.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Sabtu, 11 April 2009

Analisis Politik : Cari Makan ke BN? ^_^

Jom kita tengok analisis BN - PAS

Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet
Johari Jaafar
Thu | Nov 13, 08 | 12:45:56 pm MYT

IPOH, 13 Nov (Hrkh) - Wakil Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah dua kali menyelitkan ayat al-Quran semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak sebentar tadi.

Wong Kar Woh mendapat perhatian daripada semua yang hadir bila beliau menyebut ayat ke-12 dari Surah Al-Hujurat.

Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.

Sekali lagi sebelum beliau menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 110. - Harakahdaily.net




Nga Kor Ming Mempermainkan Ayat Suci Al-Quran

Nga Kor Ming (Ahli Parlimen DAP Taiping) telah bertindak memberi salam dan membaca surah "Aura" yang tidak terdapat pun dalam Al-Quran. Sila lihat video ini. Persoalannya siapakah yang mengajar Nga untuk membaca ayat tersebut? Mengapa ajar Nga membaca ayat Al-Quran ini untuk tujuan ceramah politik sahaja?. Ajar pun tidak habis, malah bacaan pun salah. Seolah-olah mempermainkan Islam. Kalau PAS mahu benar-benar berdakwah, mengapa Nga tidak peluk pun Islam. Malah hudud pun DAP tentang.

Ini bukan kali pertama DAP membaca ayat Al-Quran. Pada 13 November, Wong Kar Woh (ADUN Canning, Bekas Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10) dalam Dewan Undangan Negeri ketika mengulas bajet negeri. Nizar memang tidak kisah ayat suci Al-Quran dipermainkan oleh kafir harbi ini? Orang PAS bangga? Hinggakan menyiarkan berita ini dalam Harakahdaily. PAS mengajar DAP untuk menjadi semakin kurang ajar dan biadap terhadap Islam. Mahukah orang-orang PAS membiarkan perkara ini berterusan?-http://anginperubahan.blogspot.com/2009/03/nga-kor-ming-mempermainkan-ayat-suci-al.html


Analisis dari diri yang hina dan dhaif ini:

Kenapa rasa nak check ttg ni yer???

Kerana firman ALLAH s.wt yang bermaksud :

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." al-Hujurat 49 :6

Jadi.. setelah kita lihat fenomena ini sehinggakan sibuk mengasak Mufti berhimpun supaya mengharamkan non-Muslim baca ayat Qur'an. ALLAHuRABBI, apa nak jadi, diharamkan benda yang tak haram kah? Mungkin ulama UMNO blh analisis surah at-Tahrim pula selepas ini ya, mungkin blh dijadikan sandaran walaupun surah ini sekitar teguran ketika Nabi ingin menceraikan isterinya Maria dan Zainab~..

Al-Quran ini digunakan dalam tujuan 2 perkara :
a) Untuk menaikkan ISLAM
b) Untuk Menjatuhkan ISLAM

Apakah Nga Kor Ming berniat untuk menghina Islam? Ini berbeda dengan tujuan dan niat pengarah kepada filem Fitna suatu ketika dahulu yang menganalisis Surah al-Anfal untuk menghina ISLAM..

Kita berbalik kepada peristiwa "11 September". Pada ketika ini, dunia sedang asyik mengutuk dan mengeji ISLAM, laungan
TERRORIST3x!!! menjadi gegar di telinga-telinga muslim. Lalu, orang Inggeris yang masing-masing beragama yang beda dari ISLAM mula membeli Al-Qur'an sehingga jualannya begitu laris dan habis semata-mata untuk mengkaji apakah benar ISLAM itu "begini dan begitu".. Pada saat dan ketika ini, ulama tlh bersependapat dan bersepakat atas detik-detik yang kritikal membenarkan orang bukan ISLAM memegang al-Qur'an dan yang dinyatakan suci itu merujuk kepada para malaikat. Fatwa ini dikeluarkan untuk membolehkan mereka mengkaji ISLAM itu sendiri. Akhirnya, mereka kembali kpd fitrah ISLAM.. Alhamdulillah..

Satu pula isu lain yang pernah ust Azhar Yaakob kongsikan, seorang wartawan berkulit putih menyamar sebagai wartawan Arab, mengikuti kronologi taliban, secara tiba-tiba dia ditangkap dan disumbat kedalam penjara, berikutan dengan itu, dia melihat seluruh warga penjara baik pekerja mahupun banduan yang soleh2 mengisi masa mereka dengan bacaan AL-QUR'An.. Sebaik keluar dari penjara, pulangnya ke Amerika, dia memeluk agama ISLAM kerana jatuh hati dengan senario tadi.. Allah~

Kita telah lihat bagaimana Saidina Umar al-Khattab tlh jatuh hati dengan Islam slps bacaan Surah Taha dialunkan padanya..

Analisis ku kali ini bukanlah berdasarkan "fikrah politik" yang mungkin ada padaku, tapi kerana

DAKWAH

Sebenarnya janganlah kita menjadi lebih jahil dengan mengatakan sesuatu yg kita tak yakin kebenarannya dan sebenarnya

ISLAM itu untuk semua
~




MUSYKIL MUSYKIL


Tiada ulasan: