.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Selasa, 22 September 2009

Nota London 13 : Kami insan bercita-cita tinggi

16 Jun (Selasa) : Membeli-belah di ASDA.


17 Jun (Rabu) : Yah dan adik ikut abang pergi makmal universiti.

Bilik solat yang ada. Asif jiddan minni, beberapa gambar 'dikuarantin' kan atas faktor hakcipta terpelihara =). Dan bermula dari makmal abe we, kami (aku dan kakyah) pacakkan azam yang amat tinggi untuk cita-cita kami =)..

18 Jun (Khamis) : Hari ini merupakan hari lahir kekanda Nadiah yang ke-24. Umar gemar dengan bas bernombor 42.

Premis 1: 24 for Kakyah
Premis 2: 42 for Umar
Premis 3: Mak sedara borek anak sedara rintik. (Ape ek makna borek dan rintik, sejenis kueh, saya pun tak tahu..hehe)

K.su sempat membuat kek keju untuk K.Yah. Pada asalnya nak blajaq dari k.su, tapi aku memilih untuk mengumpan kakyah ke tempat lain. Tapi umpan tak menjadi, bocor juga rahsia.Hehe. Selepas memotong kek dan bersarapan kami bertolak ke London dengan menyewa sebuah bas mini. Kami menyewa di rumah tumpangan yang dimiliki oleh
En. Mahfuz. Tak sangka rupanya En. Mahfuz adalah bekas anak murid mama. Kecil sungguh dunia ni. Sebelah petang kami melawat sekitar Houses of Parliament, Big Ben. dan London Eye. Kami juga berjalan menyusuri Thames River daripada Wesminter Bridge sehingga ke Tower Bridge.


Isnin, 21 September 2009

Nota London 12 : Kemuncak Permusafiran




12 Jun (Jumaat) : Bertolak ke Glasgow, Scotland. Singgah solat jumaat di Masjid Darlington. Kami menginap di Hotel Premier Inn, Glasgow.



"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (al-An'aam [6]: 99) Warga blog yang di kasihi sekalian, Gambar yang di upload hanyalah sedikit shj gambar yang membuatkan jantung-ku berdegup kencang. Terlalu nikmat rasanya pabila setiap inci bumi ALLAH ini penuh dengan keindahan yang semulajadi; tanam-tanaman, angin, matahari, langit, awan.. segala-galanya..
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? " -55:13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77..




Abah menyuap mama makan setelah selesai menunaikan solat Jumaat di masjid Darlington =)

13 Jun (Sabtu) : Melawat Museum of Transport dan Uni of Glasgow. Abah mengimbau semula kenangan lamanya sewaktu belajar di Uni of Glasgow kira-kira 30 tahun dahulu. Kami tiba di Edinburgh agak lewat petang. Tak sempat nak melawat castle dll. Kemudian kami pergi ziarah dan makan malam di rumah Kak Fuada dan Abg Saidi.



Seperti biasa, subuh sekitar waktu tahajjud malaysia. Seringkali aku jadi syahid selepas subuh gara-gara waktu tidur yang amat pendek. Ketika jam 7 pagi baru boleh bangkit untuk sediakan sarapan.

Gambar: Abe We melayan telatah Muhammad Umar Mukhtar menikmati sarapan pagi. Syukur pada ALLAH, alhamdulillah kerana aku mempunyai 4 orang abang yang amat-amat bertanggungjawab. Aku dan kakyah sering kali memuji-muji abang-abang kami di belakang mereka, kerana terlalu kagum dengan sifat dan peribadi mereka. Alhamdulillah =)...



Seperti biasa, abe we telah menyediakan jadual perjalanan yang bermanfaat buat kami. Bermula daripada menyewa 2 buah kereta untuk perjalanan dari bandar Sheffield ke Glasgow. Abe we telah memuliakan insan bernama abah dengan membawa abah menziarahi kembali ke Universiti lama yang dirindui abah, University of Glasgow. Seorang anak muda dari daerah Tumpat, Kelantan yang menyambung pengajiannya di kota asing United Kingdom. Selaku anak sulong, insan yang kupanggil abah ini ingin menjadi qudwah hasanah buat adik2nya..

Tahniah abe we =)

Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: "Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya saya lagi." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."


Gambar di bawah ni, yang sempat dirakamkan ketika di museum of transport:





14 Jun (Ahad) : Makan tengah hari di rumah Kak Jas dan Azril. Ziarah Hazimin dan Isma yang baru bersalin di hospital. Melawat Kelvingrove Museum and Art Gallery. Kami masuk lewat dan tak sempat nak lihat banyak pameran. Bertolak balik ke Sheffield.

