.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Khamis, 18 September 2008

Hazaf-terhazaf-menghazaf

Assalamua'laikum warahmatullah
Analisis ni ana ambil daripada www.pemikir21.blogspot.com
Berjalan dan persinggahan yang cukup lama di blog Pemikir 21.

Seperti yang telah diwar-warkan, kes hazaf-terhazaf-menghazaf satu2nya badan yang cukup disayangi warga ISLAM di Kisas, BADAR. Entah masih belum celik ataupun perlu dicelikkan semula mata-mata yang masih belum nampak akan rosaknya generasi zaman sekarang. Warga dewan yang di rahmati ALLAH sekalian, institusi pendidikan merupakan antara tarbiyyah utama yang perlu dipermantapkan kerana bermula dari sini tarbiyyah untuk hati2 yang sedang membentuk.

Minta sahabat2 hayati analisis yang ana ambil dari blog pemikir21 yang dibawah ni.

(1) Muktamar Sanawi BADAR kali ke-27 berjalan dengan lancar sehingga tamat.
(2) Tidak ada pengumuman pengisytiharan Exco untuk penggal seterusnya.
(3) Muktamar kali ini merupakan muktamar BADAR buat kali yang terakhir.

Perkara (2) dan (3) boleh difahami dengan penjelasan berikut;
(a) Penukaran organisasi tanzim BADAR yang sedia ada (dengan kepimpinanpelajar berdasarkan majlis syura) dengan sistem pemilihan kepimpinan pelajar secara demokrasi ala parlimen.

Alasan pihak sekolah (secara spesifiknya Tn. Pengetua) ialah:
(i) Perlaksanaan sistem baru ini memperkemas lagi struktur organisasibarisan kepimpinan kerana BADAR yang bakal di re-branding kan itudiletakkan terus di bawah pentadbiran sekolah (HEM).
Kelebihannya:
- Tiada lagi pertindihan aktiviti BADAR dengan aktiviti pihak sekolah.
- Kelebihan dan kepakaran guru-guru selain ustaz/ustazah dapat dimanfaatkan apabila diserapkan menjadi guru penasihat BADAR.
- Mengelakkan perpecahan dikalangan pelajar apabila selepas ini tidak timbul lagi isu budak KP vs budak BADAR
- Mengangkat imej dan reputasi KISAS sebagai antara sekolah kluster Malaysia

Beberapa keraguan dan persoalan:
(1) Apakah metod sebenar pemilihan pelajar dalam ‘kabinet’ baru kelak.
(2) Adakah kabinet baru itu merupakan penjenamaan semula BADAR (dengan menteri-menteri dalam kabinet memegang portfolio yang sama, seperti yang terdapat dalam tanzim BADAR. Contohnya: Exco Tamrin digantikan dengan Menteri Aktiviti & Kegiatan Luar ) ATAU BADAR memang telah dimansuhkan/dihazafkan secara total apabila kabinet baru berkuatkuasa dengan portfolio menteri ditentukan pihak sekolah dan skop BADAR itu sendiri dikecilkan dengan diwujudkan satu menteri untuk unit kerohanian.
(3) Apakah perbezaan bidang kuasa antara KP dan kabinet yang bakal dibentuk.
(4) Mengapakah pihak sekolah (khususnya Tn. Pengetua) melakukan ‘reformasi BADAR’ ini secara tergesa-gesa? Apakah sistem yang sedia ada (syura) telah dibuktikan gagal dalam mengangkat kepimpinan pelajar dalam usaha untuk memikul amanah amar maaruf nahi mungkar di sekolah?

Dikatakan pengetua memaklumkan Presiden BADAR berkenaan perubahan yang berlaku ini pada Jumaat yang lalu (2 hari sebelum berlangsungnya muktamar).
Dan semasa sesi soal jawab tadi, pengetua juga nampaknya tidak memberi jawapan yang konstruktif apabila diajukan persoalan berkaitan idea beliau mengenai pembentukan Kabinet yang baru.

Jawapan untuk (i) tadi:

- Aktiviti BADAR selama ini memang mengikut takwim sekolah, dengan takwim BADAR disediakan secepat mungkin supaya tidak berlaku pertindihan program antara program BADAR dan program sekolah.
- Perkara itu boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Bukan hal itu sahaja tetapi segala kekurangan lain boleh di ‘adjust’ kan. Tidak perlu kepada penghazafan BADAR.
- Tidak timbul masalah yang demikian kerana ramai juga Exco BADAR memegang jawatan sebagai KP dalam masa yang sama.
- Perlu diingat kelebihan KISAS berbanding SBP yang lain selama ini adalah kerana aspek pentarbiyahannya yang begitu unik. BADAR KISAS juga selama ini menjadi rujukan kepada SBP/SMKA yang lain. Apakah dengan mengekalkan BADAR, imej KISAS akan tercalit hina dan kredibilitinya selama ini akan tercalar?Mungkin sebahagian dari kita berpendapat seperti yang berikut:
Tidak perlu bising-bising dengan pembaharuan ini kerana apa je yang boleh pelajar lakukan di dalam sekolah untuk menyekat pembaharuan yang berlaku?
Lagipun lebih baik kita menumpukan gerak kerja dakwah di luar sekolah umpamanya di kampus-kampus yang seperti yang sedia maklum masalah yang berlaku adalah lebih serius berbanding di sekolah.
Selain itu, budaya tarbiyah di KISAS memang makin lama makin terhapus. Hal ini disebabkan banyak guru veteran telah meninggalkan sekolah dan digantikan dengan guru baru, yang memang tradisinya tidak mengetahui selok belok budaya di KISAS dengan baik.

Respon:
Ya. Memang kuasa pelajar di sekolah terhad. Kita juga tidak menafikan gerak kerja dakwah di kampus-kampus dan turun ke lapangan bertemu masyarakat adalah sangat penting dan perlu diberi tumpuan sepenuhnya. Tiada kompromi untuk itu. Namun, bila lagi kita mahu mempersiapkan generasi seterusnya untuk perkara ini kalau bukan memulakannya di sekolah? Di sekolahlah medan utama untuk proses ‘pengkaderan’ atau penyediaan remaja-remaja/ jundi/ askar muda sebelum mereka berjuang di medan sebenar. Ya. Kita juga mengakui hakikat makin tersirnanya tarbiyah, makin kurangnya tsaqofah (kefahaman) , dan makin lunturnya akhlak pelajar-pelajar sekarang, bukan sahaja di KISAS tapi fenomena ini berlaku hampir di semua sekolah agama yang lain. Namun begitu, adakah kita membiarkan sahaja hal ini berlaku? Setidak-tidaknya apa yang ada dipelihara, dan itu lebih baik dari melihat ia terhapus terus dari bumi waqafan!

Dan sebagai nota tambahan:
(1) Tn. Pengetua KISAS sekarang baru memulakan perkhidmatan awal tahun ini, menggantikan Ustaz Mohamad B. Awang yang bersara.
(2) Secara tradisinya, Pengetua KISAS merupakan bekas pelajar Kolej Islam Malaya/ Kolej Islam Kelang. Namun tradisi itu nampaknya tidak dapat dikekalkan untuk tahun ini.
(3) Semasa persembahan multimedia, pelajar dipertontonkan dengan gambar-gambar kenangan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh BADAR. Antaranya ialah lawatan Exco-exco ke rumah Ustaz Mohamad (pengetua sebelum ini) di Kelantan (selain melawat Tok Guru dan lawatan sambil belajar di SMKA Falahiyah). Kalaulah kalian tahu betapa gemuruhnya tepukan ketika itu……warga KISAS merindukan ayahanda!Analisis yang agak lemah dari saya. Wallahua’lam.

Tiada ulasan: