.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Sabtu, 14 Mac 2009

Ad-Dua' Silahul Mukminin...

bismillah Pictures, Images and Photos

In The Name of ALLAH... The Most Gracious and.. The Most Merciful..

Terlalu lama aku menyepi dari dunia blogging ini..
Mataku mula menjadi mata-mata untuk kehidupan, kehidupan dan kehidupan di atas muka bumi ini..

Yakin di hati, bahawa kesibukanku langsung tidak setaraf mahupun setanding dengan jundullah yang lain..

Dosa yang aku lakukan lebih bertebaran untuk menutupi kebaikanku yang sebesar hama.. itupun kalau benar ada kebaikan itu..

Apa yang bakal aku coretkan selepas ini tiada ni'at untuk meng'aibkan mana-mana individu.. Jujur insyaALLAH dari lubuk hati ini..yang dipinta dari diri ini adalah doa' kepada seorang ummat...

Dr.KHAIRUL IDZWAN







Ya ALLAH... KU POHON... Kirimkanlah taufiq buat insan ini.. Ku yakin.. bahawa Engkau telah sediakan jalan-jalan hidayah buatnya.. Lalu, cerahkanlah jalan-jalan kau hamparkan buat insan ini...




Apakah salah kalau kita ringankan tangan kita ini untuk kita mendoa'kan insan ini?...

Hari ini aku terpanggil untuk mendoa'kan insan ini kerana aku terkenang akan usaha dakwahnya suatu ketika dahulu... Bermula daripada SMAP Kajang insan ini antara yang memulakan method da'wah melalui medan suara..

Baru hari ini, aku cuba mendalami isu insan ini..


Penjelasan Isu Dr Izu

Sesiapa sahaja pasti terkejut mendengarkan berita menyaksikan kisah yang terpapar di media mengenai sahabat kita, Khairul Idzwan Baharin. Kalau anda sedih, bayangkan apa pula perasaan sahabat-sahabat Saujana, ahli keluarga, malah guru-guru di SMAP Kajang. Bukan kepalang.
Kami dihujani komen dan panggilan bertanyakan reaksi dan respon. Wartawan, teman, peminat, keluarga. Tapi jawapan kami terbatas. Kami sendiri sudah hampir tiga tahun tidak bertemu Izu. Kalaupun berjumpa, hanya di talian atau SMS. Berita yang kami dapat pun melalui kawan-kawan yang tidak ketahuan kebenaran khabarnya. Jadi, mungkin Izu ada alasan tersendiri mengapa begitu jadinya. Kami mohon maaf sekiranya Izu telah melukakan hati kalian. Apapun, marilah kita sama-sama doakan semoga Allah sentiasa di sisi untuk membantu dan memberi hidayah. Janganlah menghitung, kerana Allah itu sebaik-baik penghitung. Janganlah mengeji, kerana Allah jualah yang membalas nanti. Kerana doa itu senjata mukmin, maka doa jualah penawarnya.

Saujana takkan berhenti... - www.saujana.net.my

Bahkan ramai umat Islam diluar sana memohon supaya kita semua mendoa'kan hamba ALLAH ini.. Ana mhn ma'af tak dapatkan link -kan buktinya kerana baru sebentar tadi komputer riba-ku terminate seketika.. Jujurlah keegoan-ku yang ada terlerai bila air mata ku mengalir terkenangkan umat akhir zaman yang dicintai Rasulullah.. "ummati..ummati..ummati....." Apakah sebenarnya hadiah kita buat Rasulullah sempena 12 Rabiul awal yang lepas?...

Justeru... buat pihak yang mampu untuk menyedarkan insan bernama Khairul Idzwan ini dari jarak dekat, manfaatkanlah peranan anda.. dan kita, atas dasar Umat Islam... doa'kanlah biarpun dari jarak jauh..

Inilah adalah nasyid yang pernah dialunkan oleh Saudara Khairul Idzwan...


Pada Mu Selamanya

Sejenak ..
ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya .. Ohh

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku
Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali
Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi
Terasakan … terbuka
Kunci pintu hatiku

Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cintaMilik-Mu Yang Esa
Selamanya…

Pada-Mu selamanya .. oh…

Apa yang lebih terkesan di sekeping hatiku ini, nasyid ini sendiri adalah antara usaha...


Komposer: Khairul Idzwan
Lirik: Khairul Idzwan
Penerbit: Mujahid Abdul Wahab

Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat... 49:10

4 ulasan:

IBnu AHMad berkata...

assalamu'alaikum . . sebenanye,ana pon da lame tau psl bro khairul ni
. dan igtkan nak publish kt blog ana tp rase xsggp plak. ana pon da tgk kt uTube ms ujibakat OIAM beliau ni. aduh , mcm nk gugur jantung ni.. ni sekadar luahan ati ana utk sume org bace.. dan dibwh ni lagu fav ana dari kump saujana. rase da xsggp nk laungkan lagu ni kt laptop ana. xsggp da . . hanya doa dan harapan yg tinggi kpd ALLAH yg ana bley usahakan. . kembalilah bro khairul.. pintu taubat masih terbuka luas utk mu! . Kembalilah pd tuhanmu . . . . Kembalilah ..Kembalilah ..Kembalilah ..

Air Mata Keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi


Wassalam . . . . .

'abid berkata...

ni contoh perosak smap kjg la ni..
buat malu je..
doa2kn la buat budak nih

asrar_001 berkata...

Waa'laikumussalam.. ya ustaz,
ana pun tak terkata dgn ujian yang menimpa saudara seislam kita ni. Tarbiyyahnya dulu pasti mantap. Berbeza dgn pentarbiyahan di sekolah kita, tapi nak dikatakan hidayah itu milik ALLAH..
Kita mungkin mampu comment banyak bila melihat gelagat para penasyid yang makin berubah... tapi kadangkala yang jadi kerisauan adalah bagaimanakah penghujung kehidupan kita nanti...
Masih teringat bagaimana Tok Guru haji Hadi yang tidak mahu kehidupannya di compilekan pada waktu ini.. Kata2nya

"sy tidak tahu bagaimana dipenghujung kehidupan sy nanti..tulislah ttg sy hanya apabila sy tlh meninggal nanti"..

Lebih kurang begitu bunyinya..

Ya muqallibal qulub, thabit qulubana 'ala dinik wa tho 'atik..
Wallahua'lam...

asrar_001 berkata...

(Asif, komen di atas utk ust ibnu ahmad, tk perasan msg 'abid)

'Abid..
Insan, biasalah diuji shbt.. InsyaALLAH sm2 doa'kan