.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Jumaat, 29 Mei 2009

DiTravelog





Assalamua'laikum.

Entri kali ini ku namakan "Di-Travelog" =)... ingin di saintifik-kanlah kononnya ni. Mcm monokotileden, dikotileden..=)
Dua kali pena ku berdenting tak tahu ingin ungkapkan apa..
Telah berkali-kali bibirku mencadangkan para sahabat membeli buku ini. Apatah lagi menceritakan pada ibu dan kakakku yang gemar membaca buku...

2 Travelog yang telah ku tamatkan dalam tempoh sebulan ini, ini menjadikan 3 buku telah ku khatam utk tempoh cuti ini, menuju 4 dah nih =)

Travelog yang pertamanya..

Abtadiu Bismillahirrahmanirrahim.

Tajuk : TRAVELOG Seorang Da'i
Pnulis: Abdul Rahman Mohamed
Harga: Sem RM 20.00 Sbh/Swk RM 22.00
Terbtn:Telaga Biru Sdn. Bhd.
Pages : 277 pages
Status: Selesai baca

"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-payah dahulu, insyaALLAH senang kemudian"

Pernah tengok cerita SANG MURABBI? Ana sahaja belum habiskan CD tu. Baru sempat tengok CD 1, semangat juang membara membuatkan ana nak tgk CD ke-2 cuma belum berkesempatan. CD ni sahabat ana yang belajar di Indonesia yang hadiahkan. Incase nak pinjam bagitahu shj..

Kalau CD Sang Murabbi adalah kisah benar. Begitu juga buku Travelog Seorang Da'i ini. Dipamerkan kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah yg menjuangkan kebenaran walaupun pahit.

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu tentang apa yang dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang"
Begitulah tafsiran firman ALLAH dalam surah al-An'am: 165

Memoir kecil ini berkisar tentang Ustaz Abdul Rahman Mohamed yang mengandungi 9 Bab.

Bab 1: Zaman Kanak-kanak
Bab 2: Zaman Remaja
Bab 3: Berkhidmat kepada Negara
Bab 4: Cahaya Islam
Bab 5: Menyambung Pelajaran
Bab 6: Sekembali dari Indonesia
Bab 7: Cabaran Demi Cabaran
Bab 8: Nostalgia Lalu..
Bab 9: Dakwah Harus diteruskan

Dia pernah berlapar ketika masih di bangku sekolah rendah dahulu. Sehinggakan pernah dihalau oleh makcik Kantin di sekolahnya. Dia juga pernah hampir diliwat oleh 2 orang asing. "Keluar mulut buaya, masuk mulut naga", ini peribahasa yang sesuai utk peristiwa itu.

"Falsafah pentadbiranku , work smart, not work hard." Dia ada petua kejayaan tersendiri ketika bergelar pelajar:

a) Aku usaha belajar bersungguh-sungguh
b) Aku kumpulkan nota-nota setiap mata pelajaran untuk dibaca berulang-ulang sebelum tiba hari peperiksaan.
c) Setiap kali aku berhasil memahami sesuatu, aku akan bersyukur kepda ALLAH dengan mengatakan "Ya ALLAH, aku berterima kasih kepada-Mu kerana memberi kefahaman kepadaku. Tambahkanlah lagi kefahamanku dan jadikanlah ilmu yang aku pelajari ini bermanfaat"
d) Setiap kali aku solat atau berada di tempat dan masa yang mustajab untuk berdoa, aku akan berdoa meminta kejayaan yang cemerlang.


Dia benar-benar hanya menghiraukan pandangan ALLAH, Hasbirabbi jallallah
Setiap kali tamat pengajiannya, dia akan sujud syukur sebaik shj keluar daripada dewan peperiksaan sbg tanda kasih pada kekasih hatinya, ALLAH.
Biarpun Lembaga Pengurusan Masjid (LPM) dan pihak MUIS menjatuhkan statusnya, dia tetap bangkit untuk sebarkan dakwah kerana dia cinta jalan dakwah
Seorang ustaz, tapi pernah melakukan kerja-kerja membaiki tandas kerana urusan dakwah

Baginya. Dalam perjuangan ini dia membawa tiga PANJI-PANJI:

a) Panji-panji sebagai Mukmin. Sekiranya aku berjaya, kejayaanku mewakili para mukminin yang lain.
b) Panji-panji asatizah yang akan menaikkan nama baik asatizah.
c) Panji-panji bangsaku. Aku harapkan kejayaanku akan menaikkan nama bangsaku, bangsa Melayu.

Rahsia kebolehannya:

a) Suka memerhati
b) Suka bertanya
c) Berani mencuba. Genggam bara api biar sampai jadi arang

Dia akhirnya telah bangkit dengan barangan yang dieksperimenkannya sendiri. Sabun sertu. Alat tayammum. Byk lagi. Inilah antara usaha dakwahnya..

Beliau adalah seorang tokoh agama kelahiran Singapura. Didikan awal di Kallang Integrated Primary School dan di MacPherson Secondary School. Memulakan pendidikan agamanya di Beduk bersama Ustaz Osman, kemudian melanjutkan pendidikan di Jawa Tengah, Indonesia dan peringkat sarjana dalam bidang syariah di Universiti Madinah al-Munawwarah. Beliau juga meraih diploma lanjutan dalam bidang Mass Communication daripada institusi Cambrigde dan sijil dalam bidang Ekonomi dan Akaun dari UTM. Beliau pernah menjawat jawatan tinggi di singapura selama sepuluh tahun. Sekarang, beliau ialah pengarah urusan Fiqh Consultancy & Services. Banyak buku, dan CD telah diterbit dan ditulisnya.


Ustaz Zahazan Mohamed merangkap mas'ul kita di PJ, selalu promotekan buku ini dalam kuliah Tafsirnya 6.30am kt IKIM.Fm~

SELAMAT MEMBACA =)

Yang keduanya.....

Tajuk : TRAVELOG Haji: Mengubah Sempadan Iman
Pnulis: Muhd Kamil Ibrahim
Harga: Sem RM 18.00 Sbh/Swk RM 20.00
Terbtn:PTS Islamika Publications&Distributions Sdn Bhd.
Pages : 170 pages
Status: Selesai baca

"Ya ALLAH, aku ingin menjadi tetamuMu yang istimewa, tetamuMu yang paling istimewa, tetamuMu yang paling-paling istimewa"

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? - ArRahman: 36


Dipamerkan di dalam buku ini kisah benar seorang insan bernama Muhd Kamil Ibrahim..
Dihimpunkan 49 bab di dalamnya dengan setiap bab sekitar 2~3 muka surat. Ini antaranya..

Bab 1: Aroma Haji

Bab 2: Aku Manusia Jahil
Bab 16: Universiti Baitullah
Bab 18: Tolong Jaga Ibu saya
Bab 23: Hajar Aswad

dan banyak lagi....

Setiap gambaran yang diberikan adalah sangat tepat...
Air mataku mengalir yang selebat-lebatnya pabila membaca buku ini kerana setiap nafas yang dialami oleh haji kamil di makkah dan madinah, membuatkan aku terkenang persis nafasku ketika menunaikan umrah pada usia 11 tahun dahulu... Apatah lagi saat itu bulan Ramadhan..
Aku jadi rindu.. aku jadi rindu.... aku jadi rindu dengan rumahMu ya ALLAH.......

Setiap bait2 dalam buku ini sgt indah... tapi, bait yang paling indah buatku pada setiap kali Hj kamil berdoa... dia gemar berdoa berulang-ulang kali... membuatkan tiap kali aku baca doa-doanya seolah-olah aku sendiri yang sedang berdoa dan air mataku kembali jatuh ke riba.. Ya ALLAH kerdilnya sungguh diriku ini...

Ya ALLAH ya Tuhanku... Ampunilah dosa-dosaku dan salah silapku... Berikanlah aku hidayah dan taufiq ya ALLAH... Ya ALLAH, sayangilah hambaMu ini... sayangilah hambaMU ini ya ALLAH...sayangkanlah aku ya ALLAH.........


Travelog yang ke-2... benar-benar istimewa... benar-benar istimewa,,,..

Tiada ulasan: