.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Isnin, 6 Julai 2009

Nota London 4: Halal Vs Haram

Ini antara gambar-gambar sepanjang perjalanan pada tanggal 2 Jun lepas:
Jalan-jalan ke Winter Garden dan
Millenium Gallery di pusat bandar Sheffield.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Ini permulaan bandar Sheffield, ada jam gah berdiri.



Ini gambar naga yang direka dengan sudu dan peralatan dapur yang berunsur besi dsbgnya. Gambar ini diambil diluar Millenium Gallery.


Ini pula gambar kolam yang dipenuhi dengan duit syiling. Di luar negara, perbuatan khurafat melambung syiling hajat ini perkara positif di mata mereka. Asing di Malaysia, terlalu asing pabila seorang muslim yang melakukannya. 'Hebat2', dunia sekarang mmg 'hebat' pabila baru-baru ini mataku menyaksikan wang syiling dilambungkan sewenang2nya ke dalam kolam di hadapan 1001 rakyat, wallahua'lam, tidak ingin ku kupas panjang, kerana biarlah urusan itu antara dia dengan ALLAH.


Mencari makanan halal di tengah2 bandar mudah dan kadang kala tidak mudah. Yang mudahnya ialah aku difahamkan pabila di sana ada cop "HALAL" insyaALLAH blh dipercayai dengan sebaiknya. Berbeza dengan di Malaysia, masih aku teringat peristiwa yang diceritakan oleh kawan Abang We yang mana beliau melihat tin yang berisi daging babi yang dicop tanda halal.
Dan di sesetengah tempat di Bandar Sheffield akan ad satu deretan kedai2 halal. Antaranya KEBABISH. Manakala kalau SUBWAY yang terdapat di sheffield hanya ad satu sahaja yang halal. Itu menurut memori ku (Biiznillah).
Bagaimana pula dengan coklat?
Paling penting baca ingredients,
Jangan beli apa2 makanan yang mengandungi vanilla, dikhuatiri ianya diekstrak dengan alcohol@arak.
Bagi coklat jenama Thortons insyaALLAH blh rujuk pada ingredients-nya, paling penting bagi coklat ini perlu ada 2 tanda, "V" stands for suitable for vegetarians dan no alcohol.
Sbb even ad tanda V tapi kadang2 ad alcohol.
Begitu juga makanan2 lain, perlu ada tanda V.
Biiznillah halal di makan =)

Jagalah pemakananmu kerana itulah nanti membentuk daging di dalam tubuhmu, jagalah gerak gerimu kerana impaknya pada hatimu..

Tiada ulasan: