.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Isnin, 28 September 2009

"1 keluarga 1 Hafiz"




Ramadhan, malam-malam terakhir-ku di habiskan bersama keluarga-ku.
Syukur pada ALLAH, juzu' 30 sempat dibaca bersama 2 imam. Pertama, surau al-Ittihad, Taman Setia. Kedua, Shah's Mosque UIAM =) ...

Malam ke-27, berimamkan Al-Fadhil Ustaz Uwais al-Qorni Abd Latif beliau sempat menyeru beberapa perkara sebelum menunaikan solat tarawih. Kagum diriku pabila seruan beliau akhirnya membuatkan kesemua jamaah ketika itu menunaikan 20 rakaat slt snt tarawih~

Ini madahnya yang paling terkesan di hati-ku..

''kalau kerajaan dulu pernah kempen satu rumah satu komputer...skrg saya nak kempen dgn tuan tuan dan puan puan ...." ustaz...ustaz. apa pasal cerita pasal kerajaan ni malam akhir khatam AlQuran ni. adehhh... .

".....saya nak kempen...satu keluarga satu hafiz. penting di akhir zaman ni ada di kalangan keluarga kita ni penghafaz alQuran yang betul2 hafal alQuran dan amalkan isi kandungan alQuran serta menyampaikan ilmu yang dia ada. bukan hanya hafal alQuran semata-mata sahaja"
khusyuk aku mendengar... ..

Bahkan dengan keprihatinannya yang ada, beliau turut menyeru pihak AJK masjid supaya mengusahakan Pusat Tarbiyyah Tahfiz di kawasan perumahan kami ini. ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR walillahilhamd~

Ust Zahazan Mohamed

Baru-baru ini didalam kuliah tafsirnya, ustaz ada menyebut tentang kelekaan masyarakat zaman sekarang yang menganggap hafazan itu perkara remeh. Tanggapan, "hanya dengan satu click anda boleh menjelajah ke satu dunia" yang ada pada internet makin berleluasa. Lalu hadith-hadith dan kalam ALLAH mudah di copy dan di paste-kan dalam blog dan sebagainya seolah-olah ianya telah dihafaz sedangkan tidak pun sebenarnya. Ustaz menyarankan agar isu hafazan ini di highlight-kan semula dikalangan umat Nabi Muhammad s.a.w~

Akhir kalam, semoga tema "1 keluarga 1 hafiz" dapat diterapkan dalam keluarga-ku khususnya, amnya keluarga anda semua. AMEEN ~ =)



Sabtu, 26 September 2009

Syawal: Berjayakah Kita?

Rasulullah S.A.W. bersabda ;

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian mengirinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (Hadith Riwayat Muslim)

* SELAMAT BERPUASA *

Jumaat, 25 September 2009

ALLAH, ajarkan aku menjadi graduan terbaik..

Bismillah Pictures, Images and Photos
Mahu atau tidak. Tetamu yang dirindui kerana ALLAH ini pasti akan berlalu, dari hari pertama sudah tahu bahawa pasti akan ada perpisahan dengan si dia..

Sungguh berbeda


Setiap umat yang melangkahkan kaki ke universiti Ramadhan pasti akan ungkapkan ini.


BUT!!

Mahu menjadi insan Rabbani-kah atau Ramadhani-kah?

وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ...

“…namun jadilah kalian hamba Rabbani, terhadap apa yang telah kalian pelajari daripada Al-Quran dan daripada apa yang telah dikaji”. (Ali Imran:79)

Sidang blog yang dikasihi sekalian,
Ramadhan datang dan pergi, usahlah diri kita menjadi hamba kepada Ramadhan (Ramadhaniyyan) di mana 'amal kebaikan hanya kita laksanakan pada bulan ramadhan sahaja. Contoh, ghoddul basor di ramadhan sahaja. Contoh, solat sunat rawatib di ramadhan faqad. Contoh, zikir sepanjang masa fi Ramadhan faqad.
Ini dia hamba bulan Ramadhan.

Pilihlah untuk menjadi Rabbaniyyan. Atas urusan apa sekalipun kerana ALLAH. Solat sunat kerana ALLAH, zikir kerana ALLAH. Dan bukan atas asbab Ramadhan semata-mata. Atas itu, biiznillah, kita sama-sama dapat intima' dengan amal ibadat pada 11 bulan yang mendatang sementara menanti Ramadhan.

Luahan rasa-ku:
Fitnah melilau-lilau..
lebih derita fitnah agama
lebih sakit fitnah politik
lebih parah fitnatunnisa'

Aku melihat dunia makin parah dengan daki maksiat
Isu semasa bila isteri ditangkap khalwat, oleh siapa? suaminya sendiri
Isu kampus pabila siswi sembunyi setelah muka tebal seinci
Isu jiran pabila sang islam, 2 anjing dibiar menjadi pengawal peribadi

Kejinya graduan yang salahguna universiti Ramadhan
segulung ijazah untuk mengkaburi mata dunia kah?
cukup setakat dunia, kerana golongan yang fujur akan gagal di mahkamah akhirat.

ALLAH,
Pabila aku berbicara tentang masyarakat,
Lidahku pasti petah,
Namun bagaimana-kah diriku?
Apa-kah aku telah menjadi graduan yang baik dari universitiMu itu?
ALLAH... ajarkan aku menjadi graduan terbaik..


Kiriman,
~Insan yang merindui tetamunya~

Khamis, 24 September 2009

Teratak BaitusSakeenah =)

Assalamua'laikum w.b.t.
Adik Beradikku, adik gunakan wadah blog ni untuk beberapa gambar yang tak larat nak di upload dalam emel.. hehe..
Semoga teratak BaitusSakeenah akan terus berseri-seri dengan senyuman dan 'salam' dalam usrah kita =)..

Align Center
Kiri : PokCik Pih, Cik Kin, Amir, 'Aisyah Kanan: Pok Cik Di, Cik Sarah, 'baby AL =)'


Nenek Sharipah Wan Ismail, Amir Hamzah Fitri Bucukk


Sama seperti Mama, Abah pun pakai baju raya yang adik bagi. Jgn jeles =P...


Ketekunan abah, abe di, abe pih ketika sesi mencabut alat-alat kamera. Tahun depan abe eng dengan abe we pula yang bantu eh =), Biiznillah~


Sama-sama doa'kan baby AL dapat dilahirkan dengan selamat dan sihat. Begitu juga dengan baby K.isey n Abe eng yang bakal dilahirkan hari ni... Amiin =)...

Surat Cinta Syawal



Jubir Bin Nufayr dan Muhammad Bin Ziryad berkata:
Apabila sahabat Nabi Muhammad s.a.w bertemu pada hari raya, mereka akan ucapkan TAQABBALALLAHU MINNAA WA MINKA (semoga ALLAH terima 'amal kami dan amal kamu) ~Riwayat Ahmad~

Assalamua'laikum WBT..
Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah
Institusi Bloggers yang dikasihi k
erana ALLAH..

* Semoga madrasah Ramadhan kali ini benar-benar dapat mentarbiyyah diri kita.. melahirkan insan yang sebenar2nya hamba kepada ALLAH..

* Semoga 'amalan-'amalan yang kita hadirkan dibulan Ramadhan diteruskan pada bulan-bulan2 yang seterusnya..

* Dari kami keluarga BaitusSakeenah, dengan serendah-rendah hati kami, memohon seinfiniti kema'afan atas segala tanggungjawab silaturrahim yang yang terabai, segala janji-janji yang tidak tertunai,hutang-hutang yg terlupa dibyr dan
atas segala kekhilafan yang telah kami lakukan sama ada dalam sedar mahupun tidak..

Ma'af Zahir dan Batin
dari kami warga BaitusSakeenah

~Taqabballallahumin naawaminkum~


"Li kulli zamaanin fursaan"
"Likulli madinaanin rijaal"

~Setiap Perjuangan ada Pemimpinnya~
~Setiap Pertempuran ada Panglimanya~

Rabu, 23 September 2009

Nota London : Edisi Khas =)

Assalamua'laikum w.b.t

Pernah meluat membaca kisah hidup insan-insan di alam maya seperti blog. Siapa? aku-lah tu.
Pernah rasa cam tak nak taip langsung tentang kisah hidup sndiri di blog. Siapa? aku-lah tu.

Lalu ku dekati.

Ingin menjadi da'ie. Siapa?angkat tgn.... AKU!!!

Aku memilih untuk kongsikan kisah hidupku di sini walaupun secara lisannya kadang2 payah untuk ku utarkan pada rakan-rakan mahupun sahabat-sahabat.
Kenapa ya aku tetap memilih untuk melakukn begini walaupun rasa meluat itu ada?

Sekali lagi.
menjadi DAIE.

Warga blog yang dikasihi sekalian.
Hasil usrah yang pernah aku lalui dahulu.
Kami kupaskan tentang isu dakwah. Lalu sempat kami kategorikan tahap mad'u.

Ada 3 kategori

1 : Paling tinggi, faqih tentang islam. ilmunya sangat tinggi, ayat qur'an menjadi teman setiap hari.
2 : Sederhana, ada fikrah islam namun kurang penghayatan.
3 : Rendah, kurang atau boleh dikatakan tiada langsung 'ilmu tentang Islam.

Kemudian, kami 'terjah' bagaimana cara terbaik untuk berhadapan dengan 3 jenis mad'u ini.

1 : Adinnu nasihah, jadi tak salah kita tegur golongan ini pabila nampak ad kesilapan yang dilakukannya. Cuma cara berhadapan dengan mereka. Selayaknya ayat qur'an dan hadith boleh kita kongsikan. Nasihat dengan sirah dsbgnya. Kalau mampu maksimum yang boleh. Biiznillah, hati yang baik pasti akan mendapat rabitah hati walaupun dengan kaedah teguran.

2 : Boleh manfaatkan ayat qur'an dan hadith cuma kurangkan,mungkin dgn kuantiti satu. Lebih banyakkan berkongsi sirah, cerita dan analogi.

3: Kalau boleh, elakkan penggunaan ayat qur'an dan hadith. Cuma boleh re-state "ha, tentang menda ni ALLAH ada sebut dalam qur'an." ... "Menda ni pun ALLAH ad state dlm qur'an"..
Dan banyakkan berkongsi pengalaman hidup diri dan orang lain.
Dari situ mudah-mudahan Hati yang baik dapat menghidupkan hati yang mati~=)

Sekadar perkongsian buat pemerhati blog-ku. Jazakumullahukhairan jaza`.

Salam'alaik.

Selasa, 22 September 2009

Nota London 15 : Episod akhir




20 Jun (Sabtu) : Melawat St. James Park dan Buckingham Palace. Bersama abe we dan k.su dan si kecil berdua dan si besaq cek yah =)..
Perjalanan anak muda di teruskan dengan kenderaan awam yang begitu terhad. Di khabarkan hari ini ada demonstransi, maka, kereta
polis berada di banyak perhentian dan jalanan. Jalan kereta api banyak sekali di tutup. Hanya satu jenis kereta api shj yang dibuka. Seronok turun naik lif bila silap kereta api. <<>> =P

Syukur pada ALLAH.. Nikmat terasa, bila manfaatkan masa bersama-sama abg dan kak iparku..
Penat hanya pada tubuh. Segar pada nafas dan kasih sayang.

Masa berlalu sangat pantas dan hari ini abah, mama, k.yah dan diriku bakal berangkat pulang ke tanah air. K.su tak dapat menahan sebak dan air mata sewaktu mengiringi kepulangan mereka semua di Heathrow Airport.. Dan hari ini aku telah melihat air mata abangku sendiri, mahal sama sekali..... aRrr+aiii+ennn+diii+yuuu... = ??



.:Doa Rabitah:.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini kerana mengasihi-MU;
bertemu untuk memenuhi perintah-Mu;
bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.
Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya,
Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya,
Maka eratkanlah ya ALLAH atas ikatannya..
dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini.
Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq.
Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam.
Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu.
Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu.
Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

With LOVE,
Cek Su
~ Bertemu dan Berpisah kerana ALLAH~




Nota London 14 : Malaikat

19 Jun (Jumaat) : Kami melawat Madame Thussaud's. Dapat lihat patung lilin para pelakon dan penyanyi hollywood dan bollywood, ahli politik, ahli sukan, ahli sains dll. Selepas itu, kami bersolat Jumaat di Regent's Park Mosque. Kemudian jalan-jalan di Oxford Street, Hyde Park dan Regent's Park. Kami dapat menikmati keindahan bunga-bunga ros pelbagai warna dan rupa. SubhanAllah.

* to be updated


Nota London 13 : Kami insan bercita-cita tinggi

16 Jun (Selasa) : Membeli-belah di ASDA.


17 Jun (Rabu) : Yah dan adik ikut abang pergi makmal universiti.

Bilik solat yang ada. Asif jiddan minni, beberapa gambar 'dikuarantin' kan atas faktor hakcipta terpelihara =). Dan bermula dari makmal abe we, kami (aku dan kakyah) pacakkan azam yang amat tinggi untuk cita-cita kami =)..

18 Jun (Khamis) : Hari ini merupakan hari lahir kekanda Nadiah yang ke-24. Umar gemar dengan bas bernombor 42.

Premis 1: 24 for Kakyah
Premis 2: 42 for Umar
Premis 3: Mak sedara borek anak sedara rintik. (Ape ek makna borek dan rintik, sejenis kueh, saya pun tak tahu..hehe)

K.su sempat membuat kek keju untuk K.Yah. Pada asalnya nak blajaq dari k.su, tapi aku memilih untuk mengumpan kakyah ke tempat lain. Tapi umpan tak menjadi, bocor juga rahsia.Hehe. Selepas memotong kek dan bersarapan kami bertolak ke London dengan menyewa sebuah bas mini. Kami menyewa di rumah tumpangan yang dimiliki oleh
En. Mahfuz. Tak sangka rupanya En. Mahfuz adalah bekas anak murid mama. Kecil sungguh dunia ni. Sebelah petang kami melawat sekitar Houses of Parliament, Big Ben. dan London Eye. Kami juga berjalan menyusuri Thames River daripada Wesminter Bridge sehingga ke Tower Bridge.


Isnin, 21 September 2009

Nota London 12 : Kemuncak Permusafiran




12 Jun (Jumaat) : Bertolak ke Glasgow, Scotland. Singgah solat jumaat di Masjid Darlington. Kami menginap di Hotel Premier Inn, Glasgow.



"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (al-An'aam [6]: 99) Warga blog yang di kasihi sekalian, Gambar yang di upload hanyalah sedikit shj gambar yang membuatkan jantung-ku berdegup kencang. Terlalu nikmat rasanya pabila setiap inci bumi ALLAH ini penuh dengan keindahan yang semulajadi; tanam-tanaman, angin, matahari, langit, awan.. segala-galanya..
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? " -55:13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77..




Abah menyuap mama makan setelah selesai menunaikan solat Jumaat di masjid Darlington =)

13 Jun (Sabtu) : Melawat Museum of Transport dan Uni of Glasgow. Abah mengimbau semula kenangan lamanya sewaktu belajar di Uni of Glasgow kira-kira 30 tahun dahulu. Kami tiba di Edinburgh agak lewat petang. Tak sempat nak melawat castle dll. Kemudian kami pergi ziarah dan makan malam di rumah Kak Fuada dan Abg Saidi.



Seperti biasa, subuh sekitar waktu tahajjud malaysia. Seringkali aku jadi syahid selepas subuh gara-gara waktu tidur yang amat pendek. Ketika jam 7 pagi baru boleh bangkit untuk sediakan sarapan.

Gambar: Abe We melayan telatah Muhammad Umar Mukhtar menikmati sarapan pagi. Syukur pada ALLAH, alhamdulillah kerana aku mempunyai 4 orang abang yang amat-amat bertanggungjawab. Aku dan kakyah sering kali memuji-muji abang-abang kami di belakang mereka, kerana terlalu kagum dengan sifat dan peribadi mereka. Alhamdulillah =)...



Seperti biasa, abe we telah menyediakan jadual perjalanan yang bermanfaat buat kami. Bermula daripada menyewa 2 buah kereta untuk perjalanan dari bandar Sheffield ke Glasgow. Abe we telah memuliakan insan bernama abah dengan membawa abah menziarahi kembali ke Universiti lama yang dirindui abah, University of Glasgow. Seorang anak muda dari daerah Tumpat, Kelantan yang menyambung pengajiannya di kota asing United Kingdom. Selaku anak sulong, insan yang kupanggil abah ini ingin menjadi qudwah hasanah buat adik2nya..

Tahniah abe we =)

Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: "Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya saya lagi." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."


Gambar di bawah ni, yang sempat dirakamkan ketika di museum of transport:





14 Jun (Ahad) : Makan tengah hari di rumah Kak Jas dan Azril. Ziarah Hazimin dan Isma yang baru bersalin di hospital. Melawat Kelvingrove Museum and Art Gallery. Kami masuk lewat dan tak sempat nak lihat banyak pameran. Bertolak balik ke Sheffield.

~Allahuakbar-allahuakbar-allahuakbar walillahilhamd~
Banyak yang aku pelajari ketika dalam perjalanan pulang ke sheffield. Antara perkara yang sempat untuk aku ingat utk dikongsikan:

* Menjaga umar & uwais sepanjang perjalanan, dengan peristiwa umar buang botol ke arah luar tingkap, lalu merengek beberapa ketika untuk mendapatkannya semula. Peristiwa istilah "penat" yang umar lontarkan rupa-rupanya dia ingin muntah, syukur alhamdulillah tindakan pantas di lunaskan oleh tangan pemberian ALLAH ini

* Perasaan cemas untuk meneruskan perjalanan ke Lake District memandangkan lewat bergerak dari Edinburgh castle, tetapi kami gagahkan diri untuk memenuhi hajat abah. Sungguh, jiwa-ku menjadi seram sejuk pabila melalui jalan yang berliku-liku. Tetapi ketenangan berjaya di capai pabila ALLAH makbulkan doa'-ku untuk melihat keindahannya dari dekat.. kambing biri-biri dari dekat, melihat petak-petak ladang yang dahulunya dilihat dari highway sahaja. Lebih tenang pabila ku temui pekan kecil, rumah-rumah desa yang indah pada mata dan juga hati-ku. Terkenang pada jiwaku yang dahulu ingin menjadi seorang interior designer..

* Pada saat kereta berhenti di pekan kecil itu, lubuk hati berkata, alangkah indah andai mata ini sempat menatap cahaya matahari terbit dari celah-celah tasik itu. Ingin sekali mengamati keindahan ALLAH s.w.t. itu..

* Hati gembira, teruja untuk menunaikan solat isya' dan maghrib ketika dalam permusafiran (kereta).. Kami berhenti di service atau di malaysia RnR. Malam dan gelap. Aku jadi tahu, bahawa kami akan solat di atas jalan raya. Sampai di service, kami melihat beberapa buah kereta sahaja di situ. Akan tetapi, setelah selesai berwuduk di baby changing room kereta polis ada di situ, dengan beberapa buah kereta dan motosikal yang pemiliknya bertindik sana sini, bertatu kanan dan kiri. Abe we pesan supaya banyakkan zikrullah. Sempat dia memberitahu fi hazal bilad, maujud peristiwa seorang yang selesai sahaja menunaikan solat, lalu mengebom kawasan tersebut. Memandangkan polis ada di kawasan itu, kami meletakkan sepenuh keyakinan kami hanya pada ALLAH s.w.t..

* Malam semakin gelap. Abah memberikan isyarat dengan membuat high beam dari belakang. Abe we seakan tidak dan masih belum mengerti apa mesej yang abah ingin sampaikan. Akhirnya dalam kegelapan malam, abe we memberhentikan kereta di tepi jalan. Kekalutan kami pendamkan pabila sebuah lori tiba-tiba turut berhenti. Dalam fikiranku, adakah mereka ingin berbuat sesuatu yang tidak baik pada ahli keluargaku? ALLAHU.......ALLAHU... Peliharalah Keluargaku dan diriku ini.. Lama kami berhenti. Pintu dikunci. Lama setelah itu, baru perasaan, abah pasang lampu hazard. Konsep di UK, hazard adalah benar-benar perlukan pertolongan. Jadi barulah aku faham bahawa lori tadi sebenarnya ingin menghulurkan pertolongan. Lalu aku keluar dari kereta untuk meminta abah padamkan hazard. Zikir ku dahulukan.
Jiwaku masih bergetar pabila umar tiba-tiba merengek dan menangis sekuat-kuatnya. Taa'wuz seakan tidak mampu ku lafazkan pabila kepalaku menjadi berat sama sekali. Umar ku dakap, seerat mungkin. Kepala-ku menjadi berat sekali dan ku serahkan umar ke pangkuan ibunya. Tanpa membuang masa, k.su membacakan ayat kursi ke telinga umar. Tangisan, rengekan hilang pada kalamullah itu.. Begitulah hebatnya ALLAH.. Terima kasih Tuhanku...

* Walaubagaimanapun, seorang perempuan, hatiku menjadi semakin risau, mata semakin ingin ku rapatkan walaupun tiada rasa untuk melelapkannya, telinga seakan ingin ku 'pekak'kan sebentar... Kalau dikatakan perjalanan melalui Gua Musang sudah terlalu gelap, akan tetapi Deru angin malam itu lebih gelap.. Amat dan terlalu gelap.. bahkan likunya amat tajam, lebih tajam daripada perjalanan ke bukit fraser. Azam-ku, ingin menemani abe we sehingga sampai ke bandar sheffield. Risau dia pun akan terlelap. Itu pada asalnya.. hakikatnya tubuhku teramat penat sehingga mata sendiri tertutup rapat, terlena..



Jumaat, 18 September 2009

Nota London 11: Eratkan ukhuwah, ringankan beban

10 Jun (Rabu) : Membeli-belah di pusat bandar Sheffield. Abah membeli kamera digital di kedai Jessop.

* Aku dan kakyah menenemani abah jalan di sekitar bandar sheffield. Kadang kala kena teman abah juga, asyik bersama mama tershayang je =)


11 Jun (Khamis) : Jemputan makan malam di rumah Kak Zahrah



Pic 1: Umar budget wat muka cumel. tak cumey pon..eheh
Pic 2: Duduk di tangga sementara menunggu yang lain siap2 pakai kasut.. ALLAHuRabbi.. Rindunya~... Masih terkenang bagaimana struktur rumah.. Rumahku syurgaku =)... Rumahnya sangat simple, tapi wujud istilah "salam" atau sejahtera pada seisinya. Abang we, adik rindu dgn family di sana..

Di bumi UK, ukhuwah lebih mudah dipelihara, al-maklumlah dibumi orang. Sebab tu K.zaharah buat jemputan ke rumahnya. Pastilah kami penuhi, makan kot =).. Selalu diperkatakan anak-anak negeri timur (qlate), daya penariknya adalah makanan rohani, dan daya penarik anak-anak selatan dan seangkatannya adalah makanan. Ikutlah apa nak dikata. Hehe..

Ikhwah akhowat yang dirindui kerana ALLAH... Ukhuwah itu bonus mark dalam jamaah, kalau kita cari kita yang beruntung, tapi kalau masing-masing pakat menyibukkan diri, tiada rasa berkehendak kepada ukhuwah, diri kitalah yang rugi..

Wallahutaa'ala'alam...

Nota London 10: Weston Park

8 Jun (Isnin) : Membeli pinggan mangkuk di Stoke On Trent, gudang pinggan mangkuk berjenama buatan England yang terkenal.


9 Jun (Selasa) : Melawat Weston Park Museum.

Sebabkan dah janji dengan cucu. So, by that day, abah decide kita gi jalan di museum yang dekat dengan rumah abe we. Here we go =)

Cucu ATUK...








Ini antara gambar yang ditangkap dalam Museum. Seb baek tak kena tangkap, rupa-rupanye photograph is not allowed. Huhu.. (Alhamdulillah =) )








Nota London 9 : Hati-hati

7 Jun (Ahad) : Pergi ke Carboot Sales di Old Coat, kedai outlet di Doncaster dan makan malam di Kebabish.


Carboot Sales, Old Coat:
Di sudut tepi, kiri dan kanan, pemandangan hijau memenuhi mata, tenang disudut hati...


Tiba di carboot sales, anjing kiri dan kanan, berdebar-debar juga =).. Tapi teringat bagaimana kisah seorang pelacur masuk syurga kerana memberi minum pada anjing =).. Buat pengetahuan semua, kami adik-beradik sedang belajar fekah tentang hukum memelihara anjing di dalam rumah, kerana isu ni sangat diutarakan di perkampungan kami. Wallahutaa'la'alam.



Oultet Doncaster:

Comel sgt umar main kereta menan ni =)

Tapi terkezut bila masuk dalam tempat beli belah...



Masmuk? bertanya pada kasut =)... Ini lah tanda 3 dot a.k.a kulit babi.. maka berhati-hatilah dalam berjual beli.. maka berhati-hatilah dalam kehidupan.. jangan disangka air yang tenang tiada buaya..

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialamai) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan ALLAH?" ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat" 2:214