gerakkerja dengan semangat kesukanan.

Acara Bapa yang mendapat sambutan daripada semua pihak..

Tahniah & Syabas buat pasukan Pasti Ibnusina..semoga berjaya dunia akhirat anak-anakku..kalian generasi ISLAM yang menjadi kebanggaan kami.

Sabar adik-adik.. bukan senang nak pancing ikan darat dengan disediakan manet kecil..betul-betul menguji iman..

Wah.. Berjaya juga permata hatiku membawa aiskrim gergasi.. habisle..atehnya kena ketuk belanja aiskrim sat lagi..

Juara..Aiskrim Gergasi.. Tahniah.. nana.. kejayaan sentiasa didoakan

Sukanya adik-adik kecil ini dipimpin oleh Kak adik .. jadi macam kakak ni nanti ye..

Jangan gerun adik.. belajar mengecapi kejayaan yang pertama.. di peringkat permulaan lagi walaupun pada mulanya kau ditatih dan kerap terjatuh…insya-ALLAH daripada kejatuhan dan dibimbing oleh Mualimah, kau akan berjaya dunia akhirat & seterusnya..amiin ya rab..


Editor: Al-Ukht Khaulah Azwar (K.Su =) )

Selasa, 11 Mei 2010

Untuk Ibu....

Tanggal 28 oktober 1989, seorang ibu memegang erat perutnya, rasa pahit dalam simpulan senyuman, kerutan di dahi sudah cukup menggambarkan bahawa sang anak acap kali merengek ingin melihat dunia. Allah taqdirkan bahawa kali ini, anaknya bakal dilahirkan melalui proses pembedahan. Hampir penat, perjalanan ibu dari rumah sehingga ke hospital tadi amat memenatkan. Tambahan sang suaminya tiada bersama disisi, menjalankan rutin harian mencari secicip buat periuk nasi. Menemani sang ibu adalah anaknya yang sulong, dengan sebuah teksi, la budda(tidak mahu tidak), ianya tiada sama belaian seorang suami..

"Al-jannatu Tahta Aqdamil Ummahat"

Usia diburu dan di carik. Sang ibu kini tinggal berdua di rumah dengan suami tercintanya, anak-anak menyahut seruan di menara gading, lantas diggesa memburu amanah di tanah asing, ada di UK, ada di penang, ada juga diterengganu, tidak kurang akan ada yang
memburu di Sabah tak lama lagi, entah anak yang bongsu pula akan kemana pergi.

Air mata yang bertali arus di mata seorang anak apabila mendendangkan doa' supaya pertemuan dengan ibunya akan dilanjutkan sehingga kesyurga. Tiba-tiba dada rasa sebak, terkenangkan tangisan Ust Ridhuan Tee Abdullah, "Kita harapkan akan bertemu dgn ibu kita disyurga, tapi dalam situasi saya sekarang, peluang belum ada, hakikatnya kalau ibu saya pergi dalam sekarang, berdoalah bagaimana pun.............. saya takkan mampu mengubahnya" Lebih kurang begitu bicaranya dalam siaran langsung Rtm1 baru-baru ini..

Mama terlalu istimewa,
kalaupun ada derita, dia mampu senyum...

Mama terlalu istimewa,
bukan tak pernah atas bahuku dia datang menangis, sempat aku peluk erat walaupun lidah kelu tanpa bicara

Mama sungguh istimewa,
Dalam bicara, ada madah dan kasih sayang... yang sangat.. sangat bernilai...

Mama sungguh istimewa,
Kalau anaknya bertarung di medan peperiksaan, maka mama akan menadah tangan, menahan lapar tanda solat hajat dan berpuasa sunat..

Mama sungguh istimewa,
di mana ada abah, disitulah dia berdiri sebagai seorang isteri..
teguh memimpin tangan sang suami


Restu seorang mama sangat menyentuh hati, bukan mama tak mahu melihat anak-anaknya meneruskan kehidupan dengan keluarga baru, cuma ini kata-kata mama padaku "adik tunggu dulu ye, mama nak duduk lama sikit dengan adik.." Dalam urusan mitsaqan qhalizan, tiada yang lebih penting melainkan restu seorang ibu kepada anaknya..

"Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash رضي الله عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم , baginda bersabda: Keredhaan Allah (tergantung kepada) keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah (tergantung pada) kemurkaan kedua ibubapa" (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Mama yang amat dicintai,
Takkan pernah sama ucapan terima qaseh dengan titipan doa' darimu untuk diri ini
Takkan pernah sama peluk cium dariku dengan dodoian erat asuhanmu dari kecil sehingga dewasaku ini.
Kalau yang akan 'pergi', biarlah diri ini terlebih dahulu berbanding dirimu, rasa ingin meninggalkan dunia ini disaat berada di atas ribamu, di saat redhamu bersamaku agar redha ALLAH dituruti. Setelah ALLAH dan Rasul, Qaseh dan sayang hanya untuk mama, mama dan mama..








Isnin, 3 Mei 2010

D.I.A : weekenD wIth Aj

Sila klik DISINI untuk maklumat lanjut
Sila klik DISINI untuk mendaftar

Dalam usaha mengembangkan lagi promosi dan skop da’wah AtapHijau.com,
pihak pengurusan AtapHijau.com telah mengemukakan satu idea kem musim
panas anjuran AtapHijau yang dirancangkan untuk diadakan setiap kali cuti
musim panas pada sekitar bulan Jun hingga Ogos. Program ini diberi nama
‘weekenD wIth Aj’ atau nama singkatannya D.I.A dan bertujuan untuk mengetengahkan
konsep ‘Da’wah is Fun!’ Konsep ini adalah satu usaha untuk mengubah persepsi
sesetengah masyarakat terutamanya golongan remaja ataupun pelajar bahawa da’wah
itu hanya boleh dilakukan oleh ‘golongan-golongan tua di masjid’. Dengan konsep
ini, AJ mahu memberi nafas segar kepada terma da’wah itu sendiri dan menyedarkan
golongan-golongan remaja ini yang da’wah sebenarnya boleh dijalankan oleh
sesiapa sahaja, malah sebenarnya tanggungjawab da’wah ini amat penting
dijalankan oleh golongan-golongan muda.

Bagi sesi D.I.A 2010, tema yang dipilih untuk program ini adalah
‘Transformers: Rise of the Fallen’. Perkataan ‘transformers’ itu sendiri
adalah untuk membawa anjakan paradigma kepada satu perubahan (transform) diri
sendiri. Asas kepada da’wah adalah keinginan untuk mengubah diri dari yang
kurang baik kepada yang lebih baik. Konsep ‘Rise of the fallen’ pula membawa
idea untuk membangkitkan semangat umat ini untuk mencapai kembali kemenangan
Islam. Program ini bertujuan untuk mengembalikan semangat pelajar untuk menjadi
Muslim sejati yang menggalas tugas untuk menegakkan Islam. Program ini bakal
berteraskan kesepaduan elemen Da’wah, Motivasi dan juga Team Building dengan
memberi penekanan kepada aktiviti ‘outdoor’ yang lebih praktikal dan usaha membawa
pendekatan dakwah yang praktikal, membina motivasi sebagai pelajar dan muslim,
dan menggalakkan kesatuan dan kerjasama dalam kalangan pelajar Islam.

Target peserta untuk program kali ini adalah pelajar dari institut pengajian
tinggi dalam dan luar negara.


JOM MERIAHKAN D.I.A!!!