.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Sabtu, 21 November 2009

FUTUR atau FUTURISTIC ?


Bismillahirrahmanirrahim
TRIBULASI merupakan satu daripada prasyarat yang perlu dipenuhi dalam rangka mencapai tahap mujahidin yang siddiqin. Firman ALLAH s.w.t dalam Surah al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".

Realitinya, penyakit yang paling dkt dengan abna' harakah hari ni ialah gejala FUTUR yang berleluasa.
ESCAPISM, MUTASAQITUN berada pada cabang yang sama.

Kupasan mengenai FUTUR:GEJALA YANG SERING MENIMPA ABNA' HARAKAH sempat dikupaskan bersama adik beradik usrah-ku di PJ khamis yang lepas.
Hakikatnya gejala ini bukan khusus untuk diperbentangkan pada mereka yang berada dalam tempoh rawatan 'Kempen Zero FUTUR
'. Akan tetapi perkara ini perlu menjadi bahan diskusi abnaul harakah yang masih lagi giat aktif. Risau, perjuangan yang ada hanya atas dasar semangat semata-mata. Kefahaman perlu diiringi dengan semangat.

FUTUR

Etimologi : Letih @ Lemah sesudah kuat
Fatara : Sikap berdiam diri setelah sebelumnya bergiat.

Istilah: Penyakit hati atau penyakit rohani yang sekurang-kurangnya menimbulkan rasa malas, putus asa dan sikap sambil lewa dalam melaksanakan suatu amal atau pekerjaan yang sebelumnya pernah dilakukan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Lebih parah lagi apabila penyakit rohani ini menjadikan seseorang terputus sama sekali dari ker
ja amal tersebut.

Ayat Qur'an yang turut menyebut "La yufturun" - al-Anbiya:19-20


SIRAH RASULULLAH
S.A.W

Antara peristiwa-peristiwa yang berkait rapat tentang Futur:
1. Perang Tabuk - Ka'ab B Malik, Murarah Ibn ar-Rabi', Hilal B Umaiyah
2. Hatib Bin Abi Balta'ah
3. Masjid Dhirar


MUTASAQITUN

Buku Al Mutasaqithun 'ala Tariq ad-Da'wah, ada disebut oleh ust. Fathi Yakan Musaqithun terbahagi kepada 3 golongan:

1. Tinggal DA'WAH, Tidak Tinggal ISLAM.
2. Tinggal DA'WAH, Tinggal ISLAM.
3. Tinggal JAMAAH dan asaskan JAMAAH Baru@gabung dgn JAMAAH yang dh sedia ada yang lain.

Kami turut membincangkan perbedaan MUTASAQITUN dan FUTUR. Dari segi istilahnya ada perbezaan. Futur ni hanyalah lemah sahaja. Tetapi Mutasaqitun, benar2 menjadi golongan tercicir, yakni berada di antara 3 golongan yang telah dibahagikan oleh ust Fathi Yakan. Hakikatnya ianya datang dari cabang yang sama.

Sahabat-sahabat bloggers yang dikasihi LillahiTaa'la, ter
ima kasih kerana singgah di blog ni, izinkan diri ini berkongsi satu modul tarbiyyah yang ana kira ramai telah tahu.

Bahan-bahan: Sehelai kertas A4 dan gunting.

1. Pada suatu hari, seorang pemuda ISLAM sedang tidur. Dia bermimpi bertemu dengan seorang Paderi.

P: Dimanakah kiblat orang ISLAM?
PI : Kaabah

Modul Tarbiyah: Sehelai kertas A4 tadi, ambil bucu sebelah kanan dilipat membentuk segitiga separuh seperti rajah di bawah


2. PI: Kemana kiblat orang kristian?
P : Bertentang dengan kiblat orang Islam.
Modul tarbiyah: Kertas yang sama, lipatkan pula bucu sebelah kiri kpd segi tiga separuh lagi.




3. P: Berapa tuhan orang ISLAM?
PI: Satu

Modul tarbiyah : Lipatkan kertas tadi bucu kanan bertemu bucu kiri.



4. PI: Berapa tuhan orang kristian?
P: 3

Modul tarbiyah: Ambil Gunting, kerat 3 bahagian. Keratan yang paling panjang disimpan dan jangan di buka lagi.



5. P: Apa Nama TUHAN Kamu?
PI: ALLAH

Modul Tarbiyah:
Susun keratan membentuk nama ALLAH



6. P: Tahukah kamu ke mana akhirnya umat Kristian?
PI: NERAKA

Modul Tarbiyah:
Susun keratan membentuk HELL

7. P: Ada satu bangsa yang akan menghancurkan umat Islam. Tahukah kamu apakah dia?

Apabila pemuda Islam itu terjaga dari tidur lalu dia melihat bawah bantalnya ada keratan paling panjang yang disimpan tadi.
Cuba kawan-kawan buat modul ni dan tengok apakah keratan yang paling panjang itu tadi?...


Lebih kurang begini kesimpulanku pd adik-adik:
"So adik-adik, modul ini bukan sekadar satu modul, mungkin satu kebetulan, tapi hakikatnya dakyah ini yang sedang berkembang hebat didunia kita sekarang ni. Adakah dengan tersebarnya dakyah ini, kita masih mampu untuk mendalami jiwa futur kita? Jiwa mutasaqit kita?.. Kita boleh di-guide atau meng-guide, tapi hidayah itu datang dari ALLAH, paling pntg kena ada usaha dan doa' dari kita."


3 ulasan:

hafizfillah berkata...

Gejala futur...

TAKUT!!!

Syukran pengisian bermakna...

paling timakaseh...modul menarik...tp xtry lg...

=)

Unknown berkata...

maaf mencelah..
ana rasa kisah 3 orang yang tidak pergi berperang tabuk tu kurang tepat sebagai golongan futur

mereka sesuai sebagai golongan al-mutasaqitun. coz sebab2 mereka tidak pergi berperang ialai TERLEKA dengan urusan dunia, tapi sekejap sahaja mereka terleka dan bertaubat

tapi sekejap sahaja sudah cukup membuat mereka menderita kerana diboikot o muslim

tu pendapat ana je


apa pun artikel menarik u santapan semua

Tanpa Nama berkata...

salamullahu 'alaikum..

suka saya utarakan..

adakah dinamakan futur jika seseorang itu aktif di peringkat pusat tetapi mengurangkan keutamaannya untuk bergerak aktif di dalam kampus?

saya rasa lebih menarik jika saudari memasukkan sekali dalam penulisan saudari faktor2 dalaman dan luaran yang menyebabkan wujudnya golongan yang futur..
jangan biar mereka kata kita xberani menghadapi kenyataan..
itulah kenyataannya..
takut???! bagai takut dengan bayang-bayang sendiri.. bayang selalu mengikuti dikala nur ta'sub tertewas dek kegelapan munazzhomah..

mengkaji masalah lbih baik daripada menerangkan masalah!!menerangkan masalah tidak dapat menyelesaikan masalah..

sekali berjuang..,terus berjuang walau dipandang hina, dipandang diam, tapi sebaik2 perjuangan islam ialah ikhlas, sebaik2 ikhlas ialah 'sembunyi'..

beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh jemaah kampus..

1.faham konsep aplikasi 3 jemaah tarbiyyah & kegagalan utama kita dalam merealisasikan.
2.jauhi bangga diri/ta'sub melampau/merasa diri@jemaah terbaik sehinggakan....
3.pembahagian hak diri yang....
4.aktif kampus, tapi xmajoriti aktif slps kampus (sbb kerja kerajaan)..so..camner nk atasi..
5.terlebih dahulu bercakap (selalu cakap belakang)tentang sahabat2 sebelum berjumpa dengannya (mgkin takut nak bncang kot..takut xde hujjah kot..he2..grau..em,xtau nape..)
6. sila send email kat saya jika nak maklumat lanjut (takut xproper citer lbih2..)@ i'm really9 dont agree..

arifuddin_jihad@yahoo.com

jika terasa, mohon maaf sebab memang perisanya diadun untuk dirasa bagi yang sempurna derianya..

wallahu a'lam..