.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Jumaat, 25 September 2009

ALLAH, ajarkan aku menjadi graduan terbaik..

Bismillah Pictures, Images and Photos
Mahu atau tidak. Tetamu yang dirindui kerana ALLAH ini pasti akan berlalu, dari hari pertama sudah tahu bahawa pasti akan ada perpisahan dengan si dia..

Sungguh berbeda


Setiap umat yang melangkahkan kaki ke universiti Ramadhan pasti akan ungkapkan ini.


BUT!!

Mahu menjadi insan Rabbani-kah atau Ramadhani-kah?

وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ...

“…namun jadilah kalian hamba Rabbani, terhadap apa yang telah kalian pelajari daripada Al-Quran dan daripada apa yang telah dikaji”. (Ali Imran:79)

Sidang blog yang dikasihi sekalian,
Ramadhan datang dan pergi, usahlah diri kita menjadi hamba kepada Ramadhan (Ramadhaniyyan) di mana 'amal kebaikan hanya kita laksanakan pada bulan ramadhan sahaja. Contoh, ghoddul basor di ramadhan sahaja. Contoh, solat sunat rawatib di ramadhan faqad. Contoh, zikir sepanjang masa fi Ramadhan faqad.
Ini dia hamba bulan Ramadhan.

Pilihlah untuk menjadi Rabbaniyyan. Atas urusan apa sekalipun kerana ALLAH. Solat sunat kerana ALLAH, zikir kerana ALLAH. Dan bukan atas asbab Ramadhan semata-mata. Atas itu, biiznillah, kita sama-sama dapat intima' dengan amal ibadat pada 11 bulan yang mendatang sementara menanti Ramadhan.

Luahan rasa-ku:
Fitnah melilau-lilau..
lebih derita fitnah agama
lebih sakit fitnah politik
lebih parah fitnatunnisa'

Aku melihat dunia makin parah dengan daki maksiat
Isu semasa bila isteri ditangkap khalwat, oleh siapa? suaminya sendiri
Isu kampus pabila siswi sembunyi setelah muka tebal seinci
Isu jiran pabila sang islam, 2 anjing dibiar menjadi pengawal peribadi

Kejinya graduan yang salahguna universiti Ramadhan
segulung ijazah untuk mengkaburi mata dunia kah?
cukup setakat dunia, kerana golongan yang fujur akan gagal di mahkamah akhirat.

ALLAH,
Pabila aku berbicara tentang masyarakat,
Lidahku pasti petah,
Namun bagaimana-kah diriku?
Apa-kah aku telah menjadi graduan yang baik dari universitiMu itu?
ALLAH... ajarkan aku menjadi graduan terbaik..


Kiriman,
~Insan yang merindui tetamunya~

Tiada ulasan: