.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Jumaat, 21 Januari 2011

Wanita seperti inikah?...


Ketika Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1) Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu.”

3) Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah :
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Wahai diri dan teman, Boleh jadi gambar di atas bukan sekadar gambar hiasan... Punya ma'na debu-debu yg penuh dosa. Kejilah, pabila seorang wanita yg buruk akhlaqnya cuba memakai 'baju' seorang mukminah. Atau lebih tepat bermuka-muka.. Akan tetapi mulia-lah seorang yg cuba mengislahkan dirinya....

ALLAH, pelihara kami~...

1 ulasan:

assyidah berkata...

Assalamualaikum w.b.t.. sy baru tahu... syukronlillah..