.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Sabtu, 14 Mac 2009

.:: Isu Lama. Hangat Terasa ::.

bismillah Pictures, Images and Photos

Seperti yang ana ma'lumkan, kesibukan ana tetap tak dapat menandingi mana-mana pihak..
Kalaupun Ust Nasarudin Tantawi mampu menaip di komputer riba atau komputernya 2hari sekali, kenapa juga tidak aku ya?
Terus, entah bagaimana mahu tebus ana sendiri tidak pasti..
Sengaja aku bangkitkan isu lama yang masih terasa kehangatannya hingga hari ini..

Dari telinga ke telinga lalu meniti kebibirku untuk disampaikan pd shbt yang lain.. Kuyakini akan sumbernye lalu ku yakini untuk disampaikan pada individu2 yang lain.. Terdengar ana suatu kisah benar yang berlaku di Mesir, antara asbab kuasa BOIKOT ini telah menyebabkan 3 cawangan McDonalds di bumi Mesir itu terpaksa ditutup rapat bagi mengelkakkan kerugiaan yang melampau2..

Gambar ini juga adalah merupakan daripada kehidupanku sepanjang tempoh bergelar Skuad al-Gumbaki..




Ini adalah suara mahasiswa yang melaung2kan

.::"Khaibar2,khaibar Ya YAHUD!!!"
Hancur-hancur2,,HANCUR ISRAEL!!"..::.


Biarpun perlu untuk ke nilai berdemonstrasi bersama sahabat-sahabat matriks, kami insyaALLAH sedia melakukan jihad ekonomi biarpun belanja yang besar..

Semangat atau tidak, sehinggakan pada suatu ketika di rumah Muslimat K.Fishah melaung-laungkan "HANCUR2" (ala-ala laungan ketika himpunan 1000 Mahasiswa). Pastilah semangat!. Kerana pada waktu itu, K.Fishah cuma berada di dapur bersama satu mangkuk yang berisi daging untuk dihancurkan.
MasyaALLAH Tabarakallah, kecil2 cili padi semangat kekandaku ini..

SAHABAT2ku, semangat kita jangan hanya tinggal semangat.. Laksanakan tanggungjwb kita untuk terus memboikot.. Don't worry, ALLAH will give you more than what you have done ^_^..

Wallahutaa'la'alam..

Ad-Dua' Silahul Mukminin...

bismillah Pictures, Images and Photos

In The Name of ALLAH... The Most Gracious and.. The Most Merciful..

Terlalu lama aku menyepi dari dunia blogging ini..
Mataku mula menjadi mata-mata untuk kehidupan, kehidupan dan kehidupan di atas muka bumi ini..

Yakin di hati, bahawa kesibukanku langsung tidak setaraf mahupun setanding dengan jundullah yang lain..

Dosa yang aku lakukan lebih bertebaran untuk menutupi kebaikanku yang sebesar hama.. itupun kalau benar ada kebaikan itu..

Apa yang bakal aku coretkan selepas ini tiada ni'at untuk meng'aibkan mana-mana individu.. Jujur insyaALLAH dari lubuk hati ini..yang dipinta dari diri ini adalah doa' kepada seorang ummat...

Dr.KHAIRUL IDZWAN







Ya ALLAH... KU POHON... Kirimkanlah taufiq buat insan ini.. Ku yakin.. bahawa Engkau telah sediakan jalan-jalan hidayah buatnya.. Lalu, cerahkanlah jalan-jalan kau hamparkan buat insan ini...




Apakah salah kalau kita ringankan tangan kita ini untuk kita mendoa'kan insan ini?...

Hari ini aku terpanggil untuk mendoa'kan insan ini kerana aku terkenang akan usaha dakwahnya suatu ketika dahulu... Bermula daripada SMAP Kajang insan ini antara yang memulakan method da'wah melalui medan suara..

Baru hari ini, aku cuba mendalami isu insan ini..


Penjelasan Isu Dr Izu

Sesiapa sahaja pasti terkejut mendengarkan berita menyaksikan kisah yang terpapar di media mengenai sahabat kita, Khairul Idzwan Baharin. Kalau anda sedih, bayangkan apa pula perasaan sahabat-sahabat Saujana, ahli keluarga, malah guru-guru di SMAP Kajang. Bukan kepalang.
Kami dihujani komen dan panggilan bertanyakan reaksi dan respon. Wartawan, teman, peminat, keluarga. Tapi jawapan kami terbatas. Kami sendiri sudah hampir tiga tahun tidak bertemu Izu. Kalaupun berjumpa, hanya di talian atau SMS. Berita yang kami dapat pun melalui kawan-kawan yang tidak ketahuan kebenaran khabarnya. Jadi, mungkin Izu ada alasan tersendiri mengapa begitu jadinya. Kami mohon maaf sekiranya Izu telah melukakan hati kalian. Apapun, marilah kita sama-sama doakan semoga Allah sentiasa di sisi untuk membantu dan memberi hidayah. Janganlah menghitung, kerana Allah itu sebaik-baik penghitung. Janganlah mengeji, kerana Allah jualah yang membalas nanti. Kerana doa itu senjata mukmin, maka doa jualah penawarnya.

Saujana takkan berhenti... - www.saujana.net.my

Bahkan ramai umat Islam diluar sana memohon supaya kita semua mendoa'kan hamba ALLAH ini.. Ana mhn ma'af tak dapatkan link -kan buktinya kerana baru sebentar tadi komputer riba-ku terminate seketika.. Jujurlah keegoan-ku yang ada terlerai bila air mata ku mengalir terkenangkan umat akhir zaman yang dicintai Rasulullah.. "ummati..ummati..ummati....." Apakah sebenarnya hadiah kita buat Rasulullah sempena 12 Rabiul awal yang lepas?...

Justeru... buat pihak yang mampu untuk menyedarkan insan bernama Khairul Idzwan ini dari jarak dekat, manfaatkanlah peranan anda.. dan kita, atas dasar Umat Islam... doa'kanlah biarpun dari jarak jauh..

Inilah adalah nasyid yang pernah dialunkan oleh Saudara Khairul Idzwan...


Pada Mu Selamanya

Sejenak ..
ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya .. Ohh

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku
Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali
Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi
Terasakan … terbuka
Kunci pintu hatiku

Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cintaMilik-Mu Yang Esa
Selamanya…

Pada-Mu selamanya .. oh…

Apa yang lebih terkesan di sekeping hatiku ini, nasyid ini sendiri adalah antara usaha...


Komposer: Khairul Idzwan
Lirik: Khairul Idzwan
Penerbit: Mujahid Abdul Wahab

Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat... 49:10