.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Selasa, 12 Mei 2009

Abah adik...

AssalamuAlaikum Pictures, Images and Photos





~Abah yang suka berkopiah Bukit Mertajam~


.:: Kiri: Abah kat Cameron Highlands , Kanan: Abah kat Lake Garden ::.


.:: Gambar abah waktu Birthday abe We ::.

.::Abah waktu kat kedai makanan peberet nye dkt Penang ^_^ ::.


.:: Abah waktu bawak cucu kat Titiwangsa::.

.:: Abah waktu kat Lake Garden ::.





.:: Abah dgn Amir Hamzah Fitri, anak Abe Pih ::.


.:: Abah dengan Wan Abdurrahman, the second of Abe Eng ::.


.:: Abah and His First Wife, hehe, sowang je ade::.

.:: Gambar2 Abah cute dgn Mama Tercomey ^_^ ::.




Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Bismillahirrahmanirrahim walhamdulillah..
Setiap Hari Yang Mendatang, Menguji Setiap Umur Yang Bakal Tiba.
Segala Puji Bagi TUHAN yang telah menghadirkan Rasulullah s.a.w membawa kebenaran..

Aku merasakan tiap detik bersama abah sebenarnya sering ditarbiyah tiap ketika.
Cuba bayangkan. Bangkitnya sekitar jam 5 pagi. Tahajjud. Pergi ke masjid utk solat Jamaah bersama Jamaah masjid, kadang kala mama ikut serta. Abah yang mulakan dahulu, slt sunat sebelum Subuh 4 rakaat. Selesai pulang solat subuh, abah akan mentadabbur al-Qur'an. Sekarang dah masuk Juz-7. Mama akan setia bersama abah di kerusi sebelah.

Kalau tidak ke mesyuarat, abah akan keluar jogging. Tiba hari Jumaat, setiap pagi abah akan ke kubur aruah kak syairah. Tapi pasti abah akan slt sunat syuruk dahulu. Pabila pulang, sekitar jam 10 pagi, abah akan solat sunat dhuha pula. Kemudian, biasanya abah akan mengisi masa dengan melayari internet. Sekitar tengahari abah akan qailullah pula. Ada masa dan ketika abah akan join aktiviti dapur. Sebagai cth baru-baru ni abah ajarkan aku masakan bermenukan ketam, resepi, RAHSIA~!!.hhee.. Kemudian, makan tghr. Adakalanya makan selepas slt sunat
Zuhur. Zuhur biasanya abah akan mengimami kami. Tapi ada kalanya abah lebih suka ke masjid Kemudian abah akan duduk2 bersama sambil berbual2 santai. Tapi setiap kali jam 3. Abah mesti akan kata. "Ohh, tak larat dah dik. Tak larat . dah". Itu tanda nak jogging mata. Hehe..

Sebelum Azan asar berkumandang, pasti akan kedengaran abah sedang bersiap2 di biliknya. Asar selalunya abah akan berjamaah di masjid. Petang pula adalah aktiviti bebas abah. Kadangkala membelek2 fail2 kerjanya, kadang2 pula menelefon cucu2nya, kadangkala memilih untuk melayari internet. Tapi tak pernah lupa nak bagi kucing makan, pagi dan petang kalau tak mama, kalau tak aku, abah yang akan bagi. Senja, kami akan makan malam. Sebelum maghrib, abah telah ajar kami untuk bersiap2. Igt lagi zaman kanak2 dlu, takut betul kena marah kalu tak smpt solat maghrib berjemaah. Rupa2nya manisnya tarbiyyah abah..ehehe..

Selepas slt sunat maghrib, abah akan baca surah2 lazim dan kemudian beri tazkirah pada kami anak beranak. Sekarang nih nak habiskan kitab Mazhab Syafie. Hampir terlupa aku dgn tajuk sebenarnya. Kalau dulu, masa kecil2 kami akan membaca zikir-zikir khas setiap hari Khamis dan Ahad. Tapi sekarang lebih kepada nafsi2 memandangkan abah akan ke masjid walaupun waktu isyak masih ada puluhan minit. Kalau setiap hari Rabu abah akan ada kelas al-Qur'an. Rajin abah. Selepas isyak, kadang2 abah langsung pulang, kadang2 jumpa dgn kawan2. Tapi setiap kali selepas isyak, abah pasti akan slt sunat witir slps slt snt ba'diyah. Sama mcm pesan mama, jgn lupa slt sunat witir, risau kalau2 tak sempat bangun tahajud.

Itu hari biasa. Tiba hari minggu, rutinnya, kuliah subuh, kuliah maghrib, aktiviti bersama keluarga dan macam-macam lagi.. Ya ALLAH, terima kasih atas hadiah yang tak terhingga ini.
Ada sesuatu yang abah tak pernah tinggal setiap hari, Zikir.. Abah pasti akan berzikir.. Pasti akan kedengaran bisikan-bisikan dan ku tahu itu adalah zikir..

Di rumah ini, semuanya dah tersedia sebenarnya, sama ada nak ikut @ tak je ^_^..
Siapa yang didik kami ya?..
~Dialah Abah..~
~Dan mama jugee ^_^.~

Tiada ulasan: