.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Selasa, 7 April 2009

Kehilangan Si Dia~




Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamua’laikum warahmatullah..
Segan rasanya nak menulis tentang kehidupan peribadi..
Entah bagaimanakah penghujung hidupku nanti?

Masih teringat ketika mataku ini singgah pada suatu artikel..

Intipatinya,,Tuk Guru Haji Hadi tidak mahu kehidupannya dibukukan pada saat dia masih hidup.. Katanya, dia risau entah bagaimanakah pengakhiran hidupnya nanti. Kalaupun kehidupannya ini ingin dibukukan, maka biarlah pada saat ajal telah mengahwininya..

Terus, bagaimana pula aku??
Adakah I’tikad didalam hatinya masih beriman pada ALLAH?..
Adakah kalimah AllahuAhad masih mampu ku palitkan pada bibirku ini?..
Mohon pada ALLAH begitu selamanya~..

Ku hentikan seketika perbualan di mindaku, ingin berkongsi mad’u akan kehidupan hamba yang dhaif lagi hina ini..

U-J-I-A-N..

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ”Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?

Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta..
(Surah al-Ankabut: 2-3)

”Ya ALLAH, hidupkanlah aku dengan iman, dan matikanlah aku dengan iman...”

Ini pula dua’ yang aku panjatkan hari demi hari..
Lalu baru-baru ini aku diuji..
Hilangnya casing handphone-ku yang ku abadikan sebagai dompet-ku..
Dalamnya: - LESEN P kereta + motor
- Kad Pengenalan
- Kad dentist
- Kad bank muamalat
- Kad bank bsn matrix
- Duit belanja (kertas dan syiling yg cukup2 u makan minum..)

AllahuRabbi.. bagaimanakah ini?
Sa’at aku perasan akan kehilangan dompetku ini, terus aku teringat bahawa inilah ujian yang ALLAH berikan khusus buat hambaNya ini..
Masakan tidak?

”Baru-baru ini ada shbt ana kehilangan laptop dan kemudiannya dalam tempoh yang dekat handset die jatuh dalam lumpur, ada shbt ana yang lain bgtau yang shbt ana yg kehilangan barang ni bagitahu...
Saat kita nak tahu diri kita siapa adalah bilamana pada awal-awal kita kehilangan barang kesayangan kita. Adakah kita akan marah? Geram? Kalut? Atau redha dan terima dgn penuh keimanan. Bagaimanakah kita?”

Jujurnya sepanjang minggu ini, inilah modal tazkirah-ku pada shbt2 sekeliling.
Dan benarlah bahawa kita akan diuji kembali dengan apa yang telah kita katakan..
Tup-tup dalam minggu yang sama, aku kehilangan barang-barang pentingku itu..

Wahai hati bersabarlah..............................

Sungguhpun begitu, usaha pastilah perlu ku turuti..
Untung shj, ALLAH tetap membantu aku.. ALLAHuRabbi..akhirnya ku temui dompet ini diruangan rak di dalam masjid..
Terima Kasih ALLAH.......



1 ulasan:

Durratul Akhyar berkata...

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

sgt setuju nk statement ni..

"Saat kita nak tahu diri kita siapa adalah bilamana pada awal-awal kita kehilangan barang kesayangan kita. Adakah kita akan marah? Geram? Kalut? Atau redha dan terima dgn penuh keimanan. Bagaimanakah kita?”


ujian itu adalah tarbiyah drpd Allah..La Takhof wa La Tahzan! Innallaha Ma'ana!(^_~)