.::Salam Setinggi Ukhuwah Sekencang Da'wah::.

Photobucket

Isnin, 28 September 2009

"1 keluarga 1 Hafiz"




Ramadhan, malam-malam terakhir-ku di habiskan bersama keluarga-ku.
Syukur pada ALLAH, juzu' 30 sempat dibaca bersama 2 imam. Pertama, surau al-Ittihad, Taman Setia. Kedua, Shah's Mosque UIAM =) ...

Malam ke-27, berimamkan Al-Fadhil Ustaz Uwais al-Qorni Abd Latif beliau sempat menyeru beberapa perkara sebelum menunaikan solat tarawih. Kagum diriku pabila seruan beliau akhirnya membuatkan kesemua jamaah ketika itu menunaikan 20 rakaat slt snt tarawih~

Ini madahnya yang paling terkesan di hati-ku..

''kalau kerajaan dulu pernah kempen satu rumah satu komputer...skrg saya nak kempen dgn tuan tuan dan puan puan ...." ustaz...ustaz. apa pasal cerita pasal kerajaan ni malam akhir khatam AlQuran ni. adehhh... .

".....saya nak kempen...satu keluarga satu hafiz. penting di akhir zaman ni ada di kalangan keluarga kita ni penghafaz alQuran yang betul2 hafal alQuran dan amalkan isi kandungan alQuran serta menyampaikan ilmu yang dia ada. bukan hanya hafal alQuran semata-mata sahaja"
khusyuk aku mendengar... ..

Bahkan dengan keprihatinannya yang ada, beliau turut menyeru pihak AJK masjid supaya mengusahakan Pusat Tarbiyyah Tahfiz di kawasan perumahan kami ini. ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR walillahilhamd~

Ust Zahazan Mohamed

Baru-baru ini didalam kuliah tafsirnya, ustaz ada menyebut tentang kelekaan masyarakat zaman sekarang yang menganggap hafazan itu perkara remeh. Tanggapan, "hanya dengan satu click anda boleh menjelajah ke satu dunia" yang ada pada internet makin berleluasa. Lalu hadith-hadith dan kalam ALLAH mudah di copy dan di paste-kan dalam blog dan sebagainya seolah-olah ianya telah dihafaz sedangkan tidak pun sebenarnya. Ustaz menyarankan agar isu hafazan ini di highlight-kan semula dikalangan umat Nabi Muhammad s.a.w~

Akhir kalam, semoga tema "1 keluarga 1 hafiz" dapat diterapkan dalam keluarga-ku khususnya, amnya keluarga anda semua. AMEEN ~ =)



1 ulasan:

CiKgU berkata...

betol 2..bukan cbuk dgn 1 Malaysia..