.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Isnin, 8 Jun 2009

Anak umi.. =)

bismillah Pictures, Images and Photos


Apabila kita cuba meneliti kandungan surat Imam Al-Ghazali r.a ini, kita akan mendapati bahawa beliau sangat ikhlas sekali di dalam memberi nasihat dan dicelah-celah ungkapan beliau tersingkaplah kebolehan negeri dunia yang fana ini dan kekalnya negeri akhirat dan betapa perlunya kita kepada iman, amal soleh dan kejernihan jiwa. Kita juga dapat melihat kasih sayang Imam al-Ghazali terhadap murid-muridnya menerusi nasihat ini kerana ia disampaikan dalam bahasa yang halus, mencuit perasaan, menyentuh hati nurani sehingga kadang-kadang dapat mengalirkan air mata dan memberikan kesan yang sangat mendalam sekali di hati para pembacanya dan membawa kepada suatu perubahan dalam kehidupan.

Alhamdulillah, selesai sudah aku membaca buku Ayyuhal Walad karangan al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali..

Ada 25 nasihat kesemuanya. Sejuk hati pabila dibaca setiap bab.. Kata-kata Imam Al-Ghazali menusuk ke kalbu segenap hati para insan..

Nasihat Pertama : Waktu itu ialah kehidupan
Nasihat Ke 2 : Bagaimana sepatutnya kita menerima nasihat
Nasihat Ke 3 : Ilmu itu tidak bermanfaat kecuali bila sudah diamalkan
Nasihat ke 4 : Kadar balasan mengikut kadar amalan
Nasihat Ke 5 : Ikhlaskan niatmu
Nasihat Ke 6 : Hakikat hidup, cinta dan amal
Nasihat Ke 7 : Dahulukan belajar ilmu yang fardhu Ain
Nasihat ke 8 : Ilmu shj belum memberi manfaat akan engkau
Nasihat Ke 9 : Tinggikan hemahmu dan lawanlah nafsumu dan buatlah bekalan akhirat
Nasihat Ke10 : Bangunlah beribadat di waktu malam
Nasihat Ke 11: Ibadatmu hendaklah mengikut aturan syarak
Nasihat Ke 12 : setelah mengamalkan ilmu barulah engkau mengetahui hakikatnya
Nasihat Ke 13: 4 sifat kesempurnaan bagi orang yang salik
Nasihat ke 14: wasiat Imam as-syibli rahimahullahu taala
Nasihat ke 15: 8 wasiat imam hatil al asam ra
Nasihat ke 16: carilah guru yang mursyid
Nasihat ke 17: Pati Ilmu Tasauf
Nasihat ke 18: Hakikat ubudiah
Nasihat ke 19: Makna tawakal
Nasihat ke 20: hakikat ikhlas
Nasihat ke 21: Hakikat Riak
Nasihat ke 22: Jangan Engkau Banyak bertanya, tetapi hendaklah engkau banyak beramal
Nasihat ke 23: Tinggalkan empat perkara
Nasihat ke 24: Kerjakan 4 perkara
Nasihat ke 25: Penutup dan doa

Part favourite-ku adalah... + Gubahan syair yang terdapat pada nasihat kesepuluh... + Nasihat ke dua puluh, ringkas tapi benar dan tetap... + Nasihat yang ke 23, ditakrifkan 3 jenis kejahilan yang tdk boleh di ubati dan bagaimana pula dgn kejahilan yang boleh diubati.. Bagaimana jugakah diriku ini? bahkan dalam nasihat ini juga terdapat perkara ke-2 yang membuatkan aku mafhum bagaimanakah nasihat itu... bagaimana aku patut terima nasihat dan bagaimana caranya pabila ingin menasihati.. Istilah tazkir yang hakiki.. dn banyak lagi.. + Nasihat ke 24, dan yg plg aku takuti adalah perkara ke4 dalam nasihat ini.. Cadangan: Buat shbt2 yang setia membaca blog ini... ada kesempatan jadikanlah buku ini sebagai tazkirah dalam ruangan di rumahmu.. mungkin selepas solat berjemaah, ambil satu nasihat sehari mungkin. Mungkin juga setiap kali sebelum tidur.. Carilah peluang supaya dirimu beroleh peluang =)



Tiada ulasan: