.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Khamis, 9 Julai 2009

Nota London 5: Bunga untuk Isteri



3 June 2009

"Bestnye bunga!!"
"Subhanallah,...."
"Nanti kalu dah kawin, bestnye suami belikan bunga hari-hari"
"Petikkan kat laman pun best"
"Ala..."
"Takpe2 nanti ktowang suh bewe belikan untuk k.su =) "
"Kalau bewe belikan depan2 pun takpe"

Itu antara perbualan antara kami adik2 ipar dan k.su =)
Pendek kata, bunga ni antara tumbuhan ciptaan ALLAH swt yang boleh
menyenangkan hati para isteri.
Aneh sekali isteri akan simpan sahaja dalam hati bahawa mereka nakkan bunga
Lebih aneh ada juga suami yang tak pernah perhatian untuk hadiahkan isteri mereka bunga.
Alhamdulillah abah suka belikan mama bunga orkid, dan bunga-bunga yang lain.
Bunga ni sekadar sebagai bonus mark sebagai tanda terima kasih kpd para isteri,
inilah antara saran daripada Dato Dr Fadzilah Kamsah.
Semoga hati sang Adam tahu menghargai sebahagian tulang rusuk mereka ini.

Aku terima nikahnya jilid 1 dan 2, ada kesempatan mereka yang ingin mendirikan
rumah tangga boleh membaca buku Ust Hasrizal ini. Sbg persediaan untuk memberi
bukan menerima. "Erti Hidup Pada Memberi" =)

Pada tarikh 3 june kami berjalan-jalan menuju ke bandar Sheffield.
Abah berkeinginan untuk mencari kasut di kedai Clark. Abang we bercadang untuk
bawa kami ke outlet pada minggu hadapan. Kat situ insyaALLAH kedai kasut Clark
yang ada datang dari kilang jadi lebih murah. Cuma perlu berhati-hati dengan tanda
"3 dot", a.k.a kulit babi. Di Malaysia juga ada. Aktiviti menggunakan kulit 3 dot
oleh kilang Clark mmg aktif. Hampir kesemua kasutnya kelihatan akan menggunakan
sedikit kulit babi ini. Jadi pabila mencari kasut di luar negara 3 perkara yang perlu
diperhatikan, 1- Design 2- Saiz 3- Kulit babi.. dan kalu ikut turutan 3,2 dan barulah
tgk design =)

Sekitar jam 12 tghari bersamaan dgn waktu makan tghari, kami makan di salah sebuah
kedai bergerak di bandar Sheffield. Pastinya Halal =). Alhamdulillah dpt hirup air yang
panas ketika kedinginan menyelinap.





Selesai makan kami pergi ke TJ Hughes, disini kami membeli belah serba sedikit untuk
3 putera Malaysia, Abang Paie, Abang Pih, Abang Di dan 1 lagi untuk putera Sheffield
=)

Kemudian mama dan abah singgah sebentar di Primark, katanya ingin cari baju2 utk
cucu baik utk yang di Penang, Terengganu dan juga yg di Sheffield. Aku dan k.yah duduk
di luar shj menjaga anak2 sedara kami =).. Anak menakan =)




Yang ini gambar-gambar umar ketika dirumah =)


2 ulasan:

Ahmad Taufiq Redzuan berkata...

Assalamualaikum,

subhanallah, semestinya satu keindahan bila kita dapat merantau ke negara org ni..jauh perjalanan luas pemandangan kan..moga perjalanan yg di lalui memberikan seribu ketaqwaan kpd Allah..

Suhaila berkata...

Salam,

Ulasan dan gambar2 yang menarik..teruskan menulis..pnjg lg citer..bewe dan kak su baca sokmo..umar pun suke tengok gambar2 dia :)