~Allahuakbar-allahuakbar-allahuakbar walillahilhamd~
Banyak yang aku pelajari ketika dalam perjalanan pulang ke sheffield. Antara perkara yang sempat untuk aku ingat utk dikongsikan:

* Menjaga umar & uwais sepanjang perjalanan, dengan peristiwa umar buang botol ke arah luar tingkap, lalu merengek beberapa ketika untuk mendapatkannya semula. Peristiwa istilah "penat" yang umar lontarkan rupa-rupanya dia ingin muntah, syukur alhamdulillah tindakan pantas di lunaskan oleh tangan pemberian ALLAH ini

* Perasaan cemas untuk meneruskan perjalanan ke Lake District memandangkan lewat bergerak dari Edinburgh castle, tetapi kami gagahkan diri untuk memenuhi hajat abah. Sungguh, jiwa-ku menjadi seram sejuk pabila melalui jalan yang berliku-liku. Tetapi ketenangan berjaya di capai pabila ALLAH makbulkan doa'-ku untuk melihat keindahannya dari dekat.. kambing biri-biri dari dekat, melihat petak-petak ladang yang dahulunya dilihat dari highway sahaja. Lebih tenang pabila ku temui pekan kecil, rumah-rumah desa yang indah pada mata dan juga hati-ku. Terkenang pada jiwaku yang dahulu ingin menjadi seorang interior designer..

* Pada saat kereta berhenti di pekan kecil itu, lubuk hati berkata, alangkah indah andai mata ini sempat menatap cahaya matahari terbit dari celah-celah tasik itu. Ingin sekali mengamati keindahan ALLAH s.w.t. itu..

* Hati gembira, teruja untuk menunaikan solat isya' dan maghrib ketika dalam permusafiran (kereta).. Kami berhenti di service atau di malaysia RnR. Malam dan gelap. Aku jadi tahu, bahawa kami akan solat di atas jalan raya. Sampai di service, kami melihat beberapa buah kereta sahaja di situ. Akan tetapi, setelah selesai berwuduk di baby changing room kereta polis ada di situ, dengan beberapa buah kereta dan motosikal yang pemiliknya bertindik sana sini, bertatu kanan dan kiri. Abe we pesan supaya banyakkan zikrullah. Sempat dia memberitahu fi hazal bilad, maujud peristiwa seorang yang selesai sahaja menunaikan solat, lalu mengebom kawasan tersebut. Memandangkan polis ada di kawasan itu, kami meletakkan sepenuh keyakinan kami hanya pada ALLAH s.w.t..

* Malam semakin gelap. Abah memberikan isyarat dengan membuat high beam dari belakang. Abe we seakan tidak dan masih belum mengerti apa mesej yang abah ingin sampaikan. Akhirnya dalam kegelapan malam, abe we memberhentikan kereta di tepi jalan. Kekalutan kami pendamkan pabila sebuah lori tiba-tiba turut berhenti. Dalam fikiranku, adakah mereka ingin berbuat sesuatu yang tidak baik pada ahli keluargaku? ALLAHU.......ALLAHU... Peliharalah Keluargaku dan diriku ini.. Lama kami berhenti. Pintu dikunci. Lama setelah itu, baru perasaan, abah pasang lampu hazard. Konsep di UK, hazard adalah benar-benar perlukan pertolongan. Jadi barulah aku faham bahawa lori tadi sebenarnya ingin menghulurkan pertolongan. Lalu aku keluar dari kereta untuk meminta abah padamkan hazard. Zikir ku dahulukan.
Jiwaku masih bergetar pabila umar tiba-tiba merengek dan menangis sekuat-kuatnya. Taa'wuz seakan tidak mampu ku lafazkan pabila kepalaku menjadi berat sama sekali. Umar ku dakap, seerat mungkin. Kepala-ku menjadi berat sekali dan ku serahkan umar ke pangkuan ibunya. Tanpa membuang masa, k.su membacakan ayat kursi ke telinga umar. Tangisan, rengekan hilang pada kalamullah itu.. Begitulah hebatnya ALLAH.. Terima kasih Tuhanku...

* Walaubagaimanapun, seorang perempuan, hatiku menjadi semakin risau, mata semakin ingin ku rapatkan walaupun tiada rasa untuk melelapkannya, telinga seakan ingin ku 'pekak'kan sebentar... Kalau dikatakan perjalanan melalui Gua Musang sudah terlalu gelap, akan tetapi Deru angin malam itu lebih gelap.. Amat dan terlalu gelap.. bahkan likunya amat tajam, lebih tajam daripada perjalanan ke bukit fraser. Azam-ku, ingin menemani abe we sehingga sampai ke bandar sheffield. Risau dia pun akan terlelap. Itu pada asalnya.. hakikatnya tubuhku teramat penat sehingga mata sendiri tertutup rapat, terlena..



Jumaat, 18 September 2009

Nota London 11: Eratkan ukhuwah, ringankan beban

10 Jun (Rabu) : Membeli-belah di pusat bandar Sheffield. Abah membeli kamera digital di kedai Jessop.

* Aku dan kakyah menenemani abah jalan di sekitar bandar sheffield. Kadang kala kena teman abah juga, asyik bersama mama tershayang je =)


11 Jun (Khamis) : Jemputan makan malam di rumah Kak Zahrah



Pic 1: Umar budget wat muka cumel. tak cumey pon..eheh
Pic 2: Duduk di tangga sementara menunggu yang lain siap2 pakai kasut.. ALLAHuRabbi.. Rindunya~... Masih terkenang bagaimana struktur rumah.. Rumahku syurgaku =)... Rumahnya sangat simple, tapi wujud istilah "salam" atau sejahtera pada seisinya. Abang we, adik rindu dgn family di sana..

Di bumi UK, ukhuwah lebih mudah dipelihara, al-maklumlah dibumi orang. Sebab tu K.zaharah buat jemputan ke rumahnya. Pastilah kami penuhi, makan kot =).. Selalu diperkatakan anak-anak negeri timur (qlate), daya penariknya adalah makanan rohani, dan daya penarik anak-anak selatan dan seangkatannya adalah makanan. Ikutlah apa nak dikata. Hehe..

Ikhwah akhowat yang dirindui kerana ALLAH... Ukhuwah itu bonus mark dalam jamaah, kalau kita cari kita yang beruntung, tapi kalau masing-masing pakat menyibukkan diri, tiada rasa berkehendak kepada ukhuwah, diri kitalah yang rugi..

Wallahutaa'ala'alam...

Nota London 10: Weston Park

8 Jun (Isnin) : Membeli pinggan mangkuk di Stoke On Trent, gudang pinggan mangkuk berjenama buatan England yang terkenal.


9 Jun (Selasa) : Melawat Weston Park Museum.

Sebabkan dah janji dengan cucu. So, by that day, abah decide kita gi jalan di museum yang dekat dengan rumah abe we. Here we go =)

Cucu ATUK...








Ini antara gambar yang ditangkap dalam Museum. Seb baek tak kena tangkap, rupa-rupanye photograph is not allowed. Huhu.. (Alhamdulillah =) )








Nota London 9 : Hati-hati

7 Jun (Ahad) : Pergi ke Carboot Sales di Old Coat, kedai outlet di Doncaster dan makan malam di Kebabish.


Carboot Sales, Old Coat:
Di sudut tepi, kiri dan kanan, pemandangan hijau memenuhi mata, tenang disudut hati...


Tiba di carboot sales, anjing kiri dan kanan, berdebar-debar juga =).. Tapi teringat bagaimana kisah seorang pelacur masuk syurga kerana memberi minum pada anjing =).. Buat pengetahuan semua, kami adik-beradik sedang belajar fekah tentang hukum memelihara anjing di dalam rumah, kerana isu ni sangat diutarakan di perkampungan kami. Wallahutaa'la'alam.



Oultet Doncaster:

Comel sgt umar main kereta menan ni =)

Tapi terkezut bila masuk dalam tempat beli belah...



Masmuk? bertanya pada kasut =)... Ini lah tanda 3 dot a.k.a kulit babi.. maka berhati-hatilah dalam berjual beli.. maka berhati-hatilah dalam kehidupan.. jangan disangka air yang tenang tiada buaya..

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialamai) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan ALLAH?" ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat" 2:214

Nota London 8 : Castle 2:216

Mhn ma'af sgt2, nota london ana terpaksa ringkaskan atas faktor masa dsbgnya.
Secara ringkasnya.

6 Jun (Sabtu) : Membeli-belah di Dadibhais, Bradford dan jalan-jalan di York. Sayangnya kami sampai di York agak lewat petang. Jadi tak sempat nak melawat castle-castle yang menarik di sana.

Tapi tak mengapa, kerana al-baqarah:216
"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". =)


Castle dan Museum di York

Fakta: If nak melawat castle di UK, make sure datang by 3pm, coz 5pm insyaALLAH depa dah tutup =)



Ketika makan tengahari di salah satu kedai Muslim, Akbar's Desi Restaurant.

Nota London 7: Abah oh abah =)

5 Jun (Jumaat) : Abah bangun awal pagi, bahan-bahan masak beliau sediakan. Abah memang biasa dengan alat-alat memasak. Katanya belajar dengan arwah tok wan-ku semenjak kecil dahulu. Sempat aku membelek www.suhaila0707.blogspot.com dan ini yang telah ku temui =):

Ciri-Ciri Suami Yang Soleh :


· Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga.

· Tidak kedekut dan bersikap sederhana di dalam perbelanjaan keluarga.

· Kasih sayang, mesra serta mengambil berat terhadap ahli keluarga.

· Tidak terburu-buru dalam menerima aduan, khabar-khabar angin.

· Tidak berlaku curang.

· Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak dan isteri.

· Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin.

· Mencegah perkara-perkara yang mungkar di kalangan keluarga.


Ciri-Ciri Isteri Yang Solehah :

· Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami.

Maksudnya : “Jikalau seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak kemudian suami itu bermalam dalam keadaan marah maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi” Muttafaqun A’laih

· Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum Syara’.

· Tidak bermasam muka terhadap suami.

· Sentiasa menuturkan kalimah-kalimah hasanah (yang baik-­baik).

· Tidak membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuannya.

· Keluar rumah hendaklah dengan izin suami.

· Berhias hanya untuk suami.

· Menilai pengorbanan suami.

· Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suarni masuk ke dalam rumah.

· Menerima tunjuk ajar daripada suami.

· Menghormati mertuanya serta kaum keluarga suami.

· Sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga




Pabila lewat jam 10 pagi begitu, kami sekeluarga bergerak ke Meadowhall, pusat membeli-belah yang terkenal di Sheffield.



Sebenarnya 5 Jun 2009 merupakan ulangtahun umar yang ke-3, jadi pada sebelah malam kami adakan kenduri doa selamat dan jamuan nasi minyak yang dimasak istimewa oleh Abah.sebab tu abah masak dengan rancak awal pagi, lebih kurang untuk 30 orang makan, org qlate ckp "Bekwoh" =)

Nabi SAW Bersabda: “Samaratakanlah (berlaku adil) pemberian antara anak-anak kamu sebagaimana kamu suka mereka benlaku adil terhadap kamu dari segi kebaikan dan kasih sayang.” (Riwayat At-Tabrani)

Jumaat, 10 Julai 2009

Nota London 6: "23 tahun mencari Tuhan.."







4 June 2009
Jauh perjalanan, luas pemandangan

Pagi-pagi lagi mata kami celik segar bugar, alhamdulillah pagi ni kami bercadang nak menikmati udara dingin yang dicipta oleh ALLAH s.w.t

Kami meneruskan setiap derapan langkah kami dengan menikmati udara, pohon2 dan bunga2 di sekitar kami..
Mata mesti kaku pada pokok bunga ros, bertasbih seketika memuji kecantikan bunga itu,
pasti penciptanya lebih cantik dan lebih hebat daripada bunga2 yang di ciptanya itu =)

Saat aku menaip memori2 ini, aku teringat artikel yang sempat ku baca dari majalah al-Muslimah edisi Jun 2009, Bil 124

Di bawah artikel "23 tahun mencari Tuhan.."
perjalanan hidup pengurus di Islamic Information & Services Foundation (IIS) yang perlu kita selaku muslim apatah lagi mukmin jadikan iktibar dan pedoman dalam hidup.
Beliau ialah Bro Shah Kirit Bin Kakulal Govindji.
Ambil yang jernih buang yang keruh =)

Sedikit shj daripada artikel itu..
" Pernah ketika berusia dalam lingkungan 4 tahun, beliau merenung ke langit dan merenung bintang yang bergemerlapan. Melihat kecantikan bulan dan bintang, timbul persoalan dalam hatinya siapakah yang menciptanya. Siapa juga yang mencipta dirinya, apakah peranannya di atas muka bumi ini dan apa yang akan berlaku pada dirinya pada masa hadapan. Soalan itu cuma berlegar di kotak fikirannya tanpa memperoleh jawapan."

Bahkan ketika berusia 10 tahun, Bro Shah Kirit pernah membaca kisah Nabi Ibrahim ketika
berpeluang ke perpustakaan

Kenapalah rata-rata anak2 muda Islam melihat keindahan muka bumi ini dengan hanya pandangan
tawar..
Sama2lah kita hayati keindahan muka bumi ALLAH ini.. Mudah2an rasa cinta padaNya akan lebih mekar lagi.. Allahurabbi...




Dalam perjalanan, sempat juga kami (k.yah, adik, mama dan abah) singgah di Masjid yang abah selalu pergi setiap kali waktu maghrib.
Terlupa pada tanggal tarikh berapa, tapi dalam setiap tahun, pada tarikh tersebut sehingga pada suatu tarikh, solat maghrib dan solat isyak akan dijamakkan. Tetapi bkn jamak qasar, jamak biasa shj.
Hal ini hasil sepakat para mufti di UK. Berikutan dengan tiadanya tanda-tanda yang persis dengan waktu isya'.

Wallahutaa'la'alam =)