.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Rabu, 24 Jun 2009

Nota London 2: Misi UK

Gambar di atas United Kingdom..ada 4 wilayah besar: England, Wales, Northern Ireland, Scotland.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahirrabbil 'alamin..
Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki di kota London.
Penerbangan selama 12 jam menuntut aku utk memikirkan apa sepatutnya yang aku lakukan.

31/5/2009

Aeroplane


Subuh, garisan merah kelihatan menandakan subuh bakal berakhir. Untungnya aku solat subuh di atas kayangan ALLAH..
Abah yang kejutkan kami anak beranak setelah pesanan abah pada encik pramugara supaya kejutkannya pada waktu solat..
Hampir terlupa pula ketika itu berada di negeri mana..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..

Kebesaran ALLAH dapatku lihat pabila ketika di prayer room ada beberapa pakcik2 pramugara sedang sujud pada ALLAH secara
berjemaah.. Ya ALLAh, berilah mereka hidayah dan taufiq yang berterusan..
Dalam pada hati kecil ini memuji2 hamba2 ALLAH ini, hati kecilku turut diuji dgn pertanyaan, "Kakak2 pramugari solat tak?"..
Fikir mendalam.. mekap mereka tebal, sepanjang masa kehulur ke hilir..
Husnuzon cam mana ni?
Alamak, kotornya hatiku...

Seusai tamat subuh, aku membelek kembali gambar subuh yang ku tangkap..
Alhamdulillah selesai solat aku membaca Al-Qur'an, indahnya pabila aku bisa membaca al-qur'an di balik awangan.. Targetku, aku ingin khatam al-Qur'an ketika berada di United Kingdom, bukan ingin cipta sejarah tapi ingin palitkan memori buat getaran hatiku..
Allahurabbi...


Lapangan Terbang

Terminal 3, mendarat tanpa perlu di periksa. Tiada pemeriksaan langsung. Musykil!! Di KLIA habis aku disentuh acap kali oleh pegawai perempuan untuk pemeriksaan. Alhamdulillah selamat.. Kenapa jg berbunyi ya? Mungkin juga pendakap gigi yang aku pakai. Ye ke?
Wallahutaa'la 'alam <-- this is the best answer.. Sementara tunggu abang We datang, akhirnya kami (aku dan kak yah) memutuskan untuk meronda2 terminal 3 ini.
"Prayer room!!" opss...
"Multi-faith prayer room"





Ku bekalkan buat para da'ie bingkisan gambar, lebih2 para mad'u yang ku cintai.. Beginilah hakikatnya, agama mana2 pun pasti akan menyuruh sembahyang, cuma yakinilah aqidah mana yang hakiki.. Abah sempat menunaikan solat sunat di bilik ini, solat sunut dhuha seingatku. Masih terkenang, kisah Saidina Umar yang pernah solat di luar gereja.. Cumanya terlupa keseluruhan cerita ini, kesahihannya mari kita buru!! =)

Disini ana sertakan tentang perihal mendirikan solat dalam gereja:
http://www.scribd.com/doc/5423534/mendirikan-solat-dalam-gereja

Disini pula, ana sertakan tentang artikel dari mingguan malaysia:
http://skypin.tripod.com/agama/soal5.html

Sehubungan ini saya kemukakan terjemahan fatwa Dr. Abdul Fattah Idris, Profesor di Jabatan Fiqh Perbandingan Universiti al-Azhar, katanya:

``Solat boleh dilakukan di mana-mana jua, kerana sabda Nabi s.a.w: Dijadikan bagiku bumi sebagai masjid, tanahnya suci, di mana jua umatku berada, harus baginya menunaikan sembahyang dipermukaannya.''

Bertolak daripada keterangan hadis ini, seseorang harus bersolat di dalam dan di luar gereja atau kuil, iaitu jika tiada masjid yang dikhususkan kepada penduduk sekitar sesuatu kawasan.

Bagaimanapun, bersolat di luar gereja lebih baik, kerana di dalam gereja mungkin ada gangguan-gangguan seperti patung, ukiran dan lukisan-lukisan yang bertentangan dengan adab dan kehendak Islam ketika menunaikan ibadat.

Ibn Umar r.a pernah bersolat di luar gereja, walaupun pihak gereja membenarkannya bersolat di dalamnya. Beliau menolak tawaran itu kerana dibimbangi nanti akan dicontohi generasi akan datang.

Jika sembahyang di dalam gereja diharuskan, maka seharusnya sembahyang dalam masjid yang dibina di atas tapak gereja tidak menimbulkan apa-apa kekeliruan dari segi hukum, asalkan cukup syarat-syarat yang dikehendaki bagi menunaikan sesuatu solat.

Saya berpendapat, walaupun hukum membolehkan seseorang muslim menunaikan solat di dalam gereja dan rumah-rumah ibadat kepunyaan bukan Islam, namun buat masa ini, tidak seharusnya seseorang muslim memilih gereja untuk menunaikan solat.

Dibimbangi jika solat ditunaikan dalam gereja, ada kemungkinan mereka akan meminta untuk menunaikan ibadat mereka di dalam masjid. Hal ini sama sekali tidak dibenarkan. Kalaupun mereka dibolehkan masuk, ia hanya untuk belajar atau menumpang teduh, bukan untuk beribadat dan mempersekutukan Allah. Wallahualam.



Abang we!!!



Alhamdulillah, wajah yang ku rindu ini akhirnya telah ku temui.
Graduan dari UTM, menyambung perjuangan di daerah United Kingdom, satu daerah berhampiran London, University of Sheffield.
Hebatnya kuasa ALLAH meminjamkan jiwa penuntut padanya walaupun usia sudah boleh berhenti mendekati komponen
universiti.

Perlu sewa kereta. Abah kena bawa kereta manual, kekok pada mulanya, zikir ku aulakan, alhamdulillah tak sampai 7 minit abah
kelihatan mahir. Bukan mahirah =).

Abang we tak boleh sewakan sbb tak ada lesen. Tapi atas faktor kebiasaan dan status anak soleh, abang we mengambil alih memandu setelah
singgah minum coffee dan hot chocholate.. Penat badan alhamdulillah hilang pabila perjalanan di tatap dengan indahnya bunga2
kecil di bahu kiri dan kanan jalan raya.. Sungguh, mataku terpaku.. Mereka tumbuh meliar tapi fitrah mereka memang indah walaupun jauh di
pangkal mata..

Kediaman Abang we

Subhanallah... Akhirnya rumah yang kaku dalam gambar menjadi realiti dalam hidupku, aku menatapnya.. Abah, mama, kakyah, baru semalam
kita hirup udara di bumi Malaysia, ALLAh hadirkan bumi Sheffield dihadapan mata hari ini.. Inilah kekuasaan ALLAH, kunfayakun~!

Muhammad Umar Mukhtar Bin Ahmad Safuan
Muhammad Uwais Bin Ahmad Safuan

Kelihatan Umar kekok dihadapan kami, tatkala uwais senyum lebar di agah oleh kami, Umar kelihatan senyap dibelakang ibu muda Suhaila
Borhamdin

Kenapa Umar dan Uwais? Inilah kaitan yang berlaku dalam sirah nabawiyyah. Saidina Umar Al-Khattab r.a merupakan sahabat yang telah
diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan salamnya pada tabi'in bernama Uwais al-Qarni, beliaulah insan yang tidak terkenal
di bumi tetapi terkenal pada makhluk di langit..
Abang we memang suka mendalami ilmu tasawuf, atas sebab itu, beliau lebih arif tetang ahli2 sufi berbanding kami adik beradik. Bahkan pabila
aku bertanya kepada Abang Ei (Syeikh dalam keluarga kami) tentang bab2 kesufian, dia minta supaya aku merujuk abang we..
Padaku, kita membuat sesuatu tanpa tahu asal usulnya sedikit kerugian buat kita, cthnya Abang we tahu mendalam sebalik kisah Saidina Umar dan
Uwais, untungnya pada kami pasti akan disebarkan sirah2. Syukurillah~

Jalan-jalan Sheffield

Schedule pelancongan kami disusun molek oleh Kak Su dan abang We. Ibu dan abah muda ini ingin melayani kami sebagai tetamu teristimewa
di sini. Anak soleh menantu solehah. =)
Kami di bawa ronda-ronda sekitar sheffield.
Aneh barangkali, jam 5ptg kedai2 bakal tertutup rapat.
Di Malaysia jam 10mlm masih ada yang terbuka luas.
Kenapa ye???
Aku pasti akan temui jawapan ini!

Kami temui ladang! Rumah kedesaan! Kuda! Caravan! dan.... bunga kuning putih!!!...






Abang ei
Adik tangkap rumah ni untuk panduan beeng
Beeng kan suka lakarkan rumah beeng dulu =)
Mohon pada ALLAH, dapat bantu beeng

Jalan-jalan Sheffield II

Parking kereta kembali di rumah.
Berjalan kaki menuju ke Western Park. Ini antara gambar2nya.


Aku temui department-ku.. hehe...Seloroh je..
Alhamdulillah 'wabak' kasih sayang antara kami dengan Umar dan Uwais semakin menular.. Cek Su sayang umar uwais...


Tiada ulasan: