.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Khamis, 25 Jun 2009

Nota London 3: Kata benar pada sikecil

1 June 2009
Kalendar baru. Allahurabbi, subuh sekitar 2.30 pagi. Macam mana nak tahajjud ni? Mungkinkah aku akan kecundang?.. Risau juga kali ni..
Tawakal pada ALLAH setelah aku dan kakyah mengunci jam pada waktu demi waktu.
Subuh. ALLAH.. Yakin juga pada ALLAH, pada ni'at baik itu insyaALLAh ada juga balasannya~

Pagi

Abang We bangkit, masak sarapan untuk kami. Roti Megeh!! Itu katanya, tapi tak ingat pulak apa yang makan pagi-pagi tu =)..
HA!! Ingat!! Bewe masak nasi best sgt..ala-ala beriani gam UK lagi tu..huhu...alhamdulillah...

Pagi-pagi setelah masak, abang we keluar. (kemana ye?heheh) Sejam kemudian, abang we akan pulang semula. Uwais sudah bangkit. Kami
bersarapan bersama-sama. Kemudian Abang we sarapan bersama dan keluar semula untuk ke University of Sheffield.
PhD dalam Geotechnical Engineering, memilih untuk membuat eksperimen tanahnya. Abangku memang humble orangnya tapi tetap nak puji..
Hebatlah abang we ni! sape bagi? ALLAH =)...

Botanical Garden

Seusai waktu dhuha, alhamdulillah kami berjalan kaki menuju ke Botanical Garden. Kak su yang bawa kami, alhamdulillah, mekasih kaksu
sayang.. bersemi jua kelopak kasih sayang kita...
Anak-anak secondary school kelihatan sedang enak makan ice cream di luar Botanical Garden ini..Di kedai Kraf tangan, aku dan kakyah ambil
peluang untuk bermanja dengan abah, nak beli post card je ni..eheh...
Kakyah beli post card Botanical Garden ketika musim Spring, senada dengan musim Spring yang ingin berlalu, menunggu Summer yang bakal tiba.
Aku pula membeli post card berlatar belakangkan musim Winter yang belum menyentuh musim Autumn. Bukan apa, dah musim itu yang tiada
dihadapan mataku.hehe...



Ya ALLAH, indahnya bunga melata pada mataku ini.. Ku biarkan zikir dan selawat dialunkan dari handphoneku.. Dari bibirku ku biarkan meniti
di hati..
Ya ALLAH, indahnya udara dingin di bumi ini, sejuk menjadi aura diriku...
Selaut langit dingin membiru kelihatan kepulan awan di dada langit.. Syukurillah..

Cuma pandangan terhijab seketika tatkala ada mak putih dan pak putih sedang berjemur di atas padang, makin banyak pula depa ni.. Ya ALLAH,
berilah mereka hidayah agar terbuka hati mereka untuk IslamMu ya ALLAH..

Ustaz,
kenapa antara kita ada yang ALLAH ciptakan bukan Islam dan Islam? Adakah ALLAH sezalim itu?
Inilah antara isu yang pernah dibangkitkan sewaktu aku di Baitul Qura' dulu.. Lalu ustaz bacakan ayat ke-13 daripada surah as-Sajdah, ingat-ingat lupa ayat ini, tapi inilah terjemahannya: "Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami berikan kepada setiap jiwa petunjuk (bagi)nya, tetapi telah ditetapkan perkataan (ketetapan) daripada-Ku, "Pasti akan Aku penuhi neraka Jahanam dengan jin dan manusia bersama-sama"

Kupasan Ustaz, inilah yang dikatakan manusia itu perlu ada usaha..Kerana kafir dan mukmin adalah pilihan manusia. Ramai yang muslim tapi kafir
akhirnya (wanau'zubillahuminzalik).. dan ramai juga mukmin tapi fasik akhirnya.. (wanau'zubillahuminzalik)
Oleh itu, urusan kafir dan muslim perlu diusahakan.

Dalam perjalanan pulang ke kediaman,
Ternampak satu gereja yang sangat berdekatan dengan rumah abang we.
Kata Abah kalau kita masuk gereja depa, depa akan bagi kita duduk tempat paling depan sekali.
Hati kecil ingin cuba masuk untuk tengok bagaimana usaha dakyah mereka, tapi untuk lakukan itu sekarang aku belum pasti.

Sedikit terpana, teringat ketika peristiwa di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.
Waktu itu aku memegang jawatan Naib Exco Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Alhamdulillah Naib, masih bekerja di bawah Exco.
Lebih selesa menerima arahan berbanding mengeluarkannya, tapi hakikatnya untuk sebelah muslimat mereka perlukan suara muslimat juga. Kita
tanggung sama-sama =)

Ini peristiwa yang buat aku terpana!
Satu peristiwa yang mana ada event di Surau KMNS, pada waktu itu membabitkan non muslim students perlu turut hadir sama. Konfliknya lebih
kurang begini, ada kaitan bilamana non muslim terpaksa duduk diberanda dan tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh pelajar2 muslim.
Aku dan beberapa pihak muslimat JPP cuba menyenangkan kawan-kawan non muslim dengan duduk bersama-sama kawan-kawan perempuan mereka
dan banyak berbicara 'senyuman' dengan mereka semua, sedangkan ku biarkan telingaku mendengar isi bicara dari dalam surau..

Seingat aku, hukum ISLAM ini jatuh pada muslim dan tidak pada non muslim..
Tapi jujurnya, aku masih kurang 'arif tentang bab hukum hakam yang ini. InsyaALLAH pasni aku cuba cari semula apa jawapannya..
Wallahua'lam..

Ya ALLAH, sumpah aku terlalu merindui KMNS dan sahabat-sahabatku...

Didik yang benar

Sebutkan sahaja tentang kanak-kanak, pasti muslimat akan mudah rasa kasih dan sayang yang mendalam. Tidak mungkin muslimat yang solehah tidak tahu erti cinta dan kasih pada anak-anak kecil. Tambahan pula, mereka adalah kain putih yang sangat bersih..

Bersebelahan dengan rumah abg we ada satu nurseri kanak-kanak, kalau jauh sedikit ada satu lagi, dan insyaALLAH bulan 8 ni, Umar akan menjadi pelajar di university nursery itu..ehehe..

Terkenang pula azamku pabila di Malaysia kelak, insyaALLAH ku mengharapkan ALLAH izinkan aku tunaikan azam yang melimpah ruah itu..




Kata kakyah, anak kecil itu adalah siapa ibu bapa. Bagaimana percakapan mereka, itulah percakapan anak-anaknya nanti. Benarlah kata-kata kak yah itu. Justeru macam mana anak-ku nanti ye?.. Mhn pada ALLAH doa Nabi Zakaria yang bermain di bibir-bibir para pendoa'nya akan dimakbulkan. Surah al-Imran; 38


Perlu ingat, untuk mendapatkan zuriat yang soleh, insyaALLAH perlu bermula dari sekarang, yakni, doa'-doa' dan amalan yang perlu ada.. Antaranya insyaALLAH amalkan baca surah al-Waqiah after subuh dan surah al-Mulk sebelum tidurmu.. Ingatan buat diriku jua~

Pre-tajuk : Didik yang benar, kenapa ye?
Perihalnya begini..
Pada satu ketika dalam lingkungan 27-28 Mei 2009 ( tak ingat..), aku sedang sibuk membasuh baju dalam bilik air, pintu tidakku tutup. Tiba-tiba anak sedara-ku datang, Abdurrahman.. Nak mandi katanya.. Pampers penuhhhh... hehe..
Mahu atau tidak, urusan sikecil ini perlu aku selesaikan.
Waktu itu aku sedang memakai topi untuk menutup kepalaku.
Tiba-tiba Abdurrahman boyot pun tanya.
"Cek su, kenapa ceksu pakai topi?"
"Sebab kotor"
"Ada syaitan ke?"

MasyaALLAH Tabarakallah, terkejut juga mendengar dialognya itu, mafhumkah sikecil ini apa itu syaitan?..
Lalu aku teringat pesan ustazah, kalau pada si anak-anak kecil, kita kena berkata benar, didik dia dengan sebaiknya, bagitahu apa yang betul dan elakkan daripada mereka-reka cerita..
Akhirnya sambil memandikan Abdurrahman, aku berbicara tentang adab-adab nak masuk didalam dan keluar tandas.. Lucu juga bila nenek cerita, Abdurrahman selalu baca doa' sebelum masuk tandas, tapi tak tahu doa' nak keluar dan jenakanya, "HAAA,, tak boleh keluar tandaslah jawapannya =) "

Umar manja sangat, uwais hanya tahu tersengih setakat hari ini. Tapi sebenarnya Umar sangat mendengar kata, cumanya kena terangkan pada dia. Aku paling suka pabila umar dialogku dengan umar sebegini..

"Umar duduk ye.."
Jawab umar lembut.. "..Ha..."
"Umar main puzzle ni ye.."
Jawabnya lebih lembut... "Ha..."
"Umar.. " ... Rindunya ya ALLAH...

Rabu, 24 Jun 2009

Nota London 2: Misi UK

Gambar di atas United Kingdom..ada 4 wilayah besar: England, Wales, Northern Ireland, Scotland.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahirrabbil 'alamin..
Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki di kota London.
Penerbangan selama 12 jam menuntut aku utk memikirkan apa sepatutnya yang aku lakukan.

31/5/2009

Aeroplane


Subuh, garisan merah kelihatan menandakan subuh bakal berakhir. Untungnya aku solat subuh di atas kayangan ALLAH..
Abah yang kejutkan kami anak beranak setelah pesanan abah pada encik pramugara supaya kejutkannya pada waktu solat..
Hampir terlupa pula ketika itu berada di negeri mana..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..

Kebesaran ALLAH dapatku lihat pabila ketika di prayer room ada beberapa pakcik2 pramugara sedang sujud pada ALLAH secara
berjemaah.. Ya ALLAh, berilah mereka hidayah dan taufiq yang berterusan..
Dalam pada hati kecil ini memuji2 hamba2 ALLAH ini, hati kecilku turut diuji dgn pertanyaan, "Kakak2 pramugari solat tak?"..
Fikir mendalam.. mekap mereka tebal, sepanjang masa kehulur ke hilir..
Husnuzon cam mana ni?
Alamak, kotornya hatiku...

Seusai tamat subuh, aku membelek kembali gambar subuh yang ku tangkap..
Alhamdulillah selesai solat aku membaca Al-Qur'an, indahnya pabila aku bisa membaca al-qur'an di balik awangan.. Targetku, aku ingin khatam al-Qur'an ketika berada di United Kingdom, bukan ingin cipta sejarah tapi ingin palitkan memori buat getaran hatiku..
Allahurabbi...


Lapangan Terbang

Terminal 3, mendarat tanpa perlu di periksa. Tiada pemeriksaan langsung. Musykil!! Di KLIA habis aku disentuh acap kali oleh pegawai perempuan untuk pemeriksaan. Alhamdulillah selamat.. Kenapa jg berbunyi ya? Mungkin juga pendakap gigi yang aku pakai. Ye ke?
Wallahutaa'la 'alam <-- this is the best answer.. Sementara tunggu abang We datang, akhirnya kami (aku dan kak yah) memutuskan untuk meronda2 terminal 3 ini.
"Prayer room!!" opss...
"Multi-faith prayer room"





Ku bekalkan buat para da'ie bingkisan gambar, lebih2 para mad'u yang ku cintai.. Beginilah hakikatnya, agama mana2 pun pasti akan menyuruh sembahyang, cuma yakinilah aqidah mana yang hakiki.. Abah sempat menunaikan solat sunat di bilik ini, solat sunut dhuha seingatku. Masih terkenang, kisah Saidina Umar yang pernah solat di luar gereja.. Cumanya terlupa keseluruhan cerita ini, kesahihannya mari kita buru!! =)

Disini ana sertakan tentang perihal mendirikan solat dalam gereja:
http://www.scribd.com/doc/5423534/mendirikan-solat-dalam-gereja

Disini pula, ana sertakan tentang artikel dari mingguan malaysia:
http://skypin.tripod.com/agama/soal5.html

Sehubungan ini saya kemukakan terjemahan fatwa Dr. Abdul Fattah Idris, Profesor di Jabatan Fiqh Perbandingan Universiti al-Azhar, katanya:

``Solat boleh dilakukan di mana-mana jua, kerana sabda Nabi s.a.w: Dijadikan bagiku bumi sebagai masjid, tanahnya suci, di mana jua umatku berada, harus baginya menunaikan sembahyang dipermukaannya.''

Bertolak daripada keterangan hadis ini, seseorang harus bersolat di dalam dan di luar gereja atau kuil, iaitu jika tiada masjid yang dikhususkan kepada penduduk sekitar sesuatu kawasan.

Bagaimanapun, bersolat di luar gereja lebih baik, kerana di dalam gereja mungkin ada gangguan-gangguan seperti patung, ukiran dan lukisan-lukisan yang bertentangan dengan adab dan kehendak Islam ketika menunaikan ibadat.

Ibn Umar r.a pernah bersolat di luar gereja, walaupun pihak gereja membenarkannya bersolat di dalamnya. Beliau menolak tawaran itu kerana dibimbangi nanti akan dicontohi generasi akan datang.

Jika sembahyang di dalam gereja diharuskan, maka seharusnya sembahyang dalam masjid yang dibina di atas tapak gereja tidak menimbulkan apa-apa kekeliruan dari segi hukum, asalkan cukup syarat-syarat yang dikehendaki bagi menunaikan sesuatu solat.

Saya berpendapat, walaupun hukum membolehkan seseorang muslim menunaikan solat di dalam gereja dan rumah-rumah ibadat kepunyaan bukan Islam, namun buat masa ini, tidak seharusnya seseorang muslim memilih gereja untuk menunaikan solat.

Dibimbangi jika solat ditunaikan dalam gereja, ada kemungkinan mereka akan meminta untuk menunaikan ibadat mereka di dalam masjid. Hal ini sama sekali tidak dibenarkan. Kalaupun mereka dibolehkan masuk, ia hanya untuk belajar atau menumpang teduh, bukan untuk beribadat dan mempersekutukan Allah. Wallahualam.



Abang we!!!



Alhamdulillah, wajah yang ku rindu ini akhirnya telah ku temui.
Graduan dari UTM, menyambung perjuangan di daerah United Kingdom, satu daerah berhampiran London, University of Sheffield.
Hebatnya kuasa ALLAH meminjamkan jiwa penuntut padanya walaupun usia sudah boleh berhenti mendekati komponen
universiti.

Perlu sewa kereta. Abah kena bawa kereta manual, kekok pada mulanya, zikir ku aulakan, alhamdulillah tak sampai 7 minit abah
kelihatan mahir. Bukan mahirah =).

Abang we tak boleh sewakan sbb tak ada lesen. Tapi atas faktor kebiasaan dan status anak soleh, abang we mengambil alih memandu setelah
singgah minum coffee dan hot chocholate.. Penat badan alhamdulillah hilang pabila perjalanan di tatap dengan indahnya bunga2
kecil di bahu kiri dan kanan jalan raya.. Sungguh, mataku terpaku.. Mereka tumbuh meliar tapi fitrah mereka memang indah walaupun jauh di
pangkal mata..

Kediaman Abang we

Subhanallah... Akhirnya rumah yang kaku dalam gambar menjadi realiti dalam hidupku, aku menatapnya.. Abah, mama, kakyah, baru semalam
kita hirup udara di bumi Malaysia, ALLAh hadirkan bumi Sheffield dihadapan mata hari ini.. Inilah kekuasaan ALLAH, kunfayakun~!

Muhammad Umar Mukhtar Bin Ahmad Safuan
Muhammad Uwais Bin Ahmad Safuan

Kelihatan Umar kekok dihadapan kami, tatkala uwais senyum lebar di agah oleh kami, Umar kelihatan senyap dibelakang ibu muda Suhaila
Borhamdin

Kenapa Umar dan Uwais? Inilah kaitan yang berlaku dalam sirah nabawiyyah. Saidina Umar Al-Khattab r.a merupakan sahabat yang telah
diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan salamnya pada tabi'in bernama Uwais al-Qarni, beliaulah insan yang tidak terkenal
di bumi tetapi terkenal pada makhluk di langit..
Abang we memang suka mendalami ilmu tasawuf, atas sebab itu, beliau lebih arif tetang ahli2 sufi berbanding kami adik beradik. Bahkan pabila
aku bertanya kepada Abang Ei (Syeikh dalam keluarga kami) tentang bab2 kesufian, dia minta supaya aku merujuk abang we..
Padaku, kita membuat sesuatu tanpa tahu asal usulnya sedikit kerugian buat kita, cthnya Abang we tahu mendalam sebalik kisah Saidina Umar dan
Uwais, untungnya pada kami pasti akan disebarkan sirah2. Syukurillah~

Jalan-jalan Sheffield

Schedule pelancongan kami disusun molek oleh Kak Su dan abang We. Ibu dan abah muda ini ingin melayani kami sebagai tetamu teristimewa
di sini. Anak soleh menantu solehah. =)
Kami di bawa ronda-ronda sekitar sheffield.
Aneh barangkali, jam 5ptg kedai2 bakal tertutup rapat.
Di Malaysia jam 10mlm masih ada yang terbuka luas.
Kenapa ye???
Aku pasti akan temui jawapan ini!

Kami temui ladang! Rumah kedesaan! Kuda! Caravan! dan.... bunga kuning putih!!!...






Abang ei
Adik tangkap rumah ni untuk panduan beeng
Beeng kan suka lakarkan rumah beeng dulu =)
Mohon pada ALLAH, dapat bantu beeng

Jalan-jalan Sheffield II

Parking kereta kembali di rumah.
Berjalan kaki menuju ke Western Park. Ini antara gambar2nya.


Aku temui department-ku.. hehe...Seloroh je..
Alhamdulillah 'wabak' kasih sayang antara kami dengan Umar dan Uwais semakin menular.. Cek Su sayang umar uwais...


Nota London 1: Pasir Mata




Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirrabbil 'alamin..

30/5/2009

Kelihatan keluarga abang ei dan abang di setia menemani kami sehingga mata kami sudah tidak kelihatan pada pandangan mereka.. Inginkan senyum tapi ada sepalit duka, meninggalkan bumi malaysia dgn amanah yang perlu ditaklif.. Niatku satu, ingin menemani nikmat ALLAH di bumi ini.. yakni kerana ALLAH Akhirnya ku pacakkan rasa insaf dgn meninggalkan mereka air mataku, memohon pada ALLAH agar bisa kembali kebumi Malaysia seandainya itu yang terbaik.
Seperti biasa ayat ke-85 dari surah al-qasas aku baca, inilah rutinku setiap kali ingin meninggalkan sesuatu tempat.
ان الذى فرض عليك القران لرادك الى معاد
Sesungguhnya (ALLAH) yang mewajibkan engkau (Muhammad) untuk (melaksanakan hukum-hukum) Al-Qur'an, benar-benar akan mengembalikanmu ke tempat kembali* *Kota Mekah. Inilah suatu janji dari Tuhan bahawa Nabi Muhammad s.a.w akan kembali ke Mekah sebagai orang yang menang, dan ini sudah terjadi pada tahun ke delapan Hijri, pada waktu Nabi menaklukkan Mekah. Ini merupakan suatu mukjizat bagi Nabi s.a.w

Abah yang menurunkan ilmu ini.. Kata abah, kalau inilah rutin kita,insyaALLAH bila satu hari kt tak dpt baca ayat ini, beerti dgn izin ALLAH itulah kali terakhir kt menjejakkan kaki ke tempat ini.. Yakin iktikad dalam hati, alhamdulillah ayat ini dpt meniti di bibirku.



Malaysia,
Engkau memang tanah airku
Tempat I
SLAM tumpahnya darahku.
Aku berhutang padamu..
berhutang sebuah perjuangan.
Kalaupun bukan aku pasti kehebatan perjuangan akn dimaksimakan sebaik mungkin

Demi ISLAM

Demi DEEN

Demi ALLAH

Rabu, 10 Jun 2009

"Itulah Si Anak Muda, Itu Sebaik Raja"

Alhamdulillah, akhirnya video klip ini telah complete =)
Tahniah dn takziah buat yang bertungkus lumus!


Lirik

Utusan...
Tuhan bersabda,

Benarkan...

Satu ketika,

Derapan...

Kuda kan tiba,

Bebaskan...

Kota di Roma
Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,

Tanduk Emas dibantu Tuhan.

Tujuh puluh kapal pun tiba,

Byzantium gegak gempita,

Dua ratus ribu tentera,

Mimpi buruk sudah pun tiba.

Lapan ratus tahun penantian,

Konstantin akhir ditawan,

Panji Islam dikibar Hassan,

Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,

Beraksi menggegar dunia,

Itulah sebaik raja,

Itulah sebaik tentera.




p/s: Kene tgk sekali dgn video klip sbb ada disertakan serba sedikit cerita ringkas di dalamnya, baca tulisan2nya ye =)

Isnin, 8 Jun 2009

Anak umi.. =)

bismillah Pictures, Images and Photos


Apabila kita cuba meneliti kandungan surat Imam Al-Ghazali r.a ini, kita akan mendapati bahawa beliau sangat ikhlas sekali di dalam memberi nasihat dan dicelah-celah ungkapan beliau tersingkaplah kebolehan negeri dunia yang fana ini dan kekalnya negeri akhirat dan betapa perlunya kita kepada iman, amal soleh dan kejernihan jiwa. Kita juga dapat melihat kasih sayang Imam al-Ghazali terhadap murid-muridnya menerusi nasihat ini kerana ia disampaikan dalam bahasa yang halus, mencuit perasaan, menyentuh hati nurani sehingga kadang-kadang dapat mengalirkan air mata dan memberikan kesan yang sangat mendalam sekali di hati para pembacanya dan membawa kepada suatu perubahan dalam kehidupan.

Alhamdulillah, selesai sudah aku membaca buku Ayyuhal Walad karangan al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali..

Ada 25 nasihat kesemuanya. Sejuk hati pabila dibaca setiap bab.. Kata-kata Imam Al-Ghazali menusuk ke kalbu segenap hati para insan..

Nasihat Pertama : Waktu itu ialah kehidupan
Nasihat Ke 2 : Bagaimana sepatutnya kita menerima nasihat
Nasihat Ke 3 : Ilmu itu tidak bermanfaat kecuali bila sudah diamalkan
Nasihat ke 4 : Kadar balasan mengikut kadar amalan
Nasihat Ke 5 : Ikhlaskan niatmu
Nasihat Ke 6 : Hakikat hidup, cinta dan amal
Nasihat Ke 7 : Dahulukan belajar ilmu yang fardhu Ain
Nasihat ke 8 : Ilmu shj belum memberi manfaat akan engkau
Nasihat Ke 9 : Tinggikan hemahmu dan lawanlah nafsumu dan buatlah bekalan akhirat
Nasihat Ke10 : Bangunlah beribadat di waktu malam
Nasihat Ke 11: Ibadatmu hendaklah mengikut aturan syarak
Nasihat Ke 12 : setelah mengamalkan ilmu barulah engkau mengetahui hakikatnya
Nasihat Ke 13: 4 sifat kesempurnaan bagi orang yang salik
Nasihat ke 14: wasiat Imam as-syibli rahimahullahu taala
Nasihat ke 15: 8 wasiat imam hatil al asam ra
Nasihat ke 16: carilah guru yang mursyid
Nasihat ke 17: Pati Ilmu Tasauf
Nasihat ke 18: Hakikat ubudiah
Nasihat ke 19: Makna tawakal
Nasihat ke 20: hakikat ikhlas
Nasihat ke 21: Hakikat Riak
Nasihat ke 22: Jangan Engkau Banyak bertanya, tetapi hendaklah engkau banyak beramal
Nasihat ke 23: Tinggalkan empat perkara
Nasihat ke 24: Kerjakan 4 perkara
Nasihat ke 25: Penutup dan doa

Part favourite-ku adalah... + Gubahan syair yang terdapat pada nasihat kesepuluh... + Nasihat ke dua puluh, ringkas tapi benar dan tetap... + Nasihat yang ke 23, ditakrifkan 3 jenis kejahilan yang tdk boleh di ubati dan bagaimana pula dgn kejahilan yang boleh diubati.. Bagaimana jugakah diriku ini? bahkan dalam nasihat ini juga terdapat perkara ke-2 yang membuatkan aku mafhum bagaimanakah nasihat itu... bagaimana aku patut terima nasihat dan bagaimana caranya pabila ingin menasihati.. Istilah tazkir yang hakiki.. dn banyak lagi.. + Nasihat ke 24, dan yg plg aku takuti adalah perkara ke4 dalam nasihat ini.. Cadangan: Buat shbt2 yang setia membaca blog ini... ada kesempatan jadikanlah buku ini sebagai tazkirah dalam ruangan di rumahmu.. mungkin selepas solat berjemaah, ambil satu nasihat sehari mungkin. Mungkin juga setiap kali sebelum tidur.. Carilah peluang supaya dirimu beroleh peluang =)



Rabu, 3 Jun 2009

Aku mulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Bismillah.... Pictures, Images and Photos


stannington, view from bole hills
sheffield, england
hdr

Assalamua'laikum warahmatullah..

Ya Allah ya Tuhanku.. pada saat aku jadi keliru untuk berkongsi berita bahawa aku akn ke united kingdom, hatiku berdebar.. Aku risau kalau2 ad riak dalam hati.. keliru kalau lahir perasaan tamak. dan aku jadi risau kalau2 ada duka yg mendalam meninggalkan sebentar perjuangan di bumi gombak dan aku takut terlalu gembira kerana bakal mempelajari perjuangan di tanah 0rang.. sekalipun hanya ziarah yang seketika..

Lama aku berdiam diri tidak memberitahu sesiapa, akhirnya kerisauanku untuk berkongsi berita ini berubah menjadi lebih risau.. kerana kemungkinan tarikh penerbanganku bertindih dengan program yang sangat penting dalam usiaku.. andai aku tidak dpt pergi program itu blh jadi aku akan menyesal, tapi qada dan qadar itu adalah ketentuan dariMu, terimakasih ya ALLAH kerana izinkan aku untuk pergi ke program yang sgt penting itu, permata dalam hatiku..

Lucu rasanya pabila terkenang saat dimarah oleh shbt2 seangkatan kerana tidak berkongsi kerisauan yang ada, bahkan ada yang menangis kerana turut risau dgn kerisauanku.. Terima kasih shbt2..

Pada saat tulisan2 ini di taip, aku berada di bahagian ruang tamu rumah abe we, abgku yang ketiga.. Sambil menikmati udara segar di tepi tingkap. sejuk tapi segar. jam 8.04 am waktu london. malaysia, 3.04 pm. langsir putih sepoi-sepoi dibuai angin yang sepi.. alhamdulillah... nikmat yang mendalam..

sedari pagi tadi aku membiarkan zikir dan salawat diputarkan pada laptop-ku, dinikmati sepuas2nya..

Ya ALLAH... izinkanlah aku untuk berkongsi coretanku pada saat aku menjelajah ke bahagian bumimu yang lain.. buangkanlah rasa riak yang ada dalam diri, buangkanlah rasa iri hati yang ada dalam segumpal daging ini, tebalkanlah rasa cinta kami terhadapMu, tundukkanlah pandangan kami pada saat maksiat ada di hadapan mata, bukalah luas mata kami bahkan mata hati kami pada setiap saat utk menikmati nikmatMu... ya ALLAH, ampunkanlah kami..ampunkanlah kami... ampunkanlah..... ampunkanlah...


Jumaat, 29 Mei 2009

Mogok Lapar!!!

Ulasanku seketika:

Minggu ini kt dihangatkan dengan isu mogok lapar.. Lalu keluar fatwa dari mufti sekian-sekian... Lalu keluar barisan-barisan yang menyokong dan membantah dgn fikrah masing-masing.. Sungguhpun begitu, apabila membabitkan dengan isu fiqah dan sebagainya, letakkanlah dirimu di dalam suatu kotak yang 'tunjang pokok dan udara di sekelilingnya' hanyalah mushaf, al-Qur'an dan Sunnah..

Ini yang telah ku temui semasa aku masih mampu berfikiran waras, kt tidak tahu bagaimana esok, dan masa akan datang....

Ya ALLAH mg2 apa yang ku sampaikan di dalam blog ku ini benar-benar belaka... Ku pohon kemaafan atas salah dan silap..

Para pembaca, ana sajikan dengan artikel dari blog seorg kenalan alam maya.. Sesungguhnya ENGKAU ya ALLAH lebih Maha Mengetahui...


Abtadiu Bismillahirrahmanirrahim...

Artikel:

Mukaddimah
Berhubung isu mogok lapar yang akan dilaksanakan oleh rakyat Perak sebagai tanda protes untuk dibubarkan dun negeri Perak, dan supaya Piliharaya dapat diadakan. Terdapat beberapa pendapat dari agamawan Malaysia yang bertindak mengharamkan mogok lapar tersebut. Maka post kali ini akan mengupas pandangan ulama-ulama muktabar seluruh dunia berkenaan hukum mogok lapar. Pandangan mereka ini berdasarkan mogok lapar dari pelbagai peristiwa yang berlaku antaranya, kes tahanan penjara Guantanamo yang melakukan mogok lapar.
Peristiwa mogok lapar di zaman Nabi saw

أن سعد بن أبي وقاص- رضي الله عنه- قال: "كنت رجلاً برًّا بأمي، فلما أسلمت قالت لي: يا سعد، لتتركن دينك هذا أو لا آكل ولا أشرب حتى أموت، فتعيِّرك العرب فتقول: يا قاتل أمه، فقلت لها: يا أمي، لا تفعلي؛ فإني لا أدع ديني هذا لشيء أبدًا، فمكثَت يومًا وليلةً لا تأكل، فأصبحت قد جهدت، فمكثَت يومًا آخر وليلةً وقد اشتدَّ جهدها، فلما رأيت ذلك قلت: والله يا أمي.. لو كان لك مائة نفس فخرجت نفسًا نفسًا ما تركت ديني هذا لشيء، فإن شئت فكلي وإن شئت فلا تأكلي، فلما رأت إصراري على ذلك أكلت.. فأنزل الله تعالى: ﴿وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا﴾ (لقمان: 15).


“sesungguhnya Sa’ad bin Abi Waqas ra berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang yang amat berbuat baik kepada ibuku. Bila aku masuk Islam, Ibuku berkata “Hai Saad, samada engkau tinggalkan agamamu ini atau aku tidak makan dan minum sehingga aku mati(mogok lapar), hingga menyebabkan orang arab akan mencela mu dengan berkata “Wahai pembunuh ibunya.” Aku pun berkata kepada ibuku “Wahai ibu, janganlah kamu buat begitu, sesungguhnya aku tidak akan tinggalkan agamaku ini selama-lamanya.” Lalu ibuku tidak makan sehari semalam sehingga dia lemah. Bila berlalu dua hari tanpa makan dia bertambah lemah. Bila melihat demikian aku berkata kepadanya “Demi Allah wahai ibuku … kalaulah engkau ada seratus nyawa dan satu persatu nyawamu hilang, aku tidak akan sama sekali meninggalkan agama ku ini. Kalau engkau mahu makan, maka silalah makan, dan jika engkau hendak mogok maka silalah mogok.” Bila ibuku melihat kesungguhanku mempertahankan Islam, dia pun makan. Maka turunlah ayat:

“Dan sekiranya kedua ibu bapamu berusaha bersungguh-sungguh untuk mu melakukan syirik kepadaku maka janganlah kamu mentaati mereka dan dampingilah mereka di dunia dengan cara yang baik.” (15 : Luqman)
Hadis riwayat Abu Ya'la dan Thabrani

Hukum mogok lapar
Ada dua keadaan bagi mogok lapar ini:

Keadaan Pertama: Mogok sehingga mati atau memperolehi kemudaratan yang besar.

Para ulama sepakat mengatakan ini adalah haram.
Dalil-dalinya:-

1. Firman Allah:- ﴿وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ﴾ (البقرة: من الآية 195)

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan.”


2. ﴿وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ﴾ (النساء: من الآية 29)

“Dan janganlah kamu saling membunuh sesama kamu.”

3. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

لا ضَرَرَ ولا ضِرَارَ

“Tidak boleh melakukan perkara mudarat kepada diri sendiri dan kemudaratan kepada orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan Dar al-Qutni – imam Nawawi mengatakan ini hadis hasan)

Keadaan Kedua:Adapun sekiranya mogok lapar yang tidak membawa kepada kebinasaan, maka para ulama masa kini terbahagi kepada dua pendapat:

Pendapat Pertama: Mereka berpendapat, mogok lapar adalah perkara yang dilarang oleh Islam walau apa pun tujuan. Ia adalah satu perbuatan yang menyeksa diri sendiri. Sekiranya mati , ia dikira sebagai bunuh diri.

Ini Adalah pendapat Syeikh Atiah Saqar mantan pengerusi Lajnah Fatwa Mesir dan Prof Dr Hasan Abdul Ghani Abu Guddah.

Pendapat Kedua: Mereka berpendapat sekiranya mogok lapar bagi orang yang dizalimi untuk mendapat perhatian umum bagi melepaskan diri dari kezaliman atau mendapatkan hak mereka, ia diBENARKAN. Ini sekiranya, mogok lapar cara yang terakhir dan boleh memberi kesan. Ia adalah satu perbuatan terpuji jika menyebabkan musuh-musuh Islam yang menzalimi rasa marah dengan tindakan mogok ini. Mereka marah kerana mogok ini mengundang simpati masyarakat setempat dan dunia terhadap mereka yang mogok yang dizalimi. Menyebabkan musuh-musuh Islam marah adalah suatu amalan yang soleh. Firman Allah swt:

‘ولا يطئون موطئا يغيظ الكفار، ولا ينالون من عدو نيلا إلا كتب لهم به عمل صالح’. التوبة : 120

“Dan apabila mereka memijak tempat orang-orang kafir sehingga menyebabkan orang-orang kafir marah dan apabila mereka itu mencederakan atau membunuh orang kafir maka akan ditulis sebagai amalan soleh bagi mereka.” (surah taubah: 120)

Ini sekiranya mogok tersebut tidak sampai kepada binasa diri. Sekiranya begitu, maka hendaklah mereka berhenti dari mogok tersebut serta merta.

Ini adalah pendapat Syeikh Yusuf Qardawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam seDunia, Syeikh Faisal maului Timbalan Pengerusi Akademi Fatwa dan kajian bagi eropah, Syed Muhammad Husain Fadlullah Ulama syiah lubnan, Dr Muhammad Mahrus Ketua Lajnah Fatwa bagi Kesatuan ulama Iraq dan Syeikh Soleh al-Fauzan ulama Saudi.

Kesimpulannya:
Sekiranya ini adalah senjata yang terakhir(mogok lapar) dan memberi kesan untuk mendapatkan matlamat yang dibenarkan oleh syara’ atau menghindari dari kezaliman maka ia dibenarkan dan malahan ia dituntut.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Jawahir Lu’luiah oleh Dumyati,
Laman web:
1. Ikhwanonline
2. alraedh-maktoobblog.com
3. ahlalhdeeth.com

copied from: http://akhisalman.blogspot.com/

DiTravelog





Assalamua'laikum.

Entri kali ini ku namakan "Di-Travelog" =)... ingin di saintifik-kanlah kononnya ni. Mcm monokotileden, dikotileden..=)
Dua kali pena ku berdenting tak tahu ingin ungkapkan apa..
Telah berkali-kali bibirku mencadangkan para sahabat membeli buku ini. Apatah lagi menceritakan pada ibu dan kakakku yang gemar membaca buku...

2 Travelog yang telah ku tamatkan dalam tempoh sebulan ini, ini menjadikan 3 buku telah ku khatam utk tempoh cuti ini, menuju 4 dah nih =)

Travelog yang pertamanya..

Abtadiu Bismillahirrahmanirrahim.

Tajuk : TRAVELOG Seorang Da'i
Pnulis: Abdul Rahman Mohamed
Harga: Sem RM 20.00 Sbh/Swk RM 22.00
Terbtn:Telaga Biru Sdn. Bhd.
Pages : 277 pages
Status: Selesai baca

"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-payah dahulu, insyaALLAH senang kemudian"

Pernah tengok cerita SANG MURABBI? Ana sahaja belum habiskan CD tu. Baru sempat tengok CD 1, semangat juang membara membuatkan ana nak tgk CD ke-2 cuma belum berkesempatan. CD ni sahabat ana yang belajar di Indonesia yang hadiahkan. Incase nak pinjam bagitahu shj..

Kalau CD Sang Murabbi adalah kisah benar. Begitu juga buku Travelog Seorang Da'i ini. Dipamerkan kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah yg menjuangkan kebenaran walaupun pahit.

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu tentang apa yang dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang"
Begitulah tafsiran firman ALLAH dalam surah al-An'am: 165

Memoir kecil ini berkisar tentang Ustaz Abdul Rahman Mohamed yang mengandungi 9 Bab.

Bab 1: Zaman Kanak-kanak
Bab 2: Zaman Remaja
Bab 3: Berkhidmat kepada Negara
Bab 4: Cahaya Islam
Bab 5: Menyambung Pelajaran
Bab 6: Sekembali dari Indonesia
Bab 7: Cabaran Demi Cabaran
Bab 8: Nostalgia Lalu..
Bab 9: Dakwah Harus diteruskan

Dia pernah berlapar ketika masih di bangku sekolah rendah dahulu. Sehinggakan pernah dihalau oleh makcik Kantin di sekolahnya. Dia juga pernah hampir diliwat oleh 2 orang asing. "Keluar mulut buaya, masuk mulut naga", ini peribahasa yang sesuai utk peristiwa itu.

"Falsafah pentadbiranku , work smart, not work hard." Dia ada petua kejayaan tersendiri ketika bergelar pelajar:

a) Aku usaha belajar bersungguh-sungguh
b) Aku kumpulkan nota-nota setiap mata pelajaran untuk dibaca berulang-ulang sebelum tiba hari peperiksaan.
c) Setiap kali aku berhasil memahami sesuatu, aku akan bersyukur kepda ALLAH dengan mengatakan "Ya ALLAH, aku berterima kasih kepada-Mu kerana memberi kefahaman kepadaku. Tambahkanlah lagi kefahamanku dan jadikanlah ilmu yang aku pelajari ini bermanfaat"
d) Setiap kali aku solat atau berada di tempat dan masa yang mustajab untuk berdoa, aku akan berdoa meminta kejayaan yang cemerlang.


Dia benar-benar hanya menghiraukan pandangan ALLAH, Hasbirabbi jallallah
Setiap kali tamat pengajiannya, dia akan sujud syukur sebaik shj keluar daripada dewan peperiksaan sbg tanda kasih pada kekasih hatinya, ALLAH.
Biarpun Lembaga Pengurusan Masjid (LPM) dan pihak MUIS menjatuhkan statusnya, dia tetap bangkit untuk sebarkan dakwah kerana dia cinta jalan dakwah
Seorang ustaz, tapi pernah melakukan kerja-kerja membaiki tandas kerana urusan dakwah

Baginya. Dalam perjuangan ini dia membawa tiga PANJI-PANJI:

a) Panji-panji sebagai Mukmin. Sekiranya aku berjaya, kejayaanku mewakili para mukminin yang lain.
b) Panji-panji asatizah yang akan menaikkan nama baik asatizah.
c) Panji-panji bangsaku. Aku harapkan kejayaanku akan menaikkan nama bangsaku, bangsa Melayu.

Rahsia kebolehannya:

a) Suka memerhati
b) Suka bertanya
c) Berani mencuba. Genggam bara api biar sampai jadi arang

Dia akhirnya telah bangkit dengan barangan yang dieksperimenkannya sendiri. Sabun sertu. Alat tayammum. Byk lagi. Inilah antara usaha dakwahnya..

Beliau adalah seorang tokoh agama kelahiran Singapura. Didikan awal di Kallang Integrated Primary School dan di MacPherson Secondary School. Memulakan pendidikan agamanya di Beduk bersama Ustaz Osman, kemudian melanjutkan pendidikan di Jawa Tengah, Indonesia dan peringkat sarjana dalam bidang syariah di Universiti Madinah al-Munawwarah. Beliau juga meraih diploma lanjutan dalam bidang Mass Communication daripada institusi Cambrigde dan sijil dalam bidang Ekonomi dan Akaun dari UTM. Beliau pernah menjawat jawatan tinggi di singapura selama sepuluh tahun. Sekarang, beliau ialah pengarah urusan Fiqh Consultancy & Services. Banyak buku, dan CD telah diterbit dan ditulisnya.


Ustaz Zahazan Mohamed merangkap mas'ul kita di PJ, selalu promotekan buku ini dalam kuliah Tafsirnya 6.30am kt IKIM.Fm~

SELAMAT MEMBACA =)

Yang keduanya.....

Tajuk : TRAVELOG Haji: Mengubah Sempadan Iman
Pnulis: Muhd Kamil Ibrahim
Harga: Sem RM 18.00 Sbh/Swk RM 20.00
Terbtn:PTS Islamika Publications&Distributions Sdn Bhd.
Pages : 170 pages
Status: Selesai baca

"Ya ALLAH, aku ingin menjadi tetamuMu yang istimewa, tetamuMu yang paling istimewa, tetamuMu yang paling-paling istimewa"

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? - ArRahman: 36


Dipamerkan di dalam buku ini kisah benar seorang insan bernama Muhd Kamil Ibrahim..
Dihimpunkan 49 bab di dalamnya dengan setiap bab sekitar 2~3 muka surat. Ini antaranya..

Bab 1: Aroma Haji

Bab 2: Aku Manusia Jahil
Bab 16: Universiti Baitullah
Bab 18: Tolong Jaga Ibu saya
Bab 23: Hajar Aswad

dan banyak lagi....

Setiap gambaran yang diberikan adalah sangat tepat...
Air mataku mengalir yang selebat-lebatnya pabila membaca buku ini kerana setiap nafas yang dialami oleh haji kamil di makkah dan madinah, membuatkan aku terkenang persis nafasku ketika menunaikan umrah pada usia 11 tahun dahulu... Apatah lagi saat itu bulan Ramadhan..
Aku jadi rindu.. aku jadi rindu.... aku jadi rindu dengan rumahMu ya ALLAH.......

Setiap bait2 dalam buku ini sgt indah... tapi, bait yang paling indah buatku pada setiap kali Hj kamil berdoa... dia gemar berdoa berulang-ulang kali... membuatkan tiap kali aku baca doa-doanya seolah-olah aku sendiri yang sedang berdoa dan air mataku kembali jatuh ke riba.. Ya ALLAH kerdilnya sungguh diriku ini...

Ya ALLAH ya Tuhanku... Ampunilah dosa-dosaku dan salah silapku... Berikanlah aku hidayah dan taufiq ya ALLAH... Ya ALLAH, sayangilah hambaMu ini... sayangilah hambaMU ini ya ALLAH...sayangkanlah aku ya ALLAH.........


Travelog yang ke-2... benar-benar istimewa... benar-benar istimewa,,,..

Mohon Kemaafan..

Assalamua'laikum~
Ku kuntum seinfiniti kemaafan atas kelekaan yang membuatkan lama tidak dpt menulis di blog. Hanya yang mengerti shj tahu kenapa =)...Dan itu hanyalah ALLAH..
insyaALLAH akan ku kirimkan semula kiriman-kiriman bunga dalam blog ini..

Kelihatannya aku semakin 'capek' meniti isu semasa yang ada atas muka bumi.. Hampir tiap hari, tiap waktu, tiap saat, tiap detik, pasti hatiku merintih memohon kegemilangan ISLAM dalam diriku, dlm keluargaku dn negaraku...

Ya ALLAH... berikanlah kami hidayah dan taufiq,,, berikanlah kami hidayah dan taufiq... berikanlah kami hidayah dan taufiq...........................

Rabu, 20 Mei 2009

Di-award dan Meng-Award



alhamdulillah Pictures, Images and Photos

Buat K.Jie atas hadiah yang cukup bermakna ini, Jazakillahukhairan jaza'.. Lebih-lebih lagi persinggahan di blog itu terpalit entri 'Inspirasi Buat Diri' ... Aku masih merasakan detik-detik bersama arwah masih harum mewangi.....

Seperti yang telah diamanahkan kepadaku.. 10 orang yang terlintas difikiranku untuk menerima award ini adalah:

1) Kak Suhaila.. Kakak iparku yg berjuang di perantauan =)
2) 'Atikah Sahabat terbaekku =).. Ukhuwah kami bermula dari KMNS dan insyaALLAH
ukhuwah ini akan kekal sehingga ke syurga yg kekal abadi..

3) K.Elany.... Hadiah dari K.su buat kakakku cyg~
4) Saidah.. "3 Serangkai" ,,, panggilan ana-enti-asyura
5) Aida... Syg Aida..syg sgt~
6) Shahirah... Ana bagi kat nti ya habibati ^_^
7) Jamilah... Ratu penulisan =)
8) Ainul Salasiah
Ashabul Musolla =)
9) K.Nurul Syuhada Mmg layak dpt dah =),syukran ya ukhti krn memekarkn jiwa muda kami
10) K. Ain comey~ Kak, adik selalu terkesan dgn nasihat akak, dn kalau akak senyum, "senyum dari hati" =)...


Untuk muslimin:

1) Nik hanis
2) Hafizuddin
3) Amirudin
4) Syaufiq
5) H.F
6) Hidayat
7) Faris Zamri
8) Taufiq
9) Faiz
10)
Rizwan


Tapi satu je, concept award ana ni. Hang singgah, nama hang ada, hang dpt la noh =)...
InsyaALLAH ramai lagi yg patutnye dpt, tapi nak cukupkan 10 mslimin 10 muslimat..Asif jiddan~