.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Rabu, 24 Oktober 2012

DETIK OKTOBER



Oktober sering muncul menjadi kisah duka yang harus aku lalui
Berbanding mengeluh, merintih dan menangis, aku memilih untuk muhasabah akan diri

Kehidupan, biarlah ianya menjadi misteri
Namun coraklah ia menjadi istimewa buat diri..

Lalu aku menyelak penawar hatiku, QuranulKarim...

Sedang hati di ulit duka, aku membaca lagi bait-bait Allah di dalamnya..
Allah, jiwa ini benar-benar sedang berbicara.
Maka jari ini berjalan lagi dari satu muka ke muka yang lain.
Hinggalah terhenti pada suatu ayat, yakni..
" ... Dan Tuhanmu berfirman, 
"Berdoa'lah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu"


Aku kembali teringat pada doa'ku tika bermulanya semester kali ini.
Dan aku yaqin bahawa doa itu 'dipilih' olehNya 

Maka tika itu, hatiku cukup bergetar.

Lafaz Hamdallah meniti di bibir berulang kali.


Allah taqdirkan sesuatu yang cukup istimewa untuk Oktober kali ini..
Cinta Allah & Rasul aku terokai..

Maka aku temui apa yang mahu ditemui, dan aku mahu teruskan lagi kembara ini.
Ya Allah, Engkaulah Teman Kebahagianku..
Ya Rasul, Engkaulah Kekasih yang Paling Dirindui..

Tanggal Oktober akan ku jadikan detik yang sentiasa bermakna ~






Sabtu, 29 September 2012

Oh IIUM!


Assalamua'laikum w.b.t

Buat semua warga IIUM,
Semoga semuanya dalam keadaan sihat & saya mendoa'kan agar kalian bersabar dengan apa yang berlaku

PERKARA (1)
Fakta:  Malam tadi, setelah hampir 4 jam di experimental hall, pihak pentadbiran mengumumkan bahawa RE-ELECTION akan di lakukan atas sebab masalah teknikal pada sistem.

Pandangan saya: Terimalah dengan hati yang terbuka daripada PIHAK PENTADBIRAN kerana hakikatnya sistem manusia ada kesilapan. Ada hikmah yang perlu dicari.

 الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها

Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana, di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya

PERKARA (2)
Fakta: Agak, sekali lagi saya ulang, "agak". Agak kelihatan kelemahan Datuk Dr.Mizan Bin Hitam dalam berinteraksi dengan para mahasiswa malam tadi

Pandangan saya: Manusia dan emosi adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Sekalipun beliau adalah orang atasan, tetapi beliau juga ada kecenderungan emosi. Maka, ma'afkanlah kelemahan beliau itu.

PERKARA (3)
Fakta: Datuk Dr.Mizan memulakan pengumuman dengan selawat. Kerana beliau berkata, apa yang bakal diumumkan mungkin sangat mengejutkan.

Pandangan saya: Saya cukup memuji cara sedemikian, yakni untuk menenangkan hati. Inilah antara akhlaq orang Arab, yakni untuk meredakan kemarahan, kembali ingat pada kekasih kita, Rasulullah s.a.w.

PERKARA (4)
Fakta: Para mahasiswa diberi peluang untuk berkata-kata dalam sesi soal jawab malam tadi. Turut kelihatan, salah seorang mahasiswa yang menegur Datuk Dr.Mizan kerana terlalu banyak menggunakan ayat qur'an dalam menjelaskan sesuatu.

Pandangan saya: Dengarkanlah pada setiap teguran. Saya kira teguran semalam tidak kasar bahkan ada benarnya, kerana dalam mana-mana pertandingan perbahasan di peringkat sekolah pun, ayat quran ditegah sama sekali untuk digunakan. Itu antara pengalaman saya semasa di sekolah, tidak pastilah pula bagaimana sekarang. Dan saya memohon, dengan rendah hati, supaya pihak pentadbiran TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN pada mana-mana batang tubuh mahasiswa yang bersuara pada malam tadi. Kami hanya bersuara berbanding berkata di belakang.

PERKARA (5)
Fakta: Para mahasiswa IIUM perlu mengulang kembali proses pengundian, tetapi secara manual.

Pandangan saya:
Tahniah! Inilah hikmah yang kita perlu ambil. Semoga tahun yang mendatang, kaedah ini akan diteruskan!

PERKARA (5)
Fakta: Imej WUFI semakin hari semakin di rosakkan. Sebagai contoh penyebaran sistem pesanan ringkas yang mengatakan itu ini begitu begini.

Pandangan saya:
Jangan kotorkan politik dengan benda yang mazmumah. Asalnya ia tidak kotor tetapi tangan-tangan manusia yang mengotorkannya.

Wallahua'lam.


Ahad, 11 Mac 2012

Guneste Yanmayan Golgenin Kiymetini Bilmez

Jumaat, 9 Mac - U.K.H.W.A.H

Orang kata, pabila ada kita kurang hargai, pabila tiada kita akan mengenang dengan sebenar-benar perasaan. Barangkali benar kata-kata orang itu :)

Jumaat lalu mereka nyanyikan lagu "Allah, selamatkan kamu" buat beberapa antara kami, antaranya untuk diriku, ditambah dengan hidangan kek. Sedang hari lahir saya dah lama yang amat, atau lebih tepat tahun lepas.

Saya pun bertanya kpd Ateh sy, Mimi Nor Syahudda Setapani..
"Knapa?" ... atau lebih tepat kenapa disambut hari lahir saya walaupun dah lama berlalu... Lalu dia bercerita...Dan saya jadi teringat dengan sebenar-benarnya.. tatkala azan maghrib berbunyi menandakan telah masuk tarikh 28 Oktober 2011, dan ketika itu juga air mata yang menemani saya, dihadapan Achik saya, lidah saya hanya diam, tapi mata menitis tanpa henti, ada bebanan sebenarnya waktu tu, dua ujian terbesar dalam hidup saya waktu itu, tapi lidah kelu, maka mata yang mula berkata...saya memang begitu, hatta sampai hari ini Achik tidak tahu punca kedua yang menyebabkan mulut saya terkunci tapi mata shj yang berbicara.

kata Ateh, hari lahir along yang lepas, along sambut dengan air mata... jadi sebab itulah kami sambut hari lahir along semula hari ni...

Saya tak pernah menyangka ukhuwah ini akan seindah itu. Saya akan terus membiarkan ukhuwah ini terus membunga. Dengan memohon akan senantiasa dibawah Naungan Allah s.w.t, dengan memohon bahawa ukhuwah ini akan menjadi ukhuwah terindah yang akan terus dibawa ke syurga...

"Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang

Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan
Perjalanan ini pun

Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan

Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan

Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang"

P/s: Banyak perkara yang saya tak menyangka, terlalu banyak. Antaranya, dari seorang yang lembut menjadi tegas dengan pendirian, dari hati kering menjadi mudah menangis dan macam2 lagi. Dan saya jua tak pernah menyangka akan jatuh hati dgn lagu ni. :)

Ikhlas Dari,
Bintun Abdurrashid

NOTA APRESIASI

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


إِنَّ الْحَمْدَ للهِ نَحْمَدُهُ وَ نَسْتَعِيْنُهُ وَ نَسْتَغْفِرُهُ وَ نَتُوْبُ إِلَيْهِ وَ نَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَ مِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِناَ مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَ مَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ باَرِكْ عَلى نَبِيِّناَ وَ حَبِيْبِناَ مُحَمَّدٍ وَ عَلى الِهِ وَ صَحْبِهِ . أَمَّا بَعْدُ


1. Berakhirnya Annual General Meeting menandakan berakhirnya kepimpinan diri ini sebagai Secretary General SRC 2010/2011. Apapun selagi notis Pilihan Raya Kampus (PRK) belum naik, saya akan cuba manfaatkan posisi wakil Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Bukanlah kerana mahukan pangkat, tidak, tidak sama sekali, sekadar ingin melaksanakan amanah ini sebaik mungkin. Kerana saya beriman pada sebuah hadith yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

[2] Saya secara peribadi mengucapkan ribuan terima qaseh atas kepercayaan dan sokongan kalian yang telah mengundi saya. Kepada yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang saya bergelar exco SRC, saya mendoa'kan semoga kalian dianugerahkan hikmah & barakah oleh Allah s.w.t di atas usaha-usaha kalian - KBS, MRC, COREL dll. Khusus kepada yang menemani sepanjang jalan perjuangan ini, tiada kata yang mampu utk saya ungkapkan melainkan ada kiriman doa' khusus buat kalian terutamanya buat teman seperjuangan di dalam SRC - exco & komiti dan Manifesto Team.

[3] Sedikit perkongsian, sebenarnya saya telah lama memutuskan utk bertanding sebagai SRC. Keputusan ini juga didorong atas pengalaman saya sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ketika di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), dua entiti yang 'zahir'nya seumpama tetapi 'batin'nya cukup berbeda. Perbedaan itu sedikit sebanyak benar menguji diri saya, tapi cukup banyak hikmah dan pahit manis yang takkan pernah gugur daripada memori ini. Terutama ketika Al-Qur'an menjadi teman setia sepanjang suka dan duka saya. Ketika Surah An-nasr, surah Muhammad dan surah al-Fath menjadi pilihan sepanjang tempoh itu. Saya berdoa' semoga ruh kepemimpinan (ingin memimpin dan sedia dipimpin) akan terus meniup dalam diri tiap umat Islam.



[4] Kepada yang telah memikirkan untuk memikul beban amanah sebagai exco SRC akan datang saya ucapkan sekalung Tahniah& Takziah

Tahniah - Mula meletakkan azam sbg Khalifah Allah s.w.t dan telah memikirkan jalan utk memanifestasikannya.Takziah - Barangkali akan ada halangan dan rintangan menanti di sana. Itu sudah pasti. Sebab dalam padang yang lapang itu, biasanya akan tumbuh KEMUNCUP. Yang pasti TERUSKAN PERJALANAN hingga ke akhirnya.

Pepatah Turki ada mengatakan 'Gunesta Yanmayan Golgenin Kiymetini Bilmez' yang bermaksud 'Orang Yang Tidak Pernah Dibakar Panas Mentari, Mustahil Menghargai Rimbun Berteduh'

[5] Amanah utk pengundi akan datang. Kekalkanlah 2 nilai sebelum menekan butang 'tick' ketika e-undi; Al-Qawiyy dan Al-Aaminn. Sedang pun sampai khabar buruk tentang peribadi calon tersebut pada kamu, selidikilah dengan betul kerana belum tentu maklumat yang disampaikan benar semuanya. Rujuk Surah al-hujurat:6


Dengan rendah diri, saya memohon ma'af utk setiap hak yang tidak mampu saya tunaikan. Kerana hakikatnya batang tubuh ini adalah kudrat seorang manusia biasa. Baki setahun di kampus ini insyaALLAH saya akan cuba optimumkan kudrat yang ada untuk manfaat seisi 'alam, sekalipun sekiranya saya akan memutuskan utk sekadar menjadi komiti di bawah sekretariat SRC. semoga Allah s.w.t akan senantiasa kirimkan kekuatan itu.



" Senyum dan Salam Buat Semua :) "

Sekian. T.qaseh. وسلام


Yang Ikhlas,
Al-Faqirah Ilalillah,
Mahirah Binti A Rashid
Mantan Setiausaha Agung
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011
Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia

Rabu, 31 Ogos 2011

Kembali Sudah Ke Fitrah Diri


Assalamua'laikum wbt...
Selamat Kembali Ke Fitrah Hamba Allah s.w.t
Madrasah Ramadhan akan terus menjadi tetamu yg dirindui..
Namun, akan ku rebut nilaian taqwa itu dgn hadiah Istiqomah setelah Syawal meminangku dgn Hamdallah~

Mohon ma'af yg amat dari diri ini di atas segala kesalahan&kesilapan yg dilakukan dan di atas hak2 kalian yg tidak diriku tunaikan baik yg tersembunyi mahupun yg nyata...

Ikhlas daripada sy,
Mahirah Binti A Rashid
asrar_001@yahoo.com

Selasa, 2 Ogos 2011

|R.A.M.A.D.H.A.N. K.A.R.E.E.M|


Inilah bulan ketika kamu diundang mjd tetamu Allah&dimuliakn olehNya. Dibulan ini...
* Nafas2mu mjd tasbih
* Tidurmu adlh ibadah
*Amal2mu diterima
...*Doa'2 mu dimakbulkn..
Mhn kpd Allah, Tuhanmu dgn niat yg tulus&suci agar Allah membimbingmu bg mlaksanakan puasa&mbaca kitabNya...

~Itulah antara petikan dpd khutbah Rasulullah s.a.w ketika mnymbut Ramadhan...~
SELAMAT MENIKMATI BULAN RAMADHAN 1432H...

Selasa, 19 Julai 2011

Deru Angin Haramain



Rindunya...
Rindunya.....
Ya Allah Rindunya pd Mu..
Pd syiar Islam yg ad di sana....
Rindunya pd udara syurga di sana...
Hatta udara bahang pun turut dirindui...
Rindunya pd ziarah di bumi Haramain; Madinah & Makkah destinasinya..

Ya Allah...
Kasihnya aku pd pujukan masyarakat Arab di sana..
Kasihnya aku pd tuan kedai yg menasihati..
Kashnya aku pd jamaah Masjid yg ibadah cuma seketika berhenti, bagi memenuhi keperluan diri...
Kasihny aku pd laungan azan Muazzin...seperti disyurga bersama bidadari...
Kasihnya aku pd alunan surah sang Imam...apatah lagi terjemahann
ya menggetarkan hati..
Kasihnya aku pd tazkirah sang Mutawif...sgt menjadi penyejuk hati..
Ya Allah...
Kasihnya aku pd rengekan manja anak2 kecil..masjid menjadi taman penyeri..
Kasihnya pd angkatan muda yg bertenaga..
Kasihnya pd semangat muda ibu dan bapa yg sudah berusia..
kasihnya pd jamaah umrah Malaysia...


Ya Allah...
Cintanya aku pd tunggangan di Jeddah..
Cintanya aku pd waktu dhuhaMu di Nabawi
Cintanya aku pd lirikan mata di pintu Raudhah...
Cintanya aku pd sujud di sejadah hijau...
Ya Allah cintanya aku pd ingatan di Makam Nabi Muhammad s.a.w..
Allahu...
Cintanya aku pd Quba, Bir Ali, Hudaibiyyah dan Tanaim tempat Miqat dn Niat berdetik,
Cintanya aku pd Tawaf di bawah rembulan sekalipun yg bwh terik mentari,
Cintanya aku pd pijakan kaki di Safa dan Marwah...
Cintanyalah aku pd kucupan Kaabah...
Ya Allah... cintanya aku pd kepungan di Hijr Ismail,
Cintanya aku pd tadahan dua' di Multazam,
Cintanya aku pd lambaian Hajarul Aswad...
Pada tawaf wada' tanda perpisahan turut aku cintai...
Betapanya aku kasih, rindu dan jatuh cinta...

~Ya Allah.. jgnlh kau taqdirkn sujudku di Raudhah ba'da isya' itu sbg sujudku yg terakhir di situ.. kiranya ya, maka gntiknlh ia dgn taman di syurgaMu kelak...
YaMuhaimin... janganlah Kau jadikan syuruk td sbg tawaf terakhirku di Masjidil Haram... Sekiranya ia adlh yg terakhir, maka gantiknlah ia dgn syurgaMu yaAllah...~

HambaMu,
Mahirah Binti A Rashid....

Isnin, 4 Julai 2011

Biji Remia rupanya :)


Dah berdebu mata sy tanpa novel menyinggah di mata.

Buku-buku haraki shj jd idaman hati semenjak mahu belajar menjadi da'ie.

Paling tidak pun, hnya kiasan kata-kata Habiburrahman shj yg menjadi penyuntik jiwa saya, itu shjlah novel2 yg akn sy baca. Karya beliau.

Kemudian, berakhir shj exam, ad org yg mintak sy baca karya tulisan K.Su ni :) ... Apa yg menarik perhatian sy adalah kerana Duha Hafa adalah gadis berpurdah...
Owh, sgt lama tk berkesempatan nk membaca novel2 K.su. Sy sgt menghormati beliau sbg kakak. Sedari sekolah menengah lagi kami berkenalan.. :)

K.su, terima kasih utk novel ni. Biji remia rupanya~

Jumaat, 29 April 2011

Baitussakeenah: Tetamu adalah Istimewa

Atok dah lama tak panggil kawan2nya datang umah. Pada tarikh yang sama sebenarnya sy ad program yg perlu dihadiri, tetapi setelah membuat pertimbangan Fiqh Aulawiyat, Maslahah dan Mafsadah, maka sy memilih utk meraikan kedatangan tetamu abah. Sy paling rindu utk menerima tetamu dirumah ni :)

Sehari sebelum, sy dan mama sy bertungkus lumus gotong royong menggembleng tenaga utk meraikan tetamu. Macam nak panggil orang takbir datang rumah malam raya tau, cuma takda rendang dan ketupat je. Hihi.

Pada hari kejadian, pagi-pagi lagi kakak kejut. "Adik, adik, bangun, bangun, jom cuci lantai.." Almaklumlah, rumah kami ni banyak kucing mucing, bulu mulu terbang merata2

Tetamu yang paling awal tiba

Golongan ibu yang menemani para suami



" Hai, sy salah seorang kawan pakcik rashid"





Ok, duduk sume....Eh... duduklahhhhhh.. (hihi)

Terbaiklah~!
Ini pula kawan2 k.yah yg baru pulang dari program yg sy maksudkan tu :)


Moral of the story:

1. Atok sebenarnye adalah abah kandung sy :)
2. Tetamu adalah pembawa rahmat - gembeleng tenaga utk mengemas umah & masak
3. Menjaga hubungan dengan kawan2 parents kt sekalipun kedua ibu bapa kita telah tiada.
4. Apabila kamu telah bernikah, maka shbt2 suami juga menjadi shbt2 mu (vice versa)
5. Bagaimana lapisan masyarakat sekalipun, kalau berkawan biarlah bersungguh. Percaya tak, kawan2 yg abah sy jemput ni adalah kawan2 sekolah rendahnya - SK TUMPAT :)
6. Apabila membuat pertimbangan sesuatu perkara. pertimbangkanlah dengan sebaiknya - Baina Maslahah wa mafsadah, Fiqh Aulawiyat dan Fiqh Muwazanat.
7. Jemputlah datang rumah sy, anytime. nak bawa rombongan meminang pun boleh sebenarnye.heh. tapi text @ call dlu ya ;)

Rabu, 27 April 2011

SRC: Satu tanggungan utk dipersoaljawab kelak


Assalamua'laikum w.b.t

Bismillahi walhamdulillah

1. Tanggal 24 Mac 2011 - Selesai Baiah Session bersama dengan Rector. Baiah bukanlah suatu perkara yg remeh temeh wahai dunia.

2. Dalil aqli

Firman Allah s.w.t :
{إن الذين يبايعون الله يد الله فوق أيديهم، فمن نكث فإنما ينكث على نفسه، ومن أوفى بما عاهد عليه الله فسيؤتيه أجرا عظيما}

Maksudnya :
Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.Tangan allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri, dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya ganjaran pahala yang besar.
Al-fath 10

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg30prvMcULbxc8lgdphSrfPwK-Q3zXXWP0NU69Dlkxa0VS8VaSO0ro40EhBlXnZ0SydH8MgsT4xmfTgHmFAkEf5tviWpRONzIPVwS5an6oJzL4p64nWPNBPTkEijOtm7QMqeecPqDGYUk/s320/Bai'ah.jpg


3. Apa itu Baiah? Terlalu berat utk dituturkan dengan lidah yang basah. Apa yang pasti saya teringat pada baiah itu sendiri ada rukun-rukunnya. 10 kesemuanya:

F - Faham
I - Ikhlas
A - Amal
J - Jihad
T - Tadhiyyah (Pengorbanan)
T - Taat
T - Thabat (Tetap)
T - Tajarrud (Bebas daripada perkara-perkara yg bertentangan dgn Islam)
U - Ukhuwah
T - Thiqoh (Percaya)

Rukun-rukun ini sy berpeluang utk ketahui sekitar tamat alam persekolahan, melalui pembacaan. Pada hemat sy, jelas semakin lama semakin tegar memahami rukun baiah ini melalui pelaksanaan amanah yg ad ini.

4. Nilai integriti dapat saya soroti melalui sirah perjuangan Saidina Umar al-Khattab. Ketika berkecamuk Masyarakat Qibti dengan nilai khurafat. Saidina Umar hadir menulis Surat kepada Sungai Nil.

Lalu Sayidina Umar al-Khattab r.a menulis Surat "Buat Sungai Nil"
"Dari hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji buat Allah, selawat dan salam ke atas Rasullullah s.a.w, jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika kamu mengalir kerana Allah maka alirkan semula!"

Maha Suci Allah. Dengan karamah Sayidina Umar r.a, dengan izin Allah s.w.t, pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan syirik itu, Sungai Nil yang telah di campakkan surat dari Saidina Umar Al-Khatab r.a telah meningkat paras airnya dengan lebih banyak air dan lebih luas sungainya.

5. Saya tertarik pada kata-kata Syed Qutb. Hikam yang utuh bermakna.
http://i648.photobucket.com/albums/uu203/umm_rumaysa/islamic/syahadah.jpg
"Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. "

6. Sebulan berada di proksi SRC ini saya semakin mampu melihat siapa yang benar-benar mahu menang, ataupun mahu mengisi kemenangan. Dan siapa yg mahu mengisi kekalahan itu dengan penuh hikmah. Maka dengan penuh takzimnya, sy mengucapkan tahniah kepada para pengundi, kerana sy secara peribadi, sedar dan yaqin bahawa pilihan anda adalah tepat sekali, shbt2 sy yg berada di saff kepimpinan SRC ini merupakan susuk tubuh yg mengimplementasi tema "Walk the Talk". Dan tahniah jua buat adinda Sakinah Sulaiman, yg mengisi kekalahan itu dengan penuh hikmah. Maka adindalah yg memiliki kemenangan itu :)

7. Susuk tubuh bernama Mahirah Binti A Rashid ini hanyalah mahu mengisi ruang kosong sebagai Khalifatullah fil ardh. Mohon teguran atas kekurangan, mohon dokongan atas ketempangan.


Rujukan:

1- Fahmu Usulul Islam
(Dr. Ali Abd Halim Mahmud)

2- Fiqh Da’wah
(Mustaffa Masyhur)

3- Buku huraian Arkanul Baiah
(oleh : Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi)