.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Rabu, 24 Oktober 2012

DETIK OKTOBER



Oktober sering muncul menjadi kisah duka yang harus aku lalui
Berbanding mengeluh, merintih dan menangis, aku memilih untuk muhasabah akan diri

Kehidupan, biarlah ianya menjadi misteri
Namun coraklah ia menjadi istimewa buat diri..

Lalu aku menyelak penawar hatiku, QuranulKarim...

Sedang hati di ulit duka, aku membaca lagi bait-bait Allah di dalamnya..
Allah, jiwa ini benar-benar sedang berbicara.
Maka jari ini berjalan lagi dari satu muka ke muka yang lain.
Hinggalah terhenti pada suatu ayat, yakni..
" ... Dan Tuhanmu berfirman, 
"Berdoa'lah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu"


Aku kembali teringat pada doa'ku tika bermulanya semester kali ini.
Dan aku yaqin bahawa doa itu 'dipilih' olehNya 

Maka tika itu, hatiku cukup bergetar.

Lafaz Hamdallah meniti di bibir berulang kali.


Allah taqdirkan sesuatu yang cukup istimewa untuk Oktober kali ini..
Cinta Allah & Rasul aku terokai..

Maka aku temui apa yang mahu ditemui, dan aku mahu teruskan lagi kembara ini.
Ya Allah, Engkaulah Teman Kebahagianku..
Ya Rasul, Engkaulah Kekasih yang Paling Dirindui..

Tanggal Oktober akan ku jadikan detik yang sentiasa bermakna ~






Sabtu, 29 September 2012

Oh IIUM!


Assalamua'laikum w.b.t

Buat semua warga IIUM,
Semoga semuanya dalam keadaan sihat & saya mendoa'kan agar kalian bersabar dengan apa yang berlaku

PERKARA (1)
Fakta:  Malam tadi, setelah hampir 4 jam di experimental hall, pihak pentadbiran mengumumkan bahawa RE-ELECTION akan di lakukan atas sebab masalah teknikal pada sistem.

Pandangan saya: Terimalah dengan hati yang terbuka daripada PIHAK PENTADBIRAN kerana hakikatnya sistem manusia ada kesilapan. Ada hikmah yang perlu dicari.

 الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها

Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana, di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya

PERKARA (2)
Fakta: Agak, sekali lagi saya ulang, "agak". Agak kelihatan kelemahan Datuk Dr.Mizan Bin Hitam dalam berinteraksi dengan para mahasiswa malam tadi

Pandangan saya: Manusia dan emosi adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Sekalipun beliau adalah orang atasan, tetapi beliau juga ada kecenderungan emosi. Maka, ma'afkanlah kelemahan beliau itu.

PERKARA (3)
Fakta: Datuk Dr.Mizan memulakan pengumuman dengan selawat. Kerana beliau berkata, apa yang bakal diumumkan mungkin sangat mengejutkan.

Pandangan saya: Saya cukup memuji cara sedemikian, yakni untuk menenangkan hati. Inilah antara akhlaq orang Arab, yakni untuk meredakan kemarahan, kembali ingat pada kekasih kita, Rasulullah s.a.w.

PERKARA (4)
Fakta: Para mahasiswa diberi peluang untuk berkata-kata dalam sesi soal jawab malam tadi. Turut kelihatan, salah seorang mahasiswa yang menegur Datuk Dr.Mizan kerana terlalu banyak menggunakan ayat qur'an dalam menjelaskan sesuatu.

Pandangan saya: Dengarkanlah pada setiap teguran. Saya kira teguran semalam tidak kasar bahkan ada benarnya, kerana dalam mana-mana pertandingan perbahasan di peringkat sekolah pun, ayat quran ditegah sama sekali untuk digunakan. Itu antara pengalaman saya semasa di sekolah, tidak pastilah pula bagaimana sekarang. Dan saya memohon, dengan rendah hati, supaya pihak pentadbiran TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN pada mana-mana batang tubuh mahasiswa yang bersuara pada malam tadi. Kami hanya bersuara berbanding berkata di belakang.

PERKARA (5)
Fakta: Para mahasiswa IIUM perlu mengulang kembali proses pengundian, tetapi secara manual.

Pandangan saya:
Tahniah! Inilah hikmah yang kita perlu ambil. Semoga tahun yang mendatang, kaedah ini akan diteruskan!

PERKARA (5)
Fakta: Imej WUFI semakin hari semakin di rosakkan. Sebagai contoh penyebaran sistem pesanan ringkas yang mengatakan itu ini begitu begini.

Pandangan saya:
Jangan kotorkan politik dengan benda yang mazmumah. Asalnya ia tidak kotor tetapi tangan-tangan manusia yang mengotorkannya.

Wallahua'lam.


Ahad, 11 Mac 2012

Guneste Yanmayan Golgenin Kiymetini Bilmez

Jumaat, 9 Mac - U.K.H.W.A.H

Orang kata, pabila ada kita kurang hargai, pabila tiada kita akan mengenang dengan sebenar-benar perasaan. Barangkali benar kata-kata orang itu :)

Jumaat lalu mereka nyanyikan lagu "Allah, selamatkan kamu" buat beberapa antara kami, antaranya untuk diriku, ditambah dengan hidangan kek. Sedang hari lahir saya dah lama yang amat, atau lebih tepat tahun lepas.

Saya pun bertanya kpd Ateh sy, Mimi Nor Syahudda Setapani..
"Knapa?" ... atau lebih tepat kenapa disambut hari lahir saya walaupun dah lama berlalu... Lalu dia bercerita...Dan saya jadi teringat dengan sebenar-benarnya.. tatkala azan maghrib berbunyi menandakan telah masuk tarikh 28 Oktober 2011, dan ketika itu juga air mata yang menemani saya, dihadapan Achik saya, lidah saya hanya diam, tapi mata menitis tanpa henti, ada bebanan sebenarnya waktu tu, dua ujian terbesar dalam hidup saya waktu itu, tapi lidah kelu, maka mata yang mula berkata...saya memang begitu, hatta sampai hari ini Achik tidak tahu punca kedua yang menyebabkan mulut saya terkunci tapi mata shj yang berbicara.

kata Ateh, hari lahir along yang lepas, along sambut dengan air mata... jadi sebab itulah kami sambut hari lahir along semula hari ni...

Saya tak pernah menyangka ukhuwah ini akan seindah itu. Saya akan terus membiarkan ukhuwah ini terus membunga. Dengan memohon akan senantiasa dibawah Naungan Allah s.w.t, dengan memohon bahawa ukhuwah ini akan menjadi ukhuwah terindah yang akan terus dibawa ke syurga...

"Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang

Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan
Perjalanan ini pun

Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan

Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan

Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang"

P/s: Banyak perkara yang saya tak menyangka, terlalu banyak. Antaranya, dari seorang yang lembut menjadi tegas dengan pendirian, dari hati kering menjadi mudah menangis dan macam2 lagi. Dan saya jua tak pernah menyangka akan jatuh hati dgn lagu ni. :)

Ikhlas Dari,
Bintun Abdurrashid

NOTA APRESIASI

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


إِنَّ الْحَمْدَ للهِ نَحْمَدُهُ وَ نَسْتَعِيْنُهُ وَ نَسْتَغْفِرُهُ وَ نَتُوْبُ إِلَيْهِ وَ نَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَ مِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِناَ مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَ مَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ باَرِكْ عَلى نَبِيِّناَ وَ حَبِيْبِناَ مُحَمَّدٍ وَ عَلى الِهِ وَ صَحْبِهِ . أَمَّا بَعْدُ


1. Berakhirnya Annual General Meeting menandakan berakhirnya kepimpinan diri ini sebagai Secretary General SRC 2010/2011. Apapun selagi notis Pilihan Raya Kampus (PRK) belum naik, saya akan cuba manfaatkan posisi wakil Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Bukanlah kerana mahukan pangkat, tidak, tidak sama sekali, sekadar ingin melaksanakan amanah ini sebaik mungkin. Kerana saya beriman pada sebuah hadith yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

[2] Saya secara peribadi mengucapkan ribuan terima qaseh atas kepercayaan dan sokongan kalian yang telah mengundi saya. Kepada yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang saya bergelar exco SRC, saya mendoa'kan semoga kalian dianugerahkan hikmah & barakah oleh Allah s.w.t di atas usaha-usaha kalian - KBS, MRC, COREL dll. Khusus kepada yang menemani sepanjang jalan perjuangan ini, tiada kata yang mampu utk saya ungkapkan melainkan ada kiriman doa' khusus buat kalian terutamanya buat teman seperjuangan di dalam SRC - exco & komiti dan Manifesto Team.

[3] Sedikit perkongsian, sebenarnya saya telah lama memutuskan utk bertanding sebagai SRC. Keputusan ini juga didorong atas pengalaman saya sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ketika di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), dua entiti yang 'zahir'nya seumpama tetapi 'batin'nya cukup berbeda. Perbedaan itu sedikit sebanyak benar menguji diri saya, tapi cukup banyak hikmah dan pahit manis yang takkan pernah gugur daripada memori ini. Terutama ketika Al-Qur'an menjadi teman setia sepanjang suka dan duka saya. Ketika Surah An-nasr, surah Muhammad dan surah al-Fath menjadi pilihan sepanjang tempoh itu. Saya berdoa' semoga ruh kepemimpinan (ingin memimpin dan sedia dipimpin) akan terus meniup dalam diri tiap umat Islam.



[4] Kepada yang telah memikirkan untuk memikul beban amanah sebagai exco SRC akan datang saya ucapkan sekalung Tahniah& Takziah

Tahniah - Mula meletakkan azam sbg Khalifah Allah s.w.t dan telah memikirkan jalan utk memanifestasikannya.Takziah - Barangkali akan ada halangan dan rintangan menanti di sana. Itu sudah pasti. Sebab dalam padang yang lapang itu, biasanya akan tumbuh KEMUNCUP. Yang pasti TERUSKAN PERJALANAN hingga ke akhirnya.

Pepatah Turki ada mengatakan 'Gunesta Yanmayan Golgenin Kiymetini Bilmez' yang bermaksud 'Orang Yang Tidak Pernah Dibakar Panas Mentari, Mustahil Menghargai Rimbun Berteduh'

[5] Amanah utk pengundi akan datang. Kekalkanlah 2 nilai sebelum menekan butang 'tick' ketika e-undi; Al-Qawiyy dan Al-Aaminn. Sedang pun sampai khabar buruk tentang peribadi calon tersebut pada kamu, selidikilah dengan betul kerana belum tentu maklumat yang disampaikan benar semuanya. Rujuk Surah al-hujurat:6


Dengan rendah diri, saya memohon ma'af utk setiap hak yang tidak mampu saya tunaikan. Kerana hakikatnya batang tubuh ini adalah kudrat seorang manusia biasa. Baki setahun di kampus ini insyaALLAH saya akan cuba optimumkan kudrat yang ada untuk manfaat seisi 'alam, sekalipun sekiranya saya akan memutuskan utk sekadar menjadi komiti di bawah sekretariat SRC. semoga Allah s.w.t akan senantiasa kirimkan kekuatan itu.



" Senyum dan Salam Buat Semua :) "

Sekian. T.qaseh. وسلام


Yang Ikhlas,
Al-Faqirah Ilalillah,
Mahirah Binti A Rashid
Mantan Setiausaha Agung
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011
Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia