Sabtu, 9 Ogos 2008
Soalnya FORUM MEMELUK ISLAM
Sahabat2 seperjuangan yang berada wadah jihad.
Ingin ana berkongsi satu sesi dialog bilamana sahabat ana bertanya mengenai forum ini
S A H A B A T : Salam, awk, kite sebenarnya xfaham...ap keburukan forum ni wak?.Terangkan sikit. Tgk brita tak brapa jelas penerangannya.
Dengan serba ringkas, ana kongsikan mana yang ana tahu..
A N A : Salam, maaf lewat balas (monolog dalaman berfikir terlbh dahulu, apa yang molek untuk diperkatakan)
Mereka nk menjurus untuk bincang undang2 tentang ISLAM secara terbuka..Mereka seolah2 nak menjadikan Malaysia Negara ISLAM Liberal macam Indon. Bkn perpecahan kaum sahaja akan berlaku, tetapi akibat yang lebih malang yg mungkin akan berlaku, aqidah ummat ISLAM akan tergadai..Nk citer dalam sms ni panjang wak.. Try search dalam internet lebih padat mungkin, InsyaALLAH..
Itu sahaja yang mampu untuk ana perjelaskan, kebetulan time tu tgh wat kerja2 surirumah sikit =P.
Kalau rujuk kepada surat khabar utusan, Bil 190 - 8 Ogos 2008
"Saya tidak faham mengapa dia (Majlis Peguam) nak anjurkan forum ini, apa tujuannya kerana telah berjuta-juta manusia di dunia ini memeluk ISLAM sekian lama, jadi kenapa pula mereka perlu bising sekarang. Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama ISLAM dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat." - Mursyidul Am Pas, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
"Forum ini jika diteruskan mampu mencetuskan syak wasangka yang akhirnya boleh mengakibatkan berlaku ketegangan hubungan antara penganut ISLAM dan penganut pelbagai agama dalam negara. Sekiranya ini yang berlaku, ia sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan merugikan semua pihak" - Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang
So, buka mata, celik minda~..
Jumaat, 8 Ogos 2008
K H U S U S UNTUK M U S L I M A T

Bismillahirrahmanirrahim
Khusus Untuk MUSLIMAT
Perlu untuk baca post kali ini, ana import jaoh daripada TIMB SU AGONG GAMIS
___________________________________________________________________
Saya dijemput untuk menjadi pewacana terhadap tajuk gerakan mahasiswi Islam perlu perubahan. Pada mulanya, pelbagai persoalan bermain di minda saya apabila diajukan soalan sedemikian. Perubahan?
Jumaat, 1 Ogos 2008
Rumah ALLAH yang indah~
Malam ni, ku jenguk ke luar tingkap..
Jatuh hati lagi akan hati ini pada ISLAM bilamana tiba-tiba azan isyak berkumandang saat ku jenguk ke luar tingkp,
ALLAH...syahdu sungguh malam ni... harum sungguh deruan angin sepoi2 bahasa Inggeris (bak kata seorang ustaz ni..=])
Anak-anak itu comey~
Bismillahirrahmanirrahim =]
Salam juang, salam jihad, salam penuh kerinduan pada teratak Ta'liful Qulb.. Rindu sungguh untuk titipkan kata-kata pada medan blog ini.
Sedikit pengalaman indah untuk dikongsikan bersama =].. Saat2 indah yang aku lalui, bilamana senyuman adik-adik, anak-anak kecil, tangisan yang dipujuk, gurauan yang kadang terlampau berhimpun dibawah satu langit~
ALLAHUAKBAR..diberiNYA aku peluang untuk nikmati peranan selaku sukarelawan untuk sukan PASTI. It was held at SMK Sungai Pusu, Batu 6. Just near my house =]. Rasa2nya sesuai sungguh peranan aku waktu tu dengan research yang sedang aku lakukan, yakni My Future Job =]
ALLAH, comel sungguh adik2 ni, izzah Islam juga mampu ditonjolkan, anak kecik yang dididik untuk bertudung litup, berlengan panjang, dan berseluar yang jaga aurat seseorang.
Tarbiyyah yang paling berkesan adalah bermula daripada rumah sendiri, andai kata daripada 'tunjang' nya tidak sihat, maka batang, daun, buahnya juga tidak subur. Maka ibu bapa yang dirahmati oleh ALLAH s.w.t sekalian, silaplah andaikata anda didik anak anda dengan kemewahan dan keseronokan dunia hingga mereka terlampau cintakan ia. Penyakit alwahan yang melekat susah nak dibuang. Jangan diberi, jangan diminta penyakit itu, nanti bila ALLAH beri, merana nanti...
Oleh yang demikian,
sidang ibubapa yang dikasihi kerana ALLAH, ambillah peluang hidup didunia ini untuk mendidik anakmu dengan penuh kasih sayang dan cinta ALLAH.
Wassalam.