.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Isnin, 7 April 2008

Gembira deh~...

(PICTURE KEMUDIAN YA =] )


Seronok dpt jumpe dengan MIJAH NAD AYAN ANA , rsnye kembali ke alam persekolahan dulu. Seronok sgt.. rsnye seakan tak percaya bahwa kami ni telahpun memasuki puncak alam remaja~ hakikatnye.itulah dia. n memang dah nak bolih mengundi pun =]~

Satu dua tiga empat lima, bila kembali bersatu seakan rasa bahagia segenap rasa. Bila angin mula beralun, bila daun mula menari, bila gerimis mula muncul, mereka seakan faham akan kebahgiaan yang menyentuh diri ini.

Ya ALLAH… moga rabitah hati antara kami semakin kukuh dan bertambah kukuh dan akan terus kukuh… Biarlah pertemuan ini bukan sekadar di sini.. biarlah ianya sampai ke syurga yang abadi.. bukan sekadar rasa cinta yang sebentar.. cinta persahabatan yang kekal abadi sampai kapan pun..

Antara Kerjaya Dan Kejayaan~..




Seakan tidak percaya bila check result baru-baru ni…
Itulah,,, bila keyakinan pada ALLAH itu datang…insyaALLAH takkan rugi =]
Hanya pada sujud jualah selayaknya kesyukuran itu bertamu… menjadi tetamuNya di setiap ujud yg ada…

Tidak ada tempat lain lagi yang perlu dipanjatkan kesyukuran, hanya padaNya jualah…
Lalu keyakinan mulai menjalin… Wahai diri, banyaklah merujuk Surah Muhammad ayat 7… MasyaALLAH Tabarakallahu Ahsanul Kholiqin =]…

Cinta Ilah/Rabb vs Cinta Manusia~


Manusia terlalu rakus untuk merebut cinta sesama manusia sehinggakan terlupa cinta yang lebih agung yang perlu diangkat martabatnya..

Entah kenapa hal ini makin berleluasa di mata dunia pada hari ini… Kenapa? … Inilah dia telah datang tanda akhir zaman… Lalu siapakah yang perlu dipersalahkan… mungkin kamu? Mungkin dia?? Atau sebenarnya mungkin aku sendiri…

Akulah insan yang sebenarnya lemah… lemah untuk mencegah kemungkaran dengan ‘tangan’ku sendiri… lemah untuk mencegah dengan lidah ku sendiri… lalu yang tinggal hanyalah selemah-lemah iman yakni mencegah dengan hati…

Daripada Abu Sa’id al-Khudriy r.anhu, katanya, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia berusaha mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia berusaha dengan lidahnya, Jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia berusaha mengubahnya dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.”

~Riwayat Muslim~
~Hadith ke-34 Imam Nawawi~

Air mata cinta~..






Air mata mampu sahaja menari di pinggir-pinggir bulu mata ini…
Bila rasa cinta padaNya mula bertamu, bukan sekadar hati mula mengorak rasa gembira, malah senyum itu akan datang dari segenap hati~…terlalu indah rupanya bila hati sudah berpunya~satu-satunya cinta yang tak mungkin di cegah!

Cinta seperti inilah yang perlu dipertaruhkan…cinta yang hak hanya untukNya..untuk Rabb…hanya disitulah selayaknya untuk cinta ini diserahkan…

Namun…
Apakah diri ini telah pun memiliki cinta ini?...lahirlah wahai cinta…lahirlah tanpa henti… datanglah tanpa ia dinodai.. lahirlah… hanya untuk ALLAH Azza Wa Jalla~