.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Sabtu, 7 Jun 2008

.::Seni blog::.



Assalamua’laikum warahmatullah…

Wadah penulisan takkan sama dengan wadah berkata-kata,
Wadah berkata-kata takkan sama dengan wadah perjuangan yang sebenarnya..

Sebab tu, ana memilih ‘juadah’ ini untuk mengisi ruangan yang ada dalam alam maya ni..
Ana cuba yakinkan hati untuk menerima kelemahan ana dalam berkata-kata, tapi sama sekali ana tidaklah hebat dalam penulisan.
Tapi bila terlajak perahu boleh berundur semula, terlajak kata-kata someone terasa, terlajak typing boleh backspace semula =]

Orang kata, penulis novel, penulis blog dan seangkatan dengannya terdiri daripada kalangan mereka yang berjiwa sastera, dan anak remaja sekarang menafsir berjiwa sastera itu sebagai ‘jiwang’.
Kebetulan atau tidak, kedua-duanya adalah pengisian buat masa lapang ana. Setakat mana ‘jiwang’ itu memainkan peranan ana tidak perlu perhatikan. Bagi ana, cukuplah masa yang ada ini digunakan untuk ISLAM..walaupun ketika di ‘alam maya’; internet =]
Tempoh hari, sehari suntuk duduk dalam kereta bersama dengan abang ana, sempat juga berbahas mengenai method berda'wah. Pesanan abang ana, nak wat blog bulih tapi jangan yakin dengan method da'wah ni... Bagi ana sendiri, usaha-usaha-usaha, doa, tawakal, redha, yakin yer! =]

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asalammualaikum..
semoga perjuanganmu takkan surut biar apapun method dakwah yang berpaut...
teruskan jihad fisabilillah..
ALLAH AKBAR!

~Kupu Kupu Solehah~ berkata...

Waa'laikumussalam...
Jazakallahukhairajaza'
ALLAHUAKBAR!