.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Isnin, 5 Januari 2009

Siham Palestin!


DOA QUNUT NAZILAH

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ
وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم
اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم
وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم
وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ
يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم
يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ
ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ
ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ
إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم
وَانصُرناَ عَلَيهِم
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang lehermusuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatanmereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang maha menghukum,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,
Ya Alah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin...

Kalau pada hari ini kita mampu tersenyum dibibir, mereka hanya mampu 'tersenyum' dimata, Kalau pada hari ini kita mampu duduk senang lenang, mereka semakin parah mencangkung mencari tempat pertumpangan, Kalau pada hari ini kita mampu menerima pengajian, mengambil kisah isu biasiswa, mereka menghitung masa untuk menerima isu hidup-mati, Kalau pada hari ini kita mampu melaung2kan lagu kebangsaan, mereka semakin kencang melaungkan takbir ALLAHUAKBAR!

LALU DI MANA PERANAN KITA???

Sungguh, di perkarangan diriku masih ada produk yang sepatutnya aku boikot tapi dimiliki kerana terlupa akan seketika. astaghfirullahal'azim!!!!! Aku bangkit di dalam alam maya ini, untuk menyeru diriku sendiri, bahkan kalian semua, tinggalkanlah!! tinggalkanlah barangan-barangan yang menjadi sumber kepada peluru tentera2 zalim itu!!


Atas unsur kemanusiaan, i would like to quote a statement from Dr.Mahathir Muhammad:
" Kita perlu bertindak untuk memboikot penyokong kuat Israel iaitu AS kerana tanpa AS, Israel tidak boleh bergerak dan jika kita tidak ambil tindakan terhadap AS, segala usaha kita akan gagal!!!!!"

Atas unsur berjiwa ISLAM, berjiwa mujahidah, terngiang2 kembali kata-kata Assyahid Sheikh Ahmad Yasin:
"Setiap nilai duit yang kita salurkan kepada AS, bererti kita telah menyumbang sebutir peluru kepada mereka (untuk mbunuh umat ISLAM sendiri)..."

ALLAH... peringatkanlah aku...

Atas unsur untuk bersama-sama membina jalan ke syurga...teringat aku akan hadis Rasulullah s.a.w

Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”

Tiada ulasan: