.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Isnin, 21 September 2009

Nota London 12 : Kemuncak Permusafiran




12 Jun (Jumaat) : Bertolak ke Glasgow, Scotland. Singgah solat jumaat di Masjid Darlington. Kami menginap di Hotel Premier Inn, Glasgow.



"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (al-An'aam [6]: 99) Warga blog yang di kasihi sekalian, Gambar yang di upload hanyalah sedikit shj gambar yang membuatkan jantung-ku berdegup kencang. Terlalu nikmat rasanya pabila setiap inci bumi ALLAH ini penuh dengan keindahan yang semulajadi; tanam-tanaman, angin, matahari, langit, awan.. segala-galanya..
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? " -55:13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77..




Abah menyuap mama makan setelah selesai menunaikan solat Jumaat di masjid Darlington =)

13 Jun (Sabtu) : Melawat Museum of Transport dan Uni of Glasgow. Abah mengimbau semula kenangan lamanya sewaktu belajar di Uni of Glasgow kira-kira 30 tahun dahulu. Kami tiba di Edinburgh agak lewat petang. Tak sempat nak melawat castle dll. Kemudian kami pergi ziarah dan makan malam di rumah Kak Fuada dan Abg Saidi.



Seperti biasa, subuh sekitar waktu tahajjud malaysia. Seringkali aku jadi syahid selepas subuh gara-gara waktu tidur yang amat pendek. Ketika jam 7 pagi baru boleh bangkit untuk sediakan sarapan.

Gambar: Abe We melayan telatah Muhammad Umar Mukhtar menikmati sarapan pagi. Syukur pada ALLAH, alhamdulillah kerana aku mempunyai 4 orang abang yang amat-amat bertanggungjawab. Aku dan kakyah sering kali memuji-muji abang-abang kami di belakang mereka, kerana terlalu kagum dengan sifat dan peribadi mereka. Alhamdulillah =)...



Seperti biasa, abe we telah menyediakan jadual perjalanan yang bermanfaat buat kami. Bermula daripada menyewa 2 buah kereta untuk perjalanan dari bandar Sheffield ke Glasgow. Abe we telah memuliakan insan bernama abah dengan membawa abah menziarahi kembali ke Universiti lama yang dirindui abah, University of Glasgow. Seorang anak muda dari daerah Tumpat, Kelantan yang menyambung pengajiannya di kota asing United Kingdom. Selaku anak sulong, insan yang kupanggil abah ini ingin menjadi qudwah hasanah buat adik2nya..

Tahniah abe we =)

Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: "Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya saya lagi." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."


Gambar di bawah ni, yang sempat dirakamkan ketika di museum of transport:





14 Jun (Ahad) : Makan tengah hari di rumah Kak Jas dan Azril. Ziarah Hazimin dan Isma yang baru bersalin di hospital. Melawat Kelvingrove Museum and Art Gallery. Kami masuk lewat dan tak sempat nak lihat banyak pameran. Bertolak balik ke Sheffield.

~Allahuakbar-allahuakbar-allahuakbar walillahilhamd~
Banyak yang aku pelajari ketika dalam perjalanan pulang ke sheffield. Antara perkara yang sempat untuk aku ingat utk dikongsikan:

* Menjaga umar & uwais sepanjang perjalanan, dengan peristiwa umar buang botol ke arah luar tingkap, lalu merengek beberapa ketika untuk mendapatkannya semula. Peristiwa istilah "penat" yang umar lontarkan rupa-rupanya dia ingin muntah, syukur alhamdulillah tindakan pantas di lunaskan oleh tangan pemberian ALLAH ini

* Perasaan cemas untuk meneruskan perjalanan ke Lake District memandangkan lewat bergerak dari Edinburgh castle, tetapi kami gagahkan diri untuk memenuhi hajat abah. Sungguh, jiwa-ku menjadi seram sejuk pabila melalui jalan yang berliku-liku. Tetapi ketenangan berjaya di capai pabila ALLAH makbulkan doa'-ku untuk melihat keindahannya dari dekat.. kambing biri-biri dari dekat, melihat petak-petak ladang yang dahulunya dilihat dari highway sahaja. Lebih tenang pabila ku temui pekan kecil, rumah-rumah desa yang indah pada mata dan juga hati-ku. Terkenang pada jiwaku yang dahulu ingin menjadi seorang interior designer..

* Pada saat kereta berhenti di pekan kecil itu, lubuk hati berkata, alangkah indah andai mata ini sempat menatap cahaya matahari terbit dari celah-celah tasik itu. Ingin sekali mengamati keindahan ALLAH s.w.t. itu..

* Hati gembira, teruja untuk menunaikan solat isya' dan maghrib ketika dalam permusafiran (kereta).. Kami berhenti di service atau di malaysia RnR. Malam dan gelap. Aku jadi tahu, bahawa kami akan solat di atas jalan raya. Sampai di service, kami melihat beberapa buah kereta sahaja di situ. Akan tetapi, setelah selesai berwuduk di baby changing room kereta polis ada di situ, dengan beberapa buah kereta dan motosikal yang pemiliknya bertindik sana sini, bertatu kanan dan kiri. Abe we pesan supaya banyakkan zikrullah. Sempat dia memberitahu fi hazal bilad, maujud peristiwa seorang yang selesai sahaja menunaikan solat, lalu mengebom kawasan tersebut. Memandangkan polis ada di kawasan itu, kami meletakkan sepenuh keyakinan kami hanya pada ALLAH s.w.t..

* Malam semakin gelap. Abah memberikan isyarat dengan membuat high beam dari belakang. Abe we seakan tidak dan masih belum mengerti apa mesej yang abah ingin sampaikan. Akhirnya dalam kegelapan malam, abe we memberhentikan kereta di tepi jalan. Kekalutan kami pendamkan pabila sebuah lori tiba-tiba turut berhenti. Dalam fikiranku, adakah mereka ingin berbuat sesuatu yang tidak baik pada ahli keluargaku? ALLAHU.......ALLAHU... Peliharalah Keluargaku dan diriku ini.. Lama kami berhenti. Pintu dikunci. Lama setelah itu, baru perasaan, abah pasang lampu hazard. Konsep di UK, hazard adalah benar-benar perlukan pertolongan. Jadi barulah aku faham bahawa lori tadi sebenarnya ingin menghulurkan pertolongan. Lalu aku keluar dari kereta untuk meminta abah padamkan hazard. Zikir ku dahulukan.
Jiwaku masih bergetar pabila umar tiba-tiba merengek dan menangis sekuat-kuatnya. Taa'wuz seakan tidak mampu ku lafazkan pabila kepalaku menjadi berat sama sekali. Umar ku dakap, seerat mungkin. Kepala-ku menjadi berat sekali dan ku serahkan umar ke pangkuan ibunya. Tanpa membuang masa, k.su membacakan ayat kursi ke telinga umar. Tangisan, rengekan hilang pada kalamullah itu.. Begitulah hebatnya ALLAH.. Terima kasih Tuhanku...

* Walaubagaimanapun, seorang perempuan, hatiku menjadi semakin risau, mata semakin ingin ku rapatkan walaupun tiada rasa untuk melelapkannya, telinga seakan ingin ku 'pekak'kan sebentar... Kalau dikatakan perjalanan melalui Gua Musang sudah terlalu gelap, akan tetapi Deru angin malam itu lebih gelap.. Amat dan terlalu gelap.. bahkan likunya amat tajam, lebih tajam daripada perjalanan ke bukit fraser. Azam-ku, ingin menemani abe we sehingga sampai ke bandar sheffield. Risau dia pun akan terlelap. Itu pada asalnya.. hakikatnya tubuhku teramat penat sehingga mata sendiri tertutup rapat, terlena..



Tiada ulasan: