.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Jumaat, 3 April 2009

Aku Tlah Jatuh Cinta...




Assalamua'laikum w.b.t

Syamail Muhammadiah..

Kitab ini-lah yang sempat ustaz Hafiz ulaskan buat kami, pendengar setia kuliah riyadhus salihin..
Alhamdulillah, untuk kuliah kali ni aku tdk keseorangan lg^_^...special thanks to k.ya n k.nab... indahnya ukhuwah ini^_^...


Bab pertama dari riyadhus salihin telah-pun warga audien hadam, jadi insyaALLAH bagi mengisi ruang-ruang hari yang ada, kitab Syamail Muhammadiah menjadi pilihan ustaz hafiz.
Ringkas dan padat.

Rasulullah s.a.w, insan yang sangat berketrampilan.

Kelahiran

12 Rabi’ul Awal (ini pandangan ulama yang majoriti) tetapi ulama’ Falak menyatakan 9 Rabiu’ul Awal baginda dilahirkan. Memang tidak dapat dinafikan kedua-duanya ada kebenaran

– Hari baginda dilahirkan dimuka bumi ALLAH ini adalah hari isnin

– Tidak pasti waktu kelahiran baginda adalah pagi atau malam.

– ”Ketika baginda lahir (pada malam kelahirannya), aku melihat cahaya yang terang benderang menerangi bandar-bandar Syam, Busyra” (asif jiddan minni, ana tak pasti ini kata2 siapa, tak sempat tangkap)

– Ustaz Hafiz ada mengatakan yang beliau pernah baca satu pembacaan yang dikatakan bumi Syam ini akan jadi padang Mahsyar satu hari nanti, tapi macam mana wallahua’lam sbb Syam ini tak besar.

Sifat fizikal dan peribadi baginda.

- Dalam satu hadis, dikatakan, apabila S.Ali menyifatkan Rasulullah,
Rasulullah tak terlampau tinggi dan tak terlampau rendah, sederhana (tapi kita tdk tahu setakat mana kerana kaum Arab dulu tinggi2)
• Rasulullah tak terlampau kurus dan badannya berisi
• Rambut Rasulullah s.a.w tdk terlampau kerinting dan tidak terlampau lurus tapi beralun
• Mukanya bulat sedikit tapi tak bujur
• Nabi putih tapi tak putih yang teramat2. Putihnya cantik.. Putih kemerah-merahan..
• Mata Nabi Muhammad s.a.w sgt2..sgt2 cantik, putihnya putih sgt.. hitamnya hitam berkilat
• Bulu matanya panjang
• Tulang2 sendinya nampak gagah
• Ada bulu dada yang sangat halus dan sgt cantik
• Dadanya bidang dan kuat
• Tapak tangan dan tapak kaki baginda lebih lembut daripada sutera (inilah satu-satunya insan muslimin yang dpt kalahkan kaum hawa)
• Bila dicium tangannya, lebih wangi daripada kasturi..
• Bila berjalan, jalan laju tapi tenang, condong sedikit kehadapan.
• Tawadhukknya Nabi s.a.w apabila berjalan dengan sahabat, Nabi akan berjalan dibelakangnya dan Nabi s.a.w dibelakangnya ditempatkan khas untuk malaikat..
• Seketikanya Nabi menoleh kepada shbtnya dibelakang, dia akan berpaling sekali dengan badan2nya..
Hadas Rasulullah s.a.w tidak berbau. Dalam satu riwayat ada dinyatakan di mana Ummu Salamah ada terminum satu gelas dibawah katilnya ketika bangkit dari tidur. Dan Rasulullah menyatakan bahawa itu adalah air kencingya.. Dan Ummu Salamah mengatakan bahawa tiada bau bahkan lazat pula... Allahuakbar.. Tinja baginda s.a.w pula ditelan oleh bumi.
• Pandangan Nabi s.a.w lebih banyak kepada bumi berbanding kpd langit dan lebih banyak menggunakan pandangan tajam@lirik mata
• Makanan Nabi s.a.w boleh menjadi penawar garis kedutan@ anti-aging
• Bila berkata-kata paling jujur..

Rambut Rasulullah s.a.w mencecah separuh daripada telinga (tdk scr mutlak):
* Jumrah -
bwh cuping tak cecah bahu
• Bwh cuping cecah bahu
• Ghafrah – separuh dpd cuping
• Rasulullah s.a.w sikat rambut dibelah dua (lebih aula)

“Sesungguhnya Rasulullah saw., dulunya menyisir rambutnya ke belakang,sedangkan orang-orang musyrik menyisir rambut mereka ke kiri dan kekanan, dan Ahlul Kitab menyisir rambutnya ke belakang. Selama tidakada perintah lain, Rasulullah saw. senang menyesuaikan diri denganAhlul Kitab. Kemudian pada akhir bahagian hidupnya,Rasulullah saw. menyisir rambutnya dgn membelah dua ke kiri dan ke kanan.”

(Diriwayatkan oleh Suwaid bin Nashr dari `Abdullah bin al Mubarak,
dari Yunus bin Yazid, dari az Zuhri, dari `Ubaidilah bin `Abdullah bin
`Utbah, yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.).

• Rasulullah s.a.w ada 4 simpulan rambut.
• Ketika peristiwa فتح المكة:
o Rasulullah s.a.w pakai serban dan bawakan kehadapan 4 simpulan rambut itu..

• Persahabatan sangat disukai dan mulia:
• Bila menasihati ikhlas
• Bila sahabat baginda berbisik ketelinganya, banginda akan mendekatkan telinganya dan akan hanya mengalihkan telinga baginda setelah shbtnya mengalihkan mulutnya.
• Apabila bersalaman, baginda akan hanya biarkan shbtnya menarik tangan terlebih dahulu.

(lucu jg baru2 ni, bersalaman dengan k.madihah ^_^..hampir tidak dilepaskan tgn ana sbb masing2 tunggu masing2 lepaskan^_^..nak ikut sunnah insyaALLAH..^_^)

• Rasulullah s.a.w suka memakai minyak wangi

p/s: Kuliyah riyadhus salihin telah pun tamat untuk sem ni.. Menangis dlm hati bila sambungannya pada short sem nanti ana tiada di perkarangan uia...ALLAHuRAbbi.. thabit qalbi 'ala dinik wa tho'atik..

AKU TLAH JATUH CINTA PDNYA.. KAMU JUGA KAN??^_^

Tiada ulasan